Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

BAB 4 PERSAMPELAN.

Similar presentations


Presentation on theme: "BAB 4 PERSAMPELAN."— Presentation transcript:

1 BAB 4 PERSAMPELAN

2 Sampel mungkin boleh merupakan unit/objek/elemen/responden atau apa-apa sahaja yang menjadi bahan pengukuran bagi mendapatkan data

3 KONSEP-KONSEP PENTING
Populasi - merupakan keseluruhan unit/objek/elemen/responden/ yang merupakan asas kepada bahan pengukuran pengkaji Sampel - merupakan satu kumpulan, kelompok atau subset yang dipilih khusus untuk mewakili populasi dalam sesuatu kajian

4 KONSEP-KONSEP PENTING
Persampelan adalah satu proses memilih sampel yang mungkin terdiri daripada unit/ objek/ elemen/responden dari satu populasi yang dikenal pasti dalam kajian dengan menggunakan kaedah dan teknik yang tertentu supaya hasil kajian dapat digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi Kerangka Polisi - kerangka populasi merupakan senarai maklumat lengkap yang boleh diperolehi mengenai sampel yang akan dipilih

5 KEPENTINGAN PERSAMPELAN
membolehkan pengkaji memilih sampel yang bersesuaian dari satu populasi yang besar membolehkan inferensi atau generalisasi dilakukan ke atas populasi berdasarkan keputusan kajian yang diperolehi menyesuaikan dengan kos dan masa kajian

6 BENTUK DAN JENIS PERSAMPELAN
Persampelan kebarangkalian (probability sampling) persampelan bukan kebarangkalian (non-probability sampling)

7 PERSAMPELAN KEBARANGKALIAN
merujuk kepada andaian bahawa setiap ahli dalam populasi mempunyai peluang atau kebarangkalian yang sama untuk dipilih sebagai sampel

8 Persampelan Rawak Mudah (Simple Random Sampling)
Persampelan rawak mudah merujuk kepada andaian bahawa setiap unit/objek/ elemen/ responden mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel tanpa sebarang bias pemilihan Setiap unit/objek/elemen/responden perlulah diberikan peluang untuk pilihan pengkaji mempunyai satu senarai kerangka populasi yang lengkap dan setiap sampel akan dipilih secara rawak

9 Persampelan Sistematik (Systematic Sampling)
Persampelan bersistematik menetapkan cara yang lebih mudah untuk mendapat atau memilih sampel contoh, nisbah sampel kepada populasi ialah 1 : 10 (100 : 1000) Merupakan kaedah yang efisien

10 Persampelan Rawak Berstratifikasi (Stratified Random Sampling)
pemilihan responden dalam kelompok atau strata tertentu yang mewakili populasi kajian sekiranya diandaikan wujud perbezaan-perbezaan tertentu dalam kumpulan atau strata yang berlainan kumpulan-kumpulan pembolehubah yang bermakna yang membolehkan pengkaji membuat perbandingan mengenai isu2 tertentu Cth; perbezaan jantina, pilih 50 lelaki & 50 wanita

11 Persampelan Rawak Berstratifikasi Bernisbah (Proportional Stratified Random Sampling)
kaedah ini pengkaji harus menentukan bilangan sampel yang perlu diambil berdasarkan kepada jumlah populasi Pemilihan berdasarkan nisbah populasi Jawatan Bil Nisbah (1:5) A 100 20 B 300 60 C 350 70 D 250 50

12 Persampelan Rawak Berstratifikasi Tidak Bernisbah (Disproportional Stratified Random Sampling)
berstratifikasi bernisbah kadangkala menyebabkan jumlah sampel dalam sesuatu strata itu terlalu kecil analisis statistik yang berkesan sukar dijalankan dilakukan melalui proses yang sama seperti persampelan rawak berstratifikasi bernisbah

13 Persampelan Rumpun Pelbagai Tahap (Multistage Cluster Sampling)
kajian yang dilakukan memerlukan pengkaji mengambil sampel yang besar seperti kajian untuk sebuah negeri ataupun negara mahupun populasi yang besar memerlukan pengkaji membuat perancangan dalam memilih sampel akhir Rumpun di sini merujuk kepada entiti yang boleh berupa kelompok, kumpulan, strata atau organisasi yang melibatkan unit-unit heterogeneous (pelbagai)

14 PERSAMPELAN BUKAN KEBARANGKALIAN
unit/objek/elemen/responden tidak mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Sampel dari populasi yang berbentuk homogeneous mungkin lebih sesuai menggunakan kaedah ini

15 Persampelan mudah (Convenience/Accidental Sampling)
Sesiapa sahaja dalam populasi yang dikenal pasti, boleh menjadi sampel tanpa perlu sebarang proses pemilihan secara rawak asalkan bersetuju untuk menjadi responden kajian. selalunya digunakan dalam fasa penerokaan sesuatu kajian atau bila pengkaji memerlukan sampel dengan segera atau mungkin tidak ada masa bagi membentuk kaedah persampelan lain kaedah persampelan bagi mendapatkan maklumat mudah, cepat dan berkesan

16 Persampelan bertujuan (Purposive Sampling)
Persampelan bertujuan digunakan bagi mengumpul maklumat dari sekumpulan sampel yang khusus dan spesifik serta bertepatan dengan objektif kajian merujuk kepada sesuatu perwakilan formal memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam kajian dan tergolong dalam populasi kajian Cth; pakar

17 Persampelan Kuota (Quota Sampling)
sebenarnya hanya menerapkan konsep stratifikasi dalam pemilihan sampel.

18 Persampelan Bola Salji (Snowball Sampling)
bermaksud mendapatkan jumlah sampel yang sedikit dahulu sebelum jumlah itu bertambah melalui maklumat nama dan lokasi sampel lain yang diberikan oleh sampel awal Cth; pelacur

19 MENENTUKAN SAIZ SAMPEL
sampel yang terlalu besar akan menyukarkan pengkajian menjalankan kajian kerana akan memakan masa yang agak lama dan kos yang tinggi sampel yang terlalu sedikit akan memberi kesan kepada analisis statistik serta kesahan sampel dalam mewakili populasi Rujuk Krejcie dan Morgan (1970) jadual 4.1 halaman 50.


Download ppt "BAB 4 PERSAMPELAN."

Similar presentations


Ads by Google