PENGENALAN KEPADA KELAKUAN ORGANISASI

Slides:



Advertisements
Similar presentations
WRET1103 REKABENTUK APLIKASI MULTIMEDIA
Advertisements

1 Bab 8 Halatuju dan Kekangan dalam Antaramuka : Multisensori.
Minggu 1 Pengenalan Kepada Sistem Maklumat Berasaskan Komputer Copyright 2001, Prentice-Hall, Inc. Sistem Maklumat Pengurusan Ibrahim Mohamed Jab. Sains.
Oleh : Gina Elvira ( ). Komunikasi antarbudaya adalah komunikasi yang terjadi di antara orang-orang yang memiliki kebudayaan yang berbeda (bisa.
Teori Behavioristik Albert Bandura
4. Pelaksanaan Kurikulum di Sekolah Peembangunan kurikulum terdiri daripada beberapa peringkat; 1.Perancangan (pemilihan matlamat & objektif, pemilihan.
OLEH: RIBKA Y. MANOPO PARADIGMA KEPERAWATAN DAN HUBUNGAN PARADIGMA DENGAN TEORI KEPERAWATAN.
Muhamad Sodiqin bin Badrin Nurul Irsalina binti Ahmad
BAB 4 PERSAMPELAN.
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
MODEL KELAKUAN ORGANISASI
Pengurusan Sistem Maklumat dan Kaitan dengan Organisasi Pendidikan
Perubahan dalam Pendidikan
NEUROCITE 2.0: Simulator Peramalan Rangkaian Neural Buatan
FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14
Pengenalan kepada Teori Perakaunan
UNIT 3 Pendekatan Untuk Menentukan Fokus Dan Hala Tuju Perubahan dalam Organisasi.
BTI 3283 / DTI 3343 / DIT3273 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN
PENERBITAN ELEKTRONIK
BAB 3 ANALISIS SISTEM Objektif:
Teori Komunikasi Interpersonal
KOM 3207 PENGENALAN TEORI KOMUNIKASI SEM /2015
Perjumpaan Ke-2 KOM3207 (Pengenalan Teori Komunikasi) (Modul Kursus: Unit 4-6) Unit 4: Teori Komuniaksi Keorganisasian Unit 5: Teori Komunikasi Massa.
Prinsip-prinsip Kebolehgunaan
CPE 3201 UNIT 7 KAUNSELING KELOMPOK
Kepemimpinan Dalam Pengurusan Sekolah
koc3203 ASAS PERIKLANAN Perancangan Media
KONFLIK ANTARA PERIBADI
TEORI PENGURANGAN KETIDAKPASTIAN-URT (UNCERTAINTY REDUCTION THEORY)
Pengurusan Konflik & Perundingan (HHHN1013)
EOH 3101 PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN SIRI ISO dan EMS.
KURSUS AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (QMS) ISO 9001:2015
MODULE 3 : HARDWARE : MONITOR CORRECTIVE MAINTENANCE WORK
Pengurusan Konflik dan Stres dalam Pendidikan
What is a Group? Apakah kelompok?
Pengenalan Sistem Automasi Industri
EDU 5813 Hubungan Manusia Dalam Pendidikan
EOH 3101 PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN SIRI ISO dan EMS.
Pengenalan.
M1 PENGENALAN KEPADA BAHASA
Kerjaya dan Pembangunan Kerjaya
PENERBITAN ELEKTRONIK
FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14
PLANNING.
سوسيولوڬي.
PERANAN KEJELEKITAN KUMPULAN DALAM MENCAPAI VISI DAN MISI ORGANISASI
INOVASI DAN KREATIF.
Komunikasi Kepimpinan KPM3364
Budaya Organisasi dan Perubahan
PENJAMINAN KUALITI MERUPAKAN PIAWAIAN UNTUK MENENTUKAN KUALITI PELAKSANAAN PA DAN PB MENGIKUT GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN.
PERPADUAN DAN INTEGRASI KAUM
Prinsip-prinsip Kebolehgunaan
EDU 5813 Hubungan Manusia Dalam Pendidikan
TUTORIAL 1 MTE3102 PPG 23 JUN 2012.
EDU 5813 Hubungan Manusia Dalam Pendidikan
EDU 5813 Hubungan Manusia Dalam Pendidikan
PENGENALAN KEPADA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
EOH 3101 PRINSIP KESIHATAN PERSEKITARAN SIRI ISO dan EMS.
BAB 2 PLANNING Objektif: Pengenalan kepada perancangan projek
PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS DALAM B&K
Pengurusan Antarabangsa
Kebolehgunaan Semula Perisian
TUTORIAL 1 MTE3102 PPG 2 JULAI 2011.
PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS DALAM B&K
Muhamad Shukri Saud PRODUCTION ORGANIZATION
ICT HANDYBOOK SPM LA2 COMPUTER SYSTEMS 2.3 Software.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Perjumpaan Ke-2 KOM3207 (Pengenalan Teori Komunikasi) (Modul Kursus: Unit 4-6) Unit 4: Teori Komuniaksi Keorganisasian Unit 5: Teori Komunikasi Massa.
Disediakan Oleh Nursaidatul Asma Binti Ab Aziz
Pengurusan Antarabangsa
Presentation transcript:

PENGENALAN KEPADA KELAKUAN ORGANISASI

Apakah Organisasi ???

