Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

SISTEM PENGURUSAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

Similar presentations


Presentation on theme: "SISTEM PENGURUSAN DAN KAWALAN BELANJAWAN"— Presentation transcript:

1 SISTEM PENGURUSAN DAN KAWALAN BELANJAWAN
AZMI BIN AHMAD Seksyen Akaun Sekolah, Bahagian Akaun, KPM 2 Jun 2010 SEKSYEN AKAUN SEKOLAH BAHAGIAN AKAUN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2010

2 KANDUNGAN Konsep Asas Pengurusan Kewangan Sistem Perakaunan Kerajaan
Kumpulan Wang Disatukan Sistem dan Pengurusan Kewangan Kawalan Belanjawan Hasil Kerajaan Persekutuan Komponen Perbelanjaan Pengkodan Sistem Belanjawan Legaliti dan Akauntabiliti

3 Konsep Asas Kepada Pengurusan Kewangan Kerajaan Persekutuan
3

4 Konsep Asas Pengurusan Kewangan
Satu proses sesebuah organisasi mematuhi prosedur tertentu untuk memperolehi dan mengagih sumber berdasar kepada keutamaan-keutamaan tertentu melalui kaedah dan kawalan yang ditetapkan bagi mencapai objektif dan matlamat tertentu dengan cekap dan berkesan

5 SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN
Sistem Perakaunan Kerajaan adalah satu sistem akaun yang standard untuk merekod semua transaksi terimaan dan bayaran, menyediakan laporan akaun tahunan selaras dengan peruntukan undang-undang serta memberi maklumat pengurusan yang terkini dan tepat kepada pihak pengurusan untuk membuat keputusan.

6 DASAR PERAKAUNAN Semua urusniaga kerajaan diakaunkan mengikut Asas Tunai Ubahsuai iaitu hasil dicatitkan pada masa terimaan, perbelanjaan dicatit pada masa pembayaran dibuat dengan AKB iaitu membenarkan bayaran dibuat dalam bulan Januari tahun hadapan bagi bekalan dan perkhidmatan yang diterima sehingga 31 Disember tahun sebelumnya dan dikenakan kepada akaun-akaun tersebut.

7 ENTITI PERAKAUNAN Entiti Perakaunan Kerajaan Persekutuan adalah termasuk : - Semua Kementerian, - Semua Jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan. Tetapi tidak termasuk badan berkanun, syarikat milik kerajaan (GLC) dan Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan.

8 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KEWANGAN
Perlembagaan Malaysia; Akta Prosedur Kewangan 1957; Arahan Perbendaharaan; Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaraan; Surat Pekeliling Kontrak; dan Surat Pekeliling Akauntan Negara.

9 KONSEP ASAS PERAKAUNAN
Dasar Perakaunan Kerajaan Persekutuan adalah berdasarkan dua konsep: Konsep Kumpulan Wang Disatukan iaitu segala hasil yang didapatkan atau diterima oleh persekutuan hendaklah dibayar masuk ke dalam satu kumpulan wang yang dinamakan Kumpulan Wang Disatukan KECUALI kutipan Zakat, Fitrah, Baitul Mal atau Hasil Agama Islam yang seumpamanya. (Perkara 97 Perlembaan Persekutuan) Konsep bahawa tiada wang kecuali perbelanjaan tanggungan tertentu boleh dikeluarkan dari Kumpulan Wang Disatukan melainkan diperuntukan atau dibenarkan oleh Parlimen. (Perkara 104 Perlembagaan Persekutuan)

10 DIFINISI DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN
•• Perbendaharaan Perbendaharaan bererti Menteri termasuk seorang pegawai di bawah kawalan pentadbiran atau arahannya yang telah diwakilkan kuasa atau mengikut peruntukan Seksyen 6 dan 7 Akta Perwakilan Kuasa bagi menjalankan tugas di bawah Akta Acara Kewangan 1957.

11 DIFINISI DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN (Samb..)
•• Akauntan Negara (AN) Akauntan Negara adalah Akauntan utama bagi Kerajaan Persekutuan dan Ketua Bahagian Akaun Perbendaharaan Persekutuan dengan mempunyai kuasa mengenai tatacara perakaunan berkenaan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

12 DIFINISI DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN (Samb..)
•• Ketua Audit Negara (KAN) Ketua Audit Negara adalah dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ketua Audit Negara diberi kuasa untuk mengaudit akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta menghantar Laporan Ketua Audit Negara kepada Yang Dipertua Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertuan Negeri untuk dibentangkan di Parlimen/Dewan Undangan Negeri.

