Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Similar presentations


Presentation on theme: "PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH"— Presentation transcript:

1 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Terima kasih kepada pengacara majlis Ketua-ketua Sektor JPN, Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Pensyarah IPG, Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis ini. Bersyukur ke Hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana kita dapat berkumpul dan berpeluang untuk mendapat maklumat tentang penambahbaikan PBS yang telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan. MAC 2014

2 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Terima kasih kepada pengacara majlis Ketua-ketua Sektor JPN, Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Pensyarah IPG, Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis ini. Bersyukur ke Hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana kita dapat berkumpul dan berpeluang untuk mendapat maklumat tentang penambahbaikan PBS yang telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan. MAC 2014

3 Akademik Bukan Akademik
KRONOLOGI DAN PUNCA KUASA PELAKSANAAN PBS KOMPONEN PBS PERINGKAT MENENGAH RENDAH Dilaksanakan sepenuhnya oleh sekolah bagi semua mata pelajaran Pentaksiran untuk pembelajaran Dilaksanakan oleh kaunselor menggunakan instrumen daripada LP untuk melihat kebolehan semula jadi dan yang diperoleh Dilaksanakan sepenuhnya oleh sekolah bagi SEGAK, Kokurikulum & Ekstrakurikulum Pentaksiran bagi mata pelajaran tertentu ditadbir di sekolah menggunakan instrumen setara daripada LP Akademik Pentaksiran Pusat (Pentaksiran Tingkatan 3 : PT3) Pentaksiran Sekolah Bukan Akademik Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Pentaksiran Psikometrik Jemaah Menteri pada 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012. PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (Tingkatan 3 - PT3)

4 PentaksiranPusat - Pentaksiran Tingkatan 3
PELAKSANAAN PBS DIPERMUDAHKAN PentaksiranPusat - Pentaksiran Tingkatan 3 Diteruskan SPPBS online ditiadakan DSP – Panduan Perkembagan Pembelajaran Murid Pentaksiran Sekolah (Diteruskan dengan penambahbaikan) FPM,FS & Rekod Transit ditiadakan PBS PAJSK Diteruskan Pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya. Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS. Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS. Susulan dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS. Terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah. Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak. Maka KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid. Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut. Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM),Fail Showcase (FS) dan Rekod Transit. Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM,FS dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru. Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama Penyelesaian bagi isu ini ialah SPPBS ditiadakan. Ini bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline. Pentaksiran Psikometrik Diteruskan

5 PEMETAAN KURIKULUM, PEDAGOGI DAN PENTAKSIRAN
BPK BILIK DARJAH/SEKOLAH LP KURIKULUM PEDAGOGI PEPERIKSAAN Standard Kandungan Pengajaran & Pembelajaran Pentaksiran UPSR Standard Pembelajaran 1. PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS) SPM Pentaksiran sebagai Pembelajaran Pentakasiran untuk Pembelajaran tentang Pembelajaran Band/Deskriptor/Evidens (Formatif) Ujian bulanan & Peperiksaan Pertengahan/Akhir Tahun (Sumatif) 2. PAJSK 3. PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 4. PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 PMR Pemetaan ini memberi kefahaman tentang hubungkait antara kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. PS dilaksanakan sepenuhnya oleh guru di sekolah dan fokus utama ialah pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning), pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Walau bagaimanapun, perekodan prestasi murid dalam PS yang dibuat secara online dan berpusat telah menjadikan PS sebagai high stake dan menimbulkan pelbagai isu. Dengan penambahbaikan PBS, guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan rekod hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang perlu dimuatnaik ke LP. Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada lagi peperiksaan berpusat untuk murid Tingkatan 3.

