Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

BAHASA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU

Similar presentations


Presentation on theme: "BAHASA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU"— Presentation transcript:

1 BAHASA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
BBM 3103 : BAHASA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU Prof Madya Dr. Arba’ie bin Sujud Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 9-Apr-17

2 Sistem Penilaian Kertas Kerja Individu - 30 %
Pep Pertengahan Sem % Pep Akhir Sem % Jumlah % 9-Apr-17

3 Pensyarah/Pengajar Nama : ARBA’IE BIN SUJUD (PM Dr)
Jabatan : Jabatan Bahasa Melayu, FBMK Fakulti : Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM Jawatan : Ketua Jabatan/Prof Madya) No Tel Pejabat : (HP) : 9-Apr-17

4 Rujukan Kursus Arba’ie Sujud (2006). Retorika Bahasa dan
Apresiasi Sastera. Kuala Lumpur: Tinta Press Sdn. Bhd. Arba’ie Sujud (2007). Apresiasi Bahasa: Interpretasi & Ekspresi. Kuala Lumpur. Tinta Press Sdn. Bhd. Gorys Keraf (2004). Diksi dan Gaya Bahasa. Jakarta: PT. Gramedia. 9-Apr-17

5 Skop Perbincangan Pengenalan Kursus Penilaian / Pemberatan
Rangka/ PerincianTugasan Agihan Kandungan Kursus. 9-Apr-17

6 Pengenalan Kursus BBM 3103 Kursus Elektif Pengkhususan untuk Program BA (Bahasa dan Linguistik) Keperluan/Pra Syarat - Tiada Sinopsis Kursus : Tujuan Kursus : Memberikan pengetahuan yang mendalam tentang penggunaan bahasa dalam teks kesusasteraan yang membawa makna eksplisit dan implisit, dan memupuk penghayatan terhadap kesusasteraan. Kredit : 3 (3 + 0). 9-Apr-17

7 Kertas Kerja Individu Setiap pelajar dikehendaki menghasilkan satu kertas kerja. Tajuk kertas kerja ditetapkan/didaftarkan*. Pelajar tidak boleh menukar tajuk tanpa persetujuan pengendali kursus. Sila berbincang dengan tutor untuk mendapat gambaran terhadap skop tugasan yang diberikan. Pemberatan markah adalah 30 %. 9-Apr-17

8 Peraturan Umum Format Kertas kerja – Ilmiah- mengandungi tiga bahagian (pendahuluan, perbincangan dan Kesimpulan). Hasil kertas kerja asli dan patuhi etika ilmiah. Penghantaran KK - Melalui pusat pembelajaran dan dialamatkan ke Pusat Pendidikan Luar. Penghantaran KK - Selewat-lewatnya pada minggu kedua belas atau dua minggu sebelum peperiksaan akhir semester bermula. Kelewatan dalam menghantar kertas kerja boleh menjejaskan markah. 9-Apr-17

9 Format Penaipan Jenis Times New Roman atau Arial
Ditaip menggunakan kertas bersaiz A4 berwarna putih. Jarak taipan dua langkau. Kepanjangan. 12– 18 halaman tidak termasuk bibliografi. Saiz huruf 12 Jenis Times New Roman atau Arial 9-Apr-17

10 Esei Ilmiah Penulisan berdasarkan tajuk yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan atau pindaan tajuk tidak dibenarkan. Format – Rasmi kertas kerja yang mengandungi: a. Pendahuluan b. Isi dan Perbahasaan c. Kesimpulan Bibliografi 9-Apr-17

11 Pendahuluan Pengertian dan konsep bagi tajuk yng dibincangkan.
Objektif Kajian. Pembatasan Kajian. Penulisan dilakukan dalam bentuk perenggan. Pendahuluan 1-3 halaman. 9-Apr-17

12 Isi dan Perbincangan Berkaitan dengan skop atau batasan kajian yang dinyatakan dalam pendahuluan. Gunakan bahan atau teks untuk tujuan menganalisis. 9-Apr-17

