Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Similar presentations


Presentation on theme: "EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN"— Presentation transcript:

1 EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN
Topik 4: Perbezaan Individu dan Pembelajaran Pensyarah: Dr. Hj. Sajap Maswan

2 Hasil Pembelajaran Menghuraikan aspek-aspek perbezaan individu dalam PdP: Gaya kognitif - Field dependent/Field independent - Habits of Mind Gaya Pembelajaran - Dunn & Dun - Model Kolb - Honey & Mumford Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran termasuk murid berkeperluan pendidikan khas

3 Pengenalan Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perlu disedari bahawa pelajar-pelajar terdiri daripada individu-individu yang berbeza dari segi keupayaan, pencapaian, minat dan gaya pembelajaran. Jonassen dan Grabowski (1993) menyatakan bahawa individu adalah berbeza-beza di dalam menerima, mengorganisasi, memproses dan mengingati sesuatu maklumat. Para ahli sains perlakuan telah lama mengetahui bahawa pengajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya perbezaan individu dalam pengetahuan sedia ada pelajar dan tahap perkembangan pelajar diambil kira (Witkin et.al, 1977).

4 Gaya Kognitif Kajian dalam bidang kognitif telah dilakukan dan didapati individu mempunyai perbezaan antara satu dengan yang lain (Gagne, 1985). Antara perbezaan gaya kognitif tersebut ialah Field Independence (FI) lawan Field Dependence (FD) (Slavin, 1994) Individu FI dan FD tidak terlalu berbeza dari segi kebolehan pembelajaran atau ingatan, tetapi mereka lebih terpengaruh oleh isi kandungan dan cara pengajaran (Lourdusamy, 1994).

5 Pelajar Field Independent (FI)
Pelajar Field Independent adalah pelajar yang boleh mengatasi kesan unsur-unsur latar belakang yang menganggu apabila ia cuba mengasingkan sesuatu aspek dalam situasi tertentu. Ia didapati juga mempunyai kemahiran membina struktur ke atas situasi yang tidak mempunyai struktur (Lourdusamy, 1994).

6 Pelajar Field Dependent (FD)
Pelajar field dependent adalah pelajar yang tidak dapat membebaskan diri daripada unsur-unsur persekitaran atau latar belakang yang mengganggu apabila ia cuba untuk mengasingkan sesuatu aspek dalam situasi tertentu. Ia juga didapati sukar menggunakan struktur ke atas situasi yang tidak mempunyai struktur (Lourdusamy, 1994).

7 Pelajar (FI) vs Pelajar (FD)
Individu FI lebih berminat terhadap idea-idea dan prinsip- prinsip abstrak (Ng, 1981). Pelajar yang tergolong dalam kumpulan FI didapati lebih gemar kepada aktiviti pembelajaran berorentasikan tugasan, sementara pelajar FD lebih gemar kepada aktiviti yang berorentasikan aspek sosial Pelajar FI juga didapati lebih suka pengajaran yang berbentuk impersonal dan induktif sementara pelajar FD lebih suka situasi pembelajaran yang membolehkan mereka berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain (Lourdusamy, 1994).

8 Pelajar (FI) vs Pelajar (FD)
Kumpulan FI dapat menyelesaikan masalah baru dengan usaha gigih sendiri, mempunyai kemahiran untuk menganalisis dan lebih berminat untuk bekerja sendiri. (Witkin et.al, 1977). Pelajar FD lebih bergantung kepada orang lain dan bekerja secara kumpulan Menurut Lourdusamy (1994), pelajar FI mempunyai motivasi dalaman berbanding pelajar FD yang memerlukan motivasi dari luar (external motivation).

9 Pelajar (FI) vs Pelajar (FD)
Dari segi penggunaan bahan-bahan, didapati pelajar FI tidak menghadapi kesukaran untuk mempelajari bahan yang tidak berstruktur berbanding dengan pelajar FD. Pelajar FI, mereka lebih cenderung kepada pendekatan pengujian hipotesis dalam proses pembelajaran konsep, berbanding dengan pelajar FD di mana mereka lebih cenderung kepada pendekatan penonton dalam proses pembelajaran konsep.

10 Pelajar (FI) vs Pelajar (FD)
Wey dan Waugh (1993) telah menjalankan kajian terhadap kesan penggunaan teks dan teks bersama grafik dalam bahan pengajaran. Seramai 61 mahasiswa terlibat dalam kajian tersebut. Hasil kajian tersebut mendapati kumpulan pelajar FI mendapat keputusan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kumpulan pelajar FD dalam persembahan bahan yang hanya menggunakan teks sahaja. Manakala bagi persembahan teks dengan grafik, tidak ada perbezaan yang signifikan di antara pelajar FI dan FD. Implikasi dari kajian ini ialah pelajar FD mendapat manfaat daripada penggunaan grafik dalam persembahan pengajaran.