6 DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) DIPERMUDAHKAN
Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid Tema/Topik/Kemahiran Band Pernyataan Deskriptor DSP Band Pernyataan Standard Pernyataan Deskriptor Pernyataan Evidens Dokumen Standard Prestasi (DSP) dipermudahkan daripada kerangka yang mengandungi Band, pernyataan standard, pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang mempunyai kerangka mengandungi tema/kemahiran/tajuk dan pernyataaan deskriptor sahaja

7 Pernyataan Deskriptor Tema/Kemahiran/Tajuk Pernyataan Deskriptor
DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) DIPERMUDAHKAN DSP Standard Prestasi Pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran Band Pernyataan Standard Pernyataan Deskriptor Pernyataan Evidens Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu Pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu Pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor Tema/Kemahiran/Tajuk Band Pernyataan Deskriptor Tema , kemahiran dan tajuk pembelajaran mengikut dokumen kurikulum Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu Pernyataan tentang sejauh mana murid perlu mempamerkan pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi setiap standard aras penguasaan. Deskriptor mengandungi cakupan kriteria atau aspek yang ditaksir, tingkah laku yang perlu dipamerkan dalam pentaksiran dan dimensi kualiti tingkah laku (Qualifier) yang perlu dipamerkan oleh murid. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid Standard Prestasi dalam DSP Pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran Standard Prestasi dalam Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid Merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu dipamerkan oleh murid pada peringkat atau aras perkembangan pembelajaran murid. Dokumen kurikulum bagi setiap mata mata pelajaran dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Melalui Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid, setiap tema, tajuk atau kemahiran dibahagikan kepada band yang terdiri daripada tahap penguasaan atau pernyataan deskriptor sebagai panduan guru untuk mentaksir murid. Standard Prestasi Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu dipamerkan oleh murid pada peringkat atau aras perkembangan pembelajaran murid

8 CONTOH PELAPORAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SMK BINTANG TIMUR
PENTAKSIRAN SEKOLAH MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 3, 2014 Nama : SHARIFAH NURUL HANNAH BINTI SYED HASMI No. Kad Pengenalan/ No. Murid : Tingkatan : 3 Nekad SHARIFAH NURUL HANNAH BINTI SYED HASMI telah menguasai: TAJUK/TEMA/BIDANG/KEMAHIRAN BAND PENYATAAN DESKRIPTOR Kemahiran Geografi Band 6* Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan yang bernas tentang kesejahteraan persekitaran menggunakan kemahiran geografi yang sesuai. Bentuk Mukabumi dan Potensinya Band 4 Menghuraikan kepentingan bentuk muka bumi Malaysia dengan menggunakan fakta dan contoh yang jelas.  Tanah tinggi  Tanah pamah  Pinggir laut  Saliran Cuaca dan Iklim Band 5 Menggabungjalin fakta mengenai kesan kegiatan manusia dan merumus kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia secara komprehensif dan menyeluruh. Tumbuhan-tumbuhan Semulajadi dan Hidupan Liar Band 5 Menggabungjalin fakta mengenai kesan kegiatan manusia dan merumus kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh tumbuhan semula jadi dan hidupan liar dengan mengemukakan contoh yang sesuai. CONTOH Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dalam proses melaksanakan pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning), pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Pelaporan perkembangan pembelajaran murid boleh disediakan berdasarkan pentaksiran formatif yang dilaksanakan seiring dengan PdP.

9 CONTOH PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH - PENCAPAIAN
PELAPORAN PENCAPAIAN AKADEMIK PENTAKSIRAN SEKOLAH NAMA MUHAMMAD BIN ABDULLAH NAMA SEKOLAH SMK PUTRAJAYA NO KP MATA PELAJARAN GRED BAHASA MELAYU PENULISAN A BAHASA MELAYU LISAN MATHEMATICS SCIENCE PENDIDIKAN MUZIK B PENDIDIKAN SENI VISUAL CONTOH Pelaporan pencapaian akademik boleh disediakan oleh pihak sekolah daripada pelaksanaan ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

10 Ujian Lisan & Ujian Bertulis
2014 PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 Pelbagai Instrumen Sehingga PMR Sejarah Geografi Peperiksaan Pusat Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Sejarah Geografi Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Pendidikan Islam Bahasa Tambahan Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Bahasa Arab Bahasa Punjabi Ujian Lisan & Ujian Bertulis Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Science Mathematics Pendidikan Islam Kemahiran Hidup Bersepadu Bahasa Tambahan Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Bahasa Arab Ujian Bertulis Murid tingkatan 3 pada tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki PT3 melalui PBS. PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study). Murid beragama Islam atau bahasa tambahan Murid bukan beragama Islam atau bahasa tambahan

