Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

SPK2102W: SENI DALAM PENDIDIKAN

Similar presentations


Presentation on theme: "SPK2102W: SENI DALAM PENDIDIKAN"— Presentation transcript:

1 SPK2102W: SENI DALAM PENDIDIKAN
Kuliah 1: Pengenalan Kepada Seni Dalam Pendidikan Pensyarah; Dr. Sajap Maswan Unit Multimedia IPG Kampus Tuanku Bainun

2 Pengenalan Konsep SDP Seni dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera, seni fotografi, seni mempertahankan diri dll. Kursus ini lebih memfokus kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.

3 Pengenalan Adakah pendidikan seni (visual,muzik dan persembahan) hanya membuang masa? Apakah faedah seni di ajar di sekolah-sekolah di negara ini untuk jangka masa panjang?

4 Faedah Seni dalam Pendidikan (SDP)
Beberapa pandangan yang menyokong bahawa SDP memberi manfaat dari segi jangka panjang. SDP boleh dijadikan sebagai wadah untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif bersesuaian dengan teori konstuktivisme

5 Faedah Seni dalam Pendidikan (SDP)
Beberapa pandangan yang menyokong bahawa SDP memberi manfaat dari segi jangka panjang. SDP membantu dalam memenuhi keperluan semua pelajar yang mempunyai kepelbagaian kebolehan bersesuaian dengan Teori Kecerdasan Pelbagai (1983) oleh Howard Gardner

6 Faedah Seni dalam Pendidikan (SDP)
Beberapa pandangan yang menyokong bahawa SDP memberi manfaat dari segi jangka panjang. Hermann (1991) di dalam “Quadrant Concept “ yang mengkaji perkembangan otak kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu.

7 Faedah Seni dalam Pendidikan (SDP)
Beberapa pandangan yang menyokong bahawa SDP memberi manfaat dari segi jangka panjang. Einstein - Gabungan dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kecerdasan muzik, intuitif, personal, intrapersonal, praktik, estetika, holistik, analitik, emosional, fizikal dan intelektual dalam pendidikan kanak-kanak

8 Faedah Seni dalam Pendidikan (SDP)
Beberapa pandangan yang menyokong bahawa SDP memberi manfaat dari segi jangka panjang. Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni dalam Pendidikan. Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis.

9 Faedah SDP kepada Guru Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran di sekolah lebih seronok. Membantu anda memahami diri sendiri. Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah.

10 Faedah SDP kepada Guru Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, mempunyai personaliti yang seimbang, berketrampilan dan profesional. Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.

11 Matlamat Seni Dalam Pendidikan
Membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

12 Matlamat Seni Dalam Pendidikan

13 Inovatif Inovatif bermaksud kebolehan untuk membuat pembaharuan atau mengubahsuai untuk menjadikannya lebih baik, elok, berkualiti dan sebagainya.

14 Kreatif Kreatif ialah keupayaan untuk menjana idea baru, melihat masalah dari sudut yang baru dan mengambil risiko dalam mencuba sesuatu yang tidak pernah dicuba sebelumnya. Kreativiti berkait rapat dengan pengetahuan, kemahiran asas dan pemikiran kritis dan ianya boleh difahamkan sebagai penggunaan pengetahuan dan maklumat dengan cara baru.

15 Inventif Inventif – Mahir dan pentas menghasilkan sesuatu
Imagenatif – Mempunyai imagenasi/bayangan dan kreativiti yang sangat tinggi

16 Objektif Seni Dalam Pendidikan
Menghargai keindahan ciptaan Tuhan. Memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan. Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

17 Objektif Seni Dalam Pendidikan
Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasil kerja. Membuat deskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat. Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.

18 Objektif Seni Dalam Pendidikan
Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup. Mengintegrasi Seni dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan. Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

19 Objektif Seni Dalam Pendidikan
Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup. Mengintegrasi Seni dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan. Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

20 Teori Pembelajaran

21 Teori Pembelajaran Behaviorism Pembelajaran berlaku sekiranya terdapat perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan. Kognitivisme Pembelajaran berlaku sekiranya terdapat perubahan dalam pemikiran

22 Teori Pembelajaran Konstuktivisme
Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Pembelajaran konstruktivisme menggalakkan murid mencari idea, membuat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi.

23 Teori Pembelajaran Konstuktivisme
Murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

24

25 Ciri-Ciri Pembelajaran Konstuktivisme
Menggalakkan murid bertanya sesama sendiri dan guru. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran. Menyokong pembelajaran secara koperatif. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.

26 Ciri-Ciri Pembelajaran Konstuktivisme
Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang Pembelajaran.

27 Ciri-Ciri Pembelajaran Konstuktivisme
Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid mempelajari sesuatu idea. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.

28 Aktiviti SDP

29 Teori Kecerdasan Pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dengan tajuk “seven ways of knowing, perceiving and understanding life” “Tujuh cara mengetahui, menyedari dan memahami kehidupan” p/s - 1 lagi kecerdasan telah di tambah dalam teori ini kemudiannya.

30 8 Jenis Kecerdasan Verbal-linguistik Logik-matematik Visual-ruang
Kinestetik Muzik Interpersonal Intrapersonal Naturalis

31

32 8 Jenis Kecerdasan

33 8 Jenis Kecerdasan

34 8 Jenis Kecerdasan

35 having, using, or showing imagination; having great creative powers
Terima Kasih


Download ppt "SPK2102W: SENI DALAM PENDIDIKAN"

Similar presentations


Ads by Google