Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Similar presentations


Presentation on theme: "PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH"— Presentation transcript:

1 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Terima kasih kepada pengacara majlis Yang Berbahagia Rektor IPGM Tuan Sulaiman Wak, Pengarah Peperiksaan Dr. Na’imah binti Ishak, Pengarah-pengarah dan Timbalan-timbalan Pengarah Bahagian KPM, Pengarah-pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Pengarah-pengarah IPG Kampus, Ketua-ketua Sektor JPN, Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Wakil-wakil Kesatuan Guru, Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis ini. Bersyukur ke Hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana kita dapat berkumpul dan berpeluang untuk mendapat maklumat tentang penambahbaikan PBS yang telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan. 19 MAC 2014

2 Akademik Bukan Akademik
KRONOLOGI DAN PUNCA KUASA PELAKSANAAN PBS KOMPONEN PBS PERINGKAT MENENGAH RENDAH Dilaksanakan sepenuhnya oleh sekolah bagi semua mata pelajaran Pentaksiran utk pembelajaran Dilaksanakan oleh Kaunselor menggunakan instrumen daripada LP untuk melihat kebolehan semula jadi & yang diperoleh Dilaksanakan sepenuhnya oleh sekolah bagi SEGAK, Kokurikulum & Ekstrakurikulum Pentaksiran bagi mata pelajaran tertentu ditadbir di sekolah menggunakan instrumen setara daripada LP Akademik Pentaksiran Tingkatan 3 Pentaksiran Sekolah Bukan Akademik Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran Psikometrik Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012. PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Tingkatan 3.(PT3)

3 Pentaksiran Tingkatan 3 (Pentaksiran Pusat)
PELAKSANAAN PBS DIPERMUDAHKAN Pentaksiran Tingkatan 3 (Pentaksiran Pusat) Diteruskan SPPBS online Ditiadakan DSP – Panduan Perkembagan Pembelajaran Murid Pentaksiran Sekolah FPM,FS & Rekod Transit ditiadakan PBS PAJSK Diteruskan Pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya. Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS. Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS. Susulan dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS. Terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah. Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak. Maka KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid. Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut. Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM),Fail Showcase (FS) dan Rekod Transit. Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM,FS dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru. Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama Penyelesaian bagi isu ini ialah SPPBS ditiadakan. Ini bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline. Pentaksiran Psikometrik Diteruskan

4 PEMETAAN KURIKULUM, PEDAGOGI DAN PENTAKSIRAN
BPK BILIK DARJAH/SEKOLAH LP CURRICULUM PEDAGOGY EXAMINATION Content Standard Teaching & Learning Assessment UPSR Learning Standard 1. PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS) SPM Assessment As Learning Assessment For Learning Assessment Of Learning Band/Deskriptor (Formatif) Monthly test & Mid/End of Year Exam (Sumatif) 2. PAJSK 3. PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 4. PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 PMR Pemetaan ini memberi kefahaman tentang hubungkait antara kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. PS dilaksanakan sepenuhnya oleh guru di sekolah dan fokus utama ialah pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning), pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Walau bagaimanapun, perekodan prestasi murid dalam PS yang dibuat secara online dan berpusat telah menjadikan PS sebagai high stake dan menimbulkan pelbagai isu. Dengan penambahbaikan PBS, guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan rekod hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang perlu dimuatnaik ke LP. Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada lagi peperiksaan berpusat untuk murid Tingkatan 3.

5 PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 MULAI 2014 Ujian Lisan & Ujian Bertulis
Pelbagai Instrumen Sehingga PMR Sejarah Geografi Peperiksaan Pusat Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Sejarah Geografi Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Pendidikan Islam Bahasa Tambahan Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Bahasa Arab Bahasa Punjabi Ujian Lisan & Ujian Bertulis Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Pendidikan Islam Kemahiran Hidup Bersepadu Bahasa Tambahan Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Bahasa Arab Ujian Bertulis Murid tingkatan 3 pada tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki PT3 melalui PBS. PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study). Murid beragama Islam atau bahasa tambahan Murid bukan beragama Islam atau bahasa tambahan

6 Melaksanakan Penjaminan Kualiti PT3
STRATEGI PELAKSANAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 Pentaksir Luar Lembaga Peperiksaan Menyediakan format dan instrumen yang setara. Menyediakan panduan dan peraturan penskoran Melaksanakan verifikasi dan moderasi Sekolah Mentadbir PT3 Guru mentaksir dan menskor Menghantar keputusan kepada LP Mengeluarkan pelaporan Melaksanakan Penjaminan Kualiti PT3 Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir instrumen, mentaksir dan memberi skor berdasarkan panduan peraturan penskoran yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). Pihak sekolah juga bertanggungjawab mengeluarkan pelaporan dan menghantar keputusan kepada LP. Penjaminan kualiti pada peringkat sekolah akan dilaksanakan melalui audit akademik. LP akan menyediakan instrumen setara (standardised) dan melantik Pentaksir Luar bagi melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pihak sekolah mengeluarkan pelaporan. Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima. Audit Akademik

7 PELAN KOMUNIKASI KEFAHAMAN & PENYEBARAN MAKLUMAT PBS
Pengumuman YAB Menteri mengenai Pelaksanaan PBS yang ditambahbaik Penataran: 18 MAC 19 MAC Pengarah Bahagian & Timbalan, Pengarah IPG & Pegawai Meja PBS, Pengarah Pendidikan Negeri, KS SPP, KS SPA, Pegawai PPD & Kesatuan Guru Lokasi: Putrajaya 24 MAC Pentadbir sekolah & SiP+ oleh Pengarah Pendidikan Negeri/KS SPP/ KS SPA/Pegawai PPD Lokasi: Mengikut kesesuaian 25-28 MAC Juru latih Utama (JU), Pegawai PBS di PPD, SiSC+ oleh Core Group LP & Core Group IPG Tuan-tuan dan puan-puan diberi tanggungjawab untuk melaksanakan penataran penambahbaikan PBS berdasarkan pelan komunikasi yang dipaparkan. Penataran ini dilaksanakan secara berperingkat bermula daripada hari ini dan maklumat ini perlu disebar luaskan kepada pihak sekolah bermula 31 Mac 2014. Lokasi: Mengikut zon di premis IPG Mulai 31 Mac Guru-guru di peringkat negeri/daerah oleh JU. (Minggu pertama: Menengah Minggu kedua: Rendah) Lokasi: Mengikut kesesuaian

8 TERIMA KASIH


Download ppt "PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH"

Similar presentations


Ads by Google