Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

INTEGRASI ALAT BANTU MENGAJAR P&P

Similar presentations


Presentation on theme: "INTEGRASI ALAT BANTU MENGAJAR P&P"— Presentation transcript:

1 INTEGRASI ALAT BANTU MENGAJAR P&P
Dr. Arba’at Hassan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

2 PENGENALAN Negara membangun memerlukan lebih ramai guru mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (ICT). Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan proses P&P akan berlaku. Antaranya, pengajaran berpusatkan guru (teacher-centered) kepada pengajaran berpusatkan pelajar (student-centered yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan (exploratory discovery).

3 samb… ICT menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja. Menyediakan pelbagai hala…dua hala, interaktif, latihtubi (drill and practice), dll

4 ICT DAN DASAR PEMBANGUNAN NEGARA
Peranan teknologi maklumat dalam pembangunan negara dinyatakan dengan jelas sejak Rancangan Malaysia Ketujuh ( ). Menurut dasar ini: “Kemunculan Era Maklumat menjadi penyumbang utama kepada kejayaan persaingan antarabangsa meletakkan teknologi maklumat (IT) di kedudukan yang penting dalam pembangunan sosio ekonomi negara. IT telah diakui sebagai satu teknologi penggerak yang strategik untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia dan meningkatkan kualiti hidup penduduknya. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-6 (RME), pelaburan yang besar telah disalurkan bagi menyediakan infrastruktur asas IT sebagai langkah ke arah menubuhkan rangkaian kemudahan dan perkhidmatan yang canggih” (Rancangan Malaysia Ke –2000, 1996:447)    

5 KONSEP SEKOLAH BESTARI
Prinsip yang digunakan sebagai panduan Program Pembestarian Sekolah adalah seperti berikut: Pembestarian Sekolah perlu melibatkan semua sekolah Dilaksanakan secara berperingkat Semua sekolah dilengkapkan dengan kemudahan ICT Memberi tumpuan bagi meningkatkan penguasaan pelajar dalam bidang ICT Pengaplikasian ICT bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah Pengurangan kos pelaksanaan Penglibatan pihak swasta secara total [Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) 2006].

6 PEMBESTARIAN SEKOLAH Pembestarian sekolah adalah proses berterusan ke arah pembudayaan dalam penggunaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru (BTP 2007; KPM 2006).

7 Pembekalan infrastruktur ICT ke sekolah

8 Apa itu integrasi ICT? Integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran P&P (Pisapa 1994) Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu pelajar memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT.

9 samb… Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. ICT boleh berbentuk grafik, fotograf (kaku), cinematograf, atau/dan videograf (bergerak).

10 Mengapa perlu pengintegrasian ICT?
Meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran Menyediakan sumber yang luas kepada guru-guru dan pelajar-pelajar untuk meneroka, mencari bahan pengajaran, rujukan dan penyelidikan

11 samb… Melalui portal-portal pendidikan, guru dan pelajar dapat memanafaatkannya pada bila-bila masa yang dikehendakinya dan memberi kefahaman lebih (e.g.: dalam eksperimen Sains, guru menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan (i.e.: pembelajaran virtual) mereka boleh mengulang berkali-kali dan pada bila-bila masa sehingga mereka puashati dan memahami isi kandungan sesuatu tajuk).

12 samb.. guru dan pelajar dapat bertukar-tukar idea sesama mereka ( , net meeting, chat room) memberi peluang kepada guru dalam memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual yang mana lebih berfokuskan aktiviti dan masalah sebenar.

13 samb.. pelajar boleh menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan (words), pangkalan data (database), dan grafik (kaku atau bergerak), serta boleh membuat pembentangan tugasan menggunakan alat-alat teknologi. Membolehkan guru mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.

14 samb.. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Membolehkan pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa. .

15 samb.. Meningkat daya kreativiti dan imaginasi guru dan pelajar.
Meningkatkan kemahiran ICT.

16 PERALATAN ICT DALAM P&P
Komputer (desktop; laptop; notebook, palmtop, dsb) kamera (analog, digital, video) overhead projector, projektor LCD, visualizer Transperansi (lutsinar=B&W/warna) slaid dan peralatan multimedia lain (hardware; software, and courseware).

