Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

10 MEI 2013 BALAI IBADAT KG. MATA-MATA. 10 SIRI KULIAH 1. PENDAHULUAN & WUDHU 2. RUKUN SOLAT 3. RUKUN SOLAT 4. RUKUN SOLAT 5. WIRID SELEPAS SOLAT 6. MUWAFIQ.

Similar presentations


Presentation on theme: "10 MEI 2013 BALAI IBADAT KG. MATA-MATA. 10 SIRI KULIAH 1. PENDAHULUAN & WUDHU 2. RUKUN SOLAT 3. RUKUN SOLAT 4. RUKUN SOLAT 5. WIRID SELEPAS SOLAT 6. MUWAFIQ."— Presentation transcript:

1 10 MEI 2013 BALAI IBADAT KG. MATA-MATA

2 10 SIRI KULIAH 1. PENDAHULUAN & WUDHU 2. RUKUN SOLAT 3. RUKUN SOLAT 4. RUKUN SOLAT 5. WIRID SELEPAS SOLAT 6. MUWAFIQ & MASBUQ 7. SUJUD SAHWI & TILAWAH 8. SAF & PERMASALAHAN 9. JAMA’ & QASAR 10. ISU-ISU DALAM SOLAT

3 MUKADDIMAH SOLAT ADALAH RUKUN إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا ( النساء :103) Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

4 عن أبي عبد الرحمن عبد الله بن عمر بن الخطاب رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( بني الإسلام على خمس : شهادة أن لا إله إلا الله ، وأن محمدا رسول الله ، وإقام الصلاة ، وإيتاء الزكاة ، وحج البيت ، وصوم رمضان ) رواه البخاري ومسلم. Islam itu didirikan atas lima- Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "

5 AMAL YANG MULA SEKALI DIHISAB عن أبي هريرة رضي الله عنه سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : " إن أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة من عمله صلاته فإن صلحت فقد أفلح وأنجح وإن فسدت فقد خاب وخسر “ ) رواه أحمد وأصحاب السنن ( Sesungguhnya amalan yang mula-mula dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat adalah shalatnya, jika baik sungguh beruntung dan selamat. Namun jika buruk, sungguh ia telah menyesal dan rugi.

6 MENINGGALKAN SOLAT HUKUMNYA HARAM & BERDOSA BESAR BAHKAN BOLEH DIHUKUM KAFIR BAGI YANG MENINGGALKANNYA DENGAN SENGHAJA عن أنس أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من ترك الصلاة متعمدًا فقد كفر جهارًا ) روى الطبراني ( Barangsiapa meninggalkan shalat dengan sengaja maka dia kafir terang-terangan.

7 WUDHU PENGERTIAN: menurut bahasa ialah bersih atau indah. Wudhu menurut pengertian istilah syariat Islam adalah membersihkan anggota wudhu dengan air yang suci menyucikan berdasarkan syarat dan rukun tertentu untuk menghilangkan hadats kecil.

8 DALIL WUDHU ورد في القرآن في سورة المائدة ( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فاغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَينِ ( “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian hendak mengerjakan shalat, maka cucilah wajah- wajah kalian dan tangan-tangan kalian sampai dengan siku, dan usaplah kepala-kepala kalian dan (cucilah) kaki-kaki kalian sampai pada kedua mata kaki.” (QS. Al-Maidah: 6)

9 وورد في السنة : روي عن أبي هريرة في الجامع الصحيح : لا يقبل الله صلاة أحدكم إذا أحدث حتى يتوضأ Tidak akan diterima solat salah seorang diantara kamu apabila ia berhadas sehinggalah ia mengambil wudhu

10 RUKUN WUDHU 1. Niat – Berniat mengangkat wudhu atau hadas kecil ketika air sampai ke muka. 2. Membasuh muka - Bahagian wajib dibasuh ialah dari sempadan tempat tumbuh rambut sehingga ke bawah dagu dan dari anak telingga kanan hingga ke anak telinga kiri. 3. Membasuh tangan – Membasuh kedua belah tangan sampai ke siku termasuk celah-celah jari dan kuku.

11 4. Menyapu kepala – Menyapu air ke atas sebahagian kepala. 5. Membasuh kaki – Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali. 6. Tertib - Membasuh anggota wuduk mengikut urutan.

12 SUNAT WUDHU 1. Baca Basmalah 2. Bersugi atau berkumur-kumur. 3. Membasuh jeri-jemari hingga pergelangan tangan. 4. Mencelah jari-jari tangan dan kaki. 5. Memasukkan air ke hidung. 6. Menyapu air ke seluruh kepala atau separuh kepala bagi wanita. 7. Membasuh ke dua belah telinga, luar dan dalam.

13 8. Menyelati janggut yang tebal. 9. Melebihkan kawasan basuh kaki hingga ke atas buku lali. 10. Dahulukan anggota kanan. 11. Menggosok-gosokkan anggota wuduk. 12. Membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali. 13. Muwalah (berturutan), basuh anggota kedua sebelum pertama kering. 14. Mengucap dua kalimah syahadah sesudah wuduk. 15. Berdoa selepas wuduk.

