Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PENJELASAN MENGENAI ISU DASAR YANG BOLEH DIBINCANG DALAM MESYUARAT MBJ

Similar presentations


Presentation on theme: "PENJELASAN MENGENAI ISU DASAR YANG BOLEH DIBINCANG DALAM MESYUARAT MBJ"— Presentation transcript:

1 PENJELASAN MENGENAI ISU DASAR YANG BOLEH DIBINCANG DALAM MESYUARAT MBJ
27 Disember 2007 Khamis Oleh Bahagian Gaji & Elaun Jabatan Perkhidmatan Awam

2 Contoh Isu Berkaitan Dasar
Tujuan Latar Belakang Definisi Dasar SKOP TAKLIMAT Contoh Isu Berkaitan Dasar Perbincangan Mengenai Dasar Kesimpulan

3 TUJUAN Memaklum dan memberi penjelasan kepada Mesyuarat mengenai perkara dasar yang boleh dibincangkan di dalam mesyuarat MBJ

4 LATAR BELAKANG Arahan menubuhkan MBJ dikeluarkan melalui PP 2/1992 dan SPP 3/2002. Tujuan MBJ: i. Hasrat untuk menjalinkan hubungan baik di antara majikan dengan pekerja; ii. Merupakan satu mekanisma penyelesaian masalah di antara Pihak Majikan dengan Pihak Pekerja;

5 LATAR BELAKANG iii. Forum dua hala. Pihak Pekerja diberi peluang berkomunikasi (mengeluarkan pendapat); dan iv. Forum untuk memperbaiki sistem kerja bagi tujuan penambahbaikan.

6 LATAR BELAKANG Bidang & Fungsi MBJ:
Membincangkan syarat bekerja yang ada hubung kait dengan pentadbiran kecuali perkara yang menyentuh dasar kerajaan* atau hal-hal perseorangan .

7 DEFINISI DASAR Perlembagaan Persekutuan
Dasar adalah suatu keputusan Kerajaan yang digubal setelah mengambil kira pandangan pihak-pihak dari agensi-agensi Kerajaan, sektor swasta, badan bukan Kerajaan dan sebagainya. Pemakluman tentang sesuatu dasar boleh dibuat melalui Akta, Peraturan-Peraturan, Perintah-Perintah, Kaedah-Kaedah, Warta Kerajaan, Pekeliling-Pekeliling, Surat-Surat Pekeliling, Surat-Surat Edaran dan lain-lain.

8 DEFINISI DASAR Dasar-dasar yang digubal akan mengambil kira dan tidak bercanggah dengan peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan terutamanya yang menyentuh hal perkara dalam Senarai Persekutuan, Negeri dan Bersama seperti yang termaktub dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

9 PERBINCANGAN MENGENAI DASAR
memberi penjelasan dan penerangan berkenaan kaedah pelaksanaan sesuatu dasar itu; Jika perlu, cadangan /pindaan sesuatu dasar boleh disalurkan melalui MBK P&P, MBK S&T atau MBK Am; atau dirujuk kepada agensi pusat untuk pertimbangan

10 ISU BERKAITAN DASAR Senarai Beberapa Contoh Dasar Dan Penjelasan adalah: 1. Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam 2. Elaun Perumahan Wilayah 3. Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat 4. Kelayakan dan Kadar Bayaran Wad 5. Elaun Tanggung Kerja

11 ISU BERKAITAN DASAR 6. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
7. Pemanjangan Bantuan Sara Hidup 8. Perubahan sesuatu Skim Perkhidmatan Khas Untuk Penyandang (KUP)

12 PERUNTUKAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM
ISU BERKAITAN DASAR PERUNTUKAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM ● Peruntukan di bawah PP 7/1990 dan SPP 5/1995 ● Kakitangan Kumpulan Perburuhan yang bekerja di luar pejabat/ di dalam bengkel layak menerima 3 pasang pakaian dan 2 pasang kasut setahun

