Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

3.3.3 Models Of Curriculum Development

Similar presentations


Presentation on theme: "3.3.3 Models Of Curriculum Development"— Presentation transcript:

1 3.3.3 Models Of Curriculum Development
3.4.1 Curriculum Aims, Goals and Objectives Oleh, Sabri Bin Che Seman (805230) Halizah Binti Mohd Dun (805183) Nazifah Binti Hamidun (805214) Siti Harimah Binti Talip (805345)

2 Konsep Kurikulum Pakar pendidikan, Kerr (1968) mendefinisikan kurikulum sebagai “semua jenis pembelajaran yang dirancang & dipandu oleh sekolah sama ada dalam kumpulan dan secara individu, di dalam atau di luar sekolah.”

3 Kurikulum Mengikut Konteks Malaysia
Menurut Laporan JawatanKuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia, kurikulum boleh didefinisikan sebagai : “Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan”.

4 Kurikulum Mengikut Konteks Malaysia
Kurikulum mengandungi dua aspek iaitu : - sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran - kokurikulum seperti sukan, persatuan dan unit beruniform

5 Apakah Pembangunan Kurikulum?
Pembangunan kurikulum pula adalah perihal pembinaan dan pembentukan kurikulum. Setelah kurikulum dibentuk, ianya akan melalui tahap penyebaran, tahap pelaksanaan, tahap penilaian, tahap pembaharuan yang akan membawa kepada pembentukan dan pembinaan kurikulum yang baru pula (Razali Arof, 1996).

6 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pembangunan Kurikulum
Faktor Pelajar Faktor Masyarakat Kandungan Kurikulum

7 Proses Pembangunan Kurikulum
Pengurusan Pembangunan Kurikulum Penyebaran Kurikulum Pengurusan Perubahan Kurikulum Pelaksanaan Kurikulum Pembangunan

8 Model Pembangunan Kurikulum
Model Tyler Model Taba Model Saylor, Alexander & Lewis Model Oliva

9 Model Pembangunan Kurikulum 1
Model Tyler

10 Model Tyler (1949) Menurut Tyler (1949), kurikulum ialah segala pembelajaran yang diarah, dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Kurikulum merangkumi objektif pendidikan termasuk segala pengalaman yang dirancang dan penilaian pelajar.

11 Model Tyler (1949) Menegaskan penggunaan objektif dalam perkembangan kurikulum Menganggap pendidikan sebagai alat untuk mencapai suatu tujuan. Mengikut Tyler(1949), tujuan sebenar pendidikan ialah untuk membawa perubahan dalam tingkah laku pelajar.

12 Ralph W. Tyler. Tujuan pendidikan (hasil pembelajaran) hendaklah ditentukan terlebih dahulu sebelum kaedah pengajaran. Model ini semata-mata berfokuskan kepada pencapaian tujuan pendidikan sahaja. Komponen-komponen lain seperti kandungan, pengurusan dan penilaian dianggap sebagai sekunder dalam proses pengajaran (Meninggal dunia akibat barah)

13 Proses Pembangunan Kurikulum Tyler
Sumber Pelajar Masyarakat Keperluan Subjek Objektif Umum Falsafah Pendidikan Psikologi Pembelajaran Objektif Pengajaran Yang Tepat

14 Empat Langkah Model Tyler
Menentukan matlamat dan objektif Memilih pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran bagi mencapai matlamat dan objektif Pengalaman pembelajaran atau kandungan pelajaran perlu disusun secara sistematik Hasil menggunakan kurikulum perlu dinilai bagi menentukan pencapaian objektif

15 4 Soalan Asas Kurikulum 1. Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai? 2. Apakah pengalaman pembelajaran untuk mencapai objektif? 3. Bagaimana pengalaman pembelajaran disusun untuk pengajaran berkesan? 4. Bagaimana keberkesanan pengalaman pembelajaran dapat dinilai?

