Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Topik 2: DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DAN FUNGSINYA

Similar presentations


Presentation on theme: "Topik 2: DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DAN FUNGSINYA"— Presentation transcript:

1 Topik 2: DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DAN FUNGSINYA
Oleh MOHD DARIAH B. IBRAHIM JABATAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

2 Objektif Pada akhir sessi perbincangan, anda diharap dapat:
menjelaskan lima domain yang terdapat dalam teknologi instruksional. menjelaskan fungsi tiap-tiap domain dan aplikasinya dalam pendidikan dan latihan

3 DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN 1977
AECT (1979) Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal. Dipetik daripada Yusup Hashim,1998

4 Pengertian dan Ruang lingkup TP Berdasarkan AECT
TP sebagai satu proses yang kompleks dan bersepadu, melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan, dan organisasi Untuk menganalisa masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan Penyelesaian kepada masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal. Diuruskan oleh: Fungsi Pengurusan Pengajaran. Pengurusan Organisasi. Pengurusan Kakitangan. Diuruskan oleh : Fungsi Perkembangan Pengajaran. Penyelidikan,-Teori. Rekabentuk. Penerbitan. Penilaian. Pemilihan. Logistik, Penyebaran. Penggunaan. Diuruskan oleh : Sumber Pembelajaran. Maklumat. Manusia. Alat. Teknik. Tempat. PELAJAR Pengertian dan Ruang lingkup TP Berdasarkan AECT ( Naim, June1990 )

5 DOMAIN TEKNOLOGI PENGAJARAN 1994
Kata Seels dan Richey (1994) “Instructional technology is the theory and practice of designing, development, utilization, management, and evaluation of processes and resources for learning.” Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun,mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran.

6 DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL (Seels dan Richey, 1994)
3 Penggunaan 2 Pengembangan Teori dan amalan 4 Pengurusan 1 Rekabentuk Tiap-tiap domain mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu yang akan diperbincangkan. 5 Penilaian

7 Teori dan amalan Domain
Teori mengandungi konsep, konstruk, prinsip dan saranan yang menyumbang kepada pembinaan kerangka pengetahuan. Amalan adalah aplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran Domain

8 Domain Rekabentuk Domain
Rekabentuk adalah proses menentukan ciri-ciri dan keperluan pembelajaran. Di samping menentukan komponen sistem pengajaran, rekabentuk juga mengambil kira perubahan sistem dan pengaruh alam sekeliling (Tessmer, 1990) Domain

9 ...Domain Rekabentuk Domain Terdapat empat bidang utama:
rekabentuk sistem pengajaran rekabentuk strategi rekabentuk mesej ciri-ciri pelajar Domain

10 Rekabentuk sistem pengajaran (ISD)
Satu tata cara teratur dan terancang untuk… menganalisis - tentukan apa yang diajar merekabentuk - tentukan spesifikasi membina proses bina dan hasil bahan melaksana - guna bahan dan kaedah menilai - tentukan kesan & keupayaan Menganalisis bermaksud suatu proses untuk menentukan apa yang harus dipelajari. Merekabentuk adalah suatu proses untuk menentukan spesifikasi. Membina adalah suatu proses untuk mengarang (spt membina perisian komputer), dan menghasilkan bahan pembelajaran. Melaksanakan adalah menggunakan bahan dan strategi (kaedah) pengajaran. Menilai adalah menentukan keupayaan dan keberkesanan pengajaran. Tiap-tipa langkah biasanya berjalan secara linear dan bergantung antara satu sama lain. Analyse Design Develope Implement Evaluate

11 Rekabentuk strategi Merupakan spesifikasi untuk memilih dan menyusun peristiwa dan aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran (Seels dan Richey, 1994) Sebagai penentuan urutan, kandungan, domain pembelajaran, kaedah dan media yang paling sesuai untuk mengukuhkan proses pembelajaran (Leshin, Pollock dan Reigeluth, 1991) Strategi pengajaran adalah spesifikasi untuk memilih dan menyusun peristiwa dan aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran. Dalam buku bertajuk Instructional Design Strategy and Tactics, Leshin, Pollock and Reigeluth (1991) memberi huraian yang terperinci tentang strategi pengajaran. Mereka maksudkan strategi pengajaran sebagai penentuan urutan, kandungan, domain pembelajaran, kaedah dan media yang paling sesuai untuk mengukuhkan proses pembelajaran.