11 STRATEGI PELAKSANAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
Lembaga Peperiksaan Menyediakan format instrumen yang setara Membekalkan item PT3 untuk ujian bertulis Menyediakan instrumen setara bagi ujian lisan, Sejarah dan Geografi Menyediakan panduan penskoran Melaksanakan moderasi dan verifikasi Sekolah Memasang instrumen ujian bertulis berdasarkan panduan pemasangan yang disediakan Mentadbir PT3 Guru mentaksir dan menskor Menghantar keputusan kepada LP Mengeluarkan pelaporan Melaksanakan Penjaminan Kualiti PT3 (Pentaksir Luar & JK Kurikulum Sekolah) Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir instrumen, mentaksir dan memberi skor berdasarkan panduan penskoran yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). Pihak sekolah juga bertanggungjawab mengeluarkan pelaporan dan menghantar keputusan kepada LP. Penjaminan kualiti pada peringkat sekolah akan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. LP akan menyediakan instrumen setara (standardised) dan melantik Pentaksir Luar bagi melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pihak sekolah mengeluarkan pelaporan. Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

12 CONTOH PELAPORAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PENCAPAIAN)
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PENTAKSIRAN TINGKATAN 3, 2014 NAMA MUHAMMAD BIN ABDULLAH ANGKA GILIRAN V100 A 001 NAMA SEKOLAH SMK PUTRAJAYA NO KP MATA PELAJARAN GRED PERNYATAAN BAHASA MELAYU PENULISAN A Menguasai pengetahuan dan kefahaman tatabahasa dengan cemerlang dan menghasilkan penulisan yang betul, baik dan amat berkesan berdasarkan tugasan yang diberikan. BAHASA MELAYU LISAN Berupaya menyampaikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai bahan yang dibaca dan menyampaikan maklumat tersebut dengan cemerlang. BAHASA INGGERIS PENULISAN Task successfully fulfilled, well-developed and well-organised main ideas and supporting details. BAHASA INGGERIS LISAN Language is accurate and fluen.t MATHEMATICS B Mempunyai keupayaan mengendalikan operasi asas yang melibatkan nombor dan ukuran serta menyelesaikan masalah harian dalam situasi lazim. SCIENCE Mempunyai keupayaan menyatakan dan menghuraikan simbol, istilah, urutan, konsep dan teori dalam sains. CONTOH Pelaporan Pencapaian Murid bagi Pentaksiran Tingkatan 3 ini disediakan oleh pihak sekolah dalam bentuk Gred A, B, C, D, E dan F dan juga Pernyataan Deskriptif.

13 CONTOH PELAPORAN PAJSK ELEMEN ASPEK SUKAN/PERMAINAN KELAB/PERSATUAN
BADAN BERUNIFORM EKSTRA KURIKULUM PENGLIBATAN Jawatan Ketua Pasukan Bola Jaring Pengerusi Kelab Bahasa Melayu Tali Pinggang Hitam (Tae Kwon Do) Ketua Murid Sekolah Peringkat Daerah Sekolah Komitmen Menunjukkan kepimpinan, bertanggungjawab dan menepati waktu Menunjukkan Kepimpinan, Menepati waktu dan menunjukkan minat Khidmat Sumbangan Teknikal-atlet Pengurusan Pengurusan-Mentadbir Badan Beruniform (Tae Kwon Do) PENYERTAAN Kehadiran 40 PRESTASI Tahap Prestasi Johan Daerah Penyertaan Naib Johan Daerah PELAPORAN MARKAH Skor Elemen 95 98 96 10 Jumlah Skor (%) 85 93 87 10% 7.9 CGPA 79.25 Pernyataan Pelaporan Syabas. Anda seorang yang sangat aktif, komited dan menunjukkan potensi diri yang tinggi dalam aktiviti yang disertai. Anda hendaklah mengekalkan prestasi dan usaha untuk berjaya dalam bidang yang diceburi dan diminati. Semoga kecemerlangan ini boleh diteladani oleh orang lain. CONTOH Pelaporan PAJSK disediakan oleh pihak sekolah dalam bentuk peratus, CGPA dan deskriptif.