16 Model Tyler, 1949 Masyarakat Falsafah Objektif Sementara SM
Objektif Sebenar Sumber Tapisan Psikologi Pelajar Pemilihan Pengalaman Perubahan

17 Model Pembangunan Kurikulum 2
Model Taba

18 Model Taba Kurikulum sebagai rancangan untuk bertindak
Pendekatan bawah ke atas (bottom-up) Guru memainkan peranan utama Guru harus membantu dalam proses perkembangan kurikulum Objektif sebagai platform untuk aktiviti di sekolah

19 Model Taba Objektif bentuk keputusan kurikulum
- apa yang perlu disampaikan - apa yang perlu ditekankan - apa jenis isi kandungan yang perlu dipilih - apa jenis pengalaman pembelajaran yang perlu dititikberatkan

20 Model Taba Dikenali sebagai pembangunan konsep
- utamakan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam proses P&P Kaedah berkesan untuk ajar kandungan kurikulum dalam bentuk induktif

21 Model Taba Hilda Taba (1962) seperti yang dipetik oleh Yusuf Hashim (2000) guna pendekatan “grass-root” untuk membina kurikulum Kurikulum seharusnya dibina oleh guru dan bukannya diturunkan dari atas ke bawah

22 5 Langkah Pembangunan Kurikulum Model Taba
Menghasilkan unit kecil pelajaran mengikut gred dan mata pelajaran Mencuba unit yang dihasilkan Menyemak semula pelajaran dan membuat penambahbaikan Menilai skop dan urutan program Mengguna dan menyebar hasil pelajaran

23 4 Strategi Pengajaran Untuk Galak Pemikiran Kritis Di Kalangan Pelajar
Pembentukan konsep - Senaraikan data sesuatu konsep - Kumpul dan kategorikan data ikut persamaan - Susun ketegori data ikut kepentingan

24 4 Strategi Pengajaran Untuk Galak Pemikiran Kritis Di Kalangan Pelajar
Menginterpretasi data - Buat diskriminasi antara data dalam kategori yang berlainan - Buat pengasingan antara hubungkait kesan dan akibat - Buat rumusan atau inferens daripada pemerhatian

25 4 Strategi Pengajaran Untuk Galak Pemikiran Kritis Di Kalangan Pelajar
Mengaplikasikan prinsip-prinsip - Analisis sesuatu masalah - Ramal penyelesaian masalah tersebut

26 4 strategi pengajaran untuk galak pemikiran kritis di kalangan pelajar
Interpretasi perasaan, sikap dan nilai - Buat penyelesaian masalah secara interpersonal dengan membuat dan membincangkan pertimbangan nilai

27 7 langkah bentuk kurikulum
Langkah 1: Diagnosis keperluan Kenal pasti keperluan pelajar iaitu mereka yang menjadi sasaran untuk kurikulum yang dirancang

28 7 langkah bentuk kurikulum
Langkah 2: Membentuk objektif Objektif untuk kurikulum dibentuk Langkah 3: Memilih isi kandungan Objektif yang dipilih atau yang dibentuk membayangkan mata pelajaran dan kandungan kurikulum

29 7 Langkah Bentuk Kurikulum
Langkah 4 : Menyusun kandungan - Perancang kurikulum atur isi kandungan yang telah dipilih secara tersusun - Ambil kira kematangan pelajar, pencapaian pelajar dan minat mereka

30 7 Langkah Bentuk Kurikulum
Langkah 5 : Memilih pengalaman pembelajaran - Isi kandungan mesti disampaikan kepada pelajar - Isi kandungan perlu menarik perhatian pelajar - Kaedah pengajaran guru mesti melibatkan pelajar dengan isi kandungan

31 7 Langkah Bentuk Kurikulum
Langkah 6 : Menyusun pengalaman pembelajaran - Isi kandungan dan aktiviti pembelajaran perlu teratur dan tersusun - Aktiviti pembelajaran yang teratur ditentukan oleh isi kandungan - Tahap kebolehan pelajar perlu diambil kira dalam melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran

32 7 Langkah Bentuk Kurikulum
Langkah 7 : Menentukan apa dan bagaimana menilai kurikulum - Perancang kurikulum perlu kenal pasti objektif yang hendak dicapai - Prosedur penilaian perlu dipertimbangkan oleh guru dan pelajar

