Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PSIKOLOGI PENDIDIKAN Sesi 2 Gaya Pembelajaran

Similar presentations


Presentation on theme: "PSIKOLOGI PENDIDIKAN Sesi 2 Gaya Pembelajaran"— Presentation transcript:

1 PSIKOLOGI PENDIDIKAN Sesi 2 Gaya Pembelajaran

2 Hasil Pembelajaran Pada akhir sesi ini, pelajar akan dapat:
menerangkan tentang gaya pembelajaran serta teori dan konsep yang berkaitan mengenalpasti pelbagai gaya model pembelajaran menggunakan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran

3 Gaya Pembelajaran: Teori & Konsep

4 DEFINISI Gabungan faktor individu- Umur, jantina dan personaliti
Warisan baka dan persekitaran Cara seseorang individu belajar Cara seseorang pelajar memproses serta mengekalkan maklumat baru

5 KONSEP GAYA PEMBELAJARAN
Dalam konteks psikologi pendidikan:- cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu atau pengalaman baru. Mengikut ahli psikologi mazhab kognitif:- Pelbagai cara membuat membuat persepsi dan memproses maklumat untuk membentuk konsep dan prinsip.

6 Peterson (1971): Gaya Pembelajaran merupakan pendekatan yang digemari oleh pelajar.
Dunn dan Dunn(1978) dalam buku Teaching Students through Their Learning Styles: cara seseorang individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran baharu.

7 TUJUAN MENGUJI GAYA PEMBELAJARAN
Mengenal pasti gaya pembelajaran yang paling berkesan bagi seseorang individu. Mengenal pasti gaya pembelajaran secara tepat melalui instrumen tertentu. Mengelakkan salah tafsir tingkah laku dan mengenali tanda-tanda tingkah laku tertentu.

8 MODEL GAYA PEMBELAJARAN
Model Myers-Biggs Type Indicator Model Herman Witkin Model VAK Model Dunn & Dunn Model Honey & Mumford Model Kolb (Learning Style Inventory)

9 TEORI GAYA PEMBELAJARAN
DAVIS ( 1993 ) Tiada satu pun gaya pembelajaran yang mempamerkan cara terbaik daripada yang lain. Apa yang penting ialah strategi pengajaran yang berkesan.

10 Model Myers-Biggs Type Indicator
Myers & Briggs Type Indicator (MBTI) telah digunakan secara meluas oleh organisasi untuk mengenal sifat-sifat personaliti seseorang individu Fungsi Ujian : Mengenal Personaliti Pelajar/ Guru Mengetahui Pilihan Kerjaya / Bidang

11 Model Myers-Biggs Type Indicator
 Model Personaliti telah mengkelaskan manusia kpd 4 dimensi kencenderungan personaliti iaitu : Extraversion VS Introversion Sensing VS Intuition  Thinking VS Feeling Judging VS Perceiving

12 Extrovert Introvert Suka bergaul dgn ramai orang
Boleh berhujah di hadapan orang ramai Introvert Suka menyendiri Beri peluang bercakap pada org lain

13 Sensing Intuisi ( Deria ) Suka kpd maklumat yg kabur
Menggunakan sumber maklumat yg kukuh, jelas & nyata Mental dalam keadaan baik semasa memperkatakan pengalaman yg lepas Intuisi Suka kpd maklumat yg kabur Suka berkhayal Suka berkhayal tentang apa yang berlaku

14 Thinking ( Pemikiran ) Feeling ( Perasaan )
Suka fakta yang logik semasa membuat keputusan Tegas dalam membuat keputusan Feeling ( Perasaan ) Dipandu oleh nilai-nilai peribadi Melakukan pertimbangan antara kehendak dan tindakan manusia

15 Judging ( Penilaian) Perceiving ( Pengamatan) Sistematik
Teratur Berjadual Tidak suka membuat kerja saat akhir Perceiving ( Pengamatan) Tidak suka kepada perancangan Fleksibel Bertenaga di saat akhir

16 Aplikasi Gaya Belajar Yang Bersesuaian Dengan Personaliti
Pelajar Extrovert - Gemar bekerja secara berkumpulan Boleh menerangkan sesuatu dgn baik Pelajar Introvert – Suka membuat kerja secara individu Maklumat dan ilmu sukar diluah Mereka memerlukan masa, ruang dan dlm keadaan diam Strategi Pengajaran Guru Extrovert – Kaedah pembelajaran aktif; sumbangsaran, role playing Introvert – Belajar secara pengalaman, penilaian kendiri

17 Field Independence (FI)
Model Field Dependence (FD) & Field Independence (FI)

18 Murid Bersifat FI Murid Bersifat FD
Gaya Pembelajaran Field Dependent ( FD ) Gaya Pembelajaran Field Independent ( FI) Murid Bersifat FD Memproses maklumat secara global ( keseluruhan ) dan kurang memberi perhatian kepada butiran terperinci Murid Bersifat FI Analitikal Lebih berminat kpd butiran yang terperinci

