Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

MENANGANI KRISIS MENURUT PETUNJUK AL-QUR’AN

Similar presentations


Presentation on theme: "MENANGANI KRISIS MENURUT PETUNJUK AL-QUR’AN"— Presentation transcript:

1 MENANGANI KRISIS MENURUT PETUNJUK AL-QUR’AN
oleh Wan Roslili Abd Majid Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

2 TAKRIF KRISIS Keadaan tidak stabil atau tidak tenteram yang boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian (perkembangan, perubahan dan lain-lain). Keadaan yang lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yang genting, kegentingan, ketegangan, keributan. Kesimpulannya, krisis merupakan salah satu bentuk dugaan dan ujian yang menimpa hidup manusia. INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

3 Al-Qur’an menjelaskan :
Terjemahan : “Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Mulk 67 : 2) INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

4 BENTUK-BENTUK KRISIS Krisis yang berlaku melibatkan pelbagai pihak dan terdiri daripada pelbagai bentuk seperti yang berikut : Peribadi Rumahtangga/keluarga Tempat kerja Masyarakat Negara INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

5 1. Peribadi Krisis atau konflik yang dialami secara peribadi :
Tekanan perasaan, Tekanan jiwa, Kurang keyakinan diri, Konflik personaliti, identiti dan jantina, Keliru terhadap tanggungjawab dan peranan. INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

6 Langkah Mengatasi : Menghayati ajaran Islam – banyak mengingati Allah (…”(iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah, hati menjadi tenteram.” (Surah al-Ra`d 13 : 28) Bergaul dengan orang yang dapat memberikan bimbingan dan nasihat yang berguna Menghadiri majlis-majlis keilmuan yang dapat menjernihkan jiwa dan membina semangat diri yang teguh Mendapatkan khidmat kaunseling INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

7 2. Rumahtangga/Keluarga
Masalah atau krisis rumahtangga dan keluarga : Pertelingkahan antara pasangan suami isteri, Ketidakpuasan hati yang tidak dapat diluahkan Kerenggangan hubungan antara sesama ahli keluarga Perceraian dsb. INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

8 Langkah Mengatasi : Mengadakan perbincangan dari hati ke hati
Menjalankan aktiviti secara bersama Meluangkan lebih banyak masa untuk bersama Mengenal pasti kelemahan diri masing-masing dan berusaha memperbaiki Berusaha mewujudkan suasana harmoni, ceria dan mesra dalam keluarga INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

9 3. Tempat Pekerjaan Krisis yang dialami di tempat bertugas :
Hubungan dengan majikan/pekerja, Rakan sekerja, Suasana persekitaran pejabat, Beban pekerjaan, Jenis pekerjaan, Peluang untuk meningkatkan kerjaya, kemahiran dan kemajuan diri. INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

10 Langkah Mengatasi : Mengenal pasti masalah yang menyebabkan hubungan dengan majikan dan rakan sekerja menjadi tegang – turut menimbulkan masalah besar dalam pelaksanaan tugas. Majikan sikap/tanggungjawab pekerja prestasi pekerja (tidak bersemangat, tidak cemerlang) kerjasama pekerja kurang dedikasi INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

11 mudah dipengaruhi/terima aduan sukar berinteraksi dan wujudkan jurang
Pekerja tidak adil mudah dipengaruhi/terima aduan sukar berinteraksi dan wujudkan jurang kurang berikan dorongan dan peluang untuk tingkatkan kerjaya kurang berikan kepercayaan tidak prihatin kebajikan INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

12 tidak membantu/bekerjasama tidak profesional
Sesama Rakan Sekerja tidak membantu/bekerjasama tidak profesional buruk sangka/hasut-menghasut/adu- domba pentingkan diri INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

13 Mencari jalan penyelesaian yang terbaik Majikan dan pekerja :
berbincang dengan penuh hikmah – “bermesyuaratlah dengan mereka dalam sesuatu perkara.” (al-qur’an) bersikap telus bersedia untuk menerima kritikan dan teguran bersedia untuk membuat perubahan dan memenuhi tuntutan saling memaafkan dan mengamalkan sifat terbuka INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

14 seimbangkan antara upah yang diterima dengan bebanan tugas
Majikan : seimbangkan antara upah yang diterima dengan bebanan tugas perhatian berat terhadap kebajikan wujudkan saluran untuk mendengar kritikan berikan kepercayaan dan bimbingan yang sewajarnya elak “menghukum” tanpa memberikan peluang INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

15 kenal pasti keupayaan dan kelemahan diri
Pekerja : kenal pasti keupayaan dan kelemahan diri tingkatkan kemajuan diri, motivasi diri dan prestasi kerja melalui pelbagai cara amalkan pelbagai sifat positif (bertanggungjawab, bekerjasama, amanah) sesama pekerja : tanggungjawab majikan – 4 fungsi pengurusan : rancang, urus, pimpin, kawal – bagaimana nak wujudkan suasana yang harmoni semai akhlak mulia : mengawal tutur bicara, utamakan kepentingan rakan yang lain, utamakan kesatuan, elakkan perpecahan, semangat berpasukan berkasih sayang dsb. INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

