Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

KECERDASAN PELBAGAI & GAYA PEMBELAJARAN

Similar presentations


Presentation on theme: "KECERDASAN PELBAGAI & GAYA PEMBELAJARAN"— Presentation transcript:

1 KECERDASAN PELBAGAI & GAYA PEMBELAJARAN

2 Definisi Kecerdasan Gardner
Kebolehan menyelesaikan masalah dalam kehidupan Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan Kebolehan menghasilkan sesuatu atau menyumbang khidmat yang dianggap berguna dalam budaya masing-masing.

3 7 Jenis Kecerdasan Dalam ‘Frames of mind: The theory of multiple intelligences’, 1983, Howard Gardner mengemukakan 7 jenis kecerdasan. Tetapi, Bilangan kecerdasan tidak terhad kepada yang dikemukakannya sahaja. Setiap satu daripada 7 kecerdasan mengandungi sub-kecerdasan lagi.

4 1. Kecerdasan Verbal Linguistik
Kebolehan berfikir dengan perkataan; menggunakan bahasa untuk menyatakan aras memahami maksud yang kompleks. Penulis buku, penyajak, jurnalis, pembaca berita, penceramah, ahli politik – menunjukkan kecerdasan linguistik yang tinggi.

5 Petunjuk: Suka mendengar dan bergerak balas kepada bunyi, ritma, dan bahasa lisan. Suka permainan menggunakan perkataan. Belajar melalui bacaan, menulis, mendengar dan berbincang. Boleh bercakap kepada pelbagai jenis pendengar – meyakinkan, mempengaruhi, penuh perasaan dll. Menunjukkan kebolehan belajar bahasa asing.

6 2. Kecerdasan Logik-matematik
Kecerdasan ini membolehkan seseorang mengira dengan mudah, atau menyelesaikan masalah matematik yang kompleks. Saintis, ahli matematik, akauntan, jurutera, pengaturcara komputer menunjukkan kebolehan logik-matematik yang tinggi.

7 Petunjuk: Mengguna simbol abstrak untuk menyatakan objek / konsep konkrit. Menunjukkan kemahiran menyelesaikan masalah logikal. Boleh mengenali pola & hubungan. Suka operasi kompleks – kalkulus, fizik, pengaturcaraan komputer, kaedah penyelidikan. Berfikir secara matematik – kumpul bukti, buat hipotesis, bina model, beri contoh yang menentang, & bina hujah yang meyakinkan.

8 3. Kecerdasan Visual Ruang
Kebolehan berfikir dalam 3 dimensi. Kebolehan ‘melihat’ imej luar & dalam; mencipta, menukar, atau mengubahsuai imej tersebut. Kebolehan ‘melayari’ ruang. Kebolehan menghasilkan / memahami maklumat grafik. Pelaut, pilot, pelukis, arkitek, pengukir batu di antara orang yang mempunyai kecerdasan visual ruang.

9 Petunjuk: Belajar dengan melihat & memerhati. Kenal muka, objek, bentuk, warna, & pemandangan. Boleh keluar dari hutan, memandu di jalan yang sebok, melayari laut & sampai ke pantai. Melihat dalam bentuk imej – berfikir dalam bentuk gambar – guna gambaran untuk ingat sesuatu. Suka melukis, mewarna, mengukir – hasilkan sesuatu dalam bentuk yang boleh dilihat. Boleh fahami peta, rajah dan carta dengan mudah.

10 4. Kecerdasan kinesthetik
Kebolehan memanipulasi objek dan mencapai kemahiran fizikal yang tinggi. Kebolehan menggunakan tubuh badan untuk survival. Ditemui di kalangan menari, pelakon, ahli sukan, pencipta, doktor bedah, pemandu kereta lumba dll.

11 Petunjuk: Belajar dengan sentuhan, pegang, manipulasi bahan pembelajaran. Mempunyai pergerakan refleks yang baik – imbangan, kelembutan, ketangkasan. Suka belajar melalui penglibatan & pengalaman konkrit – lawatan, bina model, main peranan, permainan dll. Menunjukkan kemahiran berlakon, bersukan, menari, menjahit, mengukir dll.

12 5. Kecerdasan Muzik Jelas dapat dilihat pada individu yang sensitif kepada bunyi, melodi, ritma dan nada. Ditemui di kalangan penghibur, pencipta, konduktor, jurutera rekording, pembuat alat muzik dll.

13 Petunjuk: Perihatin & minat kepada bunyi – suara manusia, bunti alam sekitar, muzik dll. Suka, seronok dan cari peluang untuk dengar muzik / bunyi alam sekitar semasa belajar. Bergerak balas kepada muzik secara kinesthetik, emosi dan intelek. Boleh bermain alat muzik. Kenal, perihatin dan bincang tentang pelbagai stail muzik, pengaruh budaya dll.

14 6. Kecerdasan Interpesonal
Kebolehan mamahami dan berinteraksi dengan baik. Ditemui di kalangan ahli politik, guru, pemimpin agama, kaunselor, juru jual dll.

15 Petunjuk: Rapat dengan ibu bapa dan boleh berinteraksi dengan orang lain. Bina dan jaga hubungan & pergaulan sosial. Sedar tentang dan guna pelbagai cara untuk berhubung dengan orang lain. Memahami perasaan, pemikiran, motivasi, tingkah laku, dan gaya hidup orang lain. Suka aktiviti kumpulan – ambil bahagian bekerjasama – menjalankan tugas kumpulan. Boleh menerima perspektif orang lain.