13 Rumusan Kesimpulan Kepanjangan - 1-2 halaman sahaja
Merumuskan aspek-aspek yang telah dibincangkan. Dapatan kajian yang diperoleh. Kaitkan dengan tajuk kertas kerja dan objektif kertas kerja. 9-Apr-17

14 Bibliografi 9-Apr-17

15 Hubungan Bahasa dan Sastera
Topik 1 Hubungan Bahasa dan Sastera 9-Apr-17

16 Apresiasi Bahasa- Interpretasi & Ekspresi Bab 1 : Bahasa dan Manusia
Sumber Rujukan : Apresiasi Bahasa- Interpretasi & Ekspresi Bab 1 : Bahasa dan Manusia Bab 2 : Stilistika dalam Kajian Sastera Bab 3 : Bahasa Sastera 9-Apr-17

17 Bahasa dalam Kesusasteraan Melayu - Pengenalan
Tumpuan Bidang – Bahasa atau Sastera? Apa itu Bahasa? Apa kata sarjana? Apa itu SASTERA? Apa yang dapat anda fahami? 9-Apr-17

18 ‘SASTERA’ dari sudut Bahasa
S – Seni Bahasa A - Akaliah. S - Sensitiviti T - Tersurat dan Tersirat E – Estetika R - Realiti A - Alternatif / Pelepasan Minda 9-Apr-17

19 Hubungan Bahasa dan Sastera
Disiplin Ilmu Bahasa (Linguistik) Fonologi Morfologi Sintaksis Semantik Aspek dan bahan Kesusasteraan Melayu Tradisional dan moden Prosa dan Puisi Aliran dan Pemikiran 9-Apr-17

20 Kedudukan Bahasa dalam Sastera
Bahasa juga merupakan suatu seni. Sesuatu yang seni bersifat halus, tertib, bersistem dan memiliki nilai keindahan. Sastera juga bersifat seni – susastera -’seni bahasa yang indah’. 20

21 Penulis & Bahasa? Penulis adalah pemikir, pemerhati, perenung dan tukang sibuk untuk masyarakatnya. Penulis bukan penghayal tetapi penafsir. Penulis apabila menulis, sememangnya terdorong oleh keinginan untuk menulis dari dalam dirinya. Penulis yang memahami dunia penulisan akan menulis dengan jiwa dan roh. Kerja menulis itu cukup sulit tetapi menggembirakan bagi mereka yang tahu… (SN A. Samad Said:2006)

22 Bahasa teks Sastera Penulis menggunakan bahasa untuk menterjemahkan pemikiran mereka. Bahasa yang dipilih bersifat emotif, ada unsur suspen, ketegangan dan peleraian. Perkara tersebut dapat ditandai melalui pemilihan kata.

23 Analisis Bahasa Suasana tegang/ situasi berkonflik.
Bagaimana bentuk pola ayat? (sintaksis) Ayat yang digunakan pendek. Ayat tunggal (satu S+P) 1. “Bagi abang / peluang” 2. “Peluang / apa lagi” 3 “Tolong / Mah”. 4. “Abang / terpaksa”

24 “Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka”
“Beri abang peluang” “Peluang apa lagi” “Tolong Mah. Abang terpaksa”. “Abang tak ada pilihan” “Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih” “Tak ada beban batu digalas”

25 Kenapa? Lufti Abas (2001:24) “Ayat tunggal pengucapannya cepat. Aliran pemikiran selari. Sering digunakan dalam situasi berkonflik, berlawan cakap, suasana cemas atau interaksi bersemuka”

26 Morfologi Perulangan kata
Tak sangka Peluang Tak ada pilihan Tujuan – penegasan. Menegaskan sesuatu perkara yang menjadi titik perbincangan atau perkara utama.