16 Tekanan di tempat kerja
Sentiasa dapatkan “mood” yang terbaik untuk laksanakan tugas Bebanan tugas - rehatkan minda dan diri Berikan prioriti pada tugas Elak beri tumpuan pada perkara-perkara yang mengganggu tugas Mohon bantuan dan bimbingan INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

17 4. Masyarakat Krisis yang dialami dalam masyarakat : masalah keruntuhan akhlak dan masalah-masalah sosial : Masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah, Penggunaan pil ekstasi secara berleluasa di kalangan remaja, Pergaulan bebas, Aktiviti samseng, Ponteng kelas, Merokok, Vandalisme Kegiatan di pusat permainan video. INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

18 Langkah Mengatasi : Memberikan pendidikan Islam yang mantap terhadap anak – sekaligus membentuk jati diri yang tinggi dan ketahanan diri yang maksimum untuk menghadapi cabaran. Mengeratkan hubungan kekeluargaan. Penglibatan para pendidik secara aktif untuk membantu menyelesaikan krisis melalui bimbingan kaunseling yang berkesan. INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

19 Menutup pusat-pusat video
Penyediaan peruntukan untuk melaksanakan kempen kesedaran dan menyelesaikan pelbagai masalah sosial seperti penyelahgunaan dadah (ekstasi : 2 juta ringgit /penyalahgunaan dadah : 94 juta ringgit – Belanjawan 2001) Menutup pusat-pusat video INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

20 Melaksanakan persekolahan satu sesi – mengurangkan kadar gejala sosial negatif di kalangan pelajar. Kualiti pendidikan dapat ditingkatkan dan pelajar dapat menyertai lebih banyak aktiviti kokurikulum. Mempercepatkan keputusan peperiksaan SPM mulai tahun 2001 – menjimatkan waktu menunggu bagi pelajar-pelajar selepas menduduki peperiksaan dan mempercepatkan proses kemasukan ke institusi pengajian tinggi – ia turut membantu menghindarkan pelajar menghabiskan waktu dengan sia-sia dan mengurangkan potensi mereka terjebak dalam gejala-gejala negatif. INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

21 5. Negara Krisis Sosial Tragedi 13 Mei. Pergaduhan antara kaum Melayu dan Cina yang tercetus pada 13 Mei 1969 merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat dibendung lagi. INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

22 Faktor Pencetus Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan pilihanraya 1969 selesai diumumkan yang menunjukkan undi yang diperoleh Parti Perikatan (parti pemerintah) di beberapa buah negeri seperti di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu telah merosot. INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

23 Perarakan-perarakan kemenangan yang dianjurkan oleh parti pembangkang dan UMNO benar-benar telah menaikkan semangat antara kedua-dua pihak di pihak kaum Melayu yang merasakan kedudukan mereka tercabar dan pihak bukan Melayu yang semakin angkuh untuk memerintah dan mengetepikan orang Melayu. Perarakan provokatif yang membakar semangat perkauman inilah yang menjadi punca tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 yang banyak mengorbankan jiwa, harta dan membawa kesan yang mendalam dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Peristiwa tersebut dianggap sebagai titik hitam dalam sejarah Malaysia. INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

24 Langkah Mengatasi : Pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Ia berperanan: Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna Mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara. INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

25 1. 1. Jabatan Perpaduan Negara, Majlis. Muhibah Negara dan Majlis
1.1. Jabatan Perpaduan Negara, Majlis Muhibah Negara dan Majlis Perundingan Negara INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

26 (ii) Krisis Ekonomi Pada bulan Julai 1997, kegawatan ekonomi melanda ekonomi Asia Timur termsuk Malaysia. Ia dicetuskan oleh mata wang Thailand (bhat) yang mengalami kejatuhan nilai yang teruk selepas diapungkan urus niaganya pada 2 Julai 1997 berikutan serangan spekulator. Pasaran aset dan mata wang negara-negara rantau Asia merudum secara tiba-tiba. Pertumbuhan ekonomi Malaysia menerima kesan buruk secara tiba-tiba. Penguncupan ekonomi ini jauh berbeza dengan kemelesetan yang pernah dialami pada tahun-tahun 1980-an kerana pada masa itu, kejatuhan ekonomi disebabkan kejatuhan harga pasaran komoditi dunia, diikuti oleh penurunan pasaran hartanah. INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

27 Langkah Mengatasi : Beberapa siri tindakan dasar telah diambil untuk menangani krisis kewangan dan menstabilkan ekonomi : Pembentangan Belanjawan Tahun 1998 dan selepas itu, pakej polisi pada 5 Disember mengandungi langkah untuk mengurangkan defisit akauan semasa, mengukuhkan imbangan pembayaran dan akauan fiskal, meningkatkan daya saing dan memastikan kestabilan kewangan. INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

28 Penubuhan MTEN pada 7 Januari 1998 sebagai sebuah badan perunding kepada kabinet untuk menangani masalah ekonomi - berperanan memberikan cadangan kepada kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara dan mengelakkannya daripada mengalami kemerosotan. INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