14 CONTOH PELAPORAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi) PERNYATAAN KEPUTUSAN
NAMA: NO. KP: NAMA SEKOLAH: Pentaksiran Psikometrik mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran melalui Inventori Minat Kerjaya dan Ujian Aptitud Khusus. Inventori Minat Kerjaya bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kecenderungan kerjaya murid. Ujian Aptitud Khusus bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid. Keputusan Inventori Minat Kerjaya dan Ujian Aptitud Khusus anda adalah seperti berikut: CONTOH INVENTORI MINAT KERJAYA UJIAN APTITUD KHUSUS Konstruk Skor (10) Realistik Investigatif Artistik  Verbal Linguistik Visual Ruang Logik Matematik Muzik Naturalis Kinestatik Interpersonal Intrapersonal Existential 9 8 7 5 4 3 Pelaporan Pentaksiran Psikometrik merangkumi Inventori Minat Kerjaya yang memberi maklumat tentang kecenderungan minat kerjaya murid dan Ujian Aptitud Khusus yang memberi maklumat tentang kecerdasan serta minat murid. Tiga aspek minat kerjaya yang mempunyai skor tertinggi dilaporkan bagi IMK manakala skor bagi semua konstruk dilaporkan bagi UAK.

15 CONTOH PETUNJUK INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)
PENERANGAN REALISTIK Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan. INVESTIGATIF Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal. ARTISTIK Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas,kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif. SOSIAL Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikanmasalah sosial. ENTERPRISING Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan.Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. KONVENSIONAL Persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan. CONTOH Petunjuk Inventori Minat Kerjaya yang deskriptif bagi memberi penjelasan tentang kecenderungan kerjaya murid dengan lebih terperinci. 15

16 CONTOH PETUNJUK UJIAN APTITUD KHUSUS PENERANGAN VERBAL LINGUASTIK
Keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam pelbagai bentuk set komunikasi. VISUAL-RUANG Bukan Verbal (pintar visual dan ruang): keupayaan seseorang individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang. LOGIK MATEMATIK Keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal. MUZIK Keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati dan menggubah muzik. NATURALIS Keupayaan seseorang individu mengenalpasti, menghargai alam semulajadi. KINESTATIK Jasmani (pintar jasmani): keupayaan seseorang individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh. INTERPERSONAL Keupayaan seseorang individu berkomunikasi, berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain. INTRAPERSONAL Keupayaan seseorang individu memahami dan menilai kekuatan, kelemahan, bakat dan minat kendiri. EXISTENTIAL Peka dan berkebolehan membincangkan hal-hal kewujudan seperti mencari makna dalam kehidupan. CONTOH Petunjuk Ujian Aptitud Khusus yang deskriptif bagi memberi penjelasan tentang kecerdasan dan minat murid dengan lebih terperinci. 16

