Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PEMBINAAN NEGARA-BANGSA. Konsep Pembinaan Negara- bangsa.

Similar presentations


Presentation on theme: "PEMBINAAN NEGARA-BANGSA. Konsep Pembinaan Negara- bangsa."— Presentation transcript:

1 PEMBINAAN NEGARA-BANGSA

2 Konsep Pembinaan Negara- bangsa

3 Negara  sesuatu kawasan atau wilayah  mempunyai penduduk yang menetap  kerajaan yang mempunyai kedaulatan

4 Negara Unit Politik yang mempunyai kedaulatan dan tanggungjawab dan kuasa menjalankan pentadbiran sendiri Penduduk Sempadan Kerajaan Kedaulatan Definisi Elemen negara :

5  Istilah 'negara' merujuk kepada sebuah unit politik yang mempunyai kedaulatan dan tanggungjawab serta kuasa untuk menjalankan pemerintahannya sendiri. Negara berfungsi sebagai perantaraan antara pemerintah dengan masyarakat.

6  Segala tindakan dan kegiatan yang dilakukan oleh sesebuah negara tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang sah. Negara boleh diumpamakan sebagai sebuah keluarga kerana negara mempunyai unsur-unsur yang saling berkait antara satu sama lain.

7 Bangsa  3 takrifan utama: 1.Dari perspektif perundangan = status kewarganegaraan menurut Perlembagaan 2.Dari perspektif keturunan = berdasarkan ciri fizikal (biologi) dan budaya (ras, kaum & etnik) 3.Dari perspektif politik = komuniti politik dalam wilayah tertentu; identiti sepunya pembentukan negara berdasarkan sejarah

8 Negara Bangsa  diasaskan atas bangsa yg disusun dlm satu organisasi negara (Perjanjian Versailles 1919)  sebuah Negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh ikatan primordial yang sempit  mempunyai keyakinan serta kepercayaan yang tinggi kepada sistem pemerintahan dan undang-undang yang dilaksanakan di negara tersebut  Tun Dr. Mahathir Mohamad, negara bangsa = “dibina dan dibangunkan dgn rakyat yg menyanjung masa depan yg dikongsi bersama, berintegrasi seluruh wilayah dan kelompoknya, menikmati kehidupan bersama berasaskan persamaan hak & keadilan, menumpukan taat setia dan pengabdian tidak berbelah-bahagi terhadap bangsa & negara mereka.”

9 Faktor Pembentukan Negara Bangsa  Lingua Franca  Integrasi  Kewarganegaraan  Patriotisme  Demokrasi

10 Fokus dan strategi pelaksanaan Negara Bangsa  Memperkasakan Bahasa Kebangsaan  Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional  Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa  Membina jati diri dan semangat patriotik dalam diri individu

11 Perpaduan dan Integrasi Kaum

12 Masyarakat Majmuk  Berdasarkan J.S. Furnival: –Pelbagai jenis manusia  Melayu, Cina, India, Arab, Eropah, Siam dan penduduk asli (bumiputera) –Mereka bercampur tetapi tidak bersatu teguh –Berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik  Bertemu ketika membeli belah, kemudian pulang ke kelompok masing-masing –Berpegang kepada kebudayaan, cara hidup, agama, bahasa, idea, kepercayaan dan kaedah tersendiri –Terdapat pembahagian tenaga buruh yang berdasarkan perkauman

13 Masyarakat Majmuk Di Malaysia  Masyarakat majmuk di Malaysia terjadi secara tidak sengaja.  Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di Tanah Melayu adalah Melayu.  Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.  Masyarakat majmuk di Malaysia ketika itu terdiri dari pelbagai etnik - dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan & pendidikan.   Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian.

