Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

FCE 3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KULIAH 1 Pengenalan Penyelidikan

Similar presentations


Presentation on theme: "FCE 3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KULIAH 1 Pengenalan Penyelidikan"— Presentation transcript:

1 FCE 3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KULIAH 1 Pengenalan Penyelidikan

2 Objektif Selepas mempelajari tajuk ini anda akan dapat:
Mendefinisikan penyelidikan pendidikan Mengenalpasti kepentingan penyelidikan pendidikan Menyatakan sumber-sumber pengetahuan Menghuraikan langkah-langkah umum dalam penyelidikan Mengenalpasti etika dalam menjalankan penyelidikan Memahami cara penyediaan kertas cadangan penyelidikan

3 Apakah Penyelidikan? Penyelidik bertanyakan soalan.
Penyelidik mengumpul data. Penyelidik menjelaskan bagaimana data menjawab persoalan penyelidikan.

4 A Definition of Research
Research is a process of steps used to collect and analyze information in order to increase our understanding of a topic or issue.

5 Penyelidikan Pendidikan
Cara teratur untuk memperoleh pengetahuan baharu. Satu aktiviti atau usaha untuk memperoleh dan menganalisis maklumat bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pendidikan. Satu proses sistematik untuk mengkaji sesuatu masalah pendidikan bagi memperoleh atau menjana pengetahuan ‘baharu’ (tujuan utama penyelidikan pendidikan).

6 Falsafah Penyelidikan
Penyelidikan dilakukan untuk memberi jawapan kepada “ketidakpastian” atau mencari kebenaran bagi menerangkan sesuatu perkara atau fenomena yang telah, sedang, atau belum berlaku

7 Tujuan Penyelidikan Pendidikan
Tujuan Umum Menyelesaikan sesuatu permasalahan

8 Tujuan lain Mencari penyelesaian bagi permasalahan berhubung amalan semasa Memperbetulkan metodologi yang salah Memperbetulkan penggunaan kaedah statistik yang salah atau tidak sesuai Mencari titik pertemuan antara dapatan penyelidikan yang bercanggah Memperjelaskan sesuatu teori Membangun sesuatu teori yang baharu Memperkembangkan teori sedia ada Menghuraikan sebab dan akibat fenomena

9 Kepentingan Penyelidikan
Memperkayakan pengetahuan sedia ada Menyumbang ke arah penambahbaikan amalan Memberi maklumat untuk penggubalan dan penambahbaikan dasar

10 Memperkayakan pengetahuan sedia ada
Proses Penyelidikan Pembacaan Pengumpulan maklumat Penganalisisan maklumat/data Memahami isu atau masalah yang telah dikenalpasti Maklumat dan pengetahuan baharu Memperkayakan pengetahuan sedia ada

11 Amalan Baharu Asas Cadangan Penambahbaikan
Maklumat berbentuk ramalan Pengetahuan bersifat deskriptif Maklumat Baharu Hasil Penyelidikan Pengetahuan bersifat ramalan Maklumat berbentuk penerangan Penambahbaikan Amalan

12 Asas Pembentukan atau Penambaikan Dasar
Hasil Dapatan Penyelidikan atau Keputusan Penyelidikan Penggubalan dan Penambaikan Dasar

13 Importance of Research
Addresses gaps in knowledge Enables people to make informed decisions regarding policy Research adds to our knowledge Expands knowledge Research helps inform policy debates Replicates knowledge Importance of Research Adds voices of individuals to knowledge Research helps improve practice Allows people to weigh different perspectives on issues Educators can connect with other educators Educators gain new ideas for their job Educators gain new insights into approaches.

14 SUMBER PENGETAHUAN Sumber pengetahuan yang digunakan manusia sejak tamadun manusia bermula

15 Terdapat lima kategori utama sumber pengetahuan iaitu:
(Ary et.al. (1985) & Van Dalen (1979) Pengalaman Wibawa Taakulan Deduksi Taakulan Induktif Kaedah Saintifik

16 Pengalaman Sumber pengalaman tertua
Kebanyak manusia menggunakan pengalaman sendiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah Pengalaman merupakan pengetahuan yang paling banyak digunakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah Pengetahuan yang diuji dari semasa ke semasa Kelemahan – tidak semua manusia mempunyai pengalaman yang serupa walaupun menghadapi masalah yang sama