16 7. Kecerdasan Intrapersonal
Kebolehan membina persepsi tentang diri sendiri dengan tepat dan menggunakan pengetahuan tersebut untuk merancang dan menentukan hala tuju kendiri. Ditemui di kalangan novelis, kaunselor, ahli falsafah, ahli psikologi dan ahli mistik.

17 Petunjuk: Perihatin kepada emosi dan nilai-nilai kendiri.
Dapat mencari pendekatan untuk sampaikan perasaan atau pemikiran. Berusaha untuk kenal pasti & capai tujuan hidup sendiri. Boleh bekerja bersendirian. Cuba memahami pengalaman dalaman. Berusaha untuk memenuhi hasrat sempurna kendiri.

18 KP boleh dibahagi kepada 3 kategori: 1. Kecerdasan berkaitan objek
Visual ruang Logikal-matematikal kinesthetik 2. Kecerdasan bebas verbal linguistik muzik 3. Kecerdasan berkaitan manusia Interpersonal intrapesonal

19 Kecerdasan Pelbagai Kercedasan berkaitan objek
Kercedasan berkaitan manusia Kercedasan bebas

20 Implikasi KP Persekitaran pembelajaran – menyediakan penglaman pembelajaran yang melibatkan pelajar untuk membina 7 kecerdasan. Kurikulum seimbang – memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dan mengembangkan 7 kecerdasan mereka. Guru menggunakan 7 kecerdasan dalam menyediakan bahan pengajaran. Ibu bapa dilibatkan untuk mengajar anak mereka kemahiran sosial.

21 Implikasi KP Matlamat kurikulum – mengajar supaya pelajar faham. Skop kurikulum boleh disempitkan supaya pelajar belajar lebih mendalam tentang konsep asas bidang. Pelajar belajar arah kendiri dengan memulakan dan menyiapkan projek pilihan mereka. Sekolah menekankan perkembangan kemahiran tertentu melalui penerokaan. Sekolah menggalakkan pembinaan pengetahuan dan kreativiti.

22 Implikasi KP Bakat dan minat pelajar individu boleh dikenal pasti dan dikembangkan. Pelajar diberi peluang untuk ambil bahagian dalam kokurikulum pilihan mereka. Dengan kerjasama guru, pelajar kenal pasti cara mereka harus dinilai. Maklum balas didapati daripada guru, rakan sebaya, orang luar, dan refleksi.

23 Gaya Pembelajaran Dalam keadaan yang bagaimana pelajar lebih mudah menerima maklumat? Dalam keadaan yang bagaimana pelajar boleh menyusun dan memproses maklumat? Dalam keadaan yang bagaimana pelajar dapat menyimpan maklumat?

24 Dapatan Kajian 30% pelajar ingat 75% daripada yang didengar dalam kelas biasa. 40% ingat 75% daripada apa yang dibaca & dilihat (sama ada proses maklumat dalam bentuk perkataan atau dalam bentuk gambar) 15% belajar melalui sentuhan – pegang, tulis, lukis – pengalaman konkrit. 15% pelajar cerdas kinestetik – boleh belajar dengan melakukan.

25 Bagaimana memproses maklumat
Pelajar ‘otak kiri’ belajar dengan mudah jika maklumat disusun secara logikal dan berturutan. Pelajar ‘ otak kanan’ lebih suka kepada gambaran keseluruhan terlebih dahulu, di samping pengajaran yang melibatkan gambaran, imaginasi, muzik, kesenian dan intuisi.

26 Pengaruh keadaan Persekitaran fizikal – bunyi, cahaya, suhu, tempat duduk, cara duduk mempengaruhi kebolehan belajar Keperluan emosi – diri dan orang lain Keperluan sosial – kebanyakkan pelajar prestasi rendah sangat memerlukan galakkan dari rakan sebaya

27 Gaya Pembelajaran Every human being has a learning style and every human being has strengths. It’s as individual as a signature. No learning style is better or worse than any other style. All groups – cultural, academic, male, female – include all types of learning styles. Within each culture, socio-enomic strata or classroom, there are as many differences as there are between groups. Ken & Rita Dunn

28 Soalan 1 Perkara di bawah merujuk kepada sejenis kecerdasan :-
Ingatan jangka panjang Analisis meta-linguistik Meyakinkan orang lain tentang jenis tindakan yang diambil. Intrapersonal Logikal/matematik Lisan/linguistik Interpersonal

29 Soalan 2 Gaya pembelajaran merujuk kepada cara atau gaya seseorang memproses maklumat, membuat keputusan, dan membentuk nilai. Gaya pembelajaran dapat dilihat melalui tingkah laku seseorang. Apakah persamaan dan perbezaan utama antara gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai?

30 Rujukan Campbell, Campbell & Dickinson. (1996).
Teaching and learning through multiple intelligences. Massachusetts, USA: Allyn & Bacon. Dryden, G. & Vos, J. (1994). The learning revolution. California: Jalmar Press.


Download ppt "KECERDASAN PELBAGAI & GAYA PEMBELAJARAN"

Similar presentations


Ads by Google