Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Tiada Ganti Pembangunan Keluarga (D) Objektif Setelah menjalani aktiviti para peserta akan dapat memahami dan menyedari diri anak-anak mereka tidak boleh.

Similar presentations


Presentation on theme: "Tiada Ganti Pembangunan Keluarga (D) Objektif Setelah menjalani aktiviti para peserta akan dapat memahami dan menyedari diri anak-anak mereka tidak boleh."— Presentation transcript:

1

2 Tiada Ganti Pembangunan Keluarga (D)

3 Objektif Setelah menjalani aktiviti para peserta akan dapat memahami dan menyedari diri anak-anak mereka tidak boleh diganti dengan kebendaan.

4 Bagi tajuk tiada ganti kita akan melihat dari 2 aspek yang berbeza. Iaitu dwikerja dan ibu tunggal

5 Maksud keluarga dwikerja  Dwikerja bermaksud individu tersebut mempunyai dwi kerjaya atau lebih mudah untuk difahami seseorang itu mempunyai lebih dari satu pekerjaan.  Sebagai contoh seseorang wanita itu bekerja di pejabat dan menjadi suri rumah apabila berada dirumah.

6 Konflik dalaman Secara terperinci seseorang yang mempunyai dwi kerjaya ini menghadapi konflik dalaman disebabkan oleh pelbagai permintaan dari ahli keluarga iaitu suami,anak,ibu bapa dan tidak ketinggalan majikan tempat kerja.

7 AMALAN DAN CADANGAN UNTUK KELUARGA DWIKERJA

8  AMALAN  Tidak dapat membahagikan masa untuk bekerja dan melayan anak-anak kerana terlalu sibuk.  CADAGAN  Walaupun sibuk dengan kerjaya, ibu bapa haruslah meluangkan masa bersama anak-anak  Contohnya, bercuti bersama anak-anak.

9  AMALAN  Ibu tidak dapat memasak dirumah dan sering membeli makanan di luar.  CADANGAN  Pastikan dalam masa seminggu sekali ibu dapat menyediakan masakan untuk anak-anak walaupun makanan yang ringkas. Ini kerana air tangan ibu dapat mengeratkan lagi kasih.

10  AMALAN  Anak-anak sering dibiarkan untuk melakukan semua perkara sendirian. Sebagai contoh ketika mereka bermain dan membuat kerja rumah.  CADANGAN  Meluangkan masa walaupun sekejap untuk memantau anak melakukan kerja rumah. Ini dapat menaikkan semangat anak untuk membuat kerja rumah dan rajin belajar.

11  AMALAN  Tidak menitikberatkan pendidikan agama kepada anak kerana lebih mengejar kekayaan dan urusan duniawi.  CADANGAN  Ibu bapa perlulah memastikan anak-anak mendapat pendidikan agama dan moral perlu diberikan sejak kecil, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak-anak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan warna atas kain tersebut.

12 Keluarga Ibu Tunggal

13 Definisi Ibu Tunggal  Wanita yang kematian suami dan sedia meneruskan tugas membesarkan anak-anak.  Wanita yang telah bercerai dengan suami dan diberi hak penjagaan ke atas anak-anaknya.  Wanita yang tidak diberi nafkah oleh suami untuk menyara hidupnya dan anak-anaknya.

14  Wanita yang berada di dalam proses penceraian (yang mungkin akan mengambil masa yang panjang).  Suami uzur dan tidak mampu menyediakan nafkah dan memerlukan penjagaan rapi.  Wanita yang membesarkan anak orang lain tanpa pertolongan suami.

15 Cara menguruskan masa bersama anak  Tetapkan rutin supaya anak anda tahu bila dia dapat berjumpa anda. Cth, pada hari bekerja, pastikan andalah yang mengejutkannya dari tidur, memberinya sarapan, dan jika boleh, membawanya ke pusat penjagaan. Pada waktu petang pula, ambillah dia dari pusat penjagaan dan berbual-buallah tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukannya pada hari itu.

16  Tumpukan sepenuh perhatian bila bersama mereka. Maka padamkanlah telefon bimbit, televisyen dan komputer supaya anda bebas bermain dan bermesra dengannya. Ini sangat penting terutamanya jika anda hanya dapat bersamanya pada hari minggu.

17  Jadikan waktu makan waktu yang istimewa. Galakkan anak anda membantu anda memasak atau menyediakan makanan seperti mencuci sayur-sayuran atau beras. Kemudian, duduk bersama sebagai satu keluarga dan gunakan masa itu untuk berbual tentang aktiviti masing-masing pada hari itu. Walaupun jika anak anda masih belum boleh bercakap, dia pasti gembira dapat melihat anda dan makan bersama- sama.

18  Jika waktu bekerja anda panjang, sekurang-kurangnya cubalah untuk bersama-samanya ketika makan malam, mandi dan waktu tidur.

19  Luangkan hari minggu dengan melakukan aktiviti- aktiviti yang menyeronokkan seperti pergi ke taman permainan, membuat kerja seni bersama-sama, atau pergi berenang.

20 VIDEO

21 RUMUSAN  Kemewahan tidak menjamin kebahagian  Keutamaan harus diberi pada penjagaan dan bimbingan anak  Cari jalan untuk menguruskan masa supaya anak tidak diabaikan  “Jadilah ibu bapa yang membanggakan”


Download ppt "Tiada Ganti Pembangunan Keluarga (D) Objektif Setelah menjalani aktiviti para peserta akan dapat memahami dan menyedari diri anak-anak mereka tidak boleh."

Similar presentations


Ads by Google