14  Hakikatnya, kesukaran penyatuan / interaksi masyarakat pada ketika itu terhasil drp dasar pecah & perintah Inggeris  Perasaan perkauman diwujudkan untuk menjaga kepentingan penjajah dr segi politik & kebebasan menjarah hasil bumi Malaysia  Akibatnya, Malaysia terpaksa merungkai masalah perpaduan hingga kini

15 Perpaduan  Satu proses yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air  Penyatuan dalam semua aspek: fizikal, ekonomi, politik dan sosial  Perpaduan penting bagi sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian –Ras etnik, bahasa, agama, kebudayaan dan pegangan  Keutuhan negara bergantung kepada keharmonian sosial –Wujud kestabilan politik –Tingkatkan pertumbuhan ekonomi

16 Integrasi  Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, ekonomi dan petempatan dalam sesebuah unit politik  Identiti nasional = hubungan kaum lebih erat; wujud perasaan hidup bersama  Integrasi juga = proses penyatuan semua aspek fizikal, ekonomi, politik, sosial termasuklah biologikal (kahwin campur) –Memadai terdapat beberapa wakil sanggup hidup bersama –Penerimaan oleh masyarakat = wujud integrasi  Integrasi lebih kepada ikatan batin iaitu ikatan perasaan, hati dan pemikiran

17 Asimilasi  Satu proses percampuran kumpulan2 minoriti ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar –proses integrasi 1 hala  Kumpulan minoriti akan hilang pegangan asal, agama, budaya, bahasa –Pelajari, sertai dan amal cara hidup majoriti –Akhir proses: 1 kelompok yang sama & seragam  Satu proses yang sukar dicapai dalam masyarakat Malaysia – banyak jurang perbezaan –Tidak mudah kump. minoriti tinggalkan budaya, bahasa, agama dan pegangan mereka –Terpaksa amalkan cara hidup majoriti  Cth: masyarakat Cina di Indonesia

18 Asimilasi Budaya / Akulturasi  Satu proses di mana kumpulan minoriti mempelajari budaya kumpulan majoriti –budaya sahaja; tidak pada keseluruhan aspek –pelajari cuma ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni lukis, moral dan akhlak, bahasa, undang-undang, adat resam dan lain2 kemahiran –Masih berpegang kpd ajaran agama asal; identiti asal tidak hilang  Kaum Cina dan India byk mengikuti dan mengamalkan budaya tempatan –berbaju kurung, guna dialek bahasa Melayu, makan dgn tangan, duduk bersila, pelajari tarian dll. –membezakan kaum Cina Malaysia dan India Malaysia dengan kaum Cina dari China dan kaum India dari India –mereka telah mengalami asimilasi budaya atau akulturasi –masih boleh dilabelkan sbg org Cina atau India kerana identiti asal belum terhakis

19 Asimilasi Struktur  Proses kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama kumpulan majoriti –Pendidikan, petempatan, ekonomi, politik dan sosial  Kumpulan minoriti tidak hilang ciri2 dan identiti asal cuma mengalami sedikit perubahan –DEB – kumpulan etnik disatukan dengan penyusunan semula masyarakat; wujud kerjasama dan hubungan erat dlm pelbagai bidang –Politik – kewujudan parti Perikatan, kemudiannya Barisan Nasional memudahkan proses ini berlaku  Boleh berlaku secara sedar atau tidak kerana ia melibatkan dimensi sosialisasi dalam masyarakat

20 Amalgamasi  Proses percantuman menyeluruh dalam aspek kehidupan & merupakan dimensi yang tertinggi dalam integrasi  Kepelbagaian kumpulan etnik bercampur dan berpadu = satu budaya baru –Kepelbagaian etnik > amalgamasi > kelompok baru –Tercapai melalui perkahwinan campur secara besar-besaran –Etnik Melayu + Etnik Cina = budaya baru  Sukar dicapai di Malaysia

21 Pluralisme  Konsep mempertahankan kepelbagaian kumpulan etnik  Dibahagi kepada: 1.Pluralisme Kebudayaan  Pengekalan ciri-ciri kebudayaan dan identiti pelbagai kelompok  Tidak perlu ubah, amal dan sertai cara hidup kumpulan lain  Mudah diterima; tidak jejaskan kepentingan  Dilihat sebagai kekuatan 2.Pluralisme Ubahsuaian  Kumpulan etnik terpengaruh oleh budaya orang lain = sedikit perubahan  Kekal kepelbagaian etnik tetapi menerima sedikit unsur-unsur kumpulan lain hasil dari pergaulan, interaksi sosial dan perhubungan  Penerimaan ini dikatakan sebagai mengalami ubahsuaian

