Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik Pendekatan dan Strategi Pemusatan Guru Pemusatan Pelajar Berdasarkan sumber Induktif Elektif Deduktif Tematik Pembelajaran.

Similar presentations


Presentation on theme: "Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik Pendekatan dan Strategi Pemusatan Guru Pemusatan Pelajar Berdasarkan sumber Induktif Elektif Deduktif Tematik Pembelajaran."— Presentation transcript:

1 Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik Pendekatan dan Strategi Pemusatan Guru Pemusatan Pelajar Berdasarkan sumber Induktif Elektif Deduktif Tematik Pembelajaran Masteri

2 Ciri-Ciri Pemusatan Guru 1. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang pemting, sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja. 2.Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar. 3.Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid-murid tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan. 4. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.

3 5. Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyebaran nilai murni atau perkembangan emosi. 6. Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan uijan dan peperiksaan 7. Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal dan kurang berupaya membuat intepretasi. 8. Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk. 9. Mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian 10. Di bawah strategi pemusatan guru, murid-murid menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif.

4 Ciri-Ciri Pemusatan Pelajar 1. Dalam aktiviti pengajaran dna pembelajaran murid memainkan peranan yang penting, sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang memimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. 2. Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan memimbing murid supya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan kepada mereka 3. Ciri kempimpinan guru bersifat demokratik. Murid-murid sentiasa digalakan memberi pendapat mereka Guru banyak menggunakan kaedah berbincang dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran 4. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid.

5 5. Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani 6. Uijan formatif adalah ditekankan dan keputusan uijan kerap sekali digunakan untuk mengkaji kelemahan- kelemahan murid. 7. Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid-murid memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan 8. Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong bekerjasama dan bertolak ansur dapat dipupuk. 9. Strategi ini mementingkan pengolahan kaedah kumpulan. 10. Di bawah strategi pemusatan murid, murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif

6 Ciri-Ciri Pemusatan Bahan 1. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran memainkan peranan penting.Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran 2. Komunikasi dan interaksi berlaku di antara guru dengan bahan pengajaran, atau di antara murid dengan bahan pembelajaran. 3. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran 4. Strategi ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas. Melalui latihan penggunaan bahan pembelajaran, murid dapat membina kemahiran mereka dengan penggunaan alat bantu mengajar. Di samping itu, mereka dapat memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran guru

7 5. Pengajaran guru adalah ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna menarik serta berkesan 6. Peluang interaksi di antara murid adalah banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui keadah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran supaya menghasilkan sesuatu projek atau menjalankan sesuatu ujikaji 7. Strategi pemusatan bahan pelajaran juga mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar.

8 Strategi Induktif 1. Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran guru perlu menyediakan contoh-contoh yang sesuai untuk murid membuat rumusan 2. Murid dibimbing melalui aktiviti penyoalan supaya dapat membuat kesimpulan sendiri 3. Pelbagai contoh yang mengandungi ciri-ciri yang sama untuk memudahkan murid membuat kesimpulan samada daripada guru atau murid 4. Guru menyediakan alat bantu mengajar yang bersesuaian 5. Aktiviti perlu dipelbagaikan dan menarik perhatian murid

9 MODEL INDUKTIF Merancang Aktiviti PelaksanaanPenilaian Kenalpasti Maklumat Sediakan Contoh Membuat Kesimpulan Memberikan contoh-contoh Pendekatan Induktiv/ Binaan/ Jumpaan Mencuba Generalisasi Membuat Generalisasi Membuat Konsep

10 Strategi Elektif 1. Kombinasi pendekatan deduktif dan pendekatan induktif 2. Murid-murid diilibatkan secara aktif dalam pembelajaran sama ada dalam tugas mengasas rumusan ataupun memberikan contoh. 3. Guru memberikan input terlebih dahulu-ini memudahkan murid memberikan contoh dan menbuat rumusan 4. Guru boleh menggunakan kreativiti sendiri dengan tidak terikat kepada mana-mana pendekatan yang khusus 5. Pendekatan ini banyak menggunakan latihan 6. Guru boleh mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan kanak- kanak 7. Pendekatan ini sesuai untuk murid pelbagai kebolehan

11 Strategi Deduktif Juga dikenali sebagai Pendekatan Cerakinan Kamaruddin Haji Husin 1988;81: Satu pendekatan mengajar yang memulakan satu kajian dengan melihat secara keseluruhan aspek pembelajaran sebelum kesimpulan-kesimpulan tentangnya dilakukan Pendekatan memggunakan penguasaan peraturan/hukuman daripada aspek penggunaan Membuat satu cerakinan daripada yang umum kepada spesifik

12 MODEL DEDUKTIF Merancang PelaksanaanPenilaian Kenalpasti Maklumat Sediakan Contoh Menjelaskan Definasi/Konsep Atau GeneralisasiIlustrasi/Contoh-contoh Pendekatan Deduktif/Cerakinan Mencuba Generalisasi Membuat Generalisasi Membuat Konsep

13 PENDEKATAN TEMATIK 1. Tematik merujuk kepada satu koleksi idea mengenai sesuatu objek yang tertentu 2. Satu-satu tema itu dipecahkan kepada komponen-komponen yang kecil 3. Mempunyai tajuk umum yang boleh dikembangkan kepada topik- topik kecil dan semuanya berkait dengan tajuk umum 4. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam pengajaran 5. Pendekatan secara tema akan membolehkan pelajar menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasikan pengetahuan. Pengggabunggan pelbagai idea yang berkaitan mebolehkan pelajar menyatukan fakta-fakta

14 PEMBELAJARAN MASTERI Konsep 1. Konsep ini diperkenalkan oleh B.S Bloom pada tahun- tahun 60an berdasarkan satu prinsip iaitu semua murid boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya - Ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya - Pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti 2. Dalam proses pembelajaran masteri,guru mesti pastikan semua murid dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran 3. Guru juga perlu memastikan semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain

15 Pembelajaran Masteri(2) 4.Peranan guru ialah untuk menenentukan pelajaran yang perlu dikuasai 5.Ia juga perlu mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai 6.Ia juga perlu merangsang kemahiran berfikir dikalangan pelajar

16 KESEPADUAN 1. Dalam program KBSM, semua mata pelajaran disepadukan dan dikaitkan diantara satu sama lain dengan menyerapkan unsur-unsur nilai murni dalam setiap mata pelajaran 2. Konsep bersepadu bermaksud penguasan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa, pemupukan nilai-nilai murni melalui pendekatan integrasi dan penyerapan dalam semua mata pelajaran KBSM

17 PENYEBATIAN 1. Ia melibatkan strategi perkembangan dan peningkatan daya intelek dan kemahiran berfikir 2. Ia juga melibatkan strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam semua matapelajaran termasuk kokurikulum 3. Ia juga menekankan kepada strategi berpusatkan pelajar 4. Tujuan utama strategi ini ialah untuk mencapai Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara KLIK DI SINI UNTUK KEMBALI KE LAMAN UTAMA


Download ppt "Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik Pendekatan dan Strategi Pemusatan Guru Pemusatan Pelajar Berdasarkan sumber Induktif Elektif Deduktif Tematik Pembelajaran."

Similar presentations


Ads by Google