Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESSIONAL PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH UNTUK PEMBELAJARAN (SBAfL) BAGI GURU-GURU BAHASA MELAYU TAHUN 7 17- 20 JANUARI 2011.

Similar presentations


Presentation on theme: "PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESSIONAL PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH UNTUK PEMBELAJARAN (SBAfL) BAGI GURU-GURU BAHASA MELAYU TAHUN 7 17- 20 JANUARI 2011."— Presentation transcript:

1 PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESSIONAL PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH UNTUK PEMBELAJARAN (SBAfL) BAGI GURU-GURU BAHASA MELAYU TAHUN JANUARI 2011

2 1 FOKUS PROGRAM JADUAL PROGRAM HARI MODUL SESI 2 3
PAGI Falsafah dan rasional SBAfL Pelbagai tugasan penilaian mengikut tahap kemampuan pelajar (Designing differentiated assessment tasks). Rubrik dan penggunaannya. 4 PETANG Penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya. 5 Menghasilkan keputusan penilaian yang sahih dan boleh dipercayai (trustworthy). BCATs dan Syllabus and Teacher Guideline

3 OBJEKTIF PROGRAM Pada akhir program ini, peserta harus menunjukkan pengetahuan dan berkemampuan untuk: Memahami konsep SBAfL Melaksanakan SBAfL terkini sebagai amalan pengajaran seharian. Mempraktikkan SBA berdasarkan prinsip-prinsip penilaian untuk pembelajaran (AfL). Memenuhi keperluan Penilaian Kendalian Sekolah Untuk Pembelajaran (SBAfL) berdasarkan SPN21. Mengaplikasikan kriteria penilaian untuk menilai pelajar. Mempraktikkan struktur, proses, teknik, dan sumber sokongan yang sedia ada untuk membantu memenuhi kehendak SBAfL.

4 Falsafah dan Rasional SBAfL
MODUL 1 Falsafah dan Rasional SBAfL

5 SPN21: PENILAIAN Cara penilaian yang sah diperlukan untuk menilai pencapaian pelajar dalam pelbagai aspek kemahiran, pengetahuan dan sikap (SKA). Penilaian kendalian sekolah untuk pembelajaran (SBAfL) akan dilakukan secara berterusan bertujuan untuk program diagnostik dan intervensi. Penilaian yang dilakukan dalam SBA JUGA dikendalikan dalam bentuk penilaian sumatif. SBA harus dipantau dan dipraktikkan.

6 Penilaian Formatif Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

7 Penilaian Sumatif Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum

8 Definisi & Konsep SBAfL
PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH UNTUK PEMBELAJARAN School Based Assessment for Learning atau SBAfL: Definisi & Konsep SBAfL

9 Definisi dan Konsep SBAfL
School Based Assessment Assessment for Learning School Based Assessment for Learning Penilaian Kendalian Sekolah Penilaian untuk Pembelajaran Penilaian Kendalian Sekolah untuk Pembelajaran

10 Proses Penilaian Kendalian Sekolah (SBA) ke arah SBAfL Merupakan elemen penilaian yang tidak terpisah daripada proses pengajaran dan pembelajaran. SBA melibatkan guru dari awal hingga akhir pengajaran: 1. Bermula dari perancangan program penilaian. 2. Kemudian mengenal pasti dan/ atau mengembangkan tugas atau aktiviti penilaian yang tepat. 3. Sehingga membuat dan menentukan keputusan penilaian. 4. SBA membolehkan guru untuk mengumpulkan sejumlah contoh atau sampel prestasi kerja pelajar dalam satu tempoh. 5. SBA dapat diadaptasi dan diubah suai oleh guru untuk memenuhi tujuan pembelajaran dan pengajaran dengan penilaian yang sesuai.

