Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

BAB 1 Organisasi Bengkel Dan Keselamatan. Pengenalan Bengkel Tempat khas untuk murid-murid menjalankan kerja-kerja pertukangan dan pemasangan - Kayu -

Similar presentations


Presentation on theme: "BAB 1 Organisasi Bengkel Dan Keselamatan. Pengenalan Bengkel Tempat khas untuk murid-murid menjalankan kerja-kerja pertukangan dan pemasangan - Kayu -"— Presentation transcript:

1 BAB 1 Organisasi Bengkel Dan Keselamatan

2 Pengenalan Bengkel Tempat khas untuk murid-murid menjalankan kerja-kerja pertukangan dan pemasangan - Kayu - Paip - Logam- Jahitan - Elektrik- Masakan

3 Perhatian Setiap murid perlu mengamalkan peraturan keselamatan dan etika kerja supaya Keadaan bengkel kemas dan teratur. Murid berasa selesa. Murid selamat melakukan kerja amali.

4 1.1Pengurusan organisasi bengkel dan keselamatan ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN adalah “Satu sistem pengurusan yang berasaskan kerjasama guru dan murid.”

5 Kegunaan Sistem Organisasi Bengkel Dan Keselamatan Menjamin keadaan bengkel teratur. Menjamin keadaan bengkel selamat.

6 Struktur Organisasi Bengkel Formen = Ketua Murid di bengkel Penolong Formen = Penolong Ketua Murid di bengkel

7 Tugas-tugas Formen 1. Memastikan setiap murid hadir ke bengkel dalam barisan. 2. Mengatur murid di luar bengkel sebelum mendapat kebenaran masuk. 3. Memastikan setiap kumpulan menjalankan tugasan mengikut jadual. 4. Memeriksa setiap alatan yang digunakan telah disimpan dengan teratur. 5. Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan kepada guru. 6. Menerima dan menyampaikan arahan-arahan yang disampaikan oleh guru kepada semua murid.

8 Jadual kerja 1. Setiap kelas mesti mempunyai jadual kerja semasa di bengkel. 2. Setiap murid dibahagikan mengikut kumpulan untuk menjalankan tugas. 3. Tugas dilakukan secara bergilir-gilir berdasarkan jadual.

9 Contoh Jadual Kerja JADUAL TUGASAN KELAS 1 FALSAFAH TUGAS Minggu 1234 Membersihkan lantai dan meja ABCD Memeriksa dan menyimpan alatan / projek BCDA Membuka, menutup dan membersih tingkap CDAB Menyusun kerusi dan meja DABC

10 Amalan4M 1.MEMBERSIH 2.MENYUSUNATUR 3.MENILAI 4.MENDISIPLIN

11 1.Membersih 1. Pembersihan dilakukan dalam bengkel dengan menggunakan alatan seperti penyapu, penyedut hampagas, kain buruk dan lain-lain. 2. Ini adalah untuk memastikan bengkel bersih, kemas dan selamat digunakan.

12 3K 1. Kebersihan fizikal Memakai pakaian yang sesuai. 2. Kebersihan mental Memberi tumpuan ketika manjalankan tugas di dalam bengkel. 3. Kebersihan bengkel Pastikan keadaan kemas dan teratur sebelum meninggalkan bengkel.

13 2.Menyusun Atur 1. Alatan dan bahan disusun dan disimpan di tempat yang ditetapkan dan mengikut jenisnya. 2. Kerusi dan meja disusun semula sebelum keluar dari bengkel. 3. Alatan membersih (penyapu, kain, tong sampah) disimpan di tempatnya.

14 3. Menilai 1. Murid perlu menilai terhadap diri sendiri dan tempat kerja dari segi 1. Ketepatan langkah kerja. 2. Hasil kerja. 3. Keadaan tempat kerja.

15 4. Mendisiplin 1. Setiap murid perlu 1. Mempraktikkan peraturan keselamatan dan langkah-langkah kerja yang ditetapkan. 2. Menggunakan alatan dengan betul dan selamat. 3. Mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh guru atau formen. 4. Rujuk kepada guru segera jika terdapat alatan yang rosak dan jika berlaku kecemasan.

16 Langkah-langkah Keselamatan 1. Peraturan Keselamatan Bengkel 2. Peraturan Keselamatan Alatan 3. Peraturan Keselamatan Diri (rujuk buku teks m/s 3 - 4)

17 Memakai tudung / Ikat rambut Memakai apron Kasut bertutup dan tapak getah Memakai sarung tangan Lengan baju dilipat Rambut kemas dan pendek Memakai gogal Kasut bertutup dan tapak getah Pakaian sesuai di Bengkel

18 Langkah Merawat Kecederaan Ringan

19 Jenis Bahan Pemadam Api Air A Buih B DebuKering ABC KarbonDioksida BC Alat Pemadam Api

20 3 Langkah Guna Tarik pin picu Tekan tuas Halakan pada api

21 AWAS..! Elektrik

22 Etika Dan Budaya Kerja ETIKA KERJA ialah disiplin dan sikap terhadap kerja. Waktu Menepati Waktu Amanah Amanah Bertanggungjawab Bertanggungjawab Peraturan Patuh Pada Peraturan Arahan Patuh Pada Arahan

23 Refleksi 1. Apa itu FORMEN? 2. Nyatakan 3 tugas FORMEN? 3. Nyatakan Amalan 4M? 4. Seorang murid mengalami luka pada jari semasa amali. Apa yang mesti dilakukan? 5. Nyatakan 4 jenis bahan pemadam api dan labelnya?

24 Sekian Selamat Mengulangkaji


Download ppt "BAB 1 Organisasi Bengkel Dan Keselamatan. Pengenalan Bengkel Tempat khas untuk murid-murid menjalankan kerja-kerja pertukangan dan pemasangan - Kayu -"

Similar presentations


Ads by Google