13 DIFINISI DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN (Samb..)
•• Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) Jawatankuasa Akaun Awam bermaksud Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bagi Kerajaan Persekutuan dan Jawatan kuasa Kira-Kira Kerajaan Negeri yang ditubuhkan oleh Parlimen/Dewan Undangan Negeri

14 DIFINISI DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN (Samb..)
•• Pegawai Pengawal Seperti mana yang dinyatakan di bawah Seksyen 15A Akta Prosedur Kewangan 1957 (disemak 1972) bermaksud Menteri atau Menteri Besar boleh melantik Pegawai Pengawal bagi mengawal semua kutipan wang awam, diterima atau dibelanjakan dan melupuskan barang awam tertakluk kepada arahan yang ditujukan oleh pihak penguasa kewangan

15 DIFINISI DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN (Samb..)
•• Pegawai Perakaunan Pegawai Perakaunan termasuk tiap-tiap Pegawai Awam yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara seperti berikut: a) Memungut, menerima dan mengakaun wang awam. b) Membayar/mengeluar apa-apa wang dan barangan awam. c) Menerima, menyimpan, melupus dan mengakaun barangan awam

16 KONSEP ASAS PENGURUSAN KEWANGAN
3 aktiviti utama: Penetapan skop dan polisi fiskal Wujudkan garis panduan dan piawaian Kawalan

17 KONSEP ASAS KEWANGAN PERSEKUTUAN
Perk. 97 Perlembagaan Persekutuan Segala hasil dan wang yang didapatkan atau diterima oleh Persekutuan hendaklah dibayar masuk ke dalam serta menjadi satu Kumpulanwang Persekutuan Disatukan kecuali kutipan zakat, fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya.

18 KUMPULAN WANG DISATUKAN
Akaun Hasil Disatukan Akaun Amanah Disatukan Akaun Pinjaman Disatukan (Sek. 7 Akta Acara Kewangan 1957)

19 KUMPULAN WANG DISATUKAN
Akaun Hasil Disatukan - Semua hasil kerajaan dibayar masuk dan perbelanjaan mengurus dan pembangunan diakaunkan. Akaun Amanah Disatukan - Segala terimaan dan bayaran wang amanah diakaunkan Akaun Pinjaman Disatukan - Semua penerimaan pinjaman dan bayaran balik diakaunkan.

20

21 SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN
SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN SISTEM BELANJAWAN Belanjawan Mengurus Belanjawan Pembangunan PENGAUDITAN

22 SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN
Satu penyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa depan , digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara. BELANJAWAN Sistem mengklasifikasi, merekod, melapor dan menganalisis transaksi kewangan PERAKAUNAN Proses semakan bebas dengan mengeluarkan laporan yang menilai, mengukur serta menguji tahap kesempurnaan rekod dan kepatuhan terhadap prosedur PENGAUDITAN

23 PROSES PENGURUSAN KEWANGAN
Belanjawan Perancangan Pembiayaan Program Pengawalan Penilaian

24 KAWALAN BELANJAWAN

25 DEFINISI BELANJAWAN “ Satu pernyataan Anggaran Hasil dan Perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat “

26 KONSEP ASAS BELANJAWAN
Belanjawan awam merupakan satu perancangan ekonomi tahunan yang bertujuan melaksanakan dasar sosioekonomi negara. Berperanan dalam menentukan kedudukan ekonomi sesebuah negara dan memberi kesan kepada aktiviti sektor swasta

27 PERANAN BELANJAWAN Alat Dasar Pengurusan Sosioekonomi Negara
Terbahagi kepada dua (2): 1. Belanjawan sebagai alat Dasar Fiskal 2. Belaanjawan sebagai alat Pengurusan

28 BELANJAWAN SEBAGAI ALAT DASAR FISKAL
Dasar kewangan kerajaan bertujuan mencapai matlamat membangun dan menstabilkan ekonomi negara melalui pengurusan perbelanjaan serta dasar percukaian yang cekap dan berkesan Digunakan untuk memenuhi fungsi seperti peruntukan, agihan dan penstabilan ekonomi.

