Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 1 PERANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN DI SEKTOR PENGURUSAN IPTS SEMPENA HARI MAPCU – 6 SEPTEMBER 2005.

Similar presentations


Presentation on theme: "HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 1 PERANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN DI SEKTOR PENGURUSAN IPTS SEMPENA HARI MAPCU – 6 SEPTEMBER 2005."— Presentation transcript:

1 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 1 PERANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN DI SEKTOR PENGURUSAN IPTS SEMPENA HARI MAPCU – 6 SEPTEMBER 2005

2 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 2 BAGAIMANA TERTUBUHNYA JPS  Bermula 1961 dikenali sebagai Unit Pendaftaran Sekolah- Sekolah dan Guru (BPSG). Ia berperanan mendaftar semua guru-guru dan sekolah milik kerajaan termasuk institusi pendidikan swasta yang ditubuhkan. Kemudian jabatan tersebut dikenali sebagai Bahagian Pendaftaran Sekolah- Sekolah dan Guru.  Sejak terlaksananya Akta Pendidikan 1961, institusi pendidikan swasta didaftar mengikut keperluan Akta berkenaan. Institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah Akta ini tertakluk kepada perkara-perkara yang perlu dipatuhi termasuk permit mengajar yang dikeluarkan untuk guru-guru yang bekerja di institusi berkaitan.

3 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 3 BAGAIMANA TERTUBUHNYA JPS  Sejak Akta Pendidikan 1996 (550) dan Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (555) dilaksanakan pada tahun 1997 maka semua peraturan-peraturan pendidikan tinggi swasta dikuatkuasa pada 1 Januari 1998. Akta 555 meliputi institusi pendidikan swasta dan institusi pendidikan tinggi swasta.  Sejak bernaung di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan ini dikenali sebagai Sektor Pengurusan IPTS dengan 2 bahagian di dalamnya iaitu Bahagian Pendaftaran dan Piawaian dan Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat dan Unit Pentadbiran dan Kewangan.

4 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 4 PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS  Memantau dari segi penubuhan dan pendaftaran IPTS yang menawarkan pendidikan tertiari;  Memastikan pendidikan swasta memain peranan penting menjadikan pendidikan tertiari mempunyai lebih akses dan ‘affordable’ kepada semua tahap masyarakat;  Memproses permohonan untuk penubuhan dan pendaftaran IPTS;

5 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 5 PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS  Memastikan aliran sistem pemantauan dan penguatkuasaan yang licin;  Memastikan penawaran pendidikan adalah berkualiti serta relevan dengan keperluan negara- kursus pengajian memperolehi akreditasi dari LAN sekurang-kurangnya jika tidak dari agensi kualiti luar negara;  Memastikan semua perkara pentadbiran berkaitan penubuhan dan pendaftaran IPTS mematuhi peraturan-peraturan yang digariskan;  Merancang dan menjalankan penyelidikan bagi menyokong dan mempromosikan sektor pendidikan swasta.

6 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 6 BILANGAN INSTITUSI, PELAJAR DAN TENAGA PENGAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA PADA 31 JULAI 2005 Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) IPTS bertaraf universiti IPTS bertaraf kolej universiti Bilangan Institusi Pelajar Tenaga Pengajar 11 58, 763 2, 423 10 15, 163 885 IPTS bertaraf universiti (kampus cawangan universiti dalam negeri) IPTS bertaraf universiti (kampus cawangan universiti luar negara) IPTS bukan bertaraf universiti 11 9, 832 477 5 5, 906 344 538 233,227 10,682

7 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 7 FOKUS: Meningkatkan Penawaran Pendidikan Tinggi Swasta Menetapkan 40% penduduk Malaysia kohort umur 17-23 tahun atau 1.6 juta orang enrol dalam pendidikan tertiari pada 2010. Kini 30% kohort tersebut atau hampir 1 juta berpendidikan tertiari; Kini, enrolmen pelajar di IPTS BBU dan BU ialah 322, 891 orang bagi semua tahap kursus pengajian, Sijil ke Ijazah lanjutan dan semua tahap umur termasuk melebihi 23 tahun; Enrolmen pelajar di IPTS BU ialah 89,664. IPTS keseluruhannya diunjurkan dapat menyedia tambahan tempat dan prasarana sekurang- kurangnya untuk 300,000 orang lagi atau lebih pada tahun 2010 dan seterusnya. Ini bermakna pada tahun 2010, IPTS BBU dan BU mempunyai enrolmen keseluruhan pelajar 600,000 atau lebih.

