Pengukuhan Ekonomi Umat Islam Menjamin Kecemerlangan Islam Hadhari

Slides:



Advertisements
Similar presentations
1
Advertisements

Copyright © 2003 Pearson Education, Inc. Slide 1 Computer Systems Organization & Architecture Chapters 8-12 John D. Carpinelli.
Copyright © 2011, Elsevier Inc. All rights reserved. Chapter 6 Author: Julia Richards and R. Scott Hawley.
Author: Julia Richards and R. Scott Hawley
Properties Use, share, or modify this drill on mathematic properties. There is too much material for a single class, so you’ll have to select for your.
David Burdett May 11, 2004 Package Binding for WS CDL.
1 RA I Sub-Regional Training Seminar on CLIMAT&CLIMAT TEMP Reporting Casablanca, Morocco, 20 – 22 December 2005 Status of observing programmes in RA I.
CALENDAR.
Break Time Remaining 10:00.
PP Test Review Sections 6-1 to 6-6
Copyright © 2012, Elsevier Inc. All rights Reserved. 1 Chapter 7 Modeling Structure with Blocks.
Basel-ICU-Journal Challenge18/20/ Basel-ICU-Journal Challenge8/20/2014.
1..
MaK_Full ahead loaded 1 Alarm Page Directory (F11)
Subtraction: Adding UP
Essential Cell Biology
Clock will move after 1 minute
PSSA Preparation.
Essential Cell Biology
Select a time to count down from the clock above
Murach’s OS/390 and z/OS JCLChapter 16, Slide 1 © 2002, Mike Murach & Associates, Inc.
Rekabentuk Berpusatkan Pengguna
P B S SPPK Hotel Seri Malaysia Marang
سيدنا عثمان بن عفان KOPORAT YANG DERMAWAN Muka Surat :
PBS PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3.
TAJUK : PENYELIAAN DAN BIMBINGAN MOTIVASI
SELAMAT PAGI GOOD MORNING. LUKAS 16: SESIAPA YANG SETIA DALAM PERKARA KECIL,AKAN SETIA JUGA DALAM PERKARA BESAR,TETAPI SESIAPA YANG TIDAK JUJUR.
TAJUK BERFOKUS PENDIDIKAN MORAL SPM
SUKATAN PELAJARAN BAHARU STPM
Pelan Tindakan: Perancangan tahunan institusi berdasarkan PPPM
Bahagian Hadis ILMU PENGETAHUAN ASAS KEJAYAAN
Allah s.w.t. menghiasi Islam dengan budi pekerti mulia dan amal perbuatan yang baik.
CERPEN : IBU DAN CEPER Shahnon ahmad.
Oleh: ROSMAWATI BINTI HASHIM S217668
1 UU NO.1 TH Perseroan terbatas  disebut perseroan Perseroan terbatas  disebut perseroan Badan hukum Badan hukum Disirikan atas dasar perjanjian.
PENTADBIRAN KONTRAK DI JKR
Ahli Kumpulan Stephen Liew Jui Siong Hiew Wei Kian
Kasih & Ukhwah PKT Tingkatan 2 Sungai Sireh, Tanjung Karang
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.2 Tahun 1991
PENYELIAAN DAN BIMBINGAN
Pertemuan ketujuh “BADAN USAHA DALAM PEREKONOMIAN INDONESIA”
NASIHAT TERAKHIR RASUL
Penstrukturan Organisasi
PENGGUNAAN DAN FUNGSI BAHASA
SAJAK OLEH: REJAB F.I BANGKITLAH. RANGKAP 1 Anak-anak muda hendaklah bangun daripada tidur kerana hari sudah lama siang Rangkap 2 Burung-burung sudah.
MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM DAN KONSEP PENDIDIKAN BERSEPADU Oleh: NOR AFIDAH BINTI MOHD ARIFFIN SITI NORIHAN BINTI GHAZI LHE 3410.
FORMULA CIRI PANDANGAN HIDUP ISLAM RABBANIYYAH MAKSUD SPKHNDA
TAKLIMAT KURSUS GURU PKJR TAHUN 2 &
KEPIMPINAN DAN MOTIVASI
Struktur dalam Penulisan
Pengenalan kepada puisi
Tiada Ganti Pembangunan Keluarga (D) Objektif Setelah menjalani aktiviti para peserta akan dapat memahami dan menyedari diri anak-anak mereka tidak boleh.
Pencemaran Alam SEKITAR
KOM3362 ISU KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI
DASAR-DASAR KERAJAAN.
HARI MAPCU 2005-PERANAN SEKTOR PENGURUSAN IPTS 1 PERANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN DI SEKTOR PENGURUSAN IPTS SEMPENA HARI MAPCU – 6 SEPTEMBER 2005.
KECEMERLANGAN DALAM PERKHIDMATAN
BIODATA PELAJAR  Nama:Lee Yen Siang  No.Matriks:A  Tarikh Lahir:18/05/1984  Alamat:18,Pekan Malau, Kulim, Kedah.  Fakulti:FTSM  Jabatan:Sains.
KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN ( 2 HARI)
PERANAN PANITIA   2 Unit Akademik PPDTL P.Pinang.
DELBA NABIYA PUTRI DIAH AYU INDRIANI OTTO R MANULA TRIRAHAYU SEKAR ARUM PENDIDIKAN EKOP A 2014.
0 BAB 4 ESEI. 1 PENULISAN ESEI BA B 4BA B 4 Hendaklah tepat, benar dan mempunyai objektif. Jika anda ingin memujuk dan mengubah pendapat pembaca, pastikan.
KELOMPOK 3 M. Miftahuddin ( ) M.Andika Hariz Hamdallah ( ) M. Muslim Fauzi ( ) Niskhrohah ( ) Ali Mahmudi (
Khusyuk itu Mudah. Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat Khusyuk itu.
PENDIDIKAN & INTEGRASI NEGARA
PANDUAN CARA-CARA MENGHADAPI TEMUDUGA Bahagian 1 : Temuduga
PENDEKATAN BERSEPADU PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
BADAN USAHA.
Presentation transcript:

Pengukuhan Ekonomi Umat Islam Menjamin Kecemerlangan Islam Hadhari Profesor Dato’ Dr. Mansor Md. Isa Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya Dibentangkan pada Seminar Islam Hadhari, Anjuran Jabatan Perdana Menteri Malaysia untuk Pelajar-Pelajar Malaysia di Morocco, Rabat, 17-18 Julai 2007.

Pengukuhan Ekonomi Umat Islam Menjamin Kecemerlangan Islam Hadhari Kandungan Pengertian ekonomi Tuntutan Islam dalam pemantapan ekonomi Penekaran Ekonomi dalam Islam Hadhari Situasi ekonomi umat Islam masa kini Situasi ekonomi umat Islam di Malaysia – suatu realiti Memainkan peranan yang berkesan

Apa itu Ekonomi? Suatu bidang ilmu yang menerangkan gelagat manusia membuat keputusan penggunaan daripada sumber-sumber yang terhad, untuk mencapai tahap “kepuasan” yang maksimum. Ciri: Pendapatan adalah terhad. Keperluan tiada had. Contoh: Bagaimana kita mengagihkan pendapatan bulanan kepada pelbagai keperluan.

Tuntutan Islam dalam pembangunan Ekonomi

Tuntutan Islam dalam Ekonomi Maksudnya: " Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia, dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu, dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.” (al-Qasas ayat 77)

Tuntutan Islam dalam Ekonomi “Apabila selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu dimuka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa-apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta berbanyaklah mengingati Allah ( dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).” (Surah Al-Jumaat, 10)

Implikasi dari ayat-ayat tersebut Kita dituntut untuk mencapai kejayaan di dunia (dan akhirat). Pekerjaan untuk dunia dan untuk akhirat bukanlah “saling menyingkiri”. Kejayaan ekonomi membolehkan umat Islam berdaya saing di arena dunia.

Kepentingan Ekonomi dalam Kehidupan Kebahagiaan hidup seseorang di dunia ini amat dipengaruhi oleh nilai kewangan yang dimilikinya. Islam amat menggalakkan umatnya agar berusaha memperbaiki dan memantapkan ekonomi diri dan keluarga serta juga umat Islam seluruhnya. Namun begitu realitinya ialah kedudukan ekonomi umat Islam di dunia hari ini pada amnya sangat mundur berbanding pencapaian orang bukan Islam. Dan ini bertentangan dengan kehendak Islam.

Kepentingan Ekonomi dalam Kehidupan Kemunduran ekonomi umat Islam pada hari ini, sebahagiannya berpunca dari kegagalan umat Islam sendiri yang tidak menghayati ajaran Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap lagi sempurna. Kita tidak harus mengabaikan tuntutan hidup di dunia hanya kerana mahukan kehidupan di akhirat, sedangkan kehidupan di dunia adalah jambatan untuk kehidupan di akhirat. Supaya umat Islam menjadi orang yang maju dan dihormati, kita harus bangkit dan berusaha untuk meningkatkan tahap ekonomi masing-masing. Ini adalah konsep “jihad” yang mesti dipegang oleh umat Islam.

