Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Similar presentations


Presentation on theme: "EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN"— Presentation transcript:

1 EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN
Tajuk 2: Proses Pembelajaran Pensyarah: Dr. Hj. Sajap Maswan

2 Hasil Pembelajaran Menghuraikan proses pembelajaran dalam PdP:
Kesediaan belajar Persepsi dan penanggapan Ingatan dan lupaan Pemindahan pembelajaran Implikasi proses pembelajaran terhadap PdP

3 Kesediaan Belajar Keadaan dalam diri individu yang bersedia dan berkebolehan untuk memperoleh ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai yang baharu. Melibatkan 3 domain: Kognitif Afektif Psikomotor

4 Kesediaan Belajar 1. Kesediaan Kognitif:
Melibatkan aktiviti/proses mental/berfikir Berfikir (pengamatan/persepsi) Menaakul (berfikir secara mendalam/serius tentang sebab dan akibat) Menganalisis Membentuk konsep baru (penanggapan) Menyelesaikan masalah Pencapaian dalam bidang akademik memerlukan usaha & latihan yang gigih

5 Kesediaan Belajar Kesediaan Kognitif Tinggi
Faham idea/maklumat dan ingat kembali. Dapat menjawab soalan peperiksaan dengan betul Hubung kait antara beberapa idea penting untuk selesaikan masalah Dapat melihat beberapa aspek dalam sesuatu objek Struktur pengetahuan mula menjadi normal

6 Kesediaan Belajar Kesediaan Kognitif Tinggi (sambungan)
Memahami konsep abstrak Membuat hipotesis (andaian awal) Menyelesaikan masalah yang mudah, sederhana dan rumit Kesediaan Kognitif Rendah Melihat satu aspek sahaja dalam sesuatu objek/idea Egosentrik – tidak dapat melihat menurut perspektif orang lain

7 Kesediaan Belajar 2. Kesediaan Afektif (Perasaan/Emosi)
Sikap yang positif terhadap pelajaran Gembira/ceria/bersemangat Bersedia dengan peralatan belajar Minat yang mendalam Kerajinan untuk belajar

8 Kesediaan Belajar Kesediaan Afektif Tinggi: Motivasi belajar tinggi
Minat terhadap subjek yang dipelajari Aktif dalam aktiviti PdP Sering mengemukakan pelbagai soalan yang mencabar Ingin memperoleh kecemerlangan dalam akademik Sikap, keinginan, ketekunan, perasaan dan minat belajar untuk menerima pembelajaran yang disampaikan.

9 Kesediaan Belajar 3. KESEDIAAN PSIKOMOTOR
Penguasaan kemahiran yang melibatkan tindakan fizikal (pelbagai anggota badan) Tangan Kaki Kepala Mulut (sebutan perkataan)

10 Kesediaan Belajar Koordinasi pergerakan anggota badan: Berjalan
Memegang pensel Menulis Melukis Mewarna Menunggang basikal Mengikat tali kasut Menaip dengan menggunakan komputer

11 Kesediaan Belajar Koordinasi pergerakan anggota badan: Berenang Menari
Gimnastik Senamrobik Bermain (bola, badminton, hoki dsn.) Menyebut bunyi, perkataan dll. Subjek: Pendidikan Jasmani & Kemahiran Hidup

12 Kesediaan Belajar Cara-cara Meningkatkan Kesediaan Belajar:
Strategi pengajaran - Simulasi/main peranan Kaedah kumpulan Kaedah perbincangan Pemulihan dan pengkayaan Unsur kecindan Pelbagaikan BBM multimedia

13 Kesediaan Belajar Kesediaan Belajar dirumuskan sebagai:
Kesediaan belajar ialah keadaan dalam diri individu yang bersedia dan berkebolehan untuk memperoleh ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai yang baharu. Kesediaan belajar terbahagi kepada 3 aspek iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.

14 Kesediaan Belajar Kepentingan Kesediaan Belajar: Antara kepentingan kesediaan belajar dari segi kognitif ialah murid dapat memahami sesuatu konsep yang dipelajari dengan mudah kerana mereka mempunyai pengetahuan sedia ada tentang tajuk yang diajar oleh guru. Murid mungkin telah membaca terlebih dahulu/membuat persediaan awal di rumah tentang tajuk yang akan dipelajari di sekolah.

15 Kesediaan Belajar Kepentingan kesediaan belajar dari segi efektif: Kepentingan kesediaan belajar dari segi afektif ialah murid sentiasa gembira, ceria, yakin diri/bermotivasi semasa belajar di dalam kelas. Dengan yang demikian, proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. (Jawapan yang sempurna)

16 Proses Pembelajaran 1. Persepsi (Pengamatan)
Proses menerima rangsangan/maklumat melalui pancaindera(lihat, dengar, hidu, sentuh dan rasa) Menyusun semula maklumat yang diterima Memberi makna/pengertian kepada maklumat yang diterima Mentafsir maklumat/menginterpretasi maklumat Contoh: Menyatakan dan membezakan pelbagai bunyi jenis kenderaan di jalan raya.

