Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Cinta rasul.

Similar presentations


Presentation on theme: "Cinta rasul."— Presentation transcript:

1 Cinta rasul

2 Rasulullah Membantu Melakukan Kerja Rumah
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang maksudnya: Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama al Aswad bin Yazid tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw ketika dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: Rasulullah SAW sentiasa membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah. Dan apabila sudah tiba masuk waktu solat, Baginda keluar untuk solat.

3 Tidur Rasulullah saw tidur hanya beralaskan belulang iaitu kulit yg diisi pelepah tamar. Siti Aisyah r.a berkata bahawa alas tidur Rasulullah SAW adalah daripada kulit yang diisi dengan serabut [Riwayat Bukhari]. Apabila tidur, baginda berbaring disebelah kanan dan meletakkan tapak tangan kanannya dibawah pipinya.

4 Makan Sunnah Nabi ialah semasa makan ialah duduk di atas lantai dan bukannya di meja. Tidaklah salah makan di meja, cuma tidak mengikut sunnah. Semasa makan, Nabi duduk seperti duduk tahiyyat pertama atau duduk ‘bertinggung’. Baginda tidak mempunyai meja makan. Makanan diletak di atas lantai. Baginda menyuap makanan yang ada dengan 3 jari. Baginda tidak pernah mencela makanan. [Riwayat Bukhari dan Muslim].

5 Mengutamakan kanan Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:”Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu. Tetapi jika membukanya, yang kiri dahulu dibuka. Maka yang kanan adalah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka.”  (al-Bukhari)

6 DERMAWAN Dari Ibnu Abbas R.A katanya: “Rasulullah S.A.W. adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadan, dibawanya mempelajari Al-Quran. Maka Rasulullah S.A.W. lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” Hadis Riwayat Bukhari

7 BERSALAMAN dari Anas bin Malik r.a. yang berkata, aku pernah mendengar seseorang berkata kepada Rasulullah saw, “Wahai Rasulullah, jika seseorang bertemu dengan saudaranya atau temannya, apakah ia mesti menundukkan (kepala)?”  “Tidak,” jawab Rasul.  “Ataukah menghormat dan memeluknya?”  “Tidak juga.”  “Apakah memegang tangannya (berjabat tangan)?”  “Ya,” jawab Rasul singkat.

8 BERSIWAK Kalau tidaklah memberatkan atas ummatku, sungguh aku akan menyuruh mereka bersiwak setiap kali berwudhu !”. Hadits Riwayat Bukhari

9 SENYUM Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” Al-Tirmidzi dalam sahihnya.  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

10 MEMAKAI WANGIAN Maksudnya: Empat perkara daripada sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2. memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah (Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi) Maksudnya: “Tiga perkara yang disukai oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam solat.” (Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqi- hadis hasan)

11 SOLAT MALAM Al-Mughirah bin Syu'bah Radhiallahu'anhu berkata:  "Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam berdiri (sholat pada waktu malam) sehingga kedua kaki beliau bengkak. Maka beliau ditanya; Bukankah Allah telah mengampunimu dosa yang telah lalu dan yang akan datang? Beliau menjawab: Apakah tidak sepatutnya aku menjadi seorang hamba yang bersyukur"  (HR. Bukhari dan Muslim). 

12 KE MASJID Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w apabila kita melangkah ke dalam masjid rumah suci Allah s.w.t mesti didahului dengan kaki kanan dan melangkah keluar didahului dengan kaki kiri terus memijak sandel kiri dan sarung didahului dengan kaki kanan

13 KETANDAS Manakala sunnah Rasulullah s.a.w ketika masuk ke tandas mesti melangkah dengan mendahului kaki kiri dan keluar tandas dengan mendahului kaki kanan

14 BERMUSAFIR Antara sunnah Rasulullah S.A.W dalam bermusafir ialah sunat kita bertakbir ketika pada paras ketinggian dan bertasbih ketika turun ke paras rendah. Ketika menaiki kapal terbang apabila kita mula berlepas dan terbang tinggi, sunat bagi kita bertakbir. Allahu Akbar! dan bertasbih ketika turun. Subhanallah! Begitu juga kalau kereta kita mendaki bukit, jejantas atau kawasan tinggi. Sunat bertakbir setiap kali naik ke atas. Dan bertasbih ketika menurun. Juga sunat digunakan di mana-mana tempat dan bandar.

15 7 sunnah utama Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.  Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.  Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.  Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.  Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.  Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".  Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 


Download ppt "Cinta rasul."

Similar presentations


Ads by Google