27 “Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka”
“Beri abang peluang” “Peluang apa lagi” “Tolong Mah. Abang terpaksa”. “Abang tak ada pilihan” “Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih” “Tak ada beban batu digalas”

28 Aktiviti 1:Kunci Kata Berdasarkan dialog dalam teks tersebut kenal pasti diksi yang dijadikan sebagai: Klimaks Anti klimaks Kenapa anda memilih diksi tersebut sebagai kata kuncinya?

29 Hubungan Bahasa dalam Kajian Sastera (Unit 2)
Topik 2 Hubungan Bahasa dalam Kajian Sastera (Unit 2) i. Pendekatan Stilistik ii. Pendekatan Analisis Wacana iii. Teori Semiotik 9-Apr-17

30 Pendekatan Stilistik Konsep – Penekanan terhadap aspek kebahasaan. Ilmu tentang gaya dan pemakaian bahasa. Ilmu gabung – Linguistik dalam kajian teks sastera Tujuan – keberhasilan pengarang mengolah bahasa yang dapat mencerminkan pemikiran yang bersifat imaginatif, figuratif, dan simbolik. 9-Apr-17

31 Prinsip Stilistik Bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif.
Stilistik turut membicarakan persoalan dasar sastera – aspek bahasa Stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadian penulis. Huraian terhadap pemilihan diksi dapat dilakukan yang merentas disiplin linguistik Membantu memahami makna yang sukar Stilistik – memberi penekanan kepada penghasilan karya Stilistik – membantu menghurai penerimaan dan penghargaan pembaca. 9-Apr-17

32 Penyimpangan dalam Stilistik
Konsep penyimpangan - Pemakaian bahasa yang terkeluar daripada keadaan yang lazim. Apa – morfologi, sentaksis Kenapa ? estetik tujuan pemikiran Maksud atau makna 9-Apr-17

33 Pendekatan Analisis Wacana
Kajian tentang pelbagai fungsi bahasa dari sudut penggunaannya dalam urutan ujaran. Aspek yang dikaji ialah bahasa dari sudut penggunaan. Penekanan tidak hanya aspek tatabahasa tetapi lebih mengutamakan aspek pemaknaan. Analisis wacana meneliti bentuk bahasa yang digunakan oleh penutur atau pendengar sewaktu berkomunikasi. 9-Apr-17

34 Teori Semiotik Kajian yang melihat karya mempunyai sistem tersendiri.
Kajian tentang sistem tanda dan kod. Bentuk tanda dalam teori semiotik Ikon – tanda yang menunjukkan persamaan sifat Indeks – Tanda yang mempunyai hubungan alamiah Simbol – Tanda yang mempunyai hubungan bersifat arbitrari. 9-Apr-17

35 Topik 3 Bahasa dan Batas Makna 9-Apr-17

36 Bahasa dan Batas Makna Manusia menggunakan bahasa untuk :
menyatakan maksud, menjelaskan sesuatu, mewujudkan kemesraan, mendapatkan kepastian dan membuat keputusan. Dalam hal ini, 9-Apr-17

37 Penentuan Makna Tidak semua perkara sama diterima.
Faktor perbezaan makna lambang bahasa. Lambang bahasa di ’fakulti bahasa individu’. Memahami maksud yang diterima melalui isyarat bahasa. 9-Apr-17

38 Faktor Pemahaman Antaranya dipengaruhi oleh : intonasi,
aliran fikiran, pemilihan diksi, presepsi dan tanggapan, hubungan. 9-Apr-17

39 Analisis Tafsiran 1 Dialog 1 : [Bagusnya anak emak! Lain kali panjat lagi tinggi ye. Kalau kurang tinggi nanti mak ambikkan tangga!] Tanggapan Makna: Dua situasi Sindiran atau tegahan Suruhan 9-Apr-17