19 Gaya Pembelajaran Murid Bersifat FD Murid Bersifat FI
HANYA menerima maklumat yg diberi tanpa membuat penambahan/ubahsuai semula Suka bersosial, gemar kerja kumpulan dsb Murid Bersifat FI Lebih individualistik, cendurung ke arah kendiri Menyusun maklumat agar selaras dgn kehendak diri

20 FI Banding Beza FD & FI FD Mempersepikan secara analitikal
Mempersepsikan secara global Mengkategorikan konsep secara umum Berorientasikan sosial Lebih dipengaruhi oleh kritikan Memerlukan penentuan matlamat dan pengukuhan luaran Mempersepikan secara analitikal Mengkategorikan konsep secara khusus Orientasi yang tidak bersifat peribadi Kurang dipengaruhi kritikan Mempunyai matlamat dan pengukuhan yang ditentukan sendiri

21 Strategi Pengajaran Guru
FD FI Menyediakan persekitaran pembelajaran sosial – murid berpeluang berinteraksi dgn orang lain Pastikan arahan diberi adalah jelas Gunakan banyak contoh & gambaran Utamakan kaedah pengajaran berpusatkan murid Menyediakan persekitaran pembelajaran yg berdikari Bekalkan murid-murid dgn bahan rujukan Memberi bimbingan yg minimum

22 Model Gaya Pembelajaran VAK

23 Gaya Pembelajaran Visual
- Pembelajaran dengan cara melihat sesuatu berbentuk teks, gambar, diagram dan lain-lain. - Lebih mengingati dan memahami sesuatu maklumat dengan cara membaca teks. - Tidak memerlukan penerangan. - Mengingati 75% daripada apa yang dibaca atau dilihat.

24 Gaya Pembelajaran Auditori
-Pembelajaran dengan cara mendengar sesuatu dan juga arahan lisan. -Mengingati penerangan melalui bacaan atau melihat pergerakan bibir. -Mengingati 75% daripada apa yang didengar dan dipertuturkan.

25 Gaya Pembelajaran Kinestetik
-Belajar dengan melalui pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti. -Memahami dan mengingati setelah membuat sesuatu aktiviti.

26 Strategi Pengajaran Diagram, graf, carta, video, silangkata, kolaj, ilustrasi, animasi, flash cards,dll. Lagu, puisi, pembentangan, rakaman, dll. Demonstrasi, diorama, origami, kraf,,dll.

27 Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn

28

29 Cahaya yang terang dan tempat yang tersusun.
Tempat yang sunyi, bekerja di bawah pengawasan, melaksanakan tugas dengan berstruktur. Tidak suka makan atau minum semasa belajar. Mudah memproses maklumat berkaitan nombor, analisis. Mendengar muzik semasa belajar. Tempat yang informal Melaksanakan beberapa tugasan dalam satu masa. Suka makan atau minum ketika belajar. Usaha sendiri tanpa pengawasan. Kreatif, berjiwa seni.

30 TEORI & MODEL GAYA PEMBELAJARAN
Honey dan Mumford (1986) Kolb (1984)

31 Honey dan Mumford (1986) Aktivis Reflektif Teoris Pragmatis

32 Gaya Pembelajaran Aktivis
Cara belajar:- melibatkan diri secara aktif dan agresif. Ciri-ciri: Sikap tidak sabar dan tindakan tergesa-gesa Naluri ingin tahu yang tinggi terhadap perkara baru Bergerak pantas dan cepat membalas Gemar mencuba pengalaman baru Bersemangat, fleksibel dan berfikiran terbuka Motivasi dalaman yang kuat dan inisiatif untuk menyelesaikan masalah Kemahiran berfikir kritis dan kreatif

33 Implikasi ke atas PDP Kaedah dan teknik mengajar yang sesuai:
Kaedah inkuiri penemuan Kaedah projek Penyelesaian masalah Kerja praktik Perbincangan dan sumbangsaran Simulasi Main peranan

34 Gaya Pembelajaran Reflektif
Cara belajar:- suka memerhati, berfikir, membuat refleksi kendiri Ciri-ciri: Mampu berfikir secara kritis dan kreatif Mentafsir dan menilai sesuatu perkara, prinsip, keputusan atau projek serta membuat refleksi Mencari hakikat yang sebenar Sikap berhati-hati, sentiasa memikirkan pelbagai pilihan dengan teliti Pendengar yang baik tapi lambat bertindak balas Belajar dan bekerja secara sistematik Tidak terburu-buru membuat keputusan

35 Implikasi ke atas PDP Murid yang tergolong dalam kumpulan reflektif gemarkan subjek Sejarah, Bahasa dan sukakan aktiviti projek dan kajian luar. Kaedah pengajaran yang sesuai: -kaedah penyelesaian masalah -inkuiri penemuan -perbincangan