13 PERUNTUKAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM
ISU BERKAITAN DASAR PERUNTUKAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM Isu Boleh Bincang ۰ kualiti pakaian yang dibekalkan ۰ kelewatan pembekalan pakaian ٠ warna pakaian tidak sesuai Isu Tidak Boleh Bincang ۰ mohon agar dibekalkan melebihi bilangan ditetapkan ۰ mohon pembekalan pakaian di luar spesifikasi ditetapkan ISU BOLEH BINCANG: a.     kualiti pakaian yang dibekalkan sebagai contoh kain yang terlalu nipis dan panas; b.    kelewatan pembekalan pakaian; dan C. warna pakaian yang dibekalkan tidak sesuai. ISU TIDAK BOLEH BINCANG: a.     Memohon agar dibekalkan melebihi bilangan yang ditetapkan. (melebihi 3 pasang pakaian seragam dan 2 pasang kasut setahun) b.    Memohon pembekalan pakaian seragam di luar spesifikasi ditetapkan. (selain daripada Kakitangan Kumpulan Perburuhan yang bekerja di luar pejabat/ di dalam bengkel seperti pekerja am dan pekerja bengkel)

14 ELAUN PERUMAHAN WILAYAH (EPW)
ISU BERKAITAN DASAR ELAUN PERUMAHAN WILAYAH (EPW) Elaun Perumahan Wilayah dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah mengikut peruntukan di bawah PP 11/2001, PP 4/2002 dan surat JPA(S) 63/151 Klt. 9 (22). Syarat: a.     Dibayar kepada pegawai yang bertukar wilayah; Pegawai yang dibayar EPW tidak layak dibayar Imbuhan Tetap Perumahan( ITP) Pegawai yang tidak menduduki rumah kerajaan boleh memilih samada menerima EPW atau ITP d. Pegawai yang menduduki rumah kerajaan yang diperuntukkan kepada suami /isteri, tidak layak EPW tetapi ITP e. Pegawai (suami isteri) yg bertukar wilayah dan tidak menduduki rumah kerajaan, boleh dibayar ITP masing-masing. Walaubagaimanapun salah sorang blh pilih EPW f. Pegawai yang bercuti tanpa gaji tidak layak kedua-dua EPW dan ITP; g. Pegawai yang membeli rumah dlm stesyen pegawai berkhidmat dgn pinjaman perumahan kerajaan tidak layak EPW h. Pegawai yang menghadiri kursus melebihi 3 bulan x layak EPW. i. Pegawai yang bertukar wilayah yang dibenarkan menduduki hotel melebihi tempoh yg dibenarkan dalam P Perbendaharaan semasa pertukaran , hilang secara proportionate EPW bagitempoh tambahan tersebut.

15 ELAUN PERUMAHAN WILAYAH (EPW)
ISU BERKAITAN DASAR ELAUN PERUMAHAN WILAYAH (EPW) Isu Boleh Bincang ۰ mohon penjelasan mengenai takrifan berasal ۰ mohon penjelasan mengenai syarat yang melayakkan pegawai menerima EPW Isu Tidak Boleh Bincang ۰ mohon meminda “Wilayah Kelahiran Asal” ۰ mohon agar kadar EPW dinaikkan ISU BOLEH BINCANG: a.     memohon penjelasan mengenai takrifan ’berasal’; dan (takrif ’berasal’ merujuk kepada wilayah kelahiran ibu bapa pegawai)  b.    memohon penjelasan mengenai syarat yang melayakkan pegawai menerima Elaun Perumahan Wilayah. (Syarat yang melayakkan : Pegawai yang bertukar wilayah) ISU TIDAK BOLEH BINCANG: a.     memohon untuk meminda wilayah kelahiran asal; dan (wilayah kelahiran yang dipilih oleh pegawai sebagai wilayah asalnya yang telah dicatatkan di dalam buku perkhidmatan pegawai)  b.    memohon agar kadar Elaun Perumahan Wilayah dinaikkan. (Kadar Elaun Perumahan Wilayah ditetapkan mengikut Kumpulan Perkhidmatan dan kawasan tempat tinggal pegawai

16 CUTI URUSAN KEMATIAN KELUARGA TERDEKAT
ISU BERKAITAN DASAR CUTI URUSAN KEMATIAN KELUARGA TERDEKAT Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat diperuntukkan di bawah PP Bil. 10/2002 bagi tujuan menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan dengan kematian ahli keluarga yang terdekat. Cuti ini diberi sebanyak 3 hari sebagai cuti tanpa rekod termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. syarat: a. Ahli keluarga terdekat bermaksud suami atau isteri, anak-anak serta ibu dan bapa kandung kepada pegawai berkenaan Cuti hendaklah bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat Pegawai yang menggunakan kemudahan ini hendaklah mengemukakan salinan pengesahan kematian ahli keluarga terdekat kepada Ketua jabatan untuk tujuan rekod

