Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PROSES DAN TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH

Similar presentations


Presentation on theme: "PROSES DAN TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH"— Presentation transcript:

1 PROSES DAN TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH

2 kata yang penggunaanya dan maknanya khusus pada bidang tertentu.
TAKRIF ISTILAH Kata atau gabungan kata yang dengan jelas menerangkan makna, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. kata yang penggunaanya dan maknanya khusus pada bidang tertentu.

3 Proses pembentukan istilah bahasa Melayu ialah :
PROSES PERISTILAHAN Proses pembentukan istilah bahasa Melayu ialah : Pengimbuhan Penggandaan Penggabungan

4 i. Proses Pengimbuhan Susunan istilah berimbuhan menunjukkan pertalian yang tersusun antara bentuk dan maknanya. Susunan itu hendaklah dimanfaatkan dalam pembentukan istilah yang berbeza-beza. Contohnya :

5 ii. Proses Penggandaan Istilah yang mengungkapkan konsep keanekaan, kemiripan (kecil), kumpulan, atau kejamakan dapat dibentuk dengan penggandaan. Contohnya :

6 Istilah yang berupa gabungan kata sedapat-dapatnya berbentuk singkat.
iii. Proses Penggabungan Istilah yang berupa gabungan kata sedapat-dapatnya berbentuk singkat. Gabungan kata yang mewujudkan istilah dapat ditulis dengan tiga cara yang sesuai dengan aturan ejaan yang berlaku Contohnya :

7 Rajah Langkah Pembentukan Istilah
Konsep (makna, proses, keadaan, ciri) LANGKAH 1 -Kata yang tepat. -Kata yang tidak berkonotasi buruk atau sebutannya sumbang -Kata yang paling singkat Kata dalam Bahasa Melayu (umum + dialek) LANGKAH 2 Kata dalam bahasa-bahasa serumpun dengan bahasa Melayu -Penyesuaian ejaan ISTILAH LANGKAH 3 -Penyerapan dengan menyesuaikan ejaan dan sebutan. -Penyearapan tanpa perubahan. -Penterjemahan : - Terjemahan hendjalah tepat, singkat, memudahkan penyelarasan Kata dalam bahasa Inggeris LANGKAH 4 Kata dalam bahasa-bahasa lain daripada bahasa Inggeris

8 Bentuk istilah yang mengandungi imbuhan. Misalnya : bersistem,
Bentuk berimbuhan Bentuk istilah yang mengandungi imbuhan. Misalnya : bersistem, angkasawan, keberkesanan, pendakwaan. Proses pengimbuhan juga dapat dirumuskan seperti : Kata dasar Pelaku/alat Proses Hasil Sedia Penyedia Penyediaan Sediaan (hasil menyediakan) Klorin Pengklorin Pengklorinan Klorinan (hasil mengklorini) peroleh Pemeroleh pemerolehan perolehan

9 Bentuk gandaan Istilah yang seluruh atau sebahagian daripada bentuk dasarnya diulang. Misalnya : pepasir, jejari, buli-buli, kacang-kacang,

10 Proses penggabungan mengikut tiga cara :
Kumpulan yang terpisah Model linear Ketua pengarah Kumpulan yang menggunakan tanda hubung jika dirasakan perlu menegaskan pengertian di antara dua unsurnya Dua-sendi Mesin-kira tangan Kumpulan yang dirangkaikan menjadi satu kerana sudah mantap Syahbandar warganegara

11 LANGKAH PERISTILAHAN 1 Pengambilan padanan yang sama atau hampir sama daripada kosa kata asli bahasa Melayu sendiri. Mana-mana kata umum dalam Bahasa Melayu (termasuk kata dari dialek kawasan atau bahasa lama boleh dijadikan istilah dengan syarat: i. Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang dimaksudkan. ii. Kata yang dipilih adalah paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim). Contohnya : hospital dan rumah sakit, dipilih hospital; fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi. iii. Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

12 Engkabang (Iban) ellipenut Awet (Jawa) lasting
LANGKAH PERISTILAHAN 2 Peninjauan ke dalam dialek-dialek Melayu dan bahasa serumpun jika prinsip peristilahan 1 tidak dapat dipatuhi Kalau tidak dapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, maka hendaklah dicari pula daripada bahasa-bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu. Misalnya; Gambut (Banjar) peat Nyeri (Sunda) pain Engkabang (Iban) ellipenut Awet (Jawa) lasting

13 LANGKAH PERISTILAHAN 3 Penyesuaian istilah bahasa Inggeris agar memiliki bunyi dan bentuk bahasa Melayu. Demi keseragaman, bahasa yang paling internasional (iaitu Bahasa Inggeris) menjadi sumber, melainkan konsep yang berkenaan tidak ada istilahnya dalam bahasa Inggeris. Misalnya; Atom atom Electron elektron Professional profesional Psychology psikologi Istilah yang sudah lama diguna hendaklah terus pakai untuk menjauhkan kekacauan. Misalnya : Campaign kempen Custom kastam Dengue denggi

14 Istilah asing yang tetap, misalnya : Bona fide Esprit de corps
LANGKAH PERISTILAHAN 4 Penterjemahan istilah bahasa asing jika prinsip peristilahan 1 dan 2 gagal dilaksanakan. Istilah asing yang tetap, misalnya : Bona fide Esprit de corps Fait accompli Istilah asing boleh dipinjam atas dasar : Sesuai maknanya Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim

15 SEKIAN, TERIMA KASIH. DISEDIAKAN OLEH : MOHD AMIN BIN HAMZAH
HIRAWATI HASHIM HASANAH ALI


Download ppt "PROSES DAN TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH"

Similar presentations


Ads by Google