Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Peribahasa (5) – Bidalan (m/s 115)

Similar presentations


Presentation on theme: "Peribahasa (5) – Bidalan (m/s 115)"— Presentation transcript:

1 Peribahasa (5) – Bidalan (m/s 115)
1. Berani kerana benar, takut kerana salah – tetap dengan pendirian yang benar dan berani bersuara kerananya. 2. Lukanya hilang, parutnya tinggal juga – sesuatu peristiwa yang walaupun sudah lama berlaku tetapi kesannya tetap terasa. 3. Orang berbudi kita berbahasa – tahu menghargai budi dan jasa orang

2 4. Mandi biar basah, berdakwat biar hitam – melakukan sesuatu sehingga ke penghujung dan tidak sekerat jalan. 5. Berani malu, takut mati – orang yang berani membuat sesuatu pekerjaan larangan, setelah dibuatnya baru menyesal. 6. Kuk cerdik hendaklah runding, kuk bodoh disuruh arah – sahabat yang terlalu tulus. 7. Belakang parang diasah lagikan tajam – jika seseorang yang bodoh itu menerima ajaran dan bimbingan yang teratur dan berterusan, pasti akan pandai juga.

3 Isikan tempat kosong dalam setiap ayat di bawah dengan bidalan yang sesuai.
Mei tidak takut untuk berdepan dengan guru disiplin walaupun dituduh oleh kawan-kawan yang dia menggores kereta guru kelasnya kerana baginya _______________________________. Peterson yakin dia akan berjaya dalam pelajarannya jika dia berusaha walaupun dia seorang yang agak lembap menerima apa yang diajar oleh gurunya di dalam kelas kerana dia percaya ____________________________. Ketika Johan ponteng sekolah bersama-sama rakannya tidak difikirkan akibatnya, setelah diketahui oleh bapanya barulah dia rasa menyesal, bak kata bidalan _______________________________. Selagi projek yang ditugaskan oleh Cikgu Hasan belum selesai, Jamal tidak berhenti menyiapkannya kerana baginya _____________________________.

4 5. Walaupun peristiwa Ahmad menengking ibunya di hadapan khalayak ramai telah lama berlaku dan Ahmad telah pun meminta maaf, namun ibunya masih lagi berkecil hati, benarlah kata orang ___________________________________. 6. “Kita haruslah rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Pak Cik Abu kerana telah banyak membantu kita sekeluarga, orang kata ______________________”, kata ayah kepada abang. 7. Ramli _______________________________ kerana kami telah berkawan baik sejak umur kami berusia lapan tahun dan telah banyak susah senang kami lalui bersama-sama.


Download ppt "Peribahasa (5) – Bidalan (m/s 115)"

Similar presentations


Ads by Google