17 CONTOH PAJSK PELAPORAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PERNYATAAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) 2014 NAMA: NO. KP: NAMA SEKOLAH: PELAPORAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ELEMEN ASPEK SUKAN/PERMAINAN KELAB/PERSATUAN BADAN BERUNIFORM EKSTRA KURIKULUM PENGLIBATAN Jawatan Ketua Pasukan Bola Jaring Pengerusi Kelab Bahasa Melayu Tali Pinggang Hitam (Tae Kwon Do) Ketua Murid Sekolah Peringkat Daerah Sekolah Komitmen Menunjukkan kepimpinan, bertanggungjawab dan menepati waktu Menunjukkan Kepimpinan, Menepati waktu dan menunjukkan minat Khidmat Sumbangan Teknikal-atlet Pengurusan Pengurusan-Mentadbir Badan Beruniform (Tae Kwon Do) PENYERTAAN Kehadiran 40 PRESTASI Tahap Prestasi Johan Daerah Penyertaan Naib Johan Daerah PELAPORAN MARKAH Skor Elemen 95 98 96 10 Jumlah Skor (%) 85 93 87 10% 7.9 CGPA 79.25 Penyataan Pelaporan Syabas. Anda seorang yang sangat aktif, komited dan menunjukkan potensi diri yang tinggi dalam aktiviti yang disertai. Anda hendaklah mengekalkan prestasi dan usaha untuk Berjaya dalam bidang yang diceburi dan diminati. Semoga kecemerlangan ini boleh diteladani oleh orang lain. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Pentaksiran Sekolah (PS) CONTOH PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PENTAKSIRAN TINGKATAN 3, 2014 NAMA MUHAMMAD BIN ABDULLAH ANGKA GILIRAN V100 A 001 NAMA SEKOLAH SMK PUTRAJAYA NO KP MATA PELAJARAN GRED PERNYATAAN BAHASA MELAYU PENULISAN A Menguasai pengetahuan dan kefahaman tatabahasa dengan cemerlang dan menghasilkan penulisan yang betul, baik dan amat berkesan berdasarkan tugasan yang diberikan BAHASA MELAYU LISAN Berupaya menyampaikan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai bahan yang dibaca dan menyampaikan maklumat tersebut dengan cemerlang. BAHASA INGGERIS PENULISAN Task successfully fulfilled, well-developed and well-organised main ideas and supporting details.. BAHASA INGGERIS LISAN Language is accurate and fluent MATHEMATICS B Mempunyai keupayaan mengendalikan operasi asas yang melibatkan nombor dan ukuran serta menyelesaikan masalah harian dalam situasi lazim SCIENCE Mempunyai keupayaan menyatakan dan menghuraikan simbol, istilah, urutan, konsep dan teori dalam sains SMK BINTANG TIMUR PELAPORAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENTAKSIRAN SEKOLAH MATA PELAJARAN GEOGRAFI TINGKATAN 3, 2014 Nama : SHARIFAH NURUL HANNAH BINTI SYED HASMI No. Kad Pengenalan/ No. Murid : Tingkatan : 3 Nekad SHARIFAH NURUL HANNAH BINTI SYED HASMI telah menguasai: TAJUK/TEMA/BIDANG/KEMAHIRAN BAND PENYATAAN DESKRIPTOR Kemahiran Geografi Band 6* Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan yang bernas tentang kesejahteraan persekitaran menggunakan kemahiran geografi yang sesuai. Bentuk Mukabumi dan Potensinya Band Menghuraikan kepentingan bentuk muka bumi Malaysia dengan menggunakan fakta dan contoh yang jelas.  Tanah tinggi  Tanah pamah  Pinggir laut  Saliran Cuaca dan Iklim Band Menggabungjalin fakta mengenai kesan kegiatan manusia dan merumus kesan kegiatan manusia terhadap cuaca dan iklim di Malaysia secara komprehensif dan menyeluruh. Tumbuhan-tumbuhan Semulajadi Band Menggabungjalin fakta mengenai dan Hidupan Liar kesan kegiatan manusia dan membuat rumusan kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh tumbuhan semula jadi dan hidupan liar dengan mengemuka kan contoh yang sesuai. Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Pelaporan PBS peringkat menengah rendah merangkumi 4 pelaporan Pelaporan Perkembangan Pembelajaran Murid, Pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3, Pelaporan PAJSK dan Pelaporan Pentaksiran Psikometrik. Pelaporan sebegini memberi gambaran tentang kebolehan dan perkembangan potensi murid secara holistik. PERNYATAAN KEPUTUSAN PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 2014 NAMA: NO. KP: NAMA SEKOLAH: Pentaksiran Psikometrik mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran melalui Inventori Minat Kerjaya dan Ujian Aptitud Khusus. Inventori Minat Kerjaya bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kecenderungan kerjaya murid. Ujian Aptitud Khusus bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid. Keputusan Inventori Minat Kerjaya dan Ujian Aptitud Khusus anda adalah seperti berikut: INVENTORI MINAT KERJAYA UJIAN APTITUD KHUSUS Konstruk Skor (10) Realistik Investigatif Artistik  Verbal Linguistik Visual Ruang Logik Matematik Muzik Naturalis Kinestatik Interpersonal Intrapersonal Existential 9 8 7 5 4 3 17

18 TERIMA KASIH


Download ppt "PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH"

Similar presentations


Ads by Google