22 Rukun Negara

23 -SBG ‘IDEOLOGI’ -> AJARAN,FAHAMAN – PEGANGAN HIDUP,CITA2 YG – PEGANGAN HIDUP,CITA2 YG HENDAK DICAPAI BERSUNGGUH2 HENDAK DICAPAI BERSUNGGUH2 - RN -> SUSUNAN CARA HIDUP BERMASYARAKAT BERMASYARAKAT -> nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial -> nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial -> semua aspek kehidupan bernegara -> semua aspek kehidupan bernegara RUKUN NEGARA

24 LATAR BELAKANG TarikhPeristiwaCatatan 13 Mei 1969Rusuhan kaum meletus Pergaduhan setempat merebak Konflik kaum 16 Mei 1969-Darurat diisytiharkan oleh YDPA -Parlimen digantung -MAGERAN dibentuk Ordinan khas (Kuasa- kuasa Perlu) Darurat 1969: Perintah berkurung Larangan berkumpul Kawasan keselamatan

25 TarikhPeristiwaCatatan Ogos –Dis,1969-Badan-badan khas keamanan dan pembangunan -Jawatankuasa Muhibah Negara -Jabatan Perpaduan Negara -Digabung menjadi Kementerian Perpaduan Negara 29 Jan Majlis Perundingan Negara -Jawatankuasa Khas Rukun Negara -Badan Penasihat MAGERAN -menggubal panduan norma dan nilai-nilai utk perpaduan 31 Ogos 1970-Rukun Negara sbg ideologi kebangsaan dirasmikan -Perisytiharan oleh YDPA semasa sambutan Ulang tahun ke-13 Kemerdekaan

26 PERISYTIHARAN - Bahawasanya… Malaysia mendukung cita2 hendak :  m’capai perpaduan yg lebih erat di kalangan seluruh msyktnya, seluruh msyktnya,  memelihara 1 cara hidup demokratik,  m’cipta 1 masyarakat yg adil di mana kemakmuran Negara akan dpt dinikmati bersama scr adil dan Negara akan dpt dinikmati bersama scr adil dan saksama, saksama,  m’jamin 1 cara hidup yg liberal t’hadap tradisi2 kebdyaannya yg kaya dan b’bagai corak, kebdyaannya yg kaya dan b’bagai corak,  m’bina 1 msykt progresif yg akan m’gunakan sains dan teknologi moden. dan teknologi moden.

27 MAKA…RAKYAT MALAYSIA B’IKRAR AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UTK M’CAPAI CITA2 TERSEBUT B’DASARKAN ATAS PRINSIP2 BERIKUT: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN PRINSIP

28 Kepercayaan Kepada Tuhan -agama -> pegangan utama rakyat M’sia -rakyat yg b’agama mudah diurus utk m’jadi wargangr yang baik dan b’tanggungjawab -Perlembagaan M’sia > Islam sbg agama rasmi ngr -agama lain bebas diamalkan

29 Kesetiaan Kepada Raja dan Negara -YDPA -> ketua negara dan raja2 -Raja -> simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi -Penderhakaan kpd raja dianggap penderhakaan terhadap negara

30 Keluhuran Perlembagaan - Perlembagaan -> undang2 bagi 1 negara,dianggap unggul & suci. unggul & suci. - M’hendaki semua rakyat menerima, menyanjung dan m’pertahankannya. menyanjung dan m’pertahankannya.

31 Kedaulatan Undang-Undang -M’hormati undang2 dgn tdk melakukan kesalahan di sisi undang-undang. -Apabila kedaulatan undang2 terpelihara, semua rakyat dpt hidup aman. -Msykt b’tanggungjawab memastikan undang2 didaulatkan dan tidak dicabar oleh pihak lain.