33 Model Taba Diagnosis keperluan Membentuk objektif
Memilih isi kandungan Menentukan apa dan bagaimana menilai kurikulum Menyusun pengalaman pembelajaran Memilih pengalaman pembelajaran Menyusun kandungan

34 Model Saylor, Alexander & Lewis
Model Pembangunan Kurikulum 3 Model Saylor, Alexander & Lewis

35 J.G. Saylor dan W.M. Alexander (1974)
Mengusulkan sistem kurikulum menjadikan pelajar sebagai input untuk membina kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum ialah rancangan tentang pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai matlamat am pendidikan dan objektif spesifik yang berkaitan.

36 Rancangan P&P Rancangan ini dikelaskan mengikut bidang.
Tiap-tiap bidang mempunyai rancangan tentang reka bentuk kurikulum, mod pengajaran dan proses penilaian. Rancangan dalam bidang tersebut mendapati wujud atau tidak kemajuan pelajar yang dinilai dan dijadikan maklum balas terhadap pelajar sebagai unsur input, matlamat dan objektif serta bidang.

37 Matlamat & Objektif Matlamat dan objektif dibina berasaskan data tentang ilmu pengetahuan, matlamat dan nilai sosial, permintaan pelajar dan proses pembelajaran.

38 Perancangan Kurikulum
Saylor & Alexander juga menghuraikan satu sistem kurikulum yang dinamakan subsistem perancangan kurikulum. Melibatkan pertimbangan reka bentuk kurikulum. Ia dilakukan oleh kumpulan perancang yang bertanggungjawab untuk sesuatu pusat persekolahan. Pelbagai pertimbangan dan keputusan daripada agensi sosial dan politik membatasi reka bentuk akhir kurikulum.

39 Pelaksanaan Dalam pelaksanaan kurikulum ini, pertimbangan tentang gaya pengajaran ditentukan oleh guru. Rancangan kurikulum meliputi sumber, media dan penyusunannya.

40 Penilaian Hal ini menggalakkan daya suai dan peningkatan kebebasan guru dan pelajar sebelum penilaian kurikulum dilaksanakan.

41 ( contoh : tuntutan undang-undang )
PELAJAR (input) Dibimbing untuk memilih dan mengalami kesempatan pembelajaran yang disediakan. Melalui kurikulum (rancangan) yang dibina oleh subsistem perancangan kurikulum PEMBOLEH UBAH LUARAN ( contoh : tuntutan undang-undang ) MATLAMAT dan OBJEKTIF Yang diasaskan oleh faktor di bawah dan dipengaruhi oleh pemboleh ubah luaran Setiap bidang (satu set tujuan utama dan kontinum kesempatan pembelajaran untuk mencapainya) memasukkan rancangan reka bentuk kurikulum, mod instruksi dan proses penilaian dan dikelaskan sebagai bidang di mana tiap-tiap satunya diterbitkan daripada kontinum kesempatan pembelajaran ILMU PENGETAHUAN Berpandukan matlamat dan objektif sekolah Yang menduga wujudnya tidak KEMAJUAN PELAJAR ( output ) sepanjang kontinum untuk mengeluarkan maklum balas kepada setiap bidang dan sistem PROSES PEMBELAJARAN MATLAMAT DAN NILAI SOSIAL PERMINTAAN PELAJAR

42 Persamaan Dan Perbezaan Ketiga-tiga Model
Ketiga-ketiga model mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Ketiga-tiga model ini adalah tidak lengkap kerana tidak menunjukkan secara terperinci proses yang berlaku di dalam sesuatu pembangunan kurikulum.

43 Kriteria Yang Patut Ada Pada Sesuatu Model
Komponen utama proses, termasuk fasa perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Lazimnya, ia mempunyai titik “mula” dan “akhir” yang fleksibel. Hubungan antara kurikulum dan pengajaran. Perbezaan antara matlamat dan objektif kurikulum dan pengajaran. Hubungan antara komponen yang saling berhubungkait. Berbentuk kitaran.