29 FUNGSI PERUNTUKAN Peranan berubah kepada menyedia prasarana. FUNGSI AGIHAN Mengagih hasil dan perbelanjaan secara adil mengikut keperluan. FUNGSI PENSTABILAN Menstabilkan ekonomi negara spt memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, pengurangan pengangguran dan inflasi serta mencatat lebihan dalam imbangan bayaran.

30 BELANJAWAN SEBAGAI ALAT PENGURUSAN
Alat mengurus sumber kewangan, dokumen kawalan belanjawan serta alat mengukur prestasi

31 Alat Mengurus Sumber Kewangan
- Melalui proses perancangan belanjawan yang sistematik. Membantu pengurus melaksanakan program dan aktiviti secara cekap dan berkesan. Dokumen Kawalan Belanjawan dan kewangan - Perjanjian program digunakan sebagai kawalan belanjawan dan kewangan yang berkesan. Alat Mengukur prestasi - Ukuran dibuat melalui laporan berskala yang disediakan berasaskan perancangan belanjawan dan pencapaian prestasi perbelanjaan.

32 ASAS PERUNDANGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Perkara 99
“ Yang diPertuan Agong hendaklah, bagi tiap-tiap tahun kewangan, mengarah dibentangkan dalam Dewan Rakyat suatu anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi Persekutuan untuk tahun itu, penyata itu hendaklah dibentangkan sedemikian sebelum permulaan tahun itu ”

33 KUMPULAN WANG DISATUKAN
KOMPONEN BELANJAWAN HASIL KUMPULAN WANG DISATUKAN PERBELANJAAN BELANJAWAN

34 Hasil drp wilayah-wilayah Persekutuan
KOMPONEN HASIL Hasil Cukai Hasil Bukan Cukai HASIL Pelbagai Terimaan Hasil drp wilayah-wilayah Persekutuan

35 TAKRIF HASIL Semua jenis pendapatan yang diterima kerajaan dalam bentuk cukai, yuran, lesen dan lain-lain terimaan, kecuali zakat, fitrah, Baitul Mal dan hasil keagamaan. Terdiri daripada: Hasil Kerajaan Persekutuan Hasil Kerajaan Negeri Hasil Kerajaan Tempatan

36 HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN
1. HASIL CUKAI Hasil yang dikutip berasaskan undang-undang Parlimen. Wajib dibayar atas urusniaga, pendapatan, perbelanjaan dan kekayaan. CUKAI LANGSUNG Cukai Pendapatan (Individu dan Syarikat) Cukai Pendapatan Petroleum Cukai Keuntungan Hartanah Duti Setem CUKAI TIDAK LANGSUNG Cukai Ekspot Duti Impot Duti Eksais Cukai Jualan

37 2. HASIL BUKAN CUKAI Hasil yang dikutip berdasarkan Undang-Undang bagi perkhidmatan yang disediakan untuk orang ramai. CONTOHNYA: Lesen, Bayaran Pendaftaran dan permit Perkhidmatan dan bayaran perkhidmatan Sewaan harta benda kerajaan Faedah dan perolehan pelaburan Denda dan hukuman Dll.

38 3. PELBAGAI TERIMAAN Hasil yang dikutip bukan berdasarkan sebarang Akta dan Undang-Undang. Contohnya : Pulangan balik perbelanjaan, jualan barangan dan lain-lain.

39 4. HASIL WILAYAH PERSEKUTUAN
Hasil yang dikutip di Wilayah Persekutuan KL, Labuan dan Putrajaya. Contohnya : Cukai Langsung - Premium & Cukai tanah. Cukai Tak Langsung – Duti Hiburan

40 HASIL KERAJAAN NEGERI DINYATAKAN DALAM JADUAL 10 BHG III P.P
Contohnya ; Hasil daripada Tanah, Air, Lombong dan Hutan. Lesen. Duti Hiburan. Bayaran Mahkamah selain dari Mahkamah Persekutuan. Bayaran daripada Perkhidmatan oleh Negeri. Hasil dari Pihak Berkuasa Tempatan. Harta Karun.