11 GAYA PEMBELAJARAN Pengenalan Cara murid-murid belajar adalah berbeza
Gaya pembelajaran ialah cara seseorang individu bertindak balas terhadap alam sekitar atau pembelajaran. Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam meperolehi pengetahuan.  (Dr Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012) Tidak ada satu gaya pembelajaran yang dikatakan paling baik atau buruk. Oleh itu, gaya pembelajaran yang dipilih adalah bergantung dengan individu tersebut.

12 GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)
Menurut Dunn & Dunn (1981) Gaya Pembelajaran ialah cara bagaimana elemen-elemen daripada lima rangsangan iaitu persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi mempengaruhi seseorang untuk memahami dan berinteraksi serta bertindak balas kepada persekitaran pembelajarannya. Mencadangkan 4 jenis gaya pembelajaran; Pendengaran (Audiotori) – Ingat nama, lupa wajah Penglihatan (Visual) – Ingat wajah, lupa nama Sentuhan (Tactual) – “Hands-on” Pergerakan (Kinestatik) – Tidak boleh duduk diam

13 GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)
Pendengaran (Audiotori) Merupakan jenis pembelajaran yang menekankan pendengaran perkataan dan arahan lisan. Seseorang murid perlu mengingati penerangan melalui bacaaan kuat atau menggerakkan bibir ketika mempelajari sesuatu. Murid-murid yang menggunakan jenis pembelajaran ini akan mengukuhkan ingatan dalam mendengar semula rakaman pita audio dan juga mengajar murid –murid lain serta berbincang dengan guru. 

14 GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)
Penglihatan (Visual) Gemar belajar dengan huruf, gambar atau gambar rajah, teks, benda-benda maujud dan sebagainya. Lebih cenderung mempelajari sesutu dengan melihat teks yang sedia ada dan lebih suka mempelajari melalui penglihatan. Memerlukan tulis nota apabila mengingati sesuatu dan  tidak perlu penerangan lisan.

15 GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)
Sentuhan (Tactual) Pelajar jenis tactual pula dapat belajar dengan lebih berkesan apabila berpeluang membuat latih amal (hands-on) dengan bahan seperti melakukan eksperimen di makmal, membina model dan menyentuh dan menggunakan bahan. Pergerakan fizikal dalam kelas membantu pelajar memahami maklumat baru.

16 GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)
Pergerakan (Kinestatik) Belajar melalui gerakan-gerakan untuk mengingati informasi ke dalam otaknya. Memerlukan bahan-bahan pembelajaran yang konkrit untuk membantu mereka mengingati sesuatu

17 GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)
Aplikasi Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn dalam PdP Pendengaran (Audiotory) Meminta murid membaca sesuatu teks dengan kuat Murid gemar mendengar penerangan/penjelasan daripada guru Murid berbincang dalam kumpulan (mengemukakan pendapat masing-masing)

18 GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)
Aplikasi Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn dalam PdP Pergerakan (Kinestatik) Menggunakan pelbagai objek manipulatif Mengadakan aktiviti main peranan, simulasi dan sebagainya. Mengadakan lawatan sambil belajar

19 GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)
Aplikasi Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn dalam PdP Penglihatan (Visual) Meminta murid menyediakan nota dalam bentuk peta konsep, peta kognitif, peta minda dsn. Guru membuat demontrasi/tunjuk cara untuk mengajar sesuatu kemahiran Menggunakan ABM/BBM berbentuk teks (tulisan) dan grafik, video/slaid/carta dan sebagainya.

20 GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (1967)
Aplikasi Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn dalam PdP Sentuhan (Tactual) Menggunakan BBM dalam bentuk konkrit yang boleh dipegang dan disentuh oleh murid-murid. Contoh: Membawa dan mempamerkan pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti pisang, tembikai, rambutan, durian dan sebagainya. Mengadakan aktiviti pembelajaran yang berbentuk amali/praktikal Aktiviti cap-mengecap, kolaj, mewarna, bermain dam ular dan sebagainya.

21 GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN MUMFORD (1992)
Honey dan Mumford (1992), mengatakan pembelajaran telah berlaku apabila manusia boleh mempamerkan sesuatu yang baru, sama ada dalam bentuk pemahaman, kesedaran atau kemahiran. Kecenderungan ini termasuklah kecenderungan untuk memiliki pengalaman semasa mempelajari sesuatu, kecenderungan untuk mengimbas kembali, kecenderungan untuk membuat kesimpulan dan kecenderungan memastikan implementasi. Sikap dan tingkah laku akan menentukan jenis gaya pembelajaran seseorang murid.