32 Kesopanan dan Kesusilaan -Nilai2 murni melambangkan keperibadian seseorg individu. -Menjamin kehidupan msykt yg harmoni, penyayang dan saling menghormati.

33 Isu & Cabaran Perpaduan

34 MALAYSIAN MALAYSIA  dibawa oleh Lee Kuan Yew  Malaysia for Malayan  berusaha untuk mempengaruhi orang bukan Melayu di Malaysia  ingin mengenepikan institusi beraja dan mencabar kedudukan istimewa orang Melayu  “persamaan hak bagi semua” melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi

35  seakan sama dengan rancangan Malayan Union  rancangan ini mendapat bantahan yang keras dari orang Melayu.

36 SEBAB-SEBAB PENOLAKAN “MALAYSIAN MALAYSIA”  Mengenepikan agama Islam sebagai agama rasmi.  Menafikan kewujudan institusi beraja.  Menolak bahawa Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi  Menentang hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera

37 PATRIOTISME  Patriotisme didefinisikan sebagai perasaan bangga dan cinta kepada negara serta kesediaan untuk berkorban apa saja demi kepentingan negara  'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') mungkin suatu bandar atau rantau, namun dlm konteks ini bermaksud bangsa dan/atau negara  Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: –bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam rumpun bangsa

38  Patriotisme adalah suatu sentimen nasional yang menekankan kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara.  Kemerdekaan yang dicapai sesebuah negara adalah berbeza antara satu sama lain dan biasanya ia bukanlah sesuatu yang mudah.  Justeru, kecintaan yang mendalam kepada negara adalah asas utama untuk memastikan negara terus bebas dan merdeka dari sebarang bentuk penjajahan.

39 Mengapa Patriotisme Penting Sekarang?  Kehidupan affluent. (perubahan zaman > serba senang & mudah)  Kekurangan pengetahuan sejarah. (hafalan demi peperiksaan bkn demi jati diri)  Pengaruh budaya global. (luntur budaya ketimuran > budaya asing hasil globalisasi)  Nilai-nilai kolektif berkurangan. (kurang bercampur gaul, persepsi mind your own business)

40 Isu  Kebelakangan ini sejarah negara yang merupakan asas kepada pembentukan peradaban bangsa semakin dilupakan.  Pengetahuan dan literasi sejarah umumnya dianggap satu aset intelektual yang tidak mendatangkan keuntungan atau bernilai perdagangan.  Oleh itu ia tidak dipentingkan dan dianggap sekadar satu pengetahuan am.  Patriotisme tidak sekadar beruniform kemas serta aksi berkawat yang tersusun rapi dengan gaya segak dan wajah yang serius.  Ia juga bukan sekadar mengibar bendera semasa menyambut ulang tahun Kemerdekaan.

41  Lebih buruk apabila kibaran Jalur Gemilang semakin dianggap rutin tahunan hingga mengakibatkan perbuatan memperlekehkan bendera dan lagu Negaraku oleh Wee Meng Chee (Namawee)  Lebih biadap apabila sekelompok anak muda mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada himpunan 'Janji Bersih' di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada ambang Merdeka Ogos 2012  Ditambah pula dengan insiden memijak dan menconteng gambar Perdana Menteri serta melondehkan seluar pada himpunan yang sama

42 Langkah Mengatasi  Pupuk semangat patriotisme melalui: –pendidikan patriotisme –kolaborasi semua pihak seperti ibu bapa, keluarga, institusi pengajian dan media massa –penambahan nilai secara konsisten: PLKN, BTN –Gagasan & kempen kerajaan

43 PERPADUAN MELALUI SEKOLAH SATU ALIRAN  Sekolah Satu Aliran : Sekolah Kebangsaan yang menggunakan BM sbg medium pengantar sepenuhnya. Bahasa Inggeris, Cina & Tamil diajar sbg subjek wajib kpd semua pelajar  Mengembangkan konsep Sekolah Wawasan yang pernah diperkenalkan oleh kerajaan  Demi perpaduan, semua kelompok masyarakat dihimpunkan di bawah satu bumbung.  Berbeza dgn Sekolah Wawasan yg menempatkan 3 buah sek berbeza dlm 1 kaw  Sbg idea pengukuh polisi Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI)