36 Gaya Pembelajaran Teoris
Cara belajar:- gemar menggunakan prinsip dan teori untuk membuat kesimpulan Ciri-ciri: Memiliki fikiran rasional dan logik Berdisiplin Kurang kreatif dan menitikberatkan penggunaan otak kiri Suka membentuk hipotesis, kesimpulan berdasarkan bukti Suka mengesan sebab dan akibat yang berlaku Berminat mengkaji fenomena alam

37 Aplikasi ke atas PDP Golongan murid bersifat teoris ini biasanya sukakan subjek Matematik, Sains, Geografi Kaedah mengajar yang sesuai: - kaedah induksi dan deduksi -bertukar pendapat -mengumpul data untuk membuat analisis

38 Gaya Pembelajaran Pragmatis
Cara belajar:- mementingkan hakikat yang sebenar daripada teori, hukum atau prinsip Ciri-ciri: Bersifat praktikal Mementingkan bukti dan hakikat sebenar sebagai objektif pembelajarannya Percaya perkara yang dapat dilihat lebih daripada mendengar Mengutamakan penggunaan pengalaman yang sebenar Suka membuat perbandingan

39 Implikasi ke atas PDP Pelajar dalam gaya pembelajaran pragmatis suka menggunakan bahan-bahan konkrit untuk aktiviti pembelajaran Kaedah mengajar yang sesuai: Kerja praktik Strategi pemusatan bahan cth-bahan elektronik Carta dan gamba rajah

40 Teori Gaya Pembelajaran Kolb
Pembelajaran dianggap sebagai proses holistik dan tiada titik penghujungnya. Proses pembelajaran akan menunjukkan dengan jelas bagaimana pengetahuan diperoleh dan dicipta melalui interaksi seseorang itu dengan persekitarannya. Mengkategorikan pelajar kpd 2 bentuk kecenderungan Pengalaman konseptualisasi abstrak-bagaimana mengaplikasi maklumat Eksperimen pemerhatian reflektif- bagaimana memahami maklumat

41 Teori Gaya Pembelajaran Kolb
Bentuk soalan bermula dengan ‘kenapa’ Pelajar memberi tindak balas positif jika isi kandungan berkaitan dgn minat, pengalaman, dan karier masa depan mereka Gaya Konkrit dan Refleksif Bentuk soalan bermula dengan ‘apa’ Proses PDP dapat dipertingkatkan apabila pelajar diberi peluang membuat refleksi Gaya Abstrak dan Refleksi Bentuk soalan bermula dengan ‘bagaimana’ Proses penyelesaian akan menjadi lebih mudah jika guru memberi panduan dan bimbingan secara teratur Gaya Abstrak dan Aktif Bentuk soalan bermula dengan ‘bagaimana jika’ Pelajar dlm kumpulan ini gemar mengaplikasi maklumat yg baru dipelajari ke dalam situasi baru Guru bertindak sebagai pemerhati Gaya Konkrit dan Aktif

42 Implikasi gaya pembelajaran ke atas proses PDP
Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar yang berlainan adalah penting supaya guru lebih sensitif kepada perbezaan yang wujud antara pelajar. Menjadi satu panduan kepada guru supaya mereka cipta pengalaman pembelajaran yang sepadan dengan cara pelajar belajar Dapat menyediakan satu pengalaman yang sejajar dengan gaya pembelajaran pelajar Gaya pembelajaran pelajar berubah dengan umur. Pelajar lelaki dan perempuan mempuyai gaya pembelajaran yang berlainan Pelajar yang mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza berbanding dengan pelajar yang mempunyai akademik yang rendah

43 STRATEGI MENANGANI PERBEZAAN INDIVIDU DAN GAYA PEMBELAJARAN
1. Kaedah kumpulan 6. Mempelbagaikan bentuk penilaian 2. Pengayaan dan pemulihan 7. Mempelbagaikan strategi PDP 3. Pengajaran terancang 8. Mempelbagaikan BBM 4. Pembelajaran koperatif 9. Peneguhan positif 5. PDP individu 10. Pengagihan tugas mengikut keupayaan dan minat

44 Peranan Guru Adalah penting untuk mengetahui dan mengambil peduli akan siapa sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti di dalam kelas Meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran Mengetahui bahawa setiap individu pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang, dan tahap sosioekonomi yang memberi kesan kepada pembelajaran mereka Impaknya – pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah

45 RUMUSAN Tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi turut mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebenar terutama pengurusannya di dalam sebuah bilik darjah. Dengan mengetahui konsep dan teori gaya pembelajaran, guru dapat mengenalpasti pendekatan sesuai yang boleh diambil dan memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.


Download ppt "PSIKOLOGI PENDIDIKAN Sesi 2 Gaya Pembelajaran"

Similar presentations


Ads by Google