22 GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN MUMFORD (1992)
Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4 kumpulan iaitu: Gaya Pembelajaran Aktivis Gaya Pembelajaran Teoris Gaya Pembelajaran Reflektif Gaya Pembelajaran Pragmatis

23 GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN MUMFORD (1992)
Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4 kumpulan iaitu: Gaya Pembelajaran Aktivis Mempunyai sikap ingin mencuba sesuatu yang baru dan kehidupan mereka adalah penuh dengan aktiviti yang mencabar supaya dapat memberi pengalaman yang baru  kepada mereka. Mudah membuat sesuatu tanpa memikir panjang kerana mereka tidak akan mengambil kira kesan pada sesuatu perkara. Bersikap berdikari kerana mereka tidak perlu dorongan daripada orang lain. Peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering tertumpu pada persekitaran diri sendiri.

24 GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN MUMFORD (1992)
Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4 kumpulan iaitu: Gaya Pembelajaran Reflektif Berminat dalam mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang ada di persekitaran. Sentiasa mengimbas kembali terhadap keputusan yang belum diambil ataupun telah diambil. Tidak terburu-buru untuk membuat keputusan dan mereka suka mencari hakikat yang sebenar. Mengumpulkan maklumat yang banyak berkaitan dengan pembelajaran dan membuat analisis pengalaman tersebut. Bekerja dengan sistematik & mengelakkan membuat kesilapan. Persepsi dan pengamatan tajam dan sensitif.

25 GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN MUMFORD (1992)
Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4 kumpulan iaitu: Gaya Pembelajaran Teoris Sentiasa memiliki fikiran yang rasional dan logikal. Mudah terangsang dengan teori dan model dan sistem pemikiran yang praktikal atau menerima unsur logik. Golongan yang kurang kreatif dan suka membentuk hipotesis dan mengkaji fenomena yang berlaku di persekitaran mereka.  Sentiasa menggunakan teori untuk membuat kesimpulan serta lebih mementingkan rumusan yang berdasarkan bukti, analisis , kenyataan atau idea yang wujud.

26 GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN MUMFORD (1992)
Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4 kumpulan iaitu: Gaya Pembelajaran Pragmatis Memiliki fikiran yang rasional dan logikal terhadap pembelajaran mereka. Hanya pentingkan bukti dan hakikat yang dapat dilihat oleh mereka sendiri. Perbandingan dengan perkara lain juga sering dibuat supaya mereka dapat mencari jawapan yang paling tepat. Gemar mencuba idea, teori dan teknik untuk menguji sama ada ia berguna atau tidak dalam situasi yang sebenar. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada lelaki yang banyak menggunakan otak kanan yang mementingkan logikal. 

27 GAYA PEMBELAJARAN HONEY DAN MUMFORD (1992)
Honey dan Mumford (1983) membahagikan sikap dan tingkah laku kepada 4 kumpulan iaitu: Gaya Pembelajaran Pragmatis Memiliki fikiran yang rasional dan logikal terhadap pembelajaran mereka. Hanya pentingkan bukti dan hakikat yang dapat dilihat oleh mereka sendiri. Perbandingan dengan perkara lain juga sering dibuat supaya mereka dapat mencari jawapan yang paling tepat. Gemar mencuba idea, teori dan teknik untuk menguji sama ada ia berguna atau tidak dalam situasi yang sebenar. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada lelaki yang banyak menggunakan otak kanan yang mementingkan logikal. 

28 GAYA PEMBELAJARAN KOLB (1984)
Kolb (1984) membahagikan gaya pembelajaran kepada empat kategori iaitu : Pengalaman Konkrit (Concrete Experience, CE). Pemerhatian Reflektif (Reflective Observation, RO). Pengkonsepsian Abstrak (Abstract Conceptualization, AC). Pengujikajian Aktif (Active Experimentation, AE).

29 GAYA PEMBELAJARAN KOLB (1984)
Pengalaman Konkrit (Concrete Experience, CE). Melibatkan diri secara lagsung dalam aktiviti untuk mendapatkan pengalaman baru. Dapat belajar dengan baik melalui membuat eksperimen, kerja lapangan, pemerhatian dan melakukannya dengan menggunakan panca indera Suka membuat perbandigan, bertindak mengikut perasaan dan tidak suka melakukan sesuatu melalui pembacaan. Suka berinteraksi dengan maklumbalas, aktiviti kemahiran dan dibimbing kaedah pembelajaran kendiri yang sesuai dengan diri mereka.