44 Kriteria Yang Patut Ada Pada Sesuatu Model
Garis maklum balas. Kemungkinan untuk bermula dari mana-mana titik dalam kitaran. Ketetapan dan logik dalaman. Mudah untuk digunapakai. Komponen-komponen dalam bentuk diagram atau carta.

45 Tujuan Model Mencadangkan satu sistem kepada penggubal kurikulum yang berhasrat untuk menggunakannya. Bertindak sebagai rangka kerja dalam menjelaskan fasa atau komponen dalam proses untuk penambahbaikan kurikulum.

46 Model Pembangunan Kurikulum 4
Model Oliva

47 Perkembangan Kurikulum
Terdiri dari 12 komponen : - langkah demi langkah perkembangan kurikulum yang komprehensif.

48 Perkembangan Kurikulum
Digambarkan dalam bentuk : a) segi empat b) lingkaran Segi empat - menggambarkan tentang proses perancangan kurikulum Lingkaran - menggambarkan proses pelaksanaan kurikulum.

49 Proses Perkembangan Kurikulum
Komponen I - tujuan, falsafah dan psikologi pendidikan. Tujuan kurikulum dibentuk bagi memenuhi kehendak individu dan masyarakat. Komponen II - analisis yang sangat diperlukan oleh masyarakat Komponen III dan IV - tujuan khusus kurikulum berdasarkan tujuan dan keyakinan.

50 Proses Perkembangan Kurikulum
Komponen V - mengorganisasi dan mengimplementasikan kurikulum, membentuk dan membangun struktur dengan kurikulum yang akan dilaksanakan. Komponen VI & VII - perincikan pada akhir pengajaran yang mencakupi tujuan pengajaran umum dan khusus.

51 Proses Perkembangan Kurikulum
Komponen VIII - jelaskan strategi bagaimana tujuan dapat dicapai semasa proses pengajaran dan pembelajaran - perancang kurikulum pada peringkat awal mencari kaedah penilaian (komponen IX) yang berhubungkait dengan komponen X di mana pembelajaran dilaksanakan.

52 Proses Perkembangan Kurikulum
Komponen XI - adalah penilaian tentang prestasi pelajar dan keefektifan pengajaran. Komponen XII - merupakan penilaian kurikulum atau keseluruhan program.

53 Model Oliva Dua submodel iaitu :
a) komponen I hingga V dan XII sebagai submodel perkembangan kurikulum b) komponen VI hingga XI sebagai model perkembangan pengajaran

54 Submodel Perkembangan Kurikulum
Komponen I hingga IV & VI hingga IX - tahap perancangan Komponen X hingga XII - tahap pelaksanaan Komponen V - gabungan antara tahap perancangan dan pelaksanaan kurikulum

55 Submodel Perkembangan Pengajaran
Komponen VI hingga XI sebagai model perkembangan pengajaran.

56 Gambar Rajah Model Oliva
1. Kehendak pelajar 2. Kehendak masyarakat 3. Pernyataan falsafah dan objektif pendidikan 4. Kehendak pelajar tertentu 5. Kehendak masyarakat lingkungan sekolah 6. Kehendak mata pelajaran 7. Spesifikasi tujuan kurikulum sekolah 8. Spesifikasi tujuan kurikulum sekolah lebih lanjut (lebih khusus) 9. Organisasi dan implementasi kurikulum 10. Spesifikasi tujuan pengajaran umum 11. Spesifikasi lebih lanjut dan khusus tujuan pengajaran 12. Pemilihan strategi pengajaran 13. Pemilihan strategi perubahan 14. Implementasi pengajaran 15. Pemilihan strategi akhir dalam perubahan 16. Perubahan pengajaran dan modifikasi komponen-komponennya 17. Perubahan kurikulum dan modifikasi komponen-komponen kurikulum