41 TAMBAHAN BAGI SABAH & SARAWAK
DINYATAKAN DALAM JADUAL 10 BHG V P.P Duti Impot dan Duti Eksais atas hasil Petrolium. Duti Ekspot atas kayu dan keluaran hutan yng lain. Royalti atas galian yang dikenakan Duti Ekspot. Bagi Sabah jika belanja ubat dan kesihatan ditanggung kerajaan maka 30% daripadanya adalah Hasil Kastam. Cukai Jualan Negeri Bayaran dan Yuran drp Pelabuhan selain Persekutuan.

42 HASIL KERAJAAN TEMPATAN
DIBAWAH AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 Cukai Tafsiran Denda dan Rampasan Sewaan Aset PBT Jualan Aset PBT Pendapatan daripada Pelaburan Lesen dan Permit Yuran

43 KOMPONEN PERBELANJAAN
KERAJAAN PERBELANJAAN MENGURUS PERBELANJAAN PEMBANGUNAN PERBELANJAAN TANGGUNGAN BEKALAN LANGSUNG PINJAMAN

44 (Persekutuan, Negeri, Kerajaan Tempatan)
KOMPONEN BELANJAWAN HASIL (Persekutuan, Negeri, Kerajaan Tempatan) PERBELANJAA N Hasil Cukai Hasil Bukan Cukai Terimaan Bukan Hasil Hasil Wil. Persekutuan Hasil Tanah Duti Hiburan Bayaran Perkhidmatan Terimaan drp. bekalan air Perbelanjaan Mengurus Tanggungan Perbekalan Perbelanjaan Pembangunan

45 PERBELANJAAN NEGARA 1) PERBELANJAAN MENGURUS
Boleh ditakrifkan sebagai perbelanjaan bagi aktiviti-aktiviti seharian Kem/Jab. yang berulang dan berterusan atau boleh juga disebut sebagai perbelanjaan penggunaan. Terbahagi kepada dua jenis iaitu: - Perbelanjaan Perbekalan (B) - Perbelanjaan Tanggungan (T) (Perkara 100 Perlembagaan Persekutuan)

46 PERBELANJAAN PERBEKALAN
Semua jenis perbelanjaan kegiatan harian Kementerian/Jabatan dalam menyediakan perkhidmatan untuk rakyat. Diluluskan di bawah Akta Perbekalan atau Enakmen Bekalan. Menggunakan kod huruf ‘B’. Contohnya: B 27 – Kem. Kerjaraya M’sia B 28 – Kem. Pengangkutan M’sia B 32 – Kem. Wilayah Persekutuan B 41 – Kementerian Pelajaran M’sia

47 PERBELANJAAN BEKALAN Perbelanjaan menguruskan aktiviti Kerajaan samada yang berterusan atau “one- off “ dan diperuntukan mengikut Maksud Bekalan tertentu dan perlu dibentangkan untuk kelulusan Parlimen sebagai satu Akta Bekalan bagi setiap tahun Belanjawan. Contoh: Emolumen, Perkhidmatan & Bekalan, Aset, Pemberian & Kenaan Tetap dan Bayaran-bayaran lain.

48 PERBELANJAAN NEGARA 2) PERBELANJAAN PEMBANGUNAN (P)
Ialah perbelanjaan modal yang biasanya tidak berulang dan merupakan perbelanjaan yang mempunyai keluaran yang berfaedah jangka panjang. Perbelanjaan ini diasingkan daripada perbelanjaan mengurus kerana ianya mempunyai ciri-ciri tertentu yang memerlukan satu proses perancangan dan keputusan yang rumit.

49 2) PERBELANJAAN PEMBANGUNAN (P) (Samb..)
Perancangan perbelanjaan Pembangunan berasaskan Rancangan Malaysia 5 tahun (RMK). Perlu dibentangkan untuk kelulusan Parlimen sebagai Akta Perbekalan bagi setiap tahun. Contohnya: Fizikal – Bina bangunan, jalan raya, dll. Bukan Fizikal – penyertaan dalam ekuiti syarikat.

50 CIRI-CIRI PERBELANJAAN PEMBANGUNAN
Memerlukan jumlah modal yang besar Aliran wang berjangka panjang. Dibiayai dengan dana dalaman/pinjaman. Menyebabkan kos penyelenggaraan dan pembaikan dimasa hadapan. Memberi kesan terhadap matlamat pembangunan negara.