Ekonomi dalam Islam Hadhari Prinsip ke 5 Islam Hadhari Pembangunan Ekonomi yang Seimbang dan Komprehensif Seimbang dari segi akhlak dan aktiviti ekonomi Komprehensif dari segi mencakupi individu, keluarg, masyarakat, sektor swasta dan sektor kerajaan Untuk mencapai keadilan dan kestablilan dalam pembangunan ekonomi

Situasi Ekonomi Umat Islam di Dunia: Suatu realiti

Pendapatan Per Kapita, 2004 Source: IMF

Situasi Ekonomi Umat Islam di Malaysia – Suatu Realiti

Isu sosio-ekonomi pada tahun 60an Kaum terbahagi dengan jelas mengikut pekerjaan yang dilakukan: Melayu: penduduk desa, pertanian tradisi, perikanan tradisi, pendapatan rendah. China: penduduk bandar, lombong bijih, pemilik kedai, aktiviti perdagangan dan pembuatan, pendapatan tinggi. Indian: pekerja ladang, boroh, perniagaan kecil, pendapatan rendah dan sederhana. Ketakseimbangan ekonomi yang besar menyebabkan ketegangan kaum. Pada tahun 1969 pergaduhan kaum.

Isu sosio-ekonomi pada tahun 60an – samb. Reformasi ekonomi yang segera perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah perkauman. Objektif reformasi ialah menyelesaikan jurang ekonomi antara kaum. Lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990) untuk “membantu” orang Melayu memajukan kedudukan sosio-ekonomi mereka, dan tidak “menekan” kaum lain.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) Rancangan pembangunan 20-tahun, 1971-1990 Matlamat serampang dua mata: Menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum, dan Menyusun semula masyarakat supaya tidak wujud pengenalan kaum melalui pekerjaan. Falsafah: PERTUMBUHAN DENGAN PERSAMAAN (growth with equity). Iaitu mengagih semula pendapatan melalui pertumbuhan ekonomi untuk mencapai keseimbangan kaum – dari segi taraf sosial dan ekonomi.

Strategi DEB untuk menghapus kemiskinan Wujudkan peluang pekerjaan melalui FDI, program perindustrian. Meningkatkan produktiviti – pemodenan pertanian, latihan sumber manusia. Pembangunan desa – infrastruktur, sekolah, khidmat kesihatan, pengangkutan desa, pembangunan tanah, dan skim pemulihan.

Strategi DEB - menyusun semula masyarakat Menyediakan peluang latihan dan pendidikan. Memastikan kota bumiputera dipenuhi pada setiap tingkat pengurusan korporat. Menyusun semula pemilikan korporat. Menggalakkan penyertaan Melayu/ Bumiputera dalam kegiatan perdagangan dan perindustrian.

Adakah DEB berjaya?

Jadual 1: Pembasmian kemiskinan – pendapatan isi rumah 1970 (RM) 1990 (RM) Purata kenaikan tahunan, % Melayu 172 940 8.8 China 394 1,631 7.4 India 304 1,209 7.1

Jadual 2: Pembasmian kemiskinan – tingkat kemiskinan 1970 (%) 1990 (%) Purata pengurangan tahunan, % Malayu 65.0 20.8 5.9 China 26.0 5.7 7.9 India 39.0 8.0 8.2

Jadual 3: Penyusunan semula masyarakat – gunatenaga mengikut sektor 1970 (%) 1990 (%) Perubahan Sektor Pertanian Melayu Lain-lain 67.6 32.4 71.2 28.8 +3.6 Sektor Perindustrian 30.8 69.2 48.0 52.0 +17.2 Sektor Perkhidmatan 37.9 62.1 51.0 49.0 +13.1

Jadual 4: Penyusunan semula masyarakat – pemilikan ekuiti korporat 1970 (%) 1990 (%) Perubahan Melayu 2.4 19.2 +16.8 Rakyat Malaysia lain 32.3 46.8 +14.5 Pemilikan asing 63.3 25.4 -37.9 Nominee 2.0 8.6 6.6 Jumlah 100.0 -

Adakah dasar selepas DEB berjaya membantu orang Melayu?

Jadual 5: Perbandingan Pendapatan Isi Rumah di antara kaum, 1970-2004   1970 1990 1995 1999 2004 Gr, % Melayu 172 940 1,604 1,984 2,711 7.8 Cina 394 1,631 2,890 3,456 4,437 7.4 India 304 1,209 2,140 2,702 Cina/Mel 2.29 1.74 1.80 1.64 India/Mel 1.77 1.29 1.33 1.36 1.27 Gr % = Kadar pertumbuhan tahunan dari tahun 1990 hingga 2004.

Jadual 6: Kedudukan pada tahun 2020: Dua Senario   2004 2020a 2020b Melayu 2,711 9,100 14,400 Cina 4,437 14,000 15,000 India 3,456 11,500 Cina/Mel 1.64 1.54 1.04 India/Mel 1.27 1.26 0.97 a: Kadar pertumbuhan semasa M,C,I : 8%, 7%, 8%. b: Kadar pertumbuhan berstrategi M,C,I : 11%, 8%, 9%.