17 CUTI URUSAN KEMATIAN KELUARGA TERDEKAT
ISU BERKAITAN DASAR CUTI URUSAN KEMATIAN KELUARGA TERDEKAT Isu Boleh Bincang ۰ mohon penjelasan sekiranya berlaku kekeliruan terhadap pemakaian cuti tersebut Isu Tidak Boleh Bincang ۰ mohon meminda takrifan “Ahli Keluarga Terdekat di dalam Pekeliling tersebut ۰ mohon agar hari rehat dan hari kelepasan am tidak diambil kira dalam pengiraan cuti tanpa rekod ISU BOLEH BINCANG a. memohon penjelasan sekiranya berlaku kekeliruan terhadap pemakaian cuti tersebut. (sebagai contoh: bilangan hari yang dibenarkan iaitu 3 hari sebagai cuti tanpa rekod termasuk semua har i rehat dan hari kelepasan am) ISU TIDAK BOLEH BINCANG a.     memohon untuk meminda takrifan ahli keluarga terdekat di dalam pekeliling tersebut; dan (Takrifan: Ahli Keluarga Terdekat bermaksud suami atau isteri, anak-anak serta ibu dan bapa kandung)  b.    memohon agar hari rehat dan hari kelepasan am tidak diambil kira dalam pengiraan cuti tanpa rekod. (hari rehat dan hari kelepasan am diambil kira dalam pengiraan cuti tanpa rekod)

18 ISU BERKAITAN DASAR KELAYAKAN DAN KADAR BAYARAN WAD
Kemudahan ini diberikan kepada anggota perkhidmatan awam di bawah Perintah Am 21 Bab F dan PP 4/2002 yang menyatakan pegawai dan keluarga dikehendaki membayar bayaran wad apabila dimasukkan ke hospital mengikut kadar-kadar yang telah ditetapkan. Kelayakan Dan Kadar Bayaran Wad (Perintah Am 21 bab F dan PP 4/2002 Pegawai dan keluarga dikehendaki membayar bayaran wad apabila dimasukkan ke hospital mengikut kadar yang telah ditetapkan. Kumpulan/gred Kelayakan wad Bayaran wad sehari (RM) Pengurusan tertinggi Kelas 1 bilik seorang Kelas 1 bilik seorang Kelas 1 bilik berdua Kelas 1 bilik bertiga Kelas

19 ISU BERKAITAN DASAR KELAYAKAN DAN KADAR BAYARAN WAD Isu Boleh Bincang
۰ mohon penjelasan mengenai kadar dan kelayakan wad Isu Tidak Boleh Bincang ۰ mohon agar kelayakan dan kadar bayaran wad dipinda ISU BOLEH BINCANG a. Penjelasan mengenai kadar dan kelayakan wad; (kadar dan kelayakan ditentukan mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan) ISU TIDAK BOLEH BINCANG a. Memohon agar kelayakan dan kadar bayaran wad dipinda Kumpulan/gred Kelayakan wad Bayaran wad sehari (RM) Pengurusan tertinggi Kelas 1 bilik seorang Kelas 1 bilik seorang Kelas 1 bilik berdua Kelas 1 bilik bertiga Kelas

20 ELAUN PENANGGUNGAN KERJA
ISU BERKAITAN DASAR ELAUN PENANGGUNGAN KERJA ● Peraturan mengenai Penanggungan Kerja adalah di bawah PP 7/1993 dan Garis Panduan yang ditetapkan melalui Surat Edaran JPA bil. JPA(S)NP.63/44/Klt.10(14). ● Merupakan aturan di mana seseorang pegawai diberi kelulusan menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab suatu jawatan lain yang sama, lebih tinggi atau lebih rendah tarafnya di samping menjalankan tugas-tugas jawatannya sendiri. Kuatkuasa 1 januari 1992 Kadar: Dibayar atas kadar 25% daripada gaji permulaan jawatan yang ditanggung kerja Syarat: cuti rehat atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan melebihi 6 hari bekerja, 28 hari berturut-turut