44 Idea “Sekolah Satu Aliran”  membantu masyarakat memahami erti perpaduan yang dibawa oleh konsep 1 Malaysia.  Pemusatan agenda pendidikan dalam satu aliran yang sama dilihat mampu menyelesaikan kemelut sensitiviti kaum di Malaysia.  Dengan terlaksananya sistem ini, generasi akan datang akan mempunyai tahap integrasi nasional yang tinggi, bahkan mampu memacu Negara ke persada antarabangsa dengan satu identiti.

45 Kekuatan pendaulatan bahasa Melayu konsep memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama mampu dilakukan dengan tertubuhnya Sekolah Satu Aliran program pengukuhan bahasa Melayu kepada semua lapisan rakyat termasuklah golongan Melayu sendiri Perpaduan dalam Dasar Pendidikan dasar sekolah kebangsaan yang sedang berjalan di Malaysia telah melaksanakan konsep ini walaupun tidak sepenuhnya dasar kurikulum sekolah sangat menekankan pemahaman budaya etnik yang berbeza Menjadi platform untuk mendedahkan isu-isu sensitif perkauman dalam pembelajaran program penjanaan semula matlamat Penyata Razak - pendidikan awal dalam satu aliran dapat membentuk peribadi yang dikehendaki sebagai masyarakat Malaysia, tanpa mencerminkan identiti etnik yang terlalu ketara mengukuhkan kefahaman dan asas bangsa Malaysia - Sekolah Kebangsaan yang wujud sekarang terlalu bersifat eksklusif iaitu dijuarai oleh kaum Melayu faktor setempat Sekolah kebangsaan yang banyak menerima pelajar kaum Cina dan India dilihatkan tidak mempunyai masalah dalam pelaksanaan S1A SMK Damansara Jaya menerima kemasukan pelajar Cina dalam kuantiti yang banyak hingga mereka menjadi golongan majoriti dalam sekolah kebangsaan

46 ‘Bahasa Jiwa Bangsa’, ‘Bahasa Menunjukkan Bangsa’, ‘Maju Bahasa Maju Bangsa’ Perkaitan rapat antara ‘bahasa’ dan ‘bangsa’ Kehebatan maruah bahasa Melayu suatu ketika dahulu sepatutnya menjadi momentum kepada pendaulatan dan pengantarabangsaan bahasa Melayu pada masa kini Status bahasa kebangsaan Tanggungjawab untuk mendaulatkan dan memelihara maruah bahasa Melayu yang kian luntur BAHASA MELAYU TERANCAM

47 tulisannya adalah lebih kecil dan kurang dominan berbanding dengan perkataan dalam bahasa Inggeris menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin sahaja Papan tanda sesetengah pekerjaan tidak memerlukan calonnya berkebolehan dalam berbahasa Inggeris seperti jawatan pemandu dan kerani di sebuah syarikat akhbar Melayu berfikiran bahawa bahasa Melayu tidak mampu berperanan baik Majikan sesetengah IPTA dalam mewajibkan urusan pengajaran dan pembelajaran dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris merosakkan agenda untuk memperkasakan dan mendaulatkan bahasa Melayu di peringkat supranasional IPTA mengandungi pelbagai campuran bahasa, antaranya bahasa slanga, dialek dan bahasa pasar Bahasa khidmat pesanan ringkas (SMS) dan bahasa kolokial Cabaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Antarabangsa

48 Contoh Papan Tanda yang Menganaktirikan Bahasa Melayu

49 Contoh Bahasa Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Dan Bahasa Kolokial Bahasa KPR (SMS)Bahasa Kolokial Chat = sihatA: kalau wa cakap dengan you, you kena AQ = akupaham Klu = kalau B: tak yah nak gitau la, somua tu gue dah tau Umah = rumahA: ni lah susah, wa nak cerita you tak mau X = tidakdengar Mo = mahu B: so, kalau dia dah tak mahu dengar, don’t Meh = maritell anything la. Mulut lu pun tak penat. Ske = suka Telinga kita orang pun tak pekak.