8 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 8 FOKUS Meningkatkan Penawaran Pendidikan Tinggi Swasta Menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir melalui penawaran kursus pengajian dengan nisbah 1:2 program ijazah pertama kepada program diploma dan sijil. Kini nisbah program ijazah pertama kepada diploma dan sijil di IPTS BBU ialah 1: 4.7 (menepati dasar). Di IPTS BU dan BBU nisbahnya 1: 2 (sudah menepati dasar).

9 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 9 FOKUS Meningkatkan Penawaran Pendidikan Tinggi Swasta Enrolmen pelajar mengikut kaum dan jantina bagi kursus pengajian kritikal (Sains Sosial dan Kemanusiaan serta Sains dan Teknikal) juga perlu diambilkira; Walau bagaimanapun, penawaran kursus Sains Sosial dan Kemanusiaan perlu dipelbagaikan agar tidak tertumpu kepada bidang pengurusan, pemasaran, kewangan, akaun, perdagangan, ekonomi sahaja. Tetapi perlu juga menjurus kepada bidang- bidang khusus dalam perundangan, penerbitan, penulisan, kesusasteraan Melayu, Sejarah, insuran, rekabentuk, seni kraftangan, bahasa asing, pertukangan, seni persembahan, musik, dll.

10 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 10 FOKUS Meningkatkan Penawaran Pendidikan Tinggi Swasta Memperbanyakkan kursus berorientasikan Sains dan Teknikal kepada Sains Sosial dan Kemanusiaan pada nisbah 60: 40. Di IPTS (BBU dan BU) penawaran kursus ini ialah pada nisbah 43%:67% (JPS, 2004). Dari segi enrolmen pelajar dalam kursus pengajian Sains dan Teknikal kepada Sains Sosial dan Kemanusiaan di IPTS BU pula, nisbahnya ialah 53.6%: 46.4%;

11 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 11 Keseimbangan dari segi penubuhan IPTS di wilayah, negeri dan lokasi mengikut keperluan penduduk, keluasan geografi, sosial serta ekonomi perlu diambil kira. Penempatan IPTS di Perlis, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Pahang perlu ditingkatkan bilangannya dari sedia ada (2, 11, 11, 18, 19 buah). Oleh itu, permohonan penubuhan IPTS dari empat negeri ini dialu-alukan. Bagi Sabah dan Sarawak, bilangan IPTS untuk ditambah perlu dilihat dari segi kepadatan penduduk setiap negeri berbanding negeri-negeri di Semenanjung. FOKUS Meningkatkan Penawaran Pendidikan Tinggi Swasta

12 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 12 FOKUS Meningkatkan Penawaran Pendidikan Tinggi Swasta Negara kini mempunyai 44 buah universiti (26 swasta dan 18 awam). Dari segi keperluan kependudukan, bagi setiap 500,000 penduduk, disediakan 1 buah universiti maka negara perlu ada 50 buah universiti kini dan 60 buah (unjuran) menjelang 2010. Tetapi tidak semestinya begitu, kerana 532 buah IPTS BBU juga menawarkan kursus pengajian ijazah dan boleh dikatakan bilangan institusi pendidikan tinggi di negara ini sudah dapat memenuhi keperluan penduduk tempatan. Mungkin yang perlu ditambah ialah universiti awam. Apa yang perlu ditingkatkan untuk pendidikan tinggi swasta ialah bukannya kepada bilangan IPTS BU tetapi meningkatkan kualiti IPTS BU dan BBU swasta sedia ada dari segi pembangunan kapasiti (prasarana, enrolmen pelajar, kursus pengajian, tenaga pengajar berkelayakan, alumni, keaktifan R&D dan C, pengurusan peperiksaan dan penilaian, serta program pengantarabangsaan). Rata-rata IPTS BU swasta masih belum memenuhi keperluan maksimum dari segi enrolmen pelajar (10,000 bagi universiti, dan 5,000 pelajar bagi KU).

