Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
Published byTheo Andriana Modified over 9 years ago
1
K2 BMK pada batu bersurat Ciri bahasa Melayu Klasik
Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM
2
Pengenalan Penggantian Bahasa Melayu Kuno oleh Bahasa Melayu Klasik dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Bahasa Melayu mengalami banyak penambahan dari segi kosa kata, struktur ayat, dan tulisan yang seterusnya membentuk ciri bahasa itu sendiri.
3
Catatan pada Batu Bersurat tentang Kebudayaan Islam
Batu bersurat yang menggunakan tulisan Arab berbentuk kufi: Pekan, Pahang (1020M) Wilayah Phanrang, Champa (1039M) Bandar Seri Begawan, Brunei (1048M) Bahasa Arab dengan kaligrafi niski (popular di India pd pertengahan abad ke-13) Batu nisan Sultan Malik al-Salleh (1297M)
4
Contoh lain - BMK pada Batu bersurat Abad ke-14
Terdapat tiga batu bersurat yang penting: a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India yang mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7. b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India . Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu ( ) ditulis dalam tulisan Jawi. Hal ini membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu ketika itu. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul hasil kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
5
Bahasa Melayu klasik dalam bentuk tulisan mula pesat pada abad ke-14 dan seterusnya
Kegemilangan bahasa Melayu klasik boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting: Zaman kerajaan Melaka Zaman kerajaan Acheh Zaman kerajaan Johor-Riau Antara tokoh-tokoh penulis zaman Acheh yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
6
Ciri Bahasa Melayu Klasik – sistem tulisan kosa kata dan tatabahasa
1.Meluasnya penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang, yang kini tidak digunakan lagi. Antaranya, adalah seperti "syahadan", "maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan "adapun". Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat yang sedemikian.
7
2. Struktur ayat Ayat panjang-panjang, berulang-ulang dan berbelit-belit, gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Sebagai contoh, : Maka apabila dibawalah akan mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta disuruh perbela akan dia baik-baik. Terdapat ayat atau klausa songsang dengan pendepanan predikat kesan daripada pengaruh tatabahasa Arab. Contoh: Maka berperanglah Feringgi dengan orang Melaka (HHT) Dalam konteks bahasa Melayu moden, ayat lebih ringkas, padat dan tepat, sesuai dengan fungsinya untuk mengungkapkan konsep, idea, dan buah fikiran yang abstrak dan kompleks, yang melibatkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden.
8
3. Bentuk pasif Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh, : Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim, diserahkannya mengaji kepada mualim …… Maka dilihatlah tanah nagara bukit menjadi seperti warna emas…..
9
4.Penggunaan Partikel atau kata penegas ‘lah’ dan ‘pun’
Banyak mengguna partikel ‘pun’ dan ‘lah’ Contoh; adapun, bertitahlah, berebutlah dsb “Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan orang rupanya” (Sejarah Melayu hal 55) Batu pun habis berpelantingan, Syahbandar pun turunlah
10
5. Banyak memperlihatkan kosa kata bahasa Arab, Sanskrit dan klasik
Disebabkan pada waktu itu bahasa Sanskrit dan bahasa Arab kukuh bertapak di kepulauan Melayu dan bahasa Melayu klasik banyak menerima pengaruh daripada kedua-dua bahasa ini. Arab: Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam, takzim dll Sanskrit: dosa, pahala, raja dll Klasik: berahi (cinta), gharib (ganjil) ratna mutu manikam (batu permata) masygul (dukacita, sedih) ceritera (cerita) amarah (marah) dsb.
11
Menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’
Menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’.(khamis, zakat, syarat…) Unsur falsafah islam wujud dalam beberapa tulisan seperti dalam bidang ilmu kalam, tasawuf, ilmu aqaid, al iman dll. Dalam konteks bahasa Melayu moden pula, pengaruh kedua-dua bahasa tersebut masih lagi wujud, terutamanya dari segi kosa katanya. Walau bagaimanapun, pengaruh bahasa Inggeris kini lebih dominan iaitu meliputi pelbagai aspek, seperti perbendaharaan kata umum, istilah, sistem morfologi dan struktur ayat.
12
6. Bahasa istana bahasa Melayu klasik lebih bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem panggilannya. Contoh; ‘sembah, beta, titah, berangkat, gering dsb. Disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana. Keadaan ini berbeza dengan bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu moden lebih banyak memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu biasa, yang mempunyai pelbagai larasnya, sesuai dengan fungsinya sebagai bahasa ilmu.
13
7. penggunaan kiasan, perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi
Penggunaan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. Terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan suasana penceritaan.
14
8. Morfologi Penggunaan imbuhan
Awalan ‘mar’ dan ‘ni’ dalam BM Kuno digantikan dengan ‘ber’ dan ‘di’ Contoh berlepas, diperbuat
15
Peranan BMK Peranan kebudayaan – memperkembangkan kebudayaan Melayu Islam Peranan Kemasyarakatan- lambang jati diri bangsa dan alat penyatuan pelbagai suku bangsa/kaum Peranan pendidikan – menyebarkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti agama, kesusasteraan dan perundangan. Juga alat menyampaikan pengajaran, panduan dan tatacara. Peranan ekonomi- bahasa perdagangan (lingua franca) dan bahasa perantaraan antara para pedagang.
16
Latihan Nyatakan ciri BMK Peranan BMK Sekian, terima kasih.
Similar presentations
© 2024 SlidePlayer.com Inc.
All rights reserved.