50  ‘Pluralisme agama’ merupakan fahaman yang menyamaratakan semua agama.  Pengasas Pluralisme Agama, John Hick, Professor Teologi di Claremont Graduate School California USA mengajarkan semua agama menuju ke satu titik pusat, iaitu ‘Realiti Tunggal’ (Tuhan) tetapi tuhan itu dijelmakan dalam pelbagai bentuk dan cara tertentu mengikut ajaran agama masing-masing.  Fahaman ini turut dikembangkan oleh sekelompok pemikir Kristian seperti Raimundo Panikkar, Wilfred Cantwell Smith dan Fritjhof Schuon dan John L. Esposito PLURALISME AGAMA

51  Di Indonesia, Nurcholish Madjid (Cak Nur) adalah pengasas Islam Liberal yang disertai beberapa tokoh terpelajar seperti Ulil Abshar Abdalla, Abdul Munir Mulkhan, Sukudi, Alwi Shihab, Budhy Munawar rahman, Azyumardi Azra, Nassarudin Umar dan ramai lagi   Di Malaysia, gerakan pluralisme agama belum begitu ketara. Namun, ianya dipercayai mempunyai pengikut di kalangan mereka yang terpelajar dan berpengaruh, khususnya di kalangan mereka yang rapat dengan Barat.   pluralisme agama mencetuskan banyak percanggahan   mengizinkan perkahwinan berlainan agama   memperjuangkan hak golongan homoseksual seperti yang diperjuangkan oleh Gerakan Islam Liberal di Indonesia

52 Isu-isu dan Gejala Pluralisme Agama di Malaysia 1.Isu murtad dan cinta rentas Agama. –usaha pemurtadan umat Islam termasuk melalui tindakan mencabar melalui mahkamah. 2.Penubuhan IFC (Interfaith Commission / Suruhanjaya Antara Agama) –Merujuk kepada usaha penubuhan platform dianggotai wakil pelbagai agama secara sama rata bagi menangani pelbagai isu-isu hubungan antara agama. 3.Perkongsian Perayaan dan Acara Keagamaan. –penganjuran majlis-majlis sambutan hari-hari kebesaran agama secara bersama. Juga penyertaan orang-orang Islam khususnya pemimpin-pemimpin Muslim dalam acara keagamaan di rumah- rumah ibadat agama lain.

53 4.Penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. –persoalan sama ada para penganut agama lain boleh menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada tuhan atau sembahan dalam agama mereka. Insiden tuntutan akhbar Herald & bakar gereja 5.Isu pengharaman Yoga bagi umat Islam. –Merujuk kepada Fatwa Kebangsaan mengharamkan penglibatan orang-orang Muslim dalam senaman Yoga kerana ada unsur-unsur agama lain di dalamnya. 6.Mengucapkan salam kepada bukan Islam. –Amalan mengucapkan salam Islam kepada orang bukan Islam.

54 7.Penggunaan ayat-ayat al-Quran dan Hadith oleh orang bukan Islam dalam ucapan-ucapan politik. –Merujuk kepada tindakan beberapa pemimpin politik bukan Islam membaca dan merujuk kepada ayat-ayat al-Quran dan Hadith serta mengulasnya mengikut kefahaman mereka. 8.Isu kepala lembu (di kuil) & khinzir (di masjid) –menggugat keharmonian beragama, agenda pihak-pihak tertentu yang ingin mencetuskan ketegangan antara orang Islam dan bukan Islam, memecahbelahkan perpaduan rakyat

55 Tamat


Download ppt "PEMBINAAN NEGARA-BANGSA. Konsep Pembinaan Negara- bangsa."

Similar presentations


Ads by Google