40 Analisis Tafsiran 2 Dialog 2: [Emak tu, lepas makan, tidur!. Terlentang. Perut selambak macam perut lembu kena sembelih. Kita je yang kesian kat dia, dia buat tak pada je!] Dialog 3 : [Emak tu lebih kurang macam adik je. Selagi tak dibelikan, asyik tanya je. Lain kali tak payah cakap-cakap, belikan je] 9-Apr-17

41 Tafsiran Maksud perbandingan – Situasi sama tara antara dialog 2 dan dialog 3. Namun tafsiran boleh berbeza : Penghinaan / penyamatarafan status. Makna boleh lebih daripada satu bergantung tafsiran. Bahasa mempunyai kuasa. 9-Apr-17

42 Topik 4 Laras Bahasa Sastera 9-Apr-17

43 Konsep Laras Bahasa LB adalah variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsinya. Setiap anggota masyarakat akan menggunakan LB yang berbeza mengikut keperluannya. Semakin banyak LB yang digunakan, semakin berkesan komunikasi seseorang itu. LB dihubungkan dengan keadaan atau situasi yang berbeza-beza menurut tajuk pembicaraan, hubungan, situasi pembicaraan dan disiplin. 4/9/2017

44 Laras Bahasa Sastera Laras sastera atau laras kreatif yang bermutu memerlukan kejelasan, perpautan, kesatuan serta bentuk stailistik yang dipelbagaikan. Skop bahasa - fonem, iaitu satu unit linguistik yang terkecil (melibatkan unsur aliterasi dan asonansi), kemudian diksi iaitu pemilihan kata sehinggalah kepada unsur wacana yang lebih luas. 4/9/2017

45 Ciri LB Sastera Bersifat Imaginatif dan Figuratif
Karya Kreatif -Gabungan realiti dan imaginasi. Bersifat imaginatif - bahasa yang digunakan dapat melahirkan gambaran, khayalan, dan perasaan dan khayalan pengarang sebenarnya. Misalnya, novel Salina karya A. Samad Said dan Ranjau Sepanjang Jalan oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Sifat figuratif - mempunyai penyimpangan makna daripada pengucapan bahasa biasa, gaya retorik, kiasan dan sindiran. 4/9/2017

46 Menggunakan Bahasa Hiasan
Digunakan bertujuan membangkitkan jalan cerita atau plot dan huraian karyanya dan sebagai penyeri terhadap sesuatu hasil karya tersebut. Ungkapan dan pelbagai perkataan tambahan. Tujuan lain penggunaan : Sebagai hiasan karya Penyeri jalan terhadap isi cerita. Penambah daya tarikan pada cerita supaya ceritanya tidak kering, hambar atau menjemukan. Contoh bahasa hiasan - bahasa berirama, perbandingan, peribahasa, puisi, pantun dan seumpamanya. 4/9/2017

47 Perlukisan Gambaran yang Jelas
Perlukisan - gambaran pengarang tentang sesuatu peristiwa, aksi dan emosi dalam wacana secara jelas. Kata-kata yang segar dan bertenaga digunakan untuk melukiskan gambaran yang jelas dan hidup. Contohnya, novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Anuar Ridhwan telah melukiskan keadaan pada hari petang di desa sebagai berikut: Terhampar tidak sampai dua batu dari pantai berhutan bakau, desa itu perlahan-lahan menyerahkan warna hijaunya kepada keremangan sore bulan Oktober. Hari-hari itu di langit utara bergantungan beberapa tompok awan yang gelap menandai Monsun Timur Laut yang mula bermusim. 4/9/2017

48 Penggunaan Bahasa Baku
Bahasa baku – seragam dari aspek sebutan, bentuk dan fungsi meliputi aspek sintaksis, morfologi, leksikal, ejaan dan penyebutannya. Pemilihan kata dalam bahasa kreatif memerlukan ketepatan dan kesesuaian. Penggunaan bahasa baku dalam Karya kreatif supaya karya itu dapat difahami serta dihayati oleh semua golongan masyarakat. Pemilihan perkataan tepat dan sesuai supaya gambaran cerita dinyatakan dengan tepat dan jelas. Contohnya, A. Samad Said menggunakan bahasa baku yang sangat baik dalam novelnya Daerah Zeni: Bunga-bunga yang dipetiknya dari hutan sekitar itu kini menimpa dan melorot dari kepada nisan, serentak mengejutkan rama-rama dan pepatung tadi. 4/9/2017