12 ...Rekabentuk strategi …bukan sekadar memilih dan menyusun aktiviti pengajaran malahan mencakupi komponen umum suatu set bahan pengajaran serta prosedur yang akan digunakan untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan (Dick and Carey, 1991) …merupakan perancangan dan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran secara mikro. (Yusup. 1997) Manakala Dick and Carey (1991) pula menjelaskan bahawa strategi pengajaran bukan sekadar memilih dan menyusun aktiviti pengajaran malahan mencakupi komponen umumsuatu set bahan pengajaran serta prosedur yang akan digunakan untuk menghasilkan pembelajaran. Strategi pengajaran sangat penting kerana ia merupakan perancangan dan pelaksanaan secara mikro proses p&p. Peringkat atau langkah inilah yang menentukan proses pembelajaran sebenar baik dari segi teori ataupun amalan atau pelaksanaan pengajaran.

13 Rekabentuk mesej Bermaksud cara dan format apa yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pelajar (Grabowski, 1991) Pola-pola simbol yang akan mempengaruhi perilaku kognitif, efektif dan psikomotor (Fleming dan Levie, 1993) Rekabentuk mesej melibatkan perancangan untuk memanipulasi bentuk fizikal mesej. (Grabowski, 1991). Ia bermaksud apakah cara dan format yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pelajar. Ia mencakupi prinsip perhatian, pengamatan dan ingatan yang akan menentukan bentuk fizikal mesej yang akan disampaikan oleh penyampai kepada penerima. Rekabentuk mesej juga memberi tumpuan kepada medium dan tugasan pembelajaran. Prinsip rekabentuk mesej bergantung kepada jenis medium yang digunakan dan tugasan pembelajaran yang akan dicapai. Adakah medium itu statik, dinamik atau kombinasi keduanya (seperti fotograf, video atau grafik komputer). Adakah tugasan pembelajaran itu melibatkan pembentukan konsep atau sikap, pembinaan kemahiran atau atrategi pembelajaran atau penghafalan (Fleming, 1987; Fleming and Levie, 1993). Atribut media seperti visual statik dalam teks terancang dan transparensi overhead dapat membantu pencapaian objektif pembelajaran (Jeyanti, 1997).

14 ...Rekabentuk mesej Rekabentuk mesej memberi tumpuan kepada:
perkara yang sangat kecil seperti visual, urutan pelajaran, halaman dan rekabentuk skrin komputer yang terdapat pada sesuatu unit pelajaran. medium - statik, dinamik atau kombinasi tugasan pembelajaran - pembentukan konsep, sikap, pembinaan kemahiran atau penghafalan. Rekabentuk mesej memberi tumpuan kepada perkara yang sangat kecil seperti visual, urutan pelajaran, halaman dan rekabentuk skrin komputer yang terdapat pada sesuatu unit pelajaran. Rekabentuk mesej juga memberi tumpuan kepada medium dan tugasan pembelajaran. Prinsip rekabentuk mesej bergantung kepada jenis medium yang digunakan dan tugasan pembelajaran yang akan dicapai (Fleming and levie, 1993). Adakah medium itu statik, dinamik atau kombinasi keduanya (seperti fotograf, video atau grafik komputer). Adakah tugasan pembelajaran itu melibatkan pembentukan konsep atau sikap, pembinaan kemahiran atau atrategi pembelajaran atau penghafalan (Fleming, 1987; Fleming and Levie, 1993). Atribut media seperti visual statik dalam teks terancang dan transparensi overhead dapat membantu pencapaian objektif pembelajaran (Jeyanti, 1997).

15 Ciri-ciri pelajar Latar belakang, pengalaman, kemahiran, pengetahuan dan sikap sedia ada pelajar yang memberi impak terhadap proses pembelajaran. Pengetahuan sedia ada atau peringkat masuk pelajar (entry level) mempengaruhi pencapaian pelajar. Ciri-ciri pelajar adalah latar belakang pengalaman pelajar iaitu kemahiran, pengetahuan dan sikap sedia ada yang memberi kesan dan impak kepada proses pembelajaran. Mengenalpasti ciri-ciri pelajar atau peringkat masuk pelajar adalah langkah terawal dalam ISD.