17 Proses Pembelajaran Cara-cara meningkatkan persepsi:
Organ deria yang sihat Apakah tindakan guru untuk mengatasi masalah murid- murid yang menghadapi masalah penglihatan? Mengenal pasti murid yang mengalami masalah penglihatan untuk mendapatkan rawatan Ubah tempat duduk dari bahagian belakang ke bahagian hadapan kelas Mohon bantuan untuk membuat kaca mata

18 Proses Pembelajaran b. Pelbagai organ deria Tulisan yang besar/jelas
Suara guru yang lantang dan jelas ABM yang besar/menarik dan berfungsi dengan baik

19 Proses Pembelajaran 2. Penanggapan
Proses membentuk konsep-konsep baharu dalam minda individu (khasnya kepada kanak-kanak) Konsep: Idea spesifik tentang peristiwa dan fenomena sama ada maujud atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Contoh: Jelaskan konsep lestari?

20 Proses Pembelajaran Cara-cara meningkatkan penanggapan:
Persediaan dan pengetahuan guru Gunakan pelbagai BBM Kaedah yang berkesan Pengajaran yang berpusatkan murid Bahasa yang mudah difahami

21 Proses Pembelajaran 3. Ingatan
Kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpan serta mengeluarkan segala maklumat itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pengekodan Penyimpanan Ingatan kembali Rangsangan deria Lihat Dengar Sentuh Hidu Rasa

22 Proses Pembelajaran Cara-cara meningkatkan ingatan:
Bahan pengajaran bermakna Isi pelajaran yang sistematik Ulangan Rehat yang cukup Menimbulkan minat – Contoh, mengamalkan unsur-unsur kecindan dalam pengajaran

23 Proses Pembelajaran Lupaan: Kegagalan untuk mengingat kembali maklumat
Antara sebab berlaku lupaan Gangguan Retroaktif Ilmu/kemahiran baharu mengganggu ilmu/kemahiran lama Program komputer baharu ganggu program komputer yang lama  Gangguan Proaktif Ilmu/kemahiran lama mengganggu ilmu/kemahiran baharu Sistem ejaan lama ganggu sistem ejaan baharu Contoh: Ejaan Lama Ejaan Baharu Pra sekolah – Prasekolah Stesyen – Stesen

24 Pemindahan Pembelajaran
Definisi Pemindahan Pembelajaran: Pemindahan (transfer) kemahiran asas, konsep, pengetahuan, nilai dan proses mental daripada sesuatu situasi kepada situasi yang lain. Kecekapan dan kebolehan menggunakan pengalaman, pengetahuan ataupun kemahiran yang sedia ada dalam ingatan untuk diaplikasikan dalam proses PdP atau sesuatu situasi baharu yang berkaitan.

25 Pemindahan Pembelajaran
Proses Pembelajaran Gagne: Peringkat 6 – Generalisasi (Aplikasi ilmu dalam situasi yang lain/memerlukan atau dalam kehidupan seharian) Pengalaman dan pengetahuan yang diamalkan dalam situasi baharu yang sesuai dan sepadan Menggunakan pengetahuan dalam Matematik untuk mengira jumlah perbelanjaan makan dan minum dalam seminggu Pengajaran berjaya jika murid dapat mengaplikasikan perkara yang telah dipelajari dalam situasi baharu di dalam atau di luar bilik darjah. Penanggapan: Proses membentuk konsep-konsep baharu dalam minda individu semasa proses pembelajaran secara formal ataupun informal

26 Pemindahan Pembelajaran
Jenis Pemindahan Pembelajaran: Pemindahan Pembelajaran Positif – (Rujuk nota sebelum ini) Pemindahan Pembelajaran Negatif – (Rujuk nota gangguan retroaktif dan gangguan proaktif sebelum ini) Contoh: Pemindahan Negatif: Gangguan proaktif – Sistem ejaan lama masih digunakan dalam penulisan akademik

27 Pemindahan Pembelajaran
Implikasi Proses Pemindahan Pembelajaran dalam PdP: Pemindahan Pembelajaran Positif – (Rujuk nota sebelum ini) Pemindahan Pembelajaran Negatif – (Rujuk nota gangguan retroaktif dan gangguan proaktif sebelum ini) Contoh: Pemindahan Negatif: Gangguan proaktif – Sistem ejaan lama masih digunakan dalam penulisan akademik

28 Implikasi proses pembelajaran terhadap PdP
Pemahaman terhadap proses pembelajaran akan dapat membantu guru meningkatkan lagi kecekapan mereka dalam merancang dan melaksanakan PdP Guru harus memastikan pelajar-pelajar telah bersedia dari segi kognitif, efektif dan psikomotor sebelum melaksanakan proses PdP yang seterusnya. Dengan memahami proses pembelajaran seperti yang telah dikemukakan oleh Gagne ( lapan fasa : motivasi, penyimpanan, penahanan, mengingat kembali, generalisasi, prestasi dan maklum balas) dapat membantu guru melaksanakan PdP dengan lebih sistematik dan berkesan.

29 Sekian TERIMA KASIH

30 Rujukan: Ewell, P.T. (1997), Organizing for Learning: A point of entry. Draft. Dipetik dari ry.html Gagne, R. (1985), Conditions of Learning. New York: Holt, Rinehart and Winston Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan Alam Belajar (Edisi Kedua).Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

31 Penghargaan Abd Rashid bin Ismail - Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Tuanku Bainun


Download ppt "EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN"

Similar presentations


Ads by Google