Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

GGGB 6823 KOLABORASI DAN KONSULTASI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Similar presentations


Presentation on theme: "GGGB 6823 KOLABORASI DAN KONSULTASI DALAM PENDIDIKAN KHAS"— Presentation transcript:

1 GGGB 6823 KOLABORASI DAN KONSULTASI DALAM PENDIDIKAN KHAS
ULASAN ARTIKEL JURNAL APPLICATION OF TEACHER COLLABORATION IN EDUCATION SERVICE DELIVERY (Mingxin, Li. 2013) Educational Research International . Vol 1 No 2 April 2013 OLEH: NOR FIDA BINTI ABDUL HAMID (GP 02647) PENSYARAH: DR. NORSHIDAH MOHAMAD SALLEH PROF MADYA DR. ROSADAH BINTI ABDUL MAJID

2 PENGENALAN Menurut Cook’s (1992) –Kolaborasi interpersonal merupakan interaksi secara langsung sekurang-kurangnya 2 pihak secara sukarela dan mempunyai persetujuan bersama dalam tujuan dan matlamat yang sama. Kolaborasi antara guru merupakan suatu alat dalam meningkatkan pembangunan profesional yang memberi peluang untuk belajar dan berfikir bagi meningkatkan kemahiran yang memaju ke arah kecemerlangan pelajar (Anneberg Institute for School Reform, 2004). Kolaborasi adalah salah satu ciri dalam pembelajaran profesional (Richard DuFour, 2004). Untuk mencapai keberkesanan kolaborasi, perkongsian merupakan komponen penting dalam pengajaran (Hord, 1997; Leo & Cowan, 2000; Morrissey, 2000).

3 Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan kolaborasi antara guru.
TUJUAN Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan kolaborasi antara guru. Mewujudkan mekanisma yang berkesan dan kerjasama antara guru dan pentadbiran bagi menggalakkan kesedaran bersama.

4 CIRI-CIRI KOLABORASI GURU
Perkongsian bersama Sukarela Sumbangan dinilai bersama ‘Parity’ Matlamat dan tujuan yang sama Berkongsi matlamat Mengukuhkan tanggungjawab Berkongsi tanggungjawab Bertanggungjawab terhadap hasil Akauntabiliti terhadap hasil Berusaha mendapatkan sumber Berkongsi sumber Kepercayaan dan hormat ‘Emergent Properties’

5 PENGAJARAN BERSAMA Digunakan di kebanyakkan sekolah. Di sekolah menengah ia bertujuan untuk memantau kemajuan pelajar. Kebanyakkan guru berkongsi aktiviti bilik darjah sama ada secara formal atau informal. Pendekatan ini mampu menarik perhatian pelajar di mana 2 orang guru terlibat dalam satu masa yang sama melalui perbezaan kumpulan yang diwujudkan. Terdapat pelbagai pendekatan pengajaran bersama boleh dilakukan dalam bilik darjah (Adams, Cessa, Stein & Friend, 1992; Bauwens, Hourcade & Friend 1989; Friend & Cook, 1992).

6 PENDEKATAN KOLABORASI DALAM PENYAMPAIAN PENGAJARAN
PENGAJARAN BERSAMA Alternatif Stesen Selari kumpulan

7 PENGAJARAN ALTERNATIF
Kehadiran 2 guru, seorang mengajar, seorang perhati/ memantau. Kesan yang serius sekiranya guru yang sama perhati/ memantau; menyebabkan pelajar keliru dalam memberi respon kepada guru sebenar. Guru seharusnya bergilir (alternate). Pendekatan yang mudah: Perancangan yang sedikit Bantuan tambahan Kejayaan dalam kumpulan / kelas

8 PENGAJARAN STESEN Guru mengagihkan kandungan pelajaran yang akan disampaikan dan bertanggungjawab dalam bahagian masing-masing. Pelajar dapat melaksanakan kerja secara bebas dan melalui penglibatan dengan rakan-rakan. Guru berkongsi perancangan yang sama tetapi penyampaian pengajaran adalah berbeza. Status yang sama bagi kedua-dua guru dan pelajar dimaksimumkan. Kelemahan Bising Aktiviti yang dirancang tidak diterima oleh sesetengah guru

9 PENGAJARAN SELARI Pendekatan dalam mengurangkan nisbah guru-pelajar.
Merancang arahan bersama, tetapi penyampaian pengajaran diagihkan kepada kumpulan. Menyelaraskan usaha agar pelajar menerima pelajaran yang sama. Selalunya dipraktikkan dalam aktiviti latih tubi, projek yang memerlukan pemantauan dan ujian ulangan. Tahap aktiviti perlu dipantau seperti bising dan kawalan kelas.

10 PENGAJARAN KUMPULAN Melibatkan 2 kumpulan (Kumpulan pra rujukan dan kumpulan multidisiplin). Digunakan selaras dengan intervensi yang dicadangkan oleh Graden, Casey and Bonstrom (1985). Terdapat 4 tahap iaitu: Keperluan konsultasi Konsultasi Pemerhatian Perbincangan Dalam kumpulan pengajaran, guru berkongsi arahan kepada pelajar dan memainkan peranan, membantu menyelesaikan masalah dan bertanya soalan. Pendekatan ini memerlukan kepercayaan dan komitmen yang tinggi.

11 CADANGAN Komuniti sekolah perlu faham bahawa pengajaran bersama bukan suatu bentuk pengajaran duplikasi tetapi ia bertujuan untuk mencapai matlamat yang sama. Guru perlu fleksibel dan mempunyai komitmen supaya mendapat faedah yang tinggi. Perancangan jadual yang teratur- memerlukan pengurusan masa yang baik dalam setiap perancangan. Menggunakan pendekatan instruksional- mempunyai pilihan untuk pengajaran bersama. Maklumat yang sistematik – kepentingan pencapaian dan sebagai sumber pembangunan profesional.

12 KESIMPULAN Kolaborasi merupakan medium di mana guru dapat merancang dan menjalankan pelbagai kaedah kepada golongan kurang upaya seperti mana kepada murid yang lain. Melalui kolaborasi dapat mewujudkan suatu etika kerjasama yang erat di di sekolah di samping semangat keguruan dan menyediakan suatu rangkaian sokongan yang kukuh. Kolaborasi memerlukan kesabaran dan ketelitian dalam banyak aspek. Sekiranya dilaksanakan dengan teratur , ia menjadi asas yang baik dalam komuniti di sekolah.

13 SEKIAN, TERIMA KASIH CREATED BY: FIDA 2015


Download ppt "GGGB 6823 KOLABORASI DAN KONSULTASI DALAM PENDIDIKAN KHAS"

Similar presentations


Ads by Google