11 6. SBA dilakukan di kelas biasa dan bukan di dewan peperiksaan. 7
SBA dilakukan di kelas biasa dan bukan di dewan peperiksaan SBA dilakukan oleh guru pelajar itu sendiri dan bukan orang lain Ini melibatkan pelajar lebih aktif dalam proses penilaian, terutamanya jika penilaian kendiri (self-assessment ) dan penilaian rakan sebaya (peer assessment) dapat digunakan sepenuhnya asalkan ia selaras dengan penilaian guru Hal ini membolehkan guru untuk memberikan maklum balas segera dan konstruktif kepada pelajar SBA menggalakkan penilaian dan perubahan secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran (Penilaian sumatif perlu dilaksanakan dalam bentuk penilaian formatif) SBA adalah prasyarat penting untuk membudayakan konsep penilaian untuk pembelajaran (AfL).

12 Penilaian untuk Pembelajaran (AfL)
1. Setiap penilaian (termasuk penilaian sumatif) bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk belajar. 2. Aktiviti/tugasan penilaian boleh membantu pelajar belajar JIKA; a) Maklum balas dapat digunakan oleh guru dan pelajar untuk menilai diri pelajar itu sendiri dan rakan sebaya. b) Daripada maklum balas juga, proses pengajaran dan pembelajaran dapat diubah suai agar pelajar terlibat dalam proses pembelajaran.

13 Ciri-ciri Utama “Penilaian” Dalam AfL:
Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran. Ia tidak dilihat secara berasingan; Objektif atau tujuan pembelajaran dikongsi dengan pelajar dan mereka diajar bagaimana untuk mengetahui dan mengenali tahap yang ingin dicapai; Pelajar terlibat secara berterusan dalam membuat penilaian kendiri (self-assessment) dan penilaian rakan sebaya (peer-assessment); Maklum balas yang berbentuk kualitatif dan konstruktif membantu pelajar untuk memperbaiki dan meningkatkan pembelajaran mereka seterusnya; Guru, ibubapa dan pelajar secara teratur meninjau dan membuat refleksi catatan penilaian; Penilaian dalam AfL mengandaikan setiap pelajar boleh meningkatkan pembelajaran mereka.(Diadaptasi dari Reformasi Penilaian Group, 1999,p.7)

14 CONTOH SBAFl DI LUAR NEGARA
SINGAPURA HONG KONG BRUNEI DARUSSALAM (BAHASA MELAYU) Strategi penilaian untuk belajar (Black & William, 1998a, 1999 dlm Glasson: 2009) Memberikan maklum balas yang tepat dan berguna bagi meningkatkan pembelajaran pelajar. Harus menggunakan penilaian (contoh menggunakan cara penyoalan yang efektif dan mencerap kelakuan pelajar). Maklum balas secara langsung. Hasil maklum balas daripada penilaian akan membolehkan guru membuat tindakan susulan. Segala aktiviti penilaian haruslah selaras dengan hasil pembelajaran yang hendak dicapai (objektif). Kongsi sama guru dengan pelajar mengenai objektif dan kriteria yang akan dinilai dalam pembelajaran. Strategi penyoalan. Maklum balas yang efektif. Penilaian kendiri Menjadikan penilaian formatif berguna dalam penilaian sumatif

15 KERANGKA SBAfL (adaptasi daripada Davison, 2008)
RANCANGAN PENILAIAN Integrasikan penilaian dengan pengajaran dan pembelajaran Kenal pasti objektif dan sasaran Gunakan standard dan kriteria (dalam menilai) Pilih kaedah, teknik dan jangka masa sesuai dalam menilai Profil pelajar KUMPUL MAKLUMAT PEMBELAJARAN PELAJAR Pastikan: Pelbagai sumber informasi; pelajar, rakan sebaya dan guru Contoh-contoh hasil kerja pelajar Kaedah dapatan maklumat; pemerhatian, inkuiri, maklum balas dan ujian SEDIAKAN MAKLUM BALAS ATAU NASIHAT Apa perlu dilakukan dengan keputusan tadi Dapatkan maklum balas; daripada pelajar, ibu bapa Buat pembaikan terhadap; Prestasi pembelajaran pelajar Pengajaran guru Pemilihan bahan pengajaran, dsb PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN Sukatan pelajaran Kurikulum sekolah MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA PROFESSIONAL Semua dapatan perlu: Dianalisis Lihat secara menyeluruh Nilai kemajuan pelajar melalui objektif dan kriteria Semak status kebolehpercayaan dalam membuat keputusan akhir Setiap peringkat haruslah menjawab soalan-soalan berikut: - Mengapa - Siapa - Apa Bagaimana - Bila - Di mana