Satu koordinasi yang dibentuk secara sengaja, terdiri dari manusia atau kumpulan-kumpulan manusia dalam sempadan yang jelas yang berperanan secara berterusan untuk mencapai matlamat yang sama atau beberapa set matlamat.

Beberapa istilah penting dari definisi di atas : ‘Koordinasi yang dibentuk secara sengaja’ melambangkan pengurusan. a) Terdiri daripada manusia dan kumpulan manusia iaitu kumpulan-kumpulan yang ada saling berinteraksi antara satu sama lain yang telah dibentuk mengikut tugas yang ditetapkan supaya tugas itu dapat dicapai.

b) Sempadan yang jelas. Sempadan ini boleh bertukar mengikut masa dan keadaan. Sempadan inilah yang dapat membezakan antara anggota dan bukan anggota, dan anggota ini terikat dengan kontrak yang jelas atau tidak jelas antara anggota dengan organisasi. c) Mereka yang berada dalam organisasi itu ada ikatan yang berterusan tetapi bukannya sepanjang hayat. Ini kerana, organisasi mempunyai keahlian yang berubah-ubah.

Apabila kita faham kelakuan organisasi, ia membantu pengurus memahami kelakuan manusia di tempat kerja dan dapat membantu mereka mengurus dengan lebih berkesan. Antara sumbangan kelakuan organisasi ialah : Menerang secara rasional kelakuan pekerja.

Membuat jangkaan tindak-tanduk mereka di masa hadapan dalam melaksanakan tugas masing-masing. Mengawal kelakuan mereka selaras dengan aspirasi organisasi.

definisi

Kelakuan Organisasi : Joe Kelly : kajian atau pembelajaran terhadap kemajuan organisasi, bagaimana ia bermula, membangun, dan kesan terhadap individu, kumpulan dan organisasi serta institusi yang lebih besar. Definisi terbaru : satu disiplin akademik yang mengkaji perhubungan yang dinamik dalam kepelbagaian komponen organisasi dan kesan terhadap kelakuan manusia dalam organisasi.

Satu bidang pengajian yang memeriksa kesan individu, kumpulan dan struktur terhadap kelakuan dalam organisasi, dengan tujuan untuk menggunakan pengetahuan tersebut ke arah mewujudkan organisasi yang lebih berkesan. Dapat disimpulkan bahawa kelakuan organisasi adalah sebagai satu bidang yang berkaitan dengan manusia dan bukan manusia seperti struktur, teknologi, persekitaran, kompleksiti kawalan dan strategi.

ELEMEN-ELEMEN DALAM ORGANISASI

Elemen-elemen yang menjadi kunci dalam kelakuan organisasi . . manusia . . persekitaran struktur teknologi

Persaingan Undang-undang dan peraturan Keluarga Persatuan

Manusia : Teras dalam mambentuk organisasi yang terdiri daripada individu, sama ada kumpulan besar atau kecil. Kumpulan ini boleh dibentuk secara formal atau tidak formal dan ianya adalah dinamik dan berubah. Contohnya, pembentukan kumpulan yang baru dan ada juga pembubaran. Manusia adalah kompleks disebabkan ada yang suka berfikir, beremosi, gigih, dan berpandangan jauh.

Struktur : Hubungan formal di dalam organisasi samada menegak, mendatar, atau spartial. Ia menjelaskan bagaimana sesuatu tugas atau rantaian arahan itu ditetapkan dalam organisasi. Ia juga menghubungkan antara pihak atasan, sokongan dan bawahan. Struktur dibentuk supaya tugas-tugas yang berlainan dapat diatur untuk menghasilkan aktiviti. Masalah mungkin wujud dalam hubungan ini, oleh itu cara dan peraturan dalaman dibentuk supaya dapat mencapai tahap yang diharapkan.

Teknologi : Ditakrifkan sebagai proses transformasi yang menukarkan input organisasi kepada output. Ia menggalakkan manusia untuk membuat kerja dengan lebih banyak dan lebih baik pada masa yang singkat. Membantu meningkatkan keberkesanan dalam menjalankan tugas-tugas manusia. dan dapat membantu meningkatkan produktiviti kerja. Walaubagaimanapun, ia melibatkan kos yang tinggi untuk mendapatkan teknologi tersebut.