30 GAYA PEMBELAJARAN KOLB (1984)
Pemerhatian Reflektif (Reflective Observation, RO). Individu ini berorientasikan pemerhatian reflektif yang suka memikirkan makna sesuatu situasi dan idea. Melihat implikasi sesuatu perkara dari pelbagai perspektif dan menghayatinya dari sudut yang berbeza berdasarkan pengalaman. Dapat belajar dengan baik melalui penggunaan log, jurnal, kuliah, ceramah dan aktiviti 'brainstorming' Seorang yang reflektif, suka mencuba, berhati-hati semasa membuat penilaian dan sentiasa merujuk pakar untuk mendapatkan pandangan dan penjelasan. Gemar mengumpul maklumat, menganalisis data serta mengambil masa untuk membuat sesuatu keputusan dan kesimpulan

31 GAYA PEMBELAJARAN KOLB (1984)
Pengkonsepsian Abstrak (Abstract Conceptualization, AC). Berorientasikan pengkonsepsian abstrak dapat menghasilkan teori dan idea dalam menerangkan pemerhatian yang dilakukan. Dapat belajar dengan baik melalui kuliah, kertas kerja, kerja analogi, pembacaan, simulasi dan kajian kes Mempunyai pemikiran logik dan reflektif, penilaian rasional, berorientasikan benda dan symbol, suka situasi pembelajaran yang 'impersonal' iaitu mementingkan teori, idea dan analisis yang sistematik. Cenderung cara pembelajaran membaca dan berfikir. Kaedah berbincang tidak sesuai untuk mereka. Jenis teori dan bersifat objektif.

32 GAYA PEMBELAJARAN KOLB (1984)
Pengujikajian Aktif (Active Experimentation, AE). Mahir dalam menjana idea yang bernas dan cekap, menggunakan teori untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan baik. Dapat belajar dengan baik melalui simulasi, kajian kes, kerja sekolah, eksperimen, perbincangan dan permainan Seorang yang ekstrovert, tidak suka situasi pembelajaran yang pasif seperti kuliah. Gemar melibatkan diri dalam situasi seperti penyelesaian masalah, perbincangan dalam kumpulan, maklumbalas dan kerja sekolah. Gemar mencari pengalaman baru, berfikiran terbuka dan teknik sumbang saran serta sesi 'buzz'.

33 GAYA PEMBELAJARAN KOLB (1984)
Pengujikajian Aktif (Active Experimentation, AE). Mahir dalam menjana idea yang bernas dan cekap, menggunakan teori untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan baik. Dapat belajar dengan baik melalui simulasi, kajian kes, kerja sekolah, eksperimen, perbincangan dan permainan Seorang yang ekstrovert, tidak suka situasi pembelajaran yang pasif seperti kuliah. Gemar melibatkan diri dalam situasi seperti penyelesaian masalah, perbincangan dalam kumpulan, maklumbalas dan kerja sekolah. Gemar mencari pengalaman baru, berfikiran terbuka dan teknik sumbang saran serta sesi 'buzz'.

34 IMPLIKASI GAYA PEMBELAJARAN terhadap PdP
Membantu guru memahami perkembangan dan penguasaan murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan. Membantu guru menjadi lebih sensitif terhadap perbezaan setiap murid di sekolah. Membantu guru mencipta pengalaman dan menjadi satu panduan untuk mencipta pengajaran yang sesuai, sepadan dengan gaya pembelajaran murid. Dengan ini, dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

35 IMPLIKASI GAYA PEMBELAJARAN terhadap PdP
Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri atau seseorang murid mungkin mempunyai lebih daripada satu gaya pembelajaran dan guru perlulah membahagikan murid-murid dalam kumpulan yang homogen bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran berfungsi secara efektif. Murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan akan mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi jika berbanding dengan murid yang hanya mempunyai satu atau dua gaya pembelajaran.

36 IMPLIKASI GAYA PEMBELAJARAN terhadap PdP
Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri atau seseorang murid mungkin mempunyai lebih daripada satu gaya pembelajaran dan guru perlulah membahagikan murid-murid dalam kumpulan yang homogen bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran berfungsi secara efektif. Murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan akan mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi jika berbanding dengan murid yang hanya mempunyai satu atau dua gaya pembelajaran.

37 Sekian TERIMA KASIH

38 Rujukan: Ewell, P.T. (1997), Organizing for Learning: A point of entry. Draft. Dipetik dari ry.html Gagne, R. (1985), Conditions of Learning. New York: Holt, Rinehart and Winston Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan Alam Belajar (Edisi Kedua).Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan Pembelajaran.Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

39 Penghargaan Abd Rashid bin Ismail - Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Tuanku Bainun


Download ppt "EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN"

Similar presentations


Ads by Google