14 WUDHU RASULULLAH Dari Abdullah bin Yazid bin Ashim Al Anshari RA, dia berkata, "Dia pernah disuruh oleh seseorang, "Berwudhulah untuk kami seperti berwudhunya Rosululloh SAW." Kemudian dia meminta wadah berisi air lalu dikucurkan pada kedua tangannya dan membasuhnya tiga kali, kemudian dia masukkan kedua tangannya lalu dikeluarkannya, kemudian berkumur dan menghirup air dengan hidung dari satu telapak tangan. Dia melakukan itu tiga kali, kemudian dia memasukkan kedua tangannya dan mengeluarkannya lalu membasuh wajahnya tiga kali, kemudian dia memasukkan tangannya lagi dan mengeluarkannya kemudian membasuh kedua tangannya sampai siku masing-masing dua kali, kemudian dia memasukkan tangannya dan mengeluarkannya, lalu mengusap kepalanya dengan menggerakkan kedua tangannya dari depan ke belakang, kemudian dia membasuh kedua kakinya sampai mata kaki. Lalu ia berkata, "Demikianlah cara wudhu Rosululloh SAW." [HR.Muslim 1/145]

15 KELEBIHAN WUDHU Dari Abu Hurairah RA, bahwasanya Rosululloh SAW telah bersabda, "Apabila seorang muslim atau mukmin berwudhu, lalu membasuh wajahnya, maka keluarlah dari wajahnya setiap dosa akibat pandangan matanya bersama dengan air wudhunya atau bersama dengan tetesan air yang terakhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya, maka keluarlah dosa-dosa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya bersama dengan air wudhunya atau bersama dengan tetesan air yang terakhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya, maka keluarlah dosa-dosa yang telah diperbuat oleh kedua kakinya bersama dengan air wudhunya atau bersama dengan tetesan air yang terakhir sehingga dia terhapus dari dosa-dosanya semua." [HR.Muslim 1/148]

16 WUDHU ABU HURAIRAH Dari Nuaim bin Abdullah Al Mujmir RA, dia berkata, "saya pernah melihat Abu Hurairah berwudhu, dia membasuh wajahnya lalu menyempurnakan wudhu, kemudian membasuh tangan kanannya hingga melebihi bahu, kemudian tangan kirinya hingga melebihi bahu, lalu mengusap kepalanya, kemudian membasuh kaki kanannya hingga melebihi betis, kemudian kaki kirinya hingga melebihi betis, kemudian dia berkata kepada saya, "Demikianlah saya melihat Rosululloh SAW berwudhu. " Dan Abu Hurairah mengatakan, Rosululloh SAW bersabda, "Kamu sekalian akan berwajah putih bersinar dan juga tangan serta kakimu pada hari kiamat karena menyempurnakan wudhu. Barang siapa diantara kamu mampu, maka hendaklah ia memanjangkan cahaya muka, tangan serta kakinya. [HR.Muslim 1/149]

17 ISU DALAM WUDHU FAHAMI PERBEZAAN ANTARA BASUH DENGAN SAPU SEMPURNAKAN ANGGOTA WUDHU BAHKAN LEBIH BAIK JIKA MELEBIHI HAD JANGAN BERLEBIH-LEBIHAN DALAM MENGGUNAKAN AIR ELAKKAN WAS-WAS

18 وروي في الطهارة عن بعض صحابة النبي : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم رأى رجلا يصلي في ظهر قدمه لمعه كقدر الدرهم لم يصبها الماء فأمره رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يعيد الوضوء والصلاة. Dalam suatu riwayat dari sebagian sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bahwasanya Nabi melihat seseorang sedang shalat, sementara di bagian atas kakinya terdapat bagian yang belum terkena air sebesar dirham. Maka Nabi memerintahkannya untuk mengulangi wudhu dan shalatnya.” (HR. Abu dawud, shahih).

19 KELEBIHAN BACA DOA SELEPAS WUDHU Dari Umar Al Khattab RA bahwa Baginda Sallahu Alaihi Wasallam bersabda: مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ أَوْ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَثُمَّ يَقُولُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُإِلاَّ فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ. Tidaklah salah seorang di antara kalian berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan akan dibukakan baginya lapan pintu-pintu syurga. Dia boleh masuk mengikuti mana-mana sahaja (pintu) yang dikehendakinya. – Hadis riwayat Imam Muslim )

20 Solat sunat wudhu ‘Uthman RA pernah menceritakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mengerjakan solat dua rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (yakni mengerjakannya dengan khusyuk) nescaya Allah akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lalu. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari


Download ppt "10 MEI 2013 BALAI IBADAT KG. MATA-MATA. 10 SIRI KULIAH 1. PENDAHULUAN & WUDHU 2. RUKUN SOLAT 3. RUKUN SOLAT 4. RUKUN SOLAT 5. WIRID SELEPAS SOLAT 6. MUWAFIQ."

Similar presentations


Ads by Google