17 Wibawa Pengetahuan yang diperoleh daripada orang atau pihak yang berwibawa (authority). Wibawa ialah seseorang yang mempunyai pengalaman tentang masalah atau mempunyai kepakaran berkaitan masalah. Seringkali pendapat mereka dianggap benar kerana kedudukan atau pangkat dalam masyarakat seperti guru, pengetua, pengarah, ketua kampong, imam, bomoh. Mungkin memberi jawapan yang berbeza dalam suasana yang berbeza – menggunakan pendapat dan perasaan daripada fakta. Wibawa boleh melakukan kesilapan.

18 Taakulan Deduktif Proses pentaakulan (reasoning) deduktif ialah proses pemikiran dimana seseorang itu menggunakan pernyataan umum untuk menjana pernyataan khusus

19 Taakulan Deduktif… Silogisme merupakan satu siri pernyataan logik digunakan sebagai sistem penyusunan fakta yang diketahui untuk membuat rumusan. Sesuatu silogisme mempunyai; Premis besar (Semua manusia perlu bahasa untuk berkomunikasi) Premis kecil (Ali seorang manusia) Rumusan (Ali perlu bahasa untuk berkomunikasi)

20 Taakulan Deduktif… Membolehkan seseorang menyusun premis mengikut bentuk yang boleh memberikan bukti rumusan yang sah; Boleh menentukan perkaitan yang wujud semasa meneliti premis besar dan premis kecil. Cara bagi menghubungkan teori dengan cerapan. Membolehkan penyelidik membuat deduksi daripada teori yang sedia ada dengan fenomena yang dicerap. Deduksi daripada teori boleh menghasilkan hipotesis.

21 Taakulan Deduktif… Kelemahan; Rumusan benar jika premis benar.
Rumusan tidak boleh melebihi kandungan premis. Tidak mencukupi sebagai sumber kebenaran (disebabkan oleh kesukaran untuk memperoleh kebenaran bagi kebanyakan pernyataan). Penyelidikan saintifik tidak boleh dilakukan hanya dengan menggunakan taakulan deduktif.

22 Taakulan Induktif Sistem cerapan di mana seseorang membuat cerapan terhadap sebahagian kecil sesuatu peristiwa dan kemudian membuat inferensi tentang keseluruhan peristiwa itu

23 Taakulan Induktif… Rumusan dicapai dengan mencerap beberapa contoh perlakuan (sampel) dan membuat generalisasi kepada keseluruhan populasi. Berlawanan dengan taakulan deduksi. Perlu mencerap semua contoh untuk memperolehi kepercayaan rumusan induksi. Kepercayaan rumusan tinggi jika kumpulan kecil, kepercayaan rendah jika kumpulan besar. Taakulan induksi memberi maklumat bagi membolehkan seseorang membuat keputusan.

24 Kaedah Saintifik Gabungan aspek-aspek taakulan deduktif dan induktif.
Kaedah saintifik adalah satu proses di mana penyelidik membuat induksi bermula daripada cerapan kepada hipotesis dan kemudian membuat deduksi daripada rentetan fakta yang berlaku untuk membuktikan kebenaran hipotesis.

25 Kaedah Saintifik.. Induktif Membentuk hipotesis daripada cerapan
Deduktif Membuat cerapan secara sistematik bagi mengesahkan atau mengenepikan hipotesis

26 Ciri-ciri Pendekatan Saintifik Dalam Penyelidikan Pendidikan
Proses yang sistematik, teratur, dan ada langkah-langkah yang harus dipatuhi. Berorientasikan masalah. Berbentuk empirikal. Mempunyai prosedur dan metodologi yang boleh dipertahankan. Sah, dan boleh diulangi kebenarannya.