51 PERBELANJAAN TANGGUNGAN
Perbelanjaan yang dipertanggungkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan tanpa perlu mendapat kelulusan Parlimen selaras dengan Perkara 98 Perlembagaan Persekutuan Contoh: Gaji/Elaun Diraja, Khidmat Hutang Kerajaan, Pencen, Gaji Hakim-hakim, Gaji Ketua Audit Negara, perbelanjaan Suruhanjaya dan Pemberian Kepada Negeri- Negeri. Menggunakan Kod Huruf “T”, Contohnya: “T. 1” - PERUNTUKAN DIRAJA BAGI S.P.B YDA

52 PERBELANJAAN TANGGUNGAN
Perbelanjaan dipertanggungkan terus kepada KWDS. Tidak memerlukan kelulusan Parlimen. Kod huruf adalah ‘T’ contohnya T1 – Peruntukan Diraja. Contoh perbelanjaan ialah: - Elaun-Elaun Diraja, - Gaji Ketua Hakim Negara, Hakim Besar dan Hakim-Hakim, - Gaji Ketua Audit Negara, - Perbelanjaan Suruhanjaya-Suruhanjaya, - Bayaran pencen, Elaun bersara dan Ganjaran - Bayaran Pampasan.

53 PENGKODAN Hasil dan Perbelanjaan dikodkan melalui satu sistem pengekodan mengikut PP Bil 5/2004. Hanya boleh ditentukan oleh Perbendaharaan Malaysia mengikut AP 41. Setiap kod hasil atau belanja mengandungi lima (5) angka dan dibahagikan kpd empat (4) kategori.

54 OBJEK AM Objek Am Jenis Perbelanjaan 10000 20000 30000 40000 50000
Emolumen 20000 Perkhidmatan & Bekalan 30000 Aset 40000 Pemberian & Kenaan Bayaran Tetap 50000 Perbelanjaan-Perbelanjaan Lain

55 PENJENISAN KOD PERBELANJAAN Pek. Perb. 5/2004
Kategori Penjelasan Objek Am Suatu kumpulan objek sebagai Perbelanjaan atau Hasil. Objek Sebagai Suatu jenis perbelanjaan atau hasil yang dijeniskan dibawah suatu Objek Am. Objek Kumpulan Lanjut Suatu kumpulan objek-objek Lanjut. Objek Lanjut Suatu jenis Perbelanjaan atau hasil yang dijeniskan di bawah suatu Objek Kumpulan Lanjut.

56 PENJENISAN KOD PERBELANJAAN
Pek. Perb. 5/2004 Kategori KOD Jenis rekod Objek Am 10000 Emolumen – merekod bayaran gaji dan faedah kewangan kepada kakitangan kerajaan jawatan tetap. Objek Sebagai 11000 Gaji dan Upahan – untuk merekod gaji kasar upahan dan tunggakan gaji. Objek Kumpulan Lanjut 11100 Gaji Kakitangan Awam Objek Lanjut 11101 Gaji Biasa Kakitangan Awam

57 KATEGORI KOD HASIL NEGARA
Hasil Cukai Hasil Bukan Cukai Pelbagai Terimaan Hasil Wilayah-Wilayah Persekutuan

58 LATAR BELAKANG SISTEM BELANJAWAN
BELANJAWAN TRADISIONAL ◊ Dilaksanakan sebelum merdeka sehinggalah tahun 1968. ◊ Anggaran keperluan Agensi perlu dibuat secara terperinci dan hendaklah disokong dengan justifikasi yang jelas. ◊ Pemeriksaan Bajet adalah secara terperinci dan berasaskan line-item. Contoh : Keperluan mengikut Pecahan Kepala atau Butiran Gaji dan Upahan Perjalanan dan Sara Hidup Perkhidmatan Ikhtisas/Hospitaliti ◊ Pemeriksaan tidak mengambilkira keperluan berasaskan program. ◊ Proses pemeriksaan yang panjang.