16 TERIMA KASIH

17 Strategi Tugasan Penilaian
MODUL 2 Strategi Tugasan Penilaian

18 Penilaian Mengikut Tahap Kemampuan Pelajar

19 Definisi Penilaian Pelbagai Tahap
Students VARY significantly in their knowledge and skills. They differ in the ways and speeds at which they process new learning and connect it to prior knowledge and understanding. They also differ in the ways they most effectively demonstrate their progress … Differentiated assessment is any assessment which takes into account these differences in the actual selection, design and content of the assessment task so that students can do different assessment activities but still be assessed on common outcomes (i.e., with common rubrics)

20 Berkait rapat dengan Penilaian untuk Pembelajaran (AfL)
SBA Berkait rapat dengan Penilaian untuk Pembelajaran (AfL) Tujuan utama dalam AfL ialah PENILAIAN tersebut DIBENTUK untuk menggalakkan pelajar belajar. Penilaian ini (AfL) dibentuk melalui Tugasan Penilaian (Assessment task/ aktiviti) Walau bagaimanapun, tugasan penilaian hanya boleh dikatakan sebagai Penilaian untuk Pembelajaran (AfL) jika: Tugasan penilaian tersebut dapat memberikan maklumat kepada guru dan pelajar apa yang telah dipelajari (maklum balas); Pelajar akan menilai diri mereka sendiri (self-assessment) dan/atau menilai rakan (peer assessment); dan Hasil penilaian tersebut dijadikan panduan guru untuk memperbaiki /meningkatkan/ mengubah suai pengajaran bagi mempastikan pelajar akan sentiasa terlibat dalam pembelajaran (menggalakkan pelajar belajar)

21 Tugasan Penilaian (Assessment Task)

22 Tugasan Penilaian (Assessment Task)
An illustrative task or performance opportunity that closely targets defined instructional aims, allowing students to demonstrate their progress and capabilities. (Suatu tugasan yang memberi peluang pelajar menghampiri sasaran yang dikehendaki) ( The assessment tasks are not learning and teaching units, but they do suggest, in broad terms, what learning needs to have taken place before students undertaken the provided assessment tasks. Teachers make professional decisions about whether or not a particular task is suitable for their students. tasks/ assessment tasks landing.html

23 Mengapa Penilaian Perlu Pelbagai Tahap?
Kebolehan pelajar berbeza dari sudut: - Pengetahuan - Kemahiran - Cara & kecepatan menerima pelajaran / maklumat baru - Cara mentafsir & mendemonstrasi pelajaran / maklumat tadi PERLU penilaian berbeza

24 Penilaian berbeza dari segi : 1. Waktu 2. Jumlah bahan 3
Penilaian berbeza dari segi : Waktu Jumlah bahan Tahap kemampuan pelajar Bahan dan sumber Jenis-jenis tugasan (contoh projek, penyelidikan tugas) Nature of teacher scaffolding and support