49 Bernada Puitis Laras kreatif mengutamakan penggunaan bahasa yang puitis dan indah. Pemilihan diksi, ungkapan dan ayat tertentu sering menimbulkan ekspresi yang indah, seni dan mencuit perasaan khalayak pembaca dan pendengar. Bahasa disampaikan melalui genre seperti novel, cerpen dan puisi begitu memikat serta menghiburkan. Karya SN Usman Awang misalnya, banyak memperlihatkan nada-nada puitis ini baik . Contoh dalam sajak Kekasih dan Ke Makam Bonda. 4/9/2017

50 Pemilihan Diksi Berkesan
Memilih perkataan berfungsi memerlukan penyesuaian dengan tema atau persoalan. Terdapat beberapa perkataan untuk suatu pengertian, sama ada perkataan lain yang membawa makna yang sama atau perkataan yang berbeza ertinya secara literal tetapi membawa konotasi yang sama dengan maksud yang hendak disampaikan. Pemilihan perkataan yang sesuai dapat memberikan gambaran yang jelas dan tepat kepada pembaca. 4/9/2017

51 Bersifat Komunikatif LS lazimnya bersifat komunikatif, iaitu menghubungkan penulis dengan pembaca. Penglahiran idea dan plot cerita yang disampaikan oleh pengarang dapat membawa pembaca menghayati cerita yang hendak disampaikan oleh pengarang. Laras bahasa yang bersifat komunikatif, akan mewujudkan hubungan yang dekat antara pengarang dengan pembaca. Semua hasil karya kreatif akan bersifat komunikatif membentuk hubungan langsung antara penulis dengan pembaca. Melalui plot penceritaan yang disampaikan pengarang dapat mendekatkan hubungan antara pengarang dengan khalayak pembaca. 4/9/2017

52 Bersifat Ambiguiti (ketaksaan)
Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud unsur kekaburan dan ketidakjelasan. Penggunaan imejan boleh menimbulkan unsur ambiguiti. Melalui penggunaan unsur imejan, mesej disampaikan lebih jelas. Unsur imejan kadang kala berbentuk imejan mental iaitu membicarakan tentang perasaan dan perkaitannya dengan indera seseorang. Pengarang membabitkan pembaca dengan unsur imejan figuratifnya. Contohnya, unsur metafora, dan personafikasi. 4/9/2017

53 Bersifat Stilistik Kepelbagaian gaya yang dapat menawan golongan pembaca supaya terus mengikut serta menghayati cerita yang disampaikan. Penggunaan stilistik - diksi untuk menerbitkan gaya bahasa tersendiri sifatnya. Penggunaan unsur bahasa yang berunsur kiasan atau sindiran untuk menunjukkan persamaan dan perbezaannya. Pemilihan kata digunakan untuk memberikan kesan yang sensasi terhadap sesuatu. Oleh itu, penekanan utama akan dihuraikan dalam bentuk bahasa yang digunakan. Contohnya, penggunaan perkataan merdu yang menekankan kepada cita rasa telinga. 4/9/2017

54 Bersifat Simbolik Mesej bersifat simbolik yang berupa kiasan kepada sesuatu benda. Simbol bersifat individu, konvensional dan ada juga yang berunsur sejagat. Contohnya, bunga lambang bagi seorang gadis manakala kumbang pula lambang bagi lelaki. Pernyataan secara simbolik ini, ditegaskan secara lebih serius bagi menunjukkan maksud 4/9/2017