21 ELAUN PENANGGUNGAN KERJA
ISU BERKAITAN DASAR ELAUN PENANGGUNGAN KERJA Isu Boleh Bincang ۰ pegawai yang diarah tanggung kerja tidak dibayar Elaun Penanggungan Kerja ۰ mohon penjelasan mengenai syarat yang terkandung dalam Elaun Penanggungan Kerja Isu Tidak Boleh Bincang ۰ mohon agar kadar Elaun Tanggung Kerja dinaikkan ۰ mohon agar syarat Elaun Penanggungan Kerja dipinda Syarat: Dibayar atas kadar 25% daripada gaji permulaan jawatan yang ditanggung kerja

22 PEMANJANGAN BANTUAN SARA HIDUP
ISU BERKAITAN DASAR PEMANJANGAN BANTUAN SARA HIDUP ● Bantuan Sara Hidup ini di panjangkan kepada pegawai yang diperuntukkan Rumah Kerajaan dalam lingkungan 25 kilometer dari tempat kerja di bawah SPP 7/2006. ● Kadar yang ditetapkan adalah sebanyak 50% daripada kelayakan pegawai yang tidak diperuntukkan Rumah Kerajaan berdasarkan kadar yang ditetapkan di dalam PP 28/2005. Bantuan Sara Hidup diberi kepada Peg. Perkhidmatan Awam utk menjaga kesejahteraan dan kebajikan mereka dengan syarat2 berikutl Peg. Dalam Kum Pengurusan & Profesional dan Kum. Sokongan; Peg. Lan. Tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak dan guru sandaran iii.Pegawai yang diluluskan cuti belajar di dalam negeri sama ada cuti belajar bergaji penuh atau separuh gaji iv.dibayar mengikut tempat kerja pegawai (pejabat) atau institut pelajaran bagi pegaai yang diluluskan cuti belajar. v.Dipanjangkan kepada seperti di slide

23 PEMANJANGAN BANTUAN SARA HIDUP
ISU BERKAITAN DASAR PEMANJANGAN BANTUAN SARA HIDUP Isu Boleh Bincang ۰ mohon penjelasan terperinci mengenai mengenai SPP berkaitan Isu Tidak Boleh Bincang ۰ mohon agar kadar Bantuan Sara Hidup dinaikkan ۰ mohon agar tarikh kuat kuasa dipinda Tarikh Kuatkuasa SPP adalah 25 September 2006

24 PERUBAHAN SESUATU SKIM PERKHIDMATAN
ISU BERKAITAN DASAR PERUBAHAN SESUATU SKIM PERKHIDMATAN ● Perubahan sesuatu Skim Perkhidmatan adalah selaras dengan perubahan skop fungsi tugas dan kelayakan sesuatu skim perkhidmatan.

25 PERUBAHAN SESUATU SKIM PERKHIDMATAN
ISU BERKAITAN DASAR PERUBAHAN SESUATU SKIM PERKHIDMATAN Isu Boleh Bincang ۰ pemberian opsyen / tempoh opsyen ; pegawai yang layak diberi opsyen, surat opsyen yang perlu diisi, kaedah pelaksanaan opsyen-Pihak Berkuasa Melantik, Ketua Jabatan / perkhidmatan dan Ketua Jabatan ۰ kaedah penetapan gaji permulaan pertukaran pelantikan (PP 17/2002) Isu Tidak Boleh Bincang ۰ mohon agar tawaran opsyen diberi kepada pegawai dalam lantikan sementara / kontrak / sambilan ۰ pohon agar kaedah penetapan gaji permulaan dipinda Pemberian Opsyen-tempoh 30 hari –beri peluang buat pilihan (muktamad), perkhidmatan di pendalaman, berada di luar negara Keadaan Pegawai yang perlu diberi: dipinjam/ditukar sementara, sedang bercuti, tidak hadir bertugas semasa opsyen dikeluar/kuatkuasa, sedang dalam tindfakan tatatertib selain dari buang kerja. -x sampai , PBM boleh beri tempoh 30 hari lagi buat pilihan. Surat Opsyen- berapa salinan Kaedah pelaksanaan opsyen- pihakberkuasa melantik-tawarkan opsyen melalui ketua jabatan/perkhidman Ketua Jabatan- Kemukakan nama peg. Terlibat tukar lantik pada SPA untuk kelulusan, sampai pada pegawai,sampaikan opsyen khas kpd peg. X layak, kemaskini kenyataan perkhidmatan, laksanakan pp dalam tempoh 6 bulan dan lapor BPO JPA Pegawai-baca dan faham, lengkap dua salinan, buat pilihan bagi balik dalam 30 hari. Kaedah penetapan gaji permulaan- i. peg hendaklah ditawarkan matagaji tertinggi berhampiran dengan matagaji akhir di jawatan asal di Peringkat satu (belum sah), tidak kurang satu pergerakan gaji dijawatan asal (dah sah) di P1, tak dapat tampung P2, dan tak dapat di P3. ii. Jawatan setaraf, skel gaji sama boleh tetapkan (sama seperti diatas ) ikut peringkat gaji jawatan asal, iii. Pergerakan gaji tahunann dalam tahun tukar lantik di beri dalam jawatan baru. Isu x boleh bincang…opsyen hanya diberi kepada pegawai tetap. Tarikh Kuatkuasa SPP adalah 25 September 2006