Persekitaran : Persekitaran adalah sesuatu yang mempengaruhi operasi dan harus dikawal. Elemen-elemen persekitaran luaran seperti undang-undang danperaturan, keluarga,persaingan, persatuan dan sebagainya. Contohnya, perniagaan akan dipengaruhi oleh persekitaran persaingan dan dasar yang dipengaruhi oleh sifat-sifat pengguna, pengusaha dan kerajaan.

Disiplin-disiplin dalam ‘Kelakuan organisasi’

Perhubungan Kelakuan Organisasi Dengan Disiplin Lain

psychology sociology Social psychology Anthropology Political science Behavior science Contribution Unit of analysis Output Learning,Motivation,Personality, Emotions,Training, Individual decision making, Leadership effectiveness, Job satisfaction, Job design, Work stress psychology individual Group dynamics, works teams, communication, status, conflict, power sociology Organizational technology, organizational change, organizational culture group Study of OB Social psychology Behavioral change, attitude change, communication, group decision making, group processes Comparative values, comparative attitudes, cross-cultural analysis Organization system Anthropology Organizational culture, organizational environment Political science Conflict, power, intraorganizational politics

Psikologi: Sains yang mengukur , mengkaji dan mengubah kelakuan manusia. Sebagai contoh ahli–ahli teori pembelajaran, personaliti, kaunseling dan psikologi industri (mengkaji masalah kepenatan, kebosanan dan lain-lain). Lain-lain yang berkaitan adalah meliputi persepsi, keberkesanan pemimpin, latihan dan keperluan motivasi.

Perkataan psikologi berasal daripada Yunani yang bermaksud ilmu pengetahuan yang mempelajari tingkah laku dan proses mental. Psikologi dalam organisasi memfokuskan bagaimana organisasi memperngaruhi dan berinteraksi dengan anggota-anggotanya.

Sosiologi: Mengkaji sistem sosial di mana individu memenuhi peranan mereka dalam membina perhubungan dengan lain-lain manusia. Sumbangan besar bidang ini ialah dapat memahami kelakuan kumpulan dalam organisasi . Contohnya, kumpulan dinamik, kebudayaan, komunikasi, struktur, konflik, kuasa dan teknologi birokrasi.

Ia juga merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan etakat individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat) Ia dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakat seperti perangai manusia; atau secara ringkas mengkaji hubungan manusia yang pada awalnya saling tidak mengenali antara satu sama lain kepada peringkat kumpulan sosial yang saling mengenali.

Ilmu sosiologi juga membolehkan kita memahami unsur-unsur yang menjalinkan perpaduan antara masyarakat dan mengelak berlakunya perpecahan atau krisis moral dalam masyarakat.

Psikologi-sosial : Satu bidang psikologi yang digabungkan dengan sosiologi, melihat pengaruh seseorang terhadap seseorang yang lain. Sumbangan yang besar dalam mengukur, memahami dan mengubah sifat, corak komunikasi dan proses membuat keputusan dan keupayaan kumpulan memberi kepuasan kepada individu.

Psikologi merangkumi tiga bidang iaitu : 1) kajian tentang pengaruh sosial terhadap proses individu, misalnya : kajian tentang persepsi dan motivasi proses belajar 2) kajian tentang proses individual bersama, seperti bahasa, sikap sosial dan perilaku meniru 3) kajian tentang interaksi kelompok, misalnya: kepimpinan, komunikasi hubungan kekuasaan,kerjasama, persaingan dan konflik

Antropologi : merujuk kepada bidang sains yang khusus membuat kajian mengenai asal-usul manusia, umpamanya perkembangan fizikal seperti bentuk muka, hidung, mata, dan dagu, serta perkembangan budaya, dan adat resam. Mengkaji kejadian manusia dan aktiviti kehidupan mereka. Ini membantu dalam memahami perbezaan budaya dan persekitaran yang dikaitkan dengan nilai, sifat dan kelakuan manusia.

Antropologi terbahagi kepada lima cabang iaitu : 1) antropologi budaya 2) antropologi fizikal 3) antropologi linguistik 4) arkeologi 5) etnologi

Sains politik : Memberi kefahaman dalam memahami perlakuan dalam organisasi. Mengkaji kelakuan individu dan kumpulan dalam persekitaran politik. Topik khusus berkait dengan subjek ini ialah pengstrukturan, konflik, pengagihan kuasa dan bagaimana manusia memanipulasi kuasa.