59 SISTEM BELANJAWAN PROGRAM DAN PRESTASI (SBPP) – PP Bil 5/68
Mula diperkenal pada tahun 1968 kerana kelemahan belanjawan tradisional yang tidak dapat memberi maklumat yang cukup untuk membuat keputusan dan tidak dapat mengukur prestasi dan kekesanan peruntukan yang telah dibelanjakan. menitikberatkan perhubungan antara penentuan objektif, struktur dan program, kos program dan penilaian prestasi program. fokus kepada line item – kepala vot, sumber diagih mengikut program yang dirancang. perancangan secara bottom-up tetapi pengagihan secara to-down

60 SISTEM BELANJAWAN PROGRAM DAN PRESTASI (SBPP) (Samb..)
Konsep program – satu set aktiviti yang perlu dilaksana untuk mencapai objektif penubuhan/ kewujudan. Ia boleh dikos dan dinilai menafaatnya. Konsep objektif program – halatuju jadi pedoman pelaksanaan aktiviti, menyumbang kepada pencapaian objektif Kem/Jab, menjadi dasar kepada permohonan dan pengagihan sumber, alat mengawal dan mengurus operasi.

61 pelaksanaan di peringkat pengukuran prestasi
Samb… Kelemahan Pelaksanaan SBPP pelaksanaan di peringkat pengukuran prestasi dan penilaian tidak sepenuhnya terutama kem/jab bercorak sosial dan keselamatan. fokus penyediaan/pemeriksaan/pelaksanaan masih ditahap perbelanjaan terperinci. indikator output dan impak tidak jelas. digunakan sebagai alat pengagihan peruntukan dan tidak sebagai alat pengurusan. pencapaian prestasi tidak dipentingkan.

62 SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI (MBS) Pek. Perb. Bil 1/1990
Satu kompromi diantara Asas Tunai dengan Asas Akruan bagi membolehkan bekalan atau perkhidmatan yang telah diterima pada atau sebelum Disember tahun semasa dibayar pada bulan Januari tahun berikutnya dengan menggunakan peruntukan tahun semasa iaitu tanggungan tahun semasa dapat dijelaskan pada tahun hadapan (Januari) walau pun akaun ditutup dan peruntukan luput pada Disember tahun berkenaan.

63 SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI (MBS)
Pek. Perb. Bil 1/1990 Menekankan konsep ‘let manager’s manage’ – pegawai pelaksana dan bawahan terlibat dalam proses membuat keputusan. Ia masih berasaskan SBPP. Diperkenalkan dalam tahun 1990 dan 3 kem perintis – kesihatan, kebajikan dan kerjaraya. Perubahan dibuat ke atas proses penyediaan belanja mengurus.

64 SISTEM BELANJAWAN DIUBAHSUAI (MBS)
(Samb..) Tujuan – teguhkan ekonomi negara melalui agihan sumber yang lebih baik dan teratur, mencapai perbelanjaan seimbang, meningkatkan prestasi program, memudah dan meningkat akauntabiliti pengurus. Agensi pusat tidak perlu mengawas secara terperinci perbelanjaan agensi pelaksana – tumpu kepada perancangan dan pengukuran prestasi agensi pelaksana. Agensi pelaksana ada kuasa lebih luas mengurus program dan aktiviti dan kelewatan pelaksanaan dapat dielakkan.

65 Ciri-ciri SBPP yang masih kekal:
◊ Perancangan bottom up, pengagihan top down ◊ perancangan berasaskan program Ciri-ciri baru MBS: ◊ Perjanjian program sebagai kontrak pengurusan ◊ Pusat tanggung jawab sebagai unit mengakaun

66 Ciri-ciri baru MBS: (Samb..)
pemberian peruntukan secara ‘one lump sum’ dan penurunan kuasa kepada pegawai pengakaun yang bertanggung jawab untuk membuat agihan. ketua PTJ bertanggungjawab mengagih sumber yang diberikan. akauntabiliti yang lebih jelas – melalui perjanjian program dan sistem pemantauan yang lebih sistematik.

67 Ciri-ciri baru MBS: (Samb..)
Perakaunan Tunai Diubahsuai membenarkan perbelanjaan tahun semasa dibayar pada bulan Januari tahun berikutnya (AKB). Perbelanjaan tahun-tahun lepas dibayar dalam tahun semasa [AP58(a)]. Aset Tetap dikenakan 100% kepada perbelanjaan semasa iaitu tidak disusutnilaikan. Hasil dan perbelanjaan terakru tidak dilaporkan.

68 Kos pelaksanaan operasi dibahagikan kepada:
Dasar sedia ada – aktiviti yang telah diluluskan untuk dilaksanakan dalam tahun semasa – aktiviti berulang. Dasar Baru – aktiviti baru yang belum diluluskan dan dipertimbangkan peruntukan, termasuk program baru, tambahan, sambungan, perluasan skop aktiviti sediada. One-off – perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan atau luarbiasa dan bukan perbelanjaan tahunan bagi tahun sebelumnya dan ia tidak berulang.

