Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
Published byAnton Rastafara Modified over 9 years ago
1
ramadhan datang lagi untuk mengulangi tuntutan hakiki sambil berputar fikiran ini bertanya pada diri apakah ramadhan kali ini sama seperti akhir kali yang banyak di biarkan berlalu tanpa di isi dengan iqra dan zikir tanpa tasbih dan takbir...
2
3.00 a.m. 1.Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa: “Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.” 2.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. 3.Mandi dan membersihkan diri. 4.Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian. 3.45 a.m Makan sahur Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
3
4.30 a.m 1.Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat. Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al- Quran hingga terbit matahari. 2.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.
4
1.Membuat persiapan ke tempat kerja. Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik. 2.Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA, Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW samada menyebutnya atau di hati. 3.Banyakkan istighfar/meminta ampun. Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja-kerja yang dilakukannya dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat. 5.30 a.m
5
12.30 pm 1.Bersiap untuk solat Zohor. 2.Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat. Solat Zohor berjemaah. 3.15 p.m 1.Bersedia untuk solat Asar. 2.Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah. 3.Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA
6
5.30 p.m. 1.Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima. 2.Apabila masuk waktu Maghrib, bacalah doa berbuka : “Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.” Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak. Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.
7
KAMI SEKELUARGA MOHON DIHAPUSKAN SEGALA KESALAHAN YANG PERNAH KAMI PERBUAT … BAIK YANG DISENGAJA MAUPUN YANG TIDAK DISENGAJA MOHON DIBUKAKAN PINTU PINTU MAAF LAHIR BATIN, SUPAYA KITA DAPAT MELAKSANAKAN IBADAH DENGAN BAIK DARI IBADAH YANG DAHULU … KITA BERSIHKAN HATI KITA MASING-MASING DAN TERHAPUS DARI SEGALA KEKHILAFAN ~ BUDI & KELUARGA ~
Similar presentations
© 2025 SlidePlayer.com Inc.
All rights reserved.