29 Sehubungan itu juga Pelan Pemulihan Ekonomi Negara dirangka oleh MTEN
Sehubungan itu juga Pelan Pemulihan Ekonomi Negara dirangka oleh MTEN. Malaysia dicadangkan memberikan perhatian terhadap pencapaian matlamat dan bidang utama untuk tindakan yang akan menstabilkan pasaran, memperkukuh asas ekonomi, menangani agenda sosio ekonomi dan sektor yang terjejas teruk akibat krisis ekonomi. INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

30 Menstabilkan nilai ringgit Mengembalikan keyakinan pasaran
Teras utama Pelan Pemulihan terkandung dalam enam matlamat yang digariskan seperti berikut : Menstabilkan nilai ringgit Mengembalikan keyakinan pasaran Mengekalkan kestabilan pasaran kewangan Memperkukuh asas-asas ekonomi Meneruskan agenda ekuiti dan sosio ekonomi Memulihkan semula sektor-sektor yang terjejas teruk INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

31 PENJELASAN AL-QUR’AN TENTANG MUSIBAH YANG MENIMPA MANUSIA
1. Terjemahan : “Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Surah al-Hadid 57 : 22) INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

32 (Surah al-Taghaabun 64 : 11)
2. Terjemahan : “Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah al-Taghaabun 64 : 11) INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

33 3. Terjemahan : “Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah daripada Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka daripada (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi.” (Surah al-Nisa’ 4 : 79) INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

34 4. Terjemahan : “Maka mereka ditimpa oleh akibat buruk daripada apa yang mereka usahakan. Dan orang yang zalim antara mereka akan ditimpa akibat buruk daripada usaha mereka dan mereka tidak dapat melepaskan diri.” (Surah al-Zumar 39 : 51) INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

35 SIFAT MANUSIA APABILA MENGHADAPI MUSIBAH
1. Terjemahan : “Dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali bertaubat kepada-Nya, kemudian apabila Tuhan merasakan kepada mereka sedikit rahmat daripada-Nya, tiba-tiba sebahagian daripada mereka mempersekutukan Tuhannya. Sehingga mereka mengingkari akan rahmat yang telah Kami berikan mereka. Maka bersenang-senanglah kamu sekalian, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu). INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

36 Atau pernahkah Kami menurunkan kepada mereka keterangan, lalu keterangan itu menunjukkan (kebenaran) apa yang mereka selalu mempersekutukan dengan Tuhan? Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.” (Surah al-Rum 30 : 33 – 36) INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

37 2. Terjemahan : “ Jika mereka berpaling maka Kami tidak mengutus kamu sebagai pengawas bagi mereka. Kewajipanmu tidak lain hanyalah menyampaikan (risalah). Sesungguhnya apabila Kami merasakan kepada manusia sesuatu rahmat daripada Kami, ia bergembira ria kerana rahmat itu. Dan jika mereka ditimpa kesusahan disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, (nescaya mereka ingkar) kerana sesungguhnya manusia itu amat ingkar (kepada nikmat).” (Surah al-Syura 42 : 48) INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

38 LANGKAH TERBAIK MENGHADAPI MUSIBAH
1. Terjemahan : “…(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, `Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun.’ (Surah al-Baqarah 2 : 156) INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

39 2. Terjemahan : “…Dan berilah khabar gembira kepada orang yang tunduk patuh (kepada Allah) (iaitu) orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang yang mendirikan solat dan orang yang menafkahkan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka.” (Surah aI-Hajj 22 : 34 – 35) INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

40 3. Terjemahan : “Dan berapa banyak Nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar daripada pengikut (mereka) yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa mereka selain ucapan, `Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang yang melakukan kebaikan.” (Surah Ali `Imran 3 : 146 – 148) INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

41 KISAH NABI YUSUF A.S. – ANTARA TELADAN TERBAIK DALAM AL-QUR’AN
Kisah hidup Nabi Yusuf a.s. Diuji pelbagai rintangan ; iri hati saudara-saudaranya, dipisahkan daripada ayahandanya, Ya`qub a.s. Dijual beli dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mulia lagi berharta. Digoda oleh bonda angkatnya sendiri, Zalikha Wanita-wanita Mesir terpikat kekacakan dirinya Memilih untuk dipenjarakan dan dikurniakan keupayaan menta`birkan mimpi INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

42 Menta`birkan mimpi raja – dibebaskan dari penjara
Menta`birkan mimpi sahabat sepenjara – ta`bir mimpi menjadi kenyataan tetapi sahabat tersebut lupa menceritakannnya kepada raja Mesir Menta`birkan mimpi raja – dibebaskan dari penjara Memperoleh kedudukan yang mulia di sisi raja – dilantik menjadi Menteri Kewangan Mesir Merangka strategi menangani krisis kebuluran negeri Mesir – 7 tahun kemarau Membantu keluarga Merancang strategi untuk menyedarkan saudara-saudara baginda Memperoleh kembali kasih sayang ahli keluarga tercinta terutama ayahanda yang dirindui dan dikasihi, Ya`qub a.s. INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA

43 Wallahu A`lam INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA


Download ppt "MENANGANI KRISIS MENURUT PETUNJUK AL-QUR’AN"

Similar presentations


Ads by Google