13 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 13 Fokus Meningkatkan Kualiti Pendidikan Swasta; Prasarana IPTS- menepati piawaian yang ditetapkan; Kursus Pengajian yang ditawarkan- perlu diiktiraf di peringkat antarabangsa, memenuhi keperluan pembangunan negara (RM9 dan IMP3) dan mempunyai kebolehpasaran tempatan dan antarabangsa; Tenaga Pengajar- kalangan orang tempatan mengikut jantina, dan kaum yang berkelayakan perlu dilihat (30%-40% kedoktoran menjelang 2010) serta mempunyai jalinan kerja dengan rakan antarabangsa dan boleh menarik pakar antarabangsa untuk menyumbang kepakaran di IPTS; R&D&C- Meningkatkan aktiviti R&D&C dari segi bilangan dan kewangan serta produk kajian yang dihasilkan mempunyai nilai komersil; Alumni- mengaktifkan alumni semaksimum mungkin agar dapat memberi sumbangan bantuan kepada IPTS dari berbagai aspek kekuatan yang ada; Pengantarabangsaan- meningkatkan dan memperbanyakan program sedemikian di IPTS dari segi pertukaran pelajar, pertukaran pensyarah, kerjasama R&D dan seumpamanya.

14 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 14 Fokus Meningkatkan Kualiti Pendidikan Swasta; PROGRAM KERJASAMA IPTS DENGAN IPTA TEMPATAN Sehingga kini melibatkan 77 buah IPTS, 10 IPTA dan 249 jenis kursus (41 Sijil, 164 Diploma dan 44 Ijazah Pertama); Rata-rata IPTS terlibat menyatakan keinginan untuk meneruskan dan meningkatkan bilangan kerjasama dengan IPTA untuk masa depan; Walau bagaimanapun, program ijazah dan diploma kurang menarik pelajar antarabangsa, jika ada kurang 5% dari kursus yang ditawarkan;

15 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 15 Fokus Meningkatkan Kualiti Pendidikan Swasta PROGRAM KERJASAMA IPTS DENGAN IPTA TEMPATAN Kebanyakan IPTS mencadangkan bagi mengurangkan fee francais, kurikulum kursus pengajian dibangunkan bersama –separuh oleh IPTS dan separuh oleh IPTA tetapi dengan persetujuan bersama; Sesetengah IPTS mencadangkan agar untuk mengawal kualiti kursus program kerjasama bersama IPTA, jangan terlalu banyak kursus ditawarkan kepada IPTS yang di dalam wilayah yang sama kerana jika demikian persaingan untuk mendapatkan pelajar menjadi sukar bagi IPTS;

16 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 16 Fokus Meningkatkan Kualiti Pendidikan Swasta PROGRAM KERJASAMA IPTS DENGAN IPT RAKAN LUAR NEGARA Program kerjasama sehingga 2004 melibatkan 110 buah IPTS tempatan dan lebih 70 buah IPT rakan luar negara serta 369 jenis kursus (Sijil, Diploma dan Ijazah); Kini terdapat 272 jenis kursus di peringkat Higher Diploma, Ijazah SM, Sarjana dan Kedoktoran ditawarkan; Hampir 35% kursus pengajian peringkat HD, Ijazah SM, Sarjana, Kedoktoran yang dijalankan kini berorientasikan Sains dan Teknikal, yang lainnya ialah Sains Sosial, Ekonomi, Kewangan, dan Kemanusiaan; Perlu dilihat semula kursus pengajian yang melibatkan kerjasama dengan rakan IPT luar negara sekurang-kurangnya mempunyai 50% berkaitan Sains dan Teknikal dan mengambil kira bidang sepertimana disarankan dalam IMP3 dan RM9 serta menumpukan kepada kursus kritikal diperlukan negara masa depan seperti Bioteknologi dan Materials Engineering, Perubatan, Kejururawatan, Pekerja Kesihatan, Aerospace Engineering contohnya di mana negara kita masih kekurangan kepakaran dan ilmu. Begitu juga di bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan-perlu dilihat dari segi keperluan negara.