25 STRATEGI PENILAIAN INKUIRI ANALISIS UJIAN
PENGAMATAN INKUIRI ANALISIS UJIAN Misalnya: ujian formal dan kuiz yang boleh diberikan dalam bentuk masa tanpa had, tugasan tidak dikawal pada akhir daripada beberapa unit kerja. Ujian formal disemak dan salinan dikembalikan kepada pelajar untuk mereka melaksanakan penilan kendiri dan penilaian rakan sebaya. Misalnya: Pemerhatian kelas secara tidak langsung, menulis nota, senarai semak ketika melaksanakan pemerhatian Misalnya: jurnal atau rekod pelajar, mencatat prestasi pelajar untuk tahun ini, ulasan guru dan refleksi pelajar, portfolio yang terdiri daripada kerja bertulis, multimedia; guru atau rakan conferencing yang dipilih sendiri oleh pelajar Misalnya: penilaian prestasi yang menilai kemampuan pelajar dalam melakukan aktiviti, contohnya, pementasan drama atau membuat pembentangan; melaksanakan tugas.

26 Kepentingan Strategi Penilaian
Aktiviti atau strategi penilaian akan dapat membantu pelajar untuk belajar jika aktiviti tersebut dapat memberikan maklum balas kepada guru dan pelajar dapat membuat penilaian mengenai diri mereka sendiri atau antara satu sama lain, agar pelajar dapat melibatkan diri sepenuhnya. penilaian tersebut menjadi formatif jika penilaian tersebut dapat mengubah atau diadaptasi bagi memenuhi keperluan pelajar.

27 Strategi Penilaian Mengikut Tahap Kemampuan Pelajar
Pelajar memberikan ulasan dan ‘ujian’ Penilaian kendiri atau rakan sebaya Guru dan pelajar bersama membina rubrik Portfolio Belajar berasakan masalah Belajar berasaskan projek

28 Maklum balas yang efektif (Feedback).
Strategi SBAfL Kongsi sama guru dengan pelajar mengenai objektif (learning intentions) dan kriteria untuk berjaya dalam pembelajaran (success criteria) yang akan dinilai dalam pembelajaran. Strategi penyoalan. Maklum balas yang efektif (Feedback). Penilaian kendiri dan juga penilaian rakan sebaya (Peer-assessment). Menjadikan penilaian formatif berguna dalam penilaian sumatif. (Black & William)

29 Perancangan Penilaian
Objektif pembelajaran Apakah perkara yang akan pelajar pelajari? Kriteria Penilaian Bagaimana saya dan pelajar mengetahui bahawa pelajar telah memenuhi objektif? (iaitu melalui kriteria penilaian) Aktiviti Dalam Kelas Apakah aktiviti yang boleh membantu pelajar mencapai objektif yang ditetapkan? Maklum balas – Guru dan rakan sebaya Apakah cara saya untuk memberikan maklum balas kepada pelajar tentang peningkatan mereka dalam mencapai objektif pembelajaran? Penilaian Kendiri Apakah cara saya untuk menyediakan pelajar untuk membuat penilaian ke atas dirinya sendiri dan bagaimana maklum balas tersebut harus diterima oleh pelajar?

30 Kriteria berbentuk proses pembelajaran Rubrik
Kriteria Penilaian Kriteria berbentuk proses pembelajaran Rubrik Kriteria prestasi pelajar (performance criteria) Senarai semak (checklist)

31 Prosedur Tugasan Penilaian Berbeza Mengikut Tahap Kemampuan Pelajar
Berikan tugasan penilaian (mengikut kemahiran). Pelbagai jenis aktiviti: a) Pembentangan secara berkumpulan (laporan kemajuan pelajar) b) Lakonan c) Laporan bertulis (individu) dsb. Tugasan mempunyai TIGA tahap: Tahap RENDAH, SEDERHANA DAN TINGGI Penilaian untuk belajar: a) Gunakan Penilaian formatif untuk menyemak pemahaman pelajar tentang topik dan sub-topik b) Gunakan Rubrik dan Senarai semak: Mengukur hasil pembelajaran

32 Scaffolding Konsep pemenaraan (scaffolding) (Nur, 2000), iaitu memberikan sejumlah bantuan kepada pelajar pada tahap-tahap awal pembelajaran, kemudian menguranginya dan memberi kesempatan kepada pelajar untuk mengambil-alih tanggung jawab sekadar yang mereka mampu. Bantuan tersebut berupa petunjuk, peringatan, dorongan, menghuraikan masalah pada langkah-langkah pemecahan, memberi contoh dan sebagainya.