57 RAJAH 5 : MODEL PEMBANGUNAN KURIKULUM OLIVA
Specification of needs of student in general Specification of needs of student in society Statement of aims and philosophy of education, including beliefs about learning Specification of needs of particular students Specification of needs of subject Specification of curriculum goals Specification of curriculum objectives Specification of instructional goals Organization & implementation of the curriculum objective Selection of strategies Preliminary evaluation techniques Implementation of Final selection Evaluation instruction curriculum I II III IV V VI VII XI XII IX B X IX A VIII Planning and operational Phases X-XII Operational Phases RAJAH 5 : MODEL PEMBANGUNAN KURIKULUM OLIVA

58 Kesimpulan Setiap model mempunyai pandangan berbeza dalam pembangunan kurikulum. Model Taba menekankan kurikulum terbentuk dengan mengenal pasti keperluan pelajar dari peringkat bawah. Model Tyler mengatakan kurikulum terbentuk berdasarkan matlamat pendidikan sedia ada.

59 Kesimpulan Model Oliva menjelaskan prinsip dalam membentuk kurikulum.
Model Saylor, Alexander dan Lewis mengatakan matlamat, objektif dan bidang mempengaruhi pembentukan kurikulum.

60 AIMS, GOALS AND OBJECTIVES
CURRICULUM AIMS, GOALS AND OBJECTIVES

61 Aims (Matlamat) Kurikulum
Matlamat merupakan sasaran atau sesuatu yang hendak dicapai. (Kamus Dewan edisi keempat) Matlamat didefinisikan sebagai satu bentuk tingkah laku yang menyeluruh yang diharapkan terdapat di penghujung proses pendidikan yang mengambil masa yang panjang. (Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003)

62 Aims (Tujuan) Kurikulum
Tujuan yang akan menentukan arah tuju dan pedoman kepada dasar pendidikan negara dan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

63 Goal (Matlamat) Pernyataan yang menyatakan tujuan yang akan membuahkan sesuatu hasil. Goal (matlamat) melengkapkan jawapan kepada persoalan: “ke manakah hala tuju seseorang pelajar? Walaupun goal (matlamat) mencadangkan hala tuju tertentu, ianya tidak mencadangkan secara spesifik sesuatu pembelajaran.

64 Curriculum Goal (Matlamat Kurikulum)
Hasil yang ingin dicapai oleh pelajar menerusi kurikulum berkenaan. Kaedah pengajaran dipilih berdasarkan kandungan. Keperluan pelajar pula mestilah berdasarkan kebolehan dan minat. Setelah membuat analisis goal (matlamat) sekolah, skop keseluruhan program pendidikan dapat ditentukan.

65 Curriculum Goal (Matlamat Kurikulum)
Goal (matlamat) adalah berbeza dengan aim (matlamat). Goal (matlamat) merupakan suatu penyataan yang spesifik yang dibuat supaya garis panduan untuk mencapai sesuatu tujuan yang tertentu.

66 Objektif Kurikulum Objektif didefinisikan sebagai sesuatu yang khusus yang ingin dicapai. (Kamus Dewan edisi keempat) Objektif diertikan sebagai tingkah laku tertentu dalam sesuatu bidang pada sesuatu tahap dan yang diharapkan dapat dilihat pada seseorang pelajar. (Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2003) Tingkah laku yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar yang dapat diperhatikan oleh guru-guru semasa pengajaran dan pembelajaran.

67 Objektif Kurikulum Tingkah laku yang dihasilkan secara semulajadi membolehkan guru-guru meramal personaliti pelajar-pelajar tersebut dan merancang objektif pembelajaran yang sesuai untuk menarik minat para pelajar supaya hasil pembelajaran dapat dicapai.

68 Objektif Kurikulum Objektif menunjukkan perkaitan dalam sistem yang membolehkan system itu bersifat logikal dan bersepadu (Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2003)

69 KESIMPULAN Aims(Tujuan) ialah hasil yang ingin dicapai dalam pelaksanaan kurikulum dalam jangka masa yang panjang. Goal (Matlamat)kurikulum ialah hasil spesifik yang boleh diukur. Objektif ialah pernyataan yang menerangkan tentang perubahan tingkah laku pelajar hasil daripada pelaksanaan kurikulum.


Download ppt "3.3.3 Models Of Curriculum Development"

Similar presentations


Ads by Google