17 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 17 Fokus Meningkatkan Kualiti Pendidikan Swasta PROGRAM KERJASAMA IPTS DENGAN IPT RAKAN LUAR NEGARA Perlu dikawal dari segi bidang kursus pengajian yang diluluskan kerana sekiranya tidak selari dengan keperluan negara dan kebolehpasaran, maka pengaliran Ringgit ke luar negara akan membawa kerugian kepada negara; Ini kerana fee francais yang dikenakan ke atas IPTS agak tinggi iaitu RM1.1 juta fee francais (berdasarkan setiap kepala pelajar dikenakanRM7,920.00 bagi keseluruhan program tersebut atau RM 2,640.00 setahun setiap pelajar) misalnya bagi sesuatu kursus Kejuruteraan Elektrik yang memakan masa 3 tahun dengan salah sebuah universiti di UK; Salah satu cara mengurangkan pengaliran wang keluar dan menjamin pertukaran/perpindahan kemahiran/kepakaran/ teknologi berlaku, IPTS menyarankan agar sebahagian besar (2/3) kurikulum dibina IPTS sendiri dengan persetujuan IPT rakan tetapi penganugerahan masih oleh IPT rakan. Ini telah dilakukan oleh ICOM, di mana keseluruhan 3 tahun kurikulum Ijazah Musik dibina oleh ICOM, dan dipersetujui oleh IPT rakan dan ijazah dianugerah oleh IPT rakan.

18 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 18 Fokus Meningkatkan Kualiti Pendidikan Swasta Sekiranya kedua-dua aspek ini iaitu (1) meningkatkan penawaran pendidikan tinggi swasta serta (2) meningkatkan kualiti pendidikan swasta, seperti dinyatakan sebelum ini dilaksanakan mengikut pelan strategik BPP, dengan berpandu rapat kepada pelan makro negara (RRJP3, RM9, IMP3 dan Dasar KPT),serta kerjasama erat wujud di antara Bahagian di Sektor Pengurusan IPTS dan Jabatan Pengurusan IPT serta beberapa Kementerian lain yang berkaitan, saya yakin, kita boleh membawa pendidikan tinggi khususnya swasta di negara ini ke arah menyumbang dan memberi nilai tambah kepada hasrat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau.

19 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 19 PERANAN MAPCU DAN IPTS  PERANAN MAPCU- MEMASTIKAN AHLI-AHLINYA BERFUNGSI SEBAGAIMANA DIPERLUKAN OLEH AKTA 555 (1996), MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN TINGGI SWASTA SEBAGAIMANA DIGARISKAN;  MEMASTIKAN IPTS DI BAWAH NAUNGANNYA BERGERAK SEIRINGAN DENGAN KEPERLUAN SEMASA DAN SELARAS DENGAN KEPERLUAN PERANCANGAN JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG NEGARA (RM9, RRJP3, IMP3, DASAR KPTM);  MAPCU HARUS BERGERAK KEDEPAN MEMBANTU IPTS DARI SEGI MENGADAKAN JARINGAN HUBUNGAN DENGAN POTENTIAL AGENSI YANG BOLEH MENYUMBANG DANA R&D&C KEPADA IPTS TEMPATAN ATAU MEMBUAT KOLOBORASI PENYELIDIKAN DENGAN IPTS TEMPATAN;  PERANAN IPTS- MENJADI LEBIH KREATIF DAN INOVATIF SERTA MENYUARAKAN PANDANGAN MEMBINA KE MAPCU

20 HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 20 PERANAN GURU-GURU KAUNSELING DI SEKOLAH  Memberi/ menunjuk jalan atau saluran alternatif pelajar memilih kursus-kursus pengajian yang ditawarkan di IPTS;  Menjelaskan kepada pelajar bahawa ada kursus-kursus di IPTS yang menjadi pilihan pelajar tetapi tidak ditawar di IPT;  Mencari/ mengesyorkan peluang-peluang saluran mendapat bantuan pembiayaan pelajaran untuk pelajar apabila memasuki IPT.  SEKIAN, TERIMA KASIH………..


Download ppt "HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 1 PERANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN DI SEKTOR PENGURUSAN IPTS SEMPENA HARI MAPCU – 6 SEPTEMBER 2005."

Similar presentations


Ads by Google