55 Unsur-Unsur Bahasa LS Penggunaan bahasa amat dipentingkan dalam mengungkapkan sesuatu hasil karya pengarang atau penulis kreatif. Penggunaan bahasanya beridentiti jika dibandingkan dengan laras bahasa yang lain. Bahasa dianggap sebagai satu elemen yang kuat untuk menunjukkan perbezaan di antara satu karya dengan satu karya yang lain. Oleh itu, terdapat beberapa unsur dalam laras sastera atau kreatif, seperti :- 4/9/2017

56 Unsur Perbandingan Unsur perbandingan ini terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya adalah seperti berikut : Unsur Personifikasi Unsur yang menggunakan kiasan untuk memberikan sifat manusia daripada segi perasaan, perlakuan dan sebagainya kepada benda-benda mati, idea, binatang dan lain-lain yang mujarad. menjadikan benda atau binatang seolah-olah manusia. Sifat-sifat manusia seperti perasaan dan keinginan diberikan kepada benda, binatang dan seumpamanya menjadikannya seperti manusia. Contohnya ialah, Angin yang meraung …. Segala peristiwa merangkak kembali dalam ingatan …. Kasih yang bersayap …. 4/9/2017

57 Unsur Hiperbola Hiperbola menggambarkan karya sastera yang mempunyai unsur yang agak keterlaluan atau berlebih-lebihan seoalah-olah tidak masuk akal. Namun demikian, perbandingan atau cerita yang digambarkan itu masih menarik dan indah. Tujuannya untuk memperhebat serta meningkatkan kesan dan pengaruh dalam kalangan pembaca. Gaya bahasa ini melibatkan kata-kata dan kalimat. Contohnya adalah seperti berikut:- Pijak semutpun tidak mati …. Hajat hati hendak memeluk gunung …. 4/9/2017

58 Unsur Simile Simile - bahasa kiasan yang digunakan yang digunakan dalam karya sastera. Membandingkan sesuatu benda, peristiwa atau situasi dengan benda lain yang hampir sama. Perbandingan simile merupakan perbandingan yang jelas kerana disertai kata-kata seperti, umpama, laksana, seperti macam dan bagai. Penggunaan kata-kata membangkitkan imaginasi pembaca untuk menanggapi maksud pengarang. Gambarkan keadaan atau suasana kehidupan manusia atau kesedihan sesuatu akibat sesuatu kejadian atau peristiwa. Contoh penggunaan simile dalam karya sastera ialah, Pipinya laksana pauh dilayang …. Betisnya bagai bunting padi …. Giginya seperti mutiara …. 4/9/2017

59 Unsur Metafora Metafora merupakan bahasa kiasan dalam laras sastera yang tidak menggunakan kata-kata bandingan seperti simile. Kiasan jenis metafora merupakan kiasan yang menyebut terus kepada benda atau binatang yang hendak diumpamakannya. Perbandingan metafora lebih ringkas dan padat. Contoh: Perempuan itu burung murai, kuat berleter …. Perasaannya api yang menyala …. Kata adalah pedang tajam 4/9/2017

60 Unsur Analogi Analogi di sini dimaksudkan persamaan antara dua perkara atau peristiwa atau keadaan yang dibandingkan dengan maksud menjelaskan sesuatu itu mempunyai persamaan. Unsur analogi digunakan untuk menjelaskan atau membuktikan tentang sesuatu perkara. Contohnya sajak karya Usman Awang yang berjudul Melayu, Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman UA membandingkan orang Melayu seperti pengembara lautan. Ini kerana orang Melayu seperti Panglima Awang dikatakan pernah sebagai ahli pelayaran pertama yang berjaya mengelilingi dunia. 4/9/2017