33 Portfolio Himpunan hasil kerja pelajar yang dilaksanakan dalam
jangka masa pembelajarannya yang dikumpulkan secara teratur/sistematik. Portfolio ini mengambilkira kemajuan pelajar dan DINILAI berdasarkan kriteria awal yang telah ditetapkan. Fail atau buku tulis pelajar.

34 Integrasi penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran

35 Konsep Integrasi Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
To fully integrate assessment into the curriculum, think assessment-teaching-learning cycles, not just activities, i.e; follow a clear process which embeds assessment an integral component at every stage of your unit of work.

36 MODUL 3 Rubrik

37 Fokus Modul 3 Sesi 1 : Apakah rubrik?
Sesi 2 : Penggunaan rubrik dalam SBAfL Sesi 3 : Mereka bentuk rubrik untuk SBAfL

38 SESI 1: Apakah Rubrik

39 APAKAH RUBRIK ? Satu set kriteria yang digunakan untuk menilai prestasi pelajar Mengandungi komponen berikut: Kriteria Tahap pencapaian / pengukuran Deskriptor atau pemerihal

40 JENIS RUBRIK 2 jenis rubrik: 1. Holistik -
Penilaian/ pengukuran secara keseluruhan atau global. 2. Analitik - Mempunyai beberapa kriteria untuk setiap tahap pencapaian.

41 Contoh Rubrik Secara Holistik
4 Tulisan ditumpukan kepada topik Organisasi isi teratur Maklumat sokongan dan contoh mencukupi Pilihan perkataan tepat Tiada kesalahan ejaan Struktur ayat tepat dan pelbagai Tulisan mudah dibaca 5 Isi karangan agak bertepatan dengan tajuk Organisasi isi agak teratur Maklumat dan contoh belum mencukupi Pilihan perkataan sesuai tetapi masih terhad Tidak banyak kesalahan ejaan Struktur ayat tepat tetapi tiada kepelbagaian Tulisan dapat dibaca walaupun agak sukar

42 Contoh Rubrik Secara Analitik
BAHASA MELAYU RUBRIK MEMBACA TAHAP KRITERIA Sebutan Intonasi & Gaya Kelancaran Jeda CEMERLANG Sebutan tepat, jelas dan tiada kesalahan sebutan Sebutan baku Intonasi dan gaya tepat dan sesuai dengan ragam/jenis ayat dan sangat menarik Sangat lancar Mahir menggunakan jeda SANGAT BAIK Sebutan tepat dan jelas Terdapat sedikit kesalahan sebutan Intonasi dan gaya tepat dengan ragam/jenis ayat tetapi kurang menarik Lancar Menguasai penggunaan jeda tetapi kurang tepat BAIK Sebutan tepat tetapi kurang jelas Sebutan baku tetapi sedikit penggunaan dialek Ada percubaan menggunakan intonasi sesuai dengan ragam/jenis ayat tetapi kurang tepat Agak Lancar Terdapat sedikit kesilapan dalam penggunaan jeda SEDERHANA Sebutan kurang tepat dan kurang jelas Masih banyak perkataan yang salah disebut Sebutan dialek Masih banyak intonasi yang tidak tepat dengan ragam/jenis ayat Agak perlahan tetapi ada usaha untuk memantapkan kelancaran Kurang mahir dalam penggunaan jeda PERLU PEMBAIKAN Sebutan tidak jelas Terdapat banyak kesalahan sebutan Mendatar dan tidak menarik Kurang tepat dan tidak mengikut ragam/jenis teks Terlalu perlahan dan tersekat-sekat Tidak ada kemahiran menggunakan jeda