Apakah realitinya? Kadar pertumbuhan pendapatan hampir sama di antara kaum. Nisbah pendapatan bagi setiap RM keluarga Melayu juga agak malar, kecuali pada tahun 2004. Ini bermakna sukar kaum Melayu untuk merapatkan jurang ekonomi dengan kadar semasa. Memerlukan satu “strategi khusus” yang berkesan untuk “menolak keluar” kaum Melayu dari putaran malar ini.

Strategi Khusus Diperlukan Kenalpasti dan bangunkan masyarakat yang masih ketinggalan: Kawasan yang tidak membangun – negeri pantai timur, negeri utara, kawasan luar bandar, penduduk bandar yang terpinggir. Masayarakat berpendapatan rendah dan sederhana. Masyarakat berpendidikan rendah dan sederhana (tidak di peringkat universiti atau teknikal).

Memainkan Peranan yang Berkesan

Apa perana kita? “Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup di bumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bertani di bumi kita, tidak menghasilkan keluaran dari bahan galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita. Maka kita menjadi pengguna, bukannya pengeluar; kita menjadi pengimpot bukannya pengekspot. Kadangkala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta-kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun .” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Aina al-Khalal, h.12-13, Beirut: Muassasah al-Risalah)

Di peringkat individu dan keluarga Apa peranan kita? Di peringkat individu dan keluarga

Aktiviti berbentuk ekonomi Apa peranan kita sebagai lepasan pengajian agama dalam pembangunan ekonomi umat Islam di Malaysia? Terlibat secara langsung Jadi usahawan Mantapkan ekonomi diri dan keluarga Penglibatan tak langsung Beri kesedaran dan motivasi Tunjuk contoh tauladan yang sesuai

Menjayakan ekonomi keluarga Mengurus pendapatan supaya: Stabil Membesar Mencukupi Mengurus perbelanjaan supaya: Tidak melebihi pendapatan Mencapai kehidupan selesa Ada lebihan – simpanan/ pelaburan

Mengurus Pendapatan Pelbagai punca pendapatan: Penggajian, elauns, bonus Perniagaan – perniagaan bergerak, perniagaan kecil, perkongsian, ejen kewangan, SOHO, MLM, dsb Pelaburan – saham amanah, hartanah Sewaan harta tetap – tanah, rumah, kereta Menggunakan kepakaran – menulis, membaiki komputer, pakar motivasi, dsb. Bertani untuk komersil – berkebun, berternak, Fikirkan dan usahakan penambahan pendapatan Fikirkan dan usahakan pempelbagaian pendapatan

Di peringkat masyarakat dan antarabangsa Apa peranan kita? Di peringkat masyarakat dan antarabangsa

Mewujudkan rangkaian ekonomi Bantu ekonomi umat Islam – dalam negeri dan di peringkat antarabangsa. Masyarakat muslim perlu membantu membantu membeli produk-produk keluaran saudara-saudara muslim, tanpa perlu memulaukan barangan ‘orang lain’. Para peniaga muslim menghadapi cabaran di sudut persaingan dan juga rangkaian pembekal dan hiliran. Keluaran muslim agak sukar menembusi pasar raya besar milik bukan. Kedai yang dimiliki oleh umat Islam dan produk muslim juga terhad. Lebih daripada itu, kita dapati agak sukar selain daripada muslim membeli produk umat Islam.

Isu makanan halal Umat Islam menghadapi kepayahan untuk apabila bIsuerada dinegara bukan Islam. Kesempatan perlu ini diambil agar memastikan keselamatan umat Islam dalam soal makanan. Disamping menjadi pengguna, kita juga harus menjadi pengeluar. Usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia hab halal adalah suatu langkah untuk memastikan kitaran ekonomi di kalangan umat Islam. Adakah peluang ini direbut sepenuhnya oleh usahawan Islam?

Peluang dari ketegangan Barat-Islam Ketegangan antara Barat dan umat Islam sejak peristiwa 911 membuka banyak peluang untuk memajukan ekonomi umat Islam: Pelancungan Pelaburan Pendidikan Pekerjaan Rangkaian impot-ekspot

Perbankan Islam Walaupun meningkat dari tahun ke tahun, namun peratusannya di bawah 10% dari jumlah urusniaga perbankan negara. Mengapa umat Islam tidak bersatu padu menyokong perbankan Islam? Kurang kesedaran? Kurang keperluan/ kemampuan? Tidak mesra pelanggan? Produk tidak berdaya saing?

Kesimpulan Perjuangan menegakkan ekonomi yang dapat membina kekuatan ummah adalah tanggungjawab setiap muslim zaman ini. Menjadi ”pengeluar” adalah fardhu kifayah. Menjadi ”pengguna” adalah fardhu ’ain.

Terima kasih