26 KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP)
ISU BERKAITAN DASAR KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) ● KUP diberi kepada anggota Perkhidmatan awam dalam keadaan berikut: i. (KUP Gaji) - Jadual Gaji KUP disediakan khas untuk pegawai yang mana gaji jawatan lamanya tidak dapat ditampung oleh gaji maksimum dalam struktur tanggagaji baru; KUP Gaji- disediakan khas untuk pegawai yang mana gaji jawatan lamanya tidak dapat ditampung oleh gaji maksimum dalam struktur tanggagaji baru dalam keadaan: i.Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)- tidak kurang satu pergerakan gaji di jawatan sebelumnya, P1, P2(naik pangkat), P3 (lantikan)-pohon dari BGE JPA ii.Tukar lantik Di Agensi Yang dibubarkan-sama seperti diatas iii.Urusan Tukar sementara/ Pinjaman- Gred yang lebih tinggi di beri KUP di Peringkat satu

27 KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP)
ISU BERKAITAN DASAR KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) ii. (KUP Jawatan) – pegawai tidak membuat/ menerima opsyen bagi perubahan skim yang melibatkan opsyen tukar lantik. - Gred setaraf tidak ada apabila ditukar lantik ke jawatan baru di skim perkhidmatan yang sama atau berlainan. pegawai hendaklah ditukar lantik ke jawatan baru diskim perkhidmatan yang sama/berlainan pada gred yang setaraf jawatan asal.sekiranya Gred setaraf tidak ada maka Jawatan Khas Untuk Penyandang diwujudkan

28 KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP)
ISU BERKAITAN DASAR KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) Isu Boleh Bincang ۰ KUP Gaji: pegawai lambat menerima Gaji KUP walau JGM KUP telah diperolehi daripada JPA ۰ KUP Jawatan: penjelasan berkaitan opsyen Isu Tidak Boleh Bincang ۰ KUP Gaji: mohon agar kaedah pemberian Tanggagaji KUP diubah. ۰ KUP Jawatan: memohon untuk membuat opsyen kali kedua.

29 KESIMPULAN Sesuatu dasar yang dibincangkan dalam Mesyuarat MBJ adalah bertujuan untuk memberi penjelasan kepada kaedah pelaksanaannya.

30 SYOR Semua Kementerian/ Jabatan/ Agensi turut memainkan peranan sebagai penyelaras untuk menjelaskan perkara ini kepada agensi di bawahnya

31 TERIMA KASIH

32 LATAR BELAKANG “Bidangkuasa dan fungsi MBJ adalah meliputi semua perkara yang berkaitan dengan syarat-syarat perkhidmatan dan perjalanan organisasi yang ada hubungkait dengan pentadbiran kecuali yang menyentuh dasar kerajaan atau hal-hal perseorangan” (Perenggan 9, SPP Bil. 3/2002)


Download ppt "PENJELASAN MENGENAI ISU DASAR YANG BOLEH DIBINCANG DALAM MESYUARAT MBJ"

Similar presentations


Ads by Google