17 Sebahagian peralatan yang digunakan dalam P&P

18 STRATEGI MENGINTEGRASI ICT DALAM P&P
Peranan Pemimpin Sekolah kewangan menjadi model pengguna ICT dalam pentadbiran memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara optimum oleh guru-guru semasa P&P dijalankan memberi perhatiaan kepada perkembangan dan pembangunan staf dalam ICT

19 Samb.. Peranan guru -menilai setiap perisian yang sesuai sebelum menjalankan proses P&P -melakukan persediaan yang rapi dalam penyediaan peralatan ICT -memantau penggunaan aplikasi pemprosesan perkataan, lembaran kerja dan persembahan adalah perlu untuk mengelakkan pemesongan tumpuan pelajar daripada perkara yang lebih penting. -strategi guru menggunakan ICT dalam proses P&P harus selaras dengan isi kandungan mata pelajaran dan menekankan implikasi atau hasil pembelajaran berdasarkan tahap pelajar.

20 samb.. Sokongan daripada pihak luar
-Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT. -Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah

21 KEKANGAN DAN CABARAN PENGGUNAAN ICT DALAM P&P
Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus Sikap Negatif Guru Kekurangan Kemahiran Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan Jurang ICT dan Digital Sumber Kewangan Yang Tidak Mencukupi

22 Kriteria objek pembelajaran secara virtual
harus direkabentuk bagi tujuan ruang yang berinformasi Interaksi semasa pembelajaran berlaku di sekitarannya memberikan maklumat dalam bentuk teks dan dunia tiga dimensi (3D) Pelajar bukan sahaja aktif tetapi menjadi pelakun: mereka membantu membentuk ruang secara virtual. tidak terhad kepada pendidikan jarak jauh (PJJ) sahaja

23 samb… dapat menyepadukan teknologi dan pendekatan pedagogi pelbagai (integrate heterogenous technologies and multiple pedagogical approaches) yang berinformasi, kolaborasi, dan berkaitan dengan pengurusan masa Pembelajaran secara virtual di suatu aspek pula mungkin mempengaruhi pembelajaran yang lebih efektif bertindan dengan sekitaran secara fizikal menjadikan pengajaran dan pembelajaran secara pelbagai

24 Contoh pengaplikasian OPV bagi pelajar-pelajar Sains
Dapat mempamerkan perkara–perkara abstrak kepada pelajar-pelajar, contohnya dalam atom dan pergerakannya di dalam sesuatu keadaan pada suhu bilik dan juga suhu yang berbeza; Mempamerkan sel-sel daun yang terlibat dalam proses fotosintesis hanya boleh dilihat jika menggunakan mikroskop dapat dialami prosesnya dalam pembelajaran secara virtual;

25 Sesuatu proses yang mengambil masa panjang dapat dipamerkan secara langsung prosesnya dalam masa yang lebih singkat seperti dalam pembentukan kristal kuprum sulfat; Atom dan pergerakannya Pembentukan kristal kuprum sulfat

26 Mempamerkan dan memendekkan masa bagi menunjukkan satu proses yang memakan masa yang lama, contohnya, proses pertumbuhan dan perkembangan manusia (development of human fetus) atau lain-lain haiwan Mempamerkan proses pertumbuhan biji benih atau tunas pada daun; bunga berkembang; proses pembahagian sel ibu (mother cell) menjadi beberapa sel-sel anak (daughter cells) dalam masa yang sesuai. Amoeba asexual Pertumbuhan tepi daun pada tumbuhan

27 Bunga berkembang Mitosis vs meiosis
Mempamerkan proses mitosis (prophase, metaphase, anaphase, dan telophase) dan juga meiosis yang memungkinkan pelajar-pelajar melihat peringkat-peringkat pembahagian sel (prophase I, metaphase I, anaphase I, telophase I dan prophase II, metaphase II, anaphase II, telophaseII) dan sebagainya. Bunga berkembang Mitosis vs meiosis

28 Latihan Senaraikan LIMA sesawang (website) yang ada kaitan dengan perkembangan atau proses bagi satu-satu tajuk bagi Biologi atau Sains utk diintegrasikan dalam P&P anda. Sekiranya opsyen anda bukannya Biologi atau Sains, buatlah pilihan mengikut bidang anda. Kaitkan dengan YouTube, Animation, atau sebagainya untuk menunjukkan proses tersebut (panjang minimum pergerakan 5 minit)

29 TERIMA KASIH


Download ppt "INTEGRASI ALAT BANTU MENGAJAR P&P"

Similar presentations


Ads by Google