16 ...Ciri-ciri pelajar Ciri-ciri pelajar menggunakan kajian motivasi untuk mengenalpasti pembolehubah yang boleh digunakan menunjukkan cara pembolehubah itu digunakan untuk meningkatkan proses pembelajaran. Ciri-ciri pelajar menggunakan kajian motivasi untuk mengenalpasti pembolehubah yang boleh digunakan serta menunjukkan cara ia digunakan untuk meningkatkan proses pembelajaran. Ini berbeza dengan strategi pengajaran yang menggunakan kajian motivasi untuk menentukan komponen rekabentuk pengajaran

17 Domain Pengembangan Domain Juga dikenali sebagai domain pembinaan
Proses menterjemahkan spesifikasi rekabentuk kepada bentuk fizikal atau produk. Domain yang kedua dalam teknologi instruksional ialah domain pengembangan atau pembinaan. Ia adalah proses menterjemahkan spesifikasi rekabentuk kepada bentuk fizikal atau produk. Untuk menghasilkan produk ini, ia melibatkan proses rekabentuk, bina, guna dan nilai. Proses ini seakan-akan sama dengan proses yang terdapat dalam domain ISD, iaitu ADDIE (cuma tiada analisa). Perbezaannya, ISD mnekankan apa yang harus dibina manakala domain pembinaan memberi tumpuan kepada cara-cara membina bahan pengajaran. Domain

18 ...Domain Pengembangan Domain
Melibatkan proses rekabentuk, bina, guna dan nilai. Terdapat empat kategori bahan: teknologi cetak teknologi bahan pandang dengar teknologi berasaskan komputer teknologi bersepadu Dalam domain pembinaan terdapat empat kategori bahan teknologi instruksional iaitu teknologi cetak, teknologi bahan pandang dengar, teknologi berasaskan komputer dan teknologi bersepadu. Domain

19 ...Domain Pengembangan Domain teknologi cetak teks (tulisan) visual
teknologi bahan pandang dengar pita audio slaid filem jalur transparensi pita video/filem (visual gerak dan statik) CDI, VCD, CD-ROM Teknologi cetak adalah cara membina bahan pengajaran seperti buku dan visual statik menerusi proses percetakan mekanikal atau fotografi. Ciri-ciri utama teknologi cetak ialah teks (tulisan) dan visual. Teknologi pandang dengar adalah cara membina bahan pengajaran seperti pita audio, slaid, filem jalur, transparensi dan pita video/filem (visual gerak dan statik) dan terkini bahan-bahan berbentuk CD seperti CDI, VCD atau CD-ROM, menggunakan mesin elektronik atau mekanikal. Domain

20 ...Domain Pengembangan Domain teknologi berasaskan komputer
berasaskan mikroprosesor berbentuk digital teknologi bersepadu bahan multimedia hiperteks/hipermedia Teknologi berasaskan komputer menggunakan sumber berasaskan mikroprosesor. Maklumat yang tersimpan dalam perisisn adalah dalam bentuk data digital bukan dalam bentuk cetak atau visual. Teknologi bersepadu adalah cara membina bahan pengajaran seperti bahan multimedia, hiperteks atau hipermedia yang diakawal oleh komputer. Bahan ini mempunyai hampir kesemua atribut media seperti teks, visual (gerak dan statik), audio, animasi dan warna. Domain

21 Domain Penggunaan Domain
Menggunakan proses (kaedah dan model pengajaran), sumber (bahan dan perkakasan media) dan alam sekeliling untuk pembelajaran. Terdapat empat kategori: penggunaan media dan kaedah (cara sistematik) penyerapan/penerimaan inovasi pelaksanaan (menggunakan bahan) institutianalisasi (penerimaan & pengekalan) Domain ketiga dalam teknologi instruksional. Penggunaan adalah tindakan menggunakan proses(kaedah dan model pengajaran), sumber (bahan dan perkakasan media) dan alam sekeliling untuk pembelajaran. Domain

22 ...Domain Penggunaan Domain
penggunaan media dan kaedah (cara sistematik) proses sistematik menggunakan bahan pengajaran penyerapan/penerimaan inovasi proses penerimaan terhadap sesuatu perubahan Penggunaan media dan kaedah adalah proses menggunakan bahan pengajaran secara sistematik. Penyerapan/penerimaan inovasi adalah proses yang dirancang secara strategik untuk mendapat pengakuan dan penerimaan terhadap seuatu perubahan. Menurut Rogers (1983), penggunaan sesuatu inovasi bergantung kepada proses peningkatan kesedaran, percubaan dan penerimaan di kalangan pengguna. Domain

23 ...Domain Penggunaan Domain pelaksanaan
proses menggunakan bahan dalam p&p institutianalisasi penerimaan & pengekalan Pelaksanaan adalah proses untuk menggunakan bahan pengajaran dalam proses p&p.. Institutianalisasi adalah proses untuk menerima dan mengekal penggunaan bahan pengajaran menerusi peraturan dan polisi yang ditetapkan oleh masyarakat. Rujuk ms 10 dan 11 untuk contoh-contoh proses pelaksanaan dan institutianalisasi Domain