69 BATAS PERBELANJAAN Satu jumlah wang yang ditetapkan oleh Perbendaharaan di awal proses belanjawan tahunan sesebuah agensi. Jumlah ini tidak boleh dilampaui semasa mengemuka cadangan perbelanjaan bagi dasar-dasar sediada. Dimaklumkan kepada agensi pada akhir tahun sebelum tahun kewangan semasa. Anggaran bajet untuk aktiviti sediada tidak boleh melebihi siling ini tetapi boleh minta peruntukan tambahan jika dasar baru atau one offs. Pemeriksaan terperinci tidak lagi diperlukan untuk anggaran di bawah Batas Perbelanjaan. Faedah: agensi boleh merancang dengan lebih baik. - memperteguh disiplin kewangan - pendekatan bajet top-down

70 PERJANJIAN PROGRAM Satu perjanjian yang menetapkan tahap prestasi yang akan dicapai antara Agensi dengan Perbendaharaan mengenai input yang akan digunakan untuk menghasilkan output dan impaknya bagi setiap program/aktiviti. Ia juga merupakan cadangan belanja mengurus kem. Dijadikan asas untuk mengukur prestasi dan keberkesanan agensi. Jika tahap prestasi program tidak selaras dengan yang ditetapkan dalam perjanjian, laporan pengecualian hendaklah disediakan. Sebagai alat pengesanan dan pemantauan, menjadikan agensi lebih bertanggungjawab terhadap prestasi masing-masing, mengenalpasti lebih awal masalah-masalah pelaksanaan yang mungkin timbul.

71 KANDUNGAN PERJANJIAN PROGRAM
Maksud Bekalan Analisis keperluan Dasar Agensi Pelanggan Program Fungsi Aktiviti Sumber-Sumber Kod Spesifikasi Output Punca Kuasa Petunjuk Impak Objektif Rancangan Penilaian

72 PENILAIAN PROGRAM Penilaian secara mendalam atas sesuatu program/
aktiviti hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun. Bertujuan menilai keberkesanan sesuatu program dan aktiviti dari segi ; - kewangan/peruntukan sumber - kesesuaian/relevan - impak Membantu pihak pengurusan mendapat maklumat untuk buat keputusan terhadap perubahan sesuatu dasar dan penggubalan dasar baru, jadi asas mempertingkatkan perancangan strategik dan akauntabiliti.

73 THRESHOLD Kaedah untuk menentukan permohonan Dasar
Baru dan One Off oleh kementerian dan jabatan. Satu tahap atau nilai yang berperanan sebagai batas permintaan yang ditentukan oleh Perbendaharaan Peruntukan DB/one off hanya akan dipertimbang setakat nilai yang melebihi Threshold sahaja Contoh: - Treshold ………………….RM 300,000 - DB ………………….RM 500,000 Peruntukan tambahan…… RM 200,000 sahaja

74 TAHAP VARIAN YANG DIIKTIRAF
Satu tahap yang dipersetujui untuk sesuatu petunjuk prestasi yang mana sesebuah agensi tidak perlu mengemukakan laporan pengecualian.

75 LAPORAN PENGECUALIAN Laporan untuk menjelaskan petunjuk prestasi (kewangan/bukan kewangan) yang mana pencapaian input ouputnya terkeluar dari tahap varian yang dipersetujui dalam Perjanjian Program

76

77

78

79 INSTITUSI KAWALAN PARLIMEN PERBENDAHA RAAN KEMENTERIAN/ JABATAN
Proses Belanjawan Jawatankuasa Akaun Awam Kelulusan waran peruntukan Pentadbiran/ pelaksanaan projek Siasatan terhadap Laporan Audit Tanggungjawab Pegawai Pengawal Struktur sistem kewangan yang teratur Penurunan kuasa yang sewajarnya Pematuhan kepada undang-undang dan peraturan Audit dalam