27 Langkah-Langkah Umum dalam Penyelidikan

28 Langkah-langakah dalam Penyelidikan
Mengenal pasti masalah dan tujuan penyelidikan Membincang dapatan, Membuat laporan dan Menyebarkan hasil penyelidikan Membuat Sorotan Literatur Menganalisis Dan Menginterpretasi Data Mereka bentuk dan merancang penyelidikan Mengumpul Data

29 Mengenal pasti masalah dan tujuan penyelidikan
Mengemukakan topik atau isu yang menjadi tumpuan atau persoalan Menyatakan isu yang terlibat Justifikasi kepada penyelidikan Membincangnkan kepetningan penyelidikan Bab 1 Pengenalan Pernyataan Masalah Penyelidikan Asas penentuan tujuan dan objektif

30 Sorotan Literatur Liputan perkara yang hendak diselidik
Konteks Pemboleh ubah Teori Penyelidikan lepas Bermula sejak pengenalpastian sesuatu masalah Membaca dan merujuk penyelidikan lepas serta isu yang menjadi pokok

31 Mereka bentuk dan Merancang Penyelidikan
Pendekatan penyelidikan yang bersesuaian yang ditentukan oleh persoalan dan objektif kajian Kualitatif Kuantitatif Pemboleh ubah penyelidikan Populasi dan pensampelan Instrumen penyelidikan Pendekatan penganalisisan data

32 Pengumpulan Data Selepas cadangan penyelidikan dipersetujui:
Mendapatkan kelulusan/kebenaran Kaedah pengumpulan data Etika (kes yang melibatkan OKU dan kanak-kanak)

33 Menganalisi dan Menginterpretasi Data
Meneliti data secara keseluruhan dan berasingan dengan penggunaan teknik statistik atau pendekatan kualitatif Mempersembahkan data dalam bentuk jadual, rajah dan gambar Membuat kesimpulan berdasarkan persoalan dan objektif penyelidikan Perbincangan terhadap kesimpulan yang dibuat berbantukan maklumat daripada literatur

34 Membincang Dapatan, membuat Laporan dan Menyebarkan Hasil penyelidikan
Perbincangan merangkumi implikasi dapatan terhadap pihak-pihak yang terlibat Format laporan penyelidikan – mengikut jenis pelaporan (tesis, laporan teknikal, kertas persidangan dll) Penerbitan dalam jurnal berkala, buku, monograf, akhbar dll. Penyebaran melalui seminar, wacana ilmiah

35 Kertas Cadangan Satu cadangan penyelidikan yang dikemukakan bagi meyakinkan bahawa isu, permasalahan atau fenomena yang diselidiki adalah penting dan bermakna kepada bidang pengetahuan dan penyelidikan berkaitan.

36 Keperluan Cadangan Penyelidikan
Dapat meyakinkan penilai – idea atau projek bernilai, penting, relevan untuk diselidiki Dapat meyakinkan pembaca dabn penilai bahawa anda mempunyai kecekapan, kebolehan merancang dan dapat melengkapkan penyelidikan dengan sistematik Dapat mengemukakan idea dengan jelas Menimbulkan permasalahan, kepentingan, metodologi dan hasil penyelidikan yang mahu dikaji Membantu anda menjalankan penyelidikan daripada awal hingga selesai

37 Kerangka konsep kajian
Kandungan Kertas Cadangan Tajuk Bab 1 - Pengenalan Pengenalan Pernyataan masalah Objektif Kepentingan kajian Definisi istilah Batasan penyelidikan Kerangka konsep kajian

38 Bab 2 - Sorotan Literatur
Menentukan fokus penyelidikan Memberi penghargaan kepada penyelidik lain Menunjukkan pengetahuan anda berkaitan masalah yang dikaji Menunjukkan kefahaman anda Memperlihat kebolehan anda menilai maklumat secara kritikal Menunjukkan kebolehan ada mengintegrasi dan mensintesis maklumat Mengemukakan perspektif atau kefahaman baharu Meyakinkan pembaca bahawa penyelidikan anda memberi sumbangan bermakna

39 Bab 3 – Metodologi Reka bentuk penyelidikan
Responden yang terlibat – populasi dan sampel Instrumen penyelidikan Prosedur penyelidikan – aktiviti yang terlibat, bagaimana melaksanakan penyelidikan

40 Ethical Considerations in Research
Respect the rights of the participants Honor the requests and restrictions of the research site Report the research fully and honestly

41 Skills Needed for Research
Curiosity to solve puzzles Long attention span Library and computer resource skills Writing and editing skills

42 Sekian Terima Kasih Selamat Maju Jaya


Download ppt "FCE 3900 PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KULIAH 1 Pengenalan Penyelidikan"

Similar presentations


Ads by Google