Oleh itu dalam mentafsirkan kelakuan manusia dalam organisasi, ia seharusnya telah mengambilkira perspektif politik dalam analisisnya. Ahli sains politik membuat kajian terhadap aliran politik sesebuah negara. Antara kajiannya adalah pilihanraya, pendapat awam, kegiatan institusi, persatuan politik dan pengaruh ahli-ahli politik.

KONSEP-KONSEP ASAS

Alam Manusia

1. KEBERLAINAN INDIVIDU Manusia dianggap mempunyai perasaan dan rasa tetapi setiap orang dalam dunia ini adalah berlainan. Bermaksud bahawa pihak pengurusan boleh memotivasikan pekerja-pekerja secara optima dengan melayan mereka dengan cara berlainan. Memerlukan pendekatan pengurusan kepada pekerja yang harus berbentuk keindividuan.

Terjadi kerana manusia bertindak balas dengan persekitaran B = f( P×E ) B= behaviour/ kelakuan P= person E= environment

Terdapat beberapa sebab keberlainan memberi kesan kepada pengurusan: 1. manusia berbeza dalam produktiviti 2. manusia berbeza dalam kebolehan 3. manusia berbeza dalam komitmen 4. manusia berbeza dalam gaya kepimpinan

2. KESELURUHAN DIRI MANUSIA Mereka terpaksa menggunakan seluruh diri . Ini disebabkan oleh faktor bahawa mereka adalah sebahagian dari satu sistem yang membentuk keseluruhan manusia. Kemahiran wujud berasingan dari latar belakang atau ilmu pengetahuan manusia.

3. KELAKUAN YANG BOLEH DIMOTIVASIKAN Manusia bukan saja dimotivasikan oleh apa yg mereka fikirkan patut dimiliki, tetapi juga oleh apa yang mereka ingini. Motivasi adalah pati kepada operasi dalam organisasi.

Mengikut Ounnette dan Kirchnen ada empat bahagian dalam proses motivasi iaitu : Keinginan kelakuan matlamat maklumat Keinginan dalam diri seseorang itu menjadi penggerak kepada tindakan mereka bagi mengurangkan keadaan yang tidak seimbang pada individu itu untuk mencapai matlamat. Andainya maklumbalas yang diteima tidak seperti yang diimpikan maka, tindakan yang lain harus dilakukan sehingga matlamat sebenar dicapai

4. NILAI DIRI SESEORANG Berlainan dari tiga konsep sblm ini. Menekankan bahawa manusia sepatutnya dilayan berlainan dari lain-lain faktor pengeluaran. Konsep kemuliaan manusia menolak idea-idea lama.

Alam Organisasi

1) SISTEM SOSIAL Kelakuan dipengaruhi oleh kumpulan di mana mereka berada Terbahagi kepada dua:- a) formal b) tidak formal Menyediakan rangka kerja kepada penganalisisan isu kelakuan organisasi

2) KEPENTINGAN BERSAMA Organisasi mempunyai satu tujuan kemanusiaan Dibentuk dan dirancang berasaskan kepada kepentingan bersama

matlamat

Membantu pengurus sesebuah organisasi dalam memahami kelakuan manusia di tempat kerja Menerangkan dengan rasional tentang kelakuan pekerja. Membuat jangkaan tentang tindak-tanduk mereka di masa akan datang. Mengawal kelakuan mereka selaras dengan aspirasi organisasi.

PENERANGAN Menerangkan sebab seseorang individu atau sesebuah kumpulan individu melakukan sesuatu

RAMALAN Untuk mengenalpasti hasil daripada setiap perlakuan yang dilakukan Akan memudahkan pengurus membuat keputusan dengan pendekatan yang lebih berkesan

KAWALAN Menawarkan keberkesanan dalam kerja melalui pengawalan ke atas kelakuan subordinat.

Kesimpulan

Bidang tertentu :sains politik, psikologi Pengurus perlu memahami kepelbagaian komponen organisasi agar dapat mengurus dengan berkesan berpandukan matlamat yang ditetapkan Manusia Teknologi Persekitaran Bidang tertentu :sains politik, psikologi

PERINGKAT ANALISIS KELAKUAN ORGANISASI SISTEM ORGANISASI PERINGKAT KUMPULAN PERINGKAT INDIVIDU

INDIVIDU KUMPULAN SISTEM ORGANISASI Asas kelakuan individu. Isu motivasi dan pembuatan keputusan KUMPULAN kelakuan seseorang di dalam kumpulan adalah berbeza dengan kelakuan apabila bersendirian. Isu komunikasi, pembuatan keputusan,kepimpinan, kuasa, politik, dan konflik. SISTEM ORGANISASI Peringkat tertinggi Struktur organisasi dan kesannya Konteks global – setiap negara mempunyai kelakuan organisasi tersendiri