24 Domain Pengurusan Domain
Kawalan ke atas teknologi instruksional menerusi perancangan, penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan. Terdapat empat kategori: pengurusan projek pengurusan sumber pengurusan sistem penyampaian pengurusan maklumat Domain keempat. Pengurusan melibatkan kawalan ke atas teknologi instruksional menerusi perancangan, penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan untuk membolehkan aktiviti p&p berjalan dengan tersusun dan berkesan. Domain

25 ...Domain Pengurusan Domain
Pengurusan projek melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan ke atas projek rekabentuk pembinaan bahan pengajaran Pengurusan sumber melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan ke atas perkhidmatan bantuan sumber perkhidmatan lain-lain media Pengurusan projek melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan projek rekabentuk dan pembinaan bahan pengajaran. Pengurusan sumber melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan perkhidmatan bantuan sumber dan lain-lain perkhidmatan media. Domain

26 ...Domain Pengurusan Domain
Pengurusan sistem penyampaian melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan ke atas: kaedah media Pengurusan maklumat melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan ke atas: pengumpulan pemindahan pemprosesan Pengurusan sistem penyampaian melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan kaedah dan media yang digunakan dalam sistem penyampaian/pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan maklumat melibatkan perancangan, pemantauan dan pengawalan pengumpulan, pemindahan atau pemprosesan maklumat untuk dibekalkan kepada pelajar. Domain

27 Domain Penilaian Domain
Proses untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan program pendidikan Empat kategori: penilaian analisis masalah (peperiksaan dll) penilaian rujukan kriteria (penguasaan unit pelajaran) penilaian formatif (mengesan bagi penambahbaikan) penilaian sumatif (buat keputusan penggunaan) Domain kelima. Penilaian adalah proses untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Biasanya proses ini berlaku pada peringkat permulaan dan terakhir pengajaran. Contoh aplikasi penilaian ialah penilaian pencapain pelajar, penilaian penggunaan media, penilaian rekabentuk dan pembinaan bahan dan penilaian progran atau projek media pendidikan. Domain

28 ...Domain Penilaian Contoh aplikasi penilaian:
penilaian pencapaian pelajar penilaian penggunaan media penilaian rekabentuk dan pembinaan bahan penilaian program atau projek media Domain kelima. Penilaian adalah proses untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Biasanya proses ini berlaku pada peringkat permulaan dan terakhir pengajaran. Contoh aplikasi penilaian ialah penilaian pencapain pelajar, penilaian penggunaan media, penilaian rekabentuk dan pembinaan bahan dan penilaian progran atau projek media pendidikan. Domain

29 Kepentingan domain Menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi instruksional. (Seels and Richey, 1994) Kurikulum memberi tumpuan kepada apa yang hendak diajar, instruksional pula memberi tumpuan kepada bagaimana hendak mengajar. (Snelbecker, 1974) Pembina kurikulum menentukan struktur, falsafah, kandungan dan tujuan kurikulum manakala pakar teknologi instruksional mencari jalan paling baik untuk menyampaikan kandungan kurikulum kepada pelajar.

30 ...Kepentingan domain Untuk menghasilkan pengajaran/latihan dan bahan pengajaran yang sistematik dan berkesan. Bahan pengajaran yang direkabentuk dan dibina perlu dinilai, diguna dan diurus supaya dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. (Yusup, 2002, hal. 260)

31 ...Kepentingan domain Dalam bidang latihan industri, dapat meningkatkan prestasi pekerja dan produktiviti. Dalam bidang ketenteraan, dapat meningkatkan kemahiran anggota tentera menggunakan teknologi canggih. (Yusup, 2002, hal. 260)

32 PERANAN TEKNOLOGI PENGAJARAN
2 PERSOALAN (Abdul Rahim Mohd Saad, 1996) Kesesuaian isi kandungan program pendidikan dan latihan masa kini. Kesesuaian kaedah p&p yang sedia ada berbanding dengan teknologi masa kini.

33 PERANAN TEKNOLOGI PENGAJARAN
Mengubah peringkat membuat keputusan Mengubah sistem atau pendekatan pengajaran Mengubah pengalaman pembelajaran

34 TERIMA KASIH


Download ppt "Topik 2: DOMAIN TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL DAN FUNGSINYA"

Similar presentations


Ads by Google