Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Penyelidikan Tindakan I

Similar presentations


Presentation on theme: "Penyelidikan Tindakan I"— Presentation transcript:

1 Penyelidikan Tindakan I
MTE3113

2 Bab 4: Penyelidikan Tindakan: Konsep dan Model
Definisi dan konsep Ciri-ciri Kepentingan Model

3 Definisi dan konsep penyelidikan tindakan
Prosedur sistematik yang dilaksanakan oleh guru (atau mana-mana individu dalam iklim pendidikan) bagi mengumpul maklumat, seterusnya, meningkatkan pelaksanaan situasi pendidikan, gaya pengajaran dan pembelajaran. Mills(2000)

4 Sejenis inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bertujuan untuk meningkatkan kerasional dan keadilan amalan-amalan soalan pendidikan mereka sendiri. Carr & Kemmis (1986)

5 Satu pendekatan bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru supaya lebih menyedari tentang amalan mereka, menjadi kritis terhadap amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. McNiff (1988)

6 Ciri-ciri Penyelidikan Tindakan
Dijalankan oleh guru samada secara individu atau kolaboratif Berfokus kepada masalah pengajaran dan pembelajaran Bertujuan meningkatkan kualiti tindakan dan amalan bilik darjah Berbentuk inkuiri reflektif dan penilaian kendiri Berbentuk kitaran Menggunakan tindakan praktis atau intervensi Choong(2011)

7 Ciri-ciri penyelidikan tindakan
Fokus terhadap masalah praktikal Dalam iklim dan konteks pendidikan seharian. Contohnya; sesi p&p, aktiviti amali, perbincangan kumpulan Berbentuk inkuiri reflektif Penilaian kendiri terhadap kekuatan dan kelemahan amalan sendiri untuk tujuan penambahbaikan. Choong(2011)

8 Ciri-ciri penyelidikan tindakan
Dijalankan oleh guru (individu atau kolaboratif) tentang suatu situasi sosial. Proses dinamik berbentuk kitaran (bukan linear) refleksi merancang bertindak memerhati

9 Ciri-ciri penyelidikan tindakan
Perancangan untuk bertindak Meningkatkan amalan bilik darjah, mewujudkan program rintis. Contoh; motivasi belajar, tumpuan, penglibatan aktif, pencapaian murid Berkongsi ilmu Dengan rakan guru, pihak pentadbir, jabatan pelajaran bagi tujuan penambahbaikan bersama

10 Penyelidikan tindakan BUKANLAH suatu projek di mana kita mempelajari dengan lebih mendalam tentang sesebuah tajuk yang menarik minat kita. Ia bukanlah sebuah penyelesaian masalah di mana kita cuba mengenalpasti apa masalahnya. Akan tetapi ia merupakan suatu misi untuk menimba ilmu pengetahuan bagi membuat penambahbaikan. Penyelidikan tindakan BUKANLAH suatu kajian tentang manusia ataupun mencari maklumat yang sedia ada tentang sebuah tajuk dalam mencari penyelesaian yang tepat. Akan tetapi, ia melibatkan manusia bekerja bagi mempertingkatkan kemahiran, teknik dan strategi mereka. Penyelidikan tindakan BUKANLAH mengenai mengapa kita melakukan sesuatu perkara. Akan tetapi, ia mengenai bagaimana kita boleh melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik. Ia adalah bagaimana kita mengubah pengajaran kita bagi memberi impak terhadap pelajar kita. Ferrance (2000)

11 Aktiviti… Apakah perbezaan di antara kajian tindakan dan kajian konvensional? Pada pandangan anda, apakah kepentingan penyelidikan tindakan?

12 Perbandingan (sumber: JPN Johor)
Kajian Tindakan Kajian Konvensional Tujuan Untuk guru memperbaiki amalannya sendiri dan membentuk teori peribadi yang praktis dan kritis Membuat generalisasi dan menguji teori serta menjelaskan prinsip Rekabentuk Boleh diubahsuai berdasarkan keadaan dan keperluan situasi sebenar sekolah Ditetapkan terlebih dahulu sebelum kajian dilakukan Subjek Penyelidik adalah sebahagian daripada subjek kajian diperolehi secara langsung daripada subjek kajian Subjek kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan sampel tertentu Perkaedahan Penyelidikan dilakukan dalam situasi sebenar dan analisis kajian bersifat kualitatif dengan cara menggunakan teknik dan kaedah berbentuk deskriptif dan naratif Nilai penyelidikan bergantung kepada teknik sampling dan analisis statistik yang canggih digalakkan untuk memperkukuhkan huraian data-data yang dikutip Laporan Menggunakan bahasa yang mudah difahami guru Bersifat teknikal dan guru memerlukan pengetahuan yang khusus untuk memahaminya

13 Kepentingan Penyelidikan
Mengisi jurang antara teori dan praktis Teori (umum) Praktis (Khusus) Saya sudah boleh melakukannya Choong(2011)

14 Ejen perubahan Guru berpeluang mengutip data sendiri dan membuat keputusan profesional mengenai sekolah/ bilik darjah mereka Guru dapat mengaplikasikan metodologi yang berpadanan dengan falsafah dan gaya pengajaran masing-masing

15 Perkembangan profesional
Sebagai latihan perkembangan staf Memberikan pengalaman tersendiri. Mendatangkan kepuasan kerna dapat menyelesaikan masalah.

16 Model Penyelidikan Tindakan
Model Stephen Kemmis dan Robin MsTaggart Model John Elliot Model Dave Ebbutt Model Jack Whitehead Model Jean McNiff Model Kurt Lewin

17 Model Mudah Kemmis dan McTaggart, 1988
Kembali

18 Model John Elliott, 1991 Kembali Pn. Jacinta Johnny IPGKTI 2014

19 Model Ebbutt, 1985 Kembali Pn. Jacinta Johnny IPGKTI 2014

20 Kembali Fasa Huraian Meneroka Mengenalpasti idea/isu
Mengenalpasti masalah Mencari fakta/ maklumat Merancang Membentuk pelan tindakan untuk menggutip data Memilih kaedah penyelidikan yang sesuai Merintis tindakan Mengutip data Kutipan data Menganalisis/ mereflek Menganalisis dan mengintepretasi Spekulasi Meramal apa yang akan berlaku berasaskan data yang dikutip, dianalisis dan refleksi Intervensi Mengubah pendekatan/ amalan Menguji kaedah mengajar yang lain Memerhati Membuat pemerhatian terhadap hasil intervensi dan membuat refleksi terhadap keberkesanan intervensi Model Whitehead Kembali Pn. Jacinta Johnny IPGKTI 2014

21 Kembali Memerhati Mereflek Merancang Bertindak Merancang Model McNiff
Pn. Jacinta Johnny IPGKTI 2014

22 Model Lewin Kembali Pn. Jacinta Johnny IPGKTI 2014


Download ppt "Penyelidikan Tindakan I"

Similar presentations


Ads by Google