61 Unsur-unsur Sindiran Unsur-unsur sindiran dalam laras sastera atau kreatif seringkali berfungsi sebagai menyatakan sesuatu makna yang sebaliknya. Unsur sindiran ini sering terdapat dalam kehidupan orang Melayu. Untuk menyampaikan sesuatu yang kurang disenangi dengan tidak dinyatakan secara terus. Antara unsur-unsur sindiran adalah seperti berikut:- 4/9/2017

62 Unsur Ironi Ironi - bahasa sindiran yang halus tetapi mempunyai makna yang tajam. Bunyi penyebutan atau cara ungkapannya yang disampaikan adalah lembut tetapi sesiapa yang terkena akan terasa tajam sindirannya. Biasanya membawa maksud yang bertentangan dengan maksud sebenarnya. Digunakan dalam percakapan antara dua pihak. Cth: Dah jatuh. Kan aku dah kata tadi. Ha, panjatlah lagi. Panjat. Wah, bersihnya bilik ini! Puntung rokok dan cebisan kertas bertaburan di lantai. 4/9/2017

63 Unsur Sarkastik Unsur sarkastik - bahasa yang pengucapan yang sering kali akan menyakiti hati orang lain yang mendengar atau menerima ungkapan tersebut. Bersifat kesat. Sindiran begini tidak dinyatakan secara sinis tetapi dinyatakan kerana marah kepada seseorang. Kerapkali sindiran jenis ini kurang digunakan dalam masyarakat Melayu kecuali kerana terlalu marah serta tidak dapat mengawal perasaan sendiri. Contoh: Pergi jahanam kamu. Aku tidak suka melihat kamu lagi…. Bangsat engkau, benci aku melihat muka engkau di sini…. Nyah kamu dari rumah aku…. 4/9/2017

64 Unsur Sinisme Bahasa bersifat sinis. Lebih lembut daripada bahasa sarkastik tetapi lebih keras daripada bahasa kiasan ironi. Bahasa sinisme letaknya di tengah-tengah antara bahasa sarkastik dan bahasa ironi. Nada yang terlibat agak keras dan menyentuh perasaan orang yang mendengarnya. Contohnya: Biarlah dia pergi, muak aku melihatnya …. Tak payahlah engkau cerita, muak aku mendengarnya….. 4/9/2017

65 Unsur-unsur Penegasan
Penggunaan diksi atau ayat-ayat penegasan kerap kali kita dapati dalam bahan penulisan kreatif. Bahagian yang ditegaskan akan diulang-ulang beberapa kali. Unsur-unsur penegasan berlaku pada bunyi, kata, ayat atau seumpamanya. Antara unsur-unsur penegasan tersebut adalah seperti berikut;- 4/9/2017

66 Unsur Repetisi Unsur repetisi atau pengulangan bunyi.
Tujuan untuk maksud menegaskan atau menimbulkan nilai estetik melalui bunyi yang berirama dan indah. Pengulangan bunyi dilakukan sama ada dengan cara mengulang bunyi yang sama dalam perkataan-perkataan yang sama ataupun frasa atau ayat yang sama bagi maksud penegasan. Repetisi atau pengulangan bunyi ini terdapat dalam beberapa bentuk seperti episzeusis, tautotes, episfora, simploke, mesodiplosis dan ana diplosis. Contoh: Engkau sepatutnya berusaha, berusaha, dan terus berusaha sehingga berjaya…. Aku sayang padamu, sayang, sayang, sayang ….. 4/9/2017

67 Unsur Klimaks Unsur klimaks - kemuncak penonjolan watak, situasi ataupun penceritaan. Cara penyampaian biasanya dimulakan dengan nada rendah dan kemudiannya menaik. Penyusunan atau peningkatan ceritanya ditunjukkan seperti plot dalam sesebuah karya prosa. Apabila telah sampai kepada kemuncak yang hendak disampaikan, maka di situlah terletaknya klimaks. Contoh ungkapan klimaks, ….. pengantin itu diarak dengan paluan kompang, riuh-rendah suara orang ramai serta sanak saudara yang mengiringi mereka ke pelamin. Di atas pelamin, kedua mempelai tersenyum manis menandakan kebahagian menyeri majlis ….. 4/9/2017