80 Legaliti PRINSIP UTAMA Akauntabiliti Perlembagaan Persekutuan
Akta Acara Kewangan 1957 Arahan Perbendaharaan Pekeliling/Surat Pekeliling Akta Audit 1957 Legaliti (pematuhan) Akauntabiliti Fiskal Akauntabiliti Pengurusan Akauntabiliti Program Akauntabiliti (kawalan)

81 PERINGKAT LEGALITI Terimaan wang awam
- Tiada apa-apa cukai yang boleh di levi tanpa undang-undang. - Kutipan hasil (cukai/yuran) hanya boleh dibuat berasaskan Akta (Per. 96 PP). - Pinjaman kewangan hanya boleh dibuat di bawah kuasa Undang-Undang Persekutuan (Per. 111 PP) Simpanan wang awam - Semua hasil yang dikutip mestilah dimasukkan dalam Kumpulan Wang DiSatukan kecuali hasil kutipan berkaitan Agama Islam (Per. 97 PP)

82 PERINGKAT LEGALITI - Tiada apa-apa wang boleh dikeluarkan daripada
Pengeluaran wang awam - Tiada apa-apa wang boleh dikeluarkan daripada KWDS melainkan jika wang diperuntukkan atau dilulus oleh Parlimen (Per. 104 PP). Bayaran wang awam - Melalui Waran Am - Melalui Waran Peruntukkan Perakaunan wang awam - Semua terimaan dan bayaran wang awam mesti diakaunkan dengan sempurna mengikut undang-undang.

83 KONSEP & DASAR PERAKAUNAN KERAJAAN
Wang Kerajaan tidak boleh dibelanjakan kecuali dengan kuasa undang-undang Semua hasil kerajaan dimasuk kira ke dalam Tabung KWDS kecuali hasil Agama Islam Wang awam hanya boleh dibelanjakan dengan kuasa Akta Bekalan mengikut anggaran belanjawan yang diluluskan oleh Parlimen Terimaan dan bayaran diamalkan mengikut sistem perakaunan asas tunai Peruntukan mengurus yang tidak dibelanjakan akan luput pada akhir tahun kewangan

84 AKAUNTABILITI …. SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T MENYURUH KAMU MELAKSANAKAN AMANAH TERHADAP ORANG-ORANG YANG MEMBERI AMANAH ITU. AN-NISA’ : 58

85 AKAUNTABILITI “ Akauntabiliti ialah obligasi seseorang untuk memberi jawapan dan penjelasan mengenai tindakan dan prestasinya kepada pihak yang berhak untuk mendapatkan jawapan dan penjelasan tersebut...” …Tan Sri Ahmad Sarji, Bekas KSN

86

87 INSTRUMEN-INSTRUMEN AKAUNTABILITI
Akauntabiliti Fiskal - Dari segi Integriti Kewangan, maklumat (disclosure) pematuhan kepada Undang- Undang dan peraturan pentadbiran awam - Menjamin akaun yang disimpan benar dan sah mengikut undang-Undang.

88 INSTRUMEN-INSTRUMEN AKAUNTABILITI
Akauntabiliti Pengurusan - Dari segi penggunaan tenaga manusia dan sumber-sumber lain diurus secara cekap dan ekonomik. - Pengunaan sumber-sumber dan harta benda awam dengan cekap dan mengelakkan pembaziran.

89 INSTRUMEN-INSTRUMEN AKAUNTABILITI
Akauntabiliti Program - Dari segi Impak program, iaitu samada sesuatu program mencapai objektif yang dirancangkan, dan opsyen yang terbaik telah dipilih untuk mencapai objektif berkenaan dengan mengambilkira jumlah kos dan output.

90 KESIMPULAN mesti dirancang dan dikawal dengan teliti
Kerajaan menyedari perbelanjaan kerajaan mesti dirancang dan dikawal dengan teliti kerana memberi kesan terhadap ekonomi negara dan kehidupan rakyat. untuk mencapai objektif negara dengan cepat maka kuasa membuat keputusan wajar diberi kepada pengurus-pengurus diperingkat bawahan supaya kelewatan pelaksanaan projek dapat dielakkan.

91 Pertanyaan? azmi.ahmad@moe.gov.my Tel : 03-8884 7537 H/p: 013-3028241
Sekian, Terima Kasih SELESAI SELESAI Pertanyaan? Tel : H/p:


Download ppt "SISTEM PENGURUSAN DAN KAWALAN BELANJAWAN"

Similar presentations


Ads by Google