68 Unsur Antiklimaks Unsur antiklimaks VS konsep klimaks.
Nada yang digunakan dalam permulaan ceritanya menaik tetapi lama-kelamaan semakin menurun. Urutan cerita daripada yang lebih utama kepada yang kurang utama atau kurang penting. Cth: Pada mulanya Encik Lutfi mengajar mahasiswa dan mahasiswi Universiti Putra Malaysia, kemudian dia mengajar pula murid-murid tingkatan enam di sekolah menengah, dan kini beliau mengajar murid-murid sekolah rendah. 4/9/2017

69 Unsur-unsur Pertentangan
Unsur pertentangan dalam LS menunjukkan wujudnya pertentangan dalam bahasa tersebut. Mewujudkan unsur atau gaya yang bertentangan atau berlawanan dalam ayat-ayat yang dihasilkan. Terdapat tiga unsur pertentangan dalam laras sastera iaitu: 4/9/2017

70 Unsur Paradoks Unsur paradoks menunjukkan pertentangan kata dalam ayat. Paradoks juga merupakan gaya bahasa yang mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta-fakta yang ada. Unsur paradoks dapat menarik perhatian kerana kebenarannya. Cth: Mereka berasa tenang di tengah kebisingan kota Kuala Lumpur… Aku kesepian di tengah keramaian…. 4/9/2017

71 Unsur Antitesis Antitesis merupakan sejenis gaya bahasa yang menunjukkan perbandingan antara dua antonim iaitu kata-kata yang mengandungi ciri-ciri semantik yang bertentangan. Cth: Kecantikannya yang mencelakakannya…. Segala fitnah tetangganya dibalas dengan budi bahasanya yang baik…, Dia bergembira atas kesedihan orang lain…. 4/9/2017

72 Unsur Kontradiksi Unsur yang bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan sebelumnya. Pernyataan yang dinyatakan pada permulaannya akan menafikan ataupun membuktikan kata-katanya pada pernyataan berikutnya. Cth: Malam itu sunyi sepi, tiada satupun yang kedengaran, hanya bunyi katak, cengkerik serta daun-daun menampar angin… 4/9/2017

73 Sekian, terima kasih 4/9/2017

74 Pep. Pertengahan Sem Pemberatan – 30 % Skop –
Unit 1 & Unit 2- Modul BBM 3103 Nota tambahan (bersemuka 1) Bahan dari Buku : Apresiasi Bahasa: Interpretasi & Ekspresi. Kuala Lumpur. Tinta Press Sdn. Bhd. Format -Objektif dan Subjektif (Struktur) Objektif – Konsep & Aplikasi (15 %) Struktur – Konsep dan Aplikasi (15 %) 9-Apr-17

75 Contoh Objektif xxi Variasi dalam penggunaan bahasa oleh seseorang penulis ditentukan oleh persekitaran yang melatarinya. A. Betul B. Salah 9-Apr-17

76 xxx. Penggunaan bahasa sering dikaitkan
xxx. Penggunaan bahasa sering dikaitkan dengan faktor yang berikut, KECUALI A. Tempoh perbincangan B. Kelompok penutur C. Topik perbincangan D. Situasi

77 Contoh Format Subjektif
Berikan tiga ciri laras bahasa sastera dalam konteks karya kreatif imaginatif. I. II.______________________________________________________III______________________________________________________ (3 markah) Jelaskan kepentingan ilmu linguistik dalam menganalisis karya kreatif imaginatif? ______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________.( 2 markah) 9-Apr-17

78 Sekian, terima kasih Manusia selalu terlupa bahawa kekuatan kuasa kata yang yang ada pada mereka adalah merupakan senjata…. (Aristotle) 9-Apr-17


Download ppt "BAHASA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU"

Similar presentations


Ads by Google