43 KELEBIHAN RUBRIK Meningkatkan pencapian pelajar dan ia menunjukkan dengan jelas kepada pelajar bagaimana tugasan mereka akan dinilai. Membantu pelajar menilai kualiti kerja mereka sendiri. Penilaian guru lebih objektif dan konsisten. Memudahkan guru untuk menjelaskan kriteria dalam istilah-istilah khusus. Mengurangkan jumlah masa guru dalam menilai tugasan pelajar. Menggalakkan kesedaran pelajar tentang kriteria yang akan digunakan dalam menilai prestasinya dan rakan sebaya. Memberikan maklum balas yang lebih informatif kepada tentang kekuatan dan kriteria-kriteria yang memerlukan peningkatan. Mudah untuk digunakan dan diterangkan.

44 SESI 2: PENGGUNAAN RUBRIK DALAM SBAfL

45 Penggunaan Rubrik Dalam rubrik, guru tidak menjangkakan pelajar untuk mendapatkan nilai yang sama pada setiap tahap: beberapa orang pelajar mungkin berada pada tahap yang baik, tetapi tidak bagi pelajar lain. Sebagai contoh penilaian untuk pembentangan: Setengah pelajar mungkin dapat membentang sesuatu tugasan dengan baik kerana mereka telah bersedia dan membuat banyak latihan, Tetapi mereka mungkin mempunyai kekurangan dari segi sebutan yang kurang baik dan suara yang kurang jelas didengar oleh audiens.

46 Penggunaan Rubrik Guru dapat menilai setiap tahap secara khusus.
Guru dapat memberikan panduan kepada pelajar untuk langkah selanjutnya dalam pembelajaran mereka. Guru dapat menyatakan secara jelas tahap pencapaian pelajar. Setiap tahap kriteria mempunyai deskriptor: Dekriptor inilah yang membantu guru dalam memberikan maklum balas kepada pelajar berkenaan apa yang mereka boleh buat dan apa yang ingin dicapai.

47 Modul 4 Penglibatan Pelajar dalam Penilaian Kendiri & Maklum Balas Rakan Sebaya

48 SESI 1: Konsep Penilaian Kendiri

49 Penilaian Kendiri Definisi Black dan William (1998a, 1999)
Penilaian kendiri membantu PELAJAR untuk: 1. Bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka, 2. Mengenal pasri kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran, 3. Menitikberatkan teknik bagaimana proses pembelajaran boleh dilaksanakan, 4. Menentukan objektif pembelajaran yang ingin dicapai, 5. Bertindak ke atas maklum balas, 6. Menilai kualiti kerja berdasarkan kriteria penilaian.

50 Kepentingan Penglibatan Pelajar-pelajar dalam Penilaian Kendiri dan Maklum Balas Rakan Sebaya
Pelajar bergantung kepada penilaian guru secara tidak langsung menyebabkan pelajar tidak bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan memerlukan bantuan guru secara keseluruhan. Penilaian kendiri dan maklum balas rakan sebaya memberi galakan kepada pelajar untuk berkomunikasi dan menggalakkan pelajar untuk belajar secara terperinci dan membantu pelajar untuk memperolehi hasil pembelajaran yang lebih baik.

51 Penilaian kendiri dan maklum balas rakan sebaya adalah cara yang berkesan untuk menyemak objektif atau kriteria penilaian dan pada masa yang sama dapat meningkatkan kesedearan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu diberikan penekanan. Meringankan beban guru dalam membuat penilaian terutama bagi jumlah pelajar yang ramai. Meningkatkan penglibatan pelajar dalam memantau dan menilai pencapaian mereka, serta membantu mewujudkan suasana bekerjasama di dalam kelas.

52 Melaksanakan Maklum Balas Rakan Sebaya dalam SBAfL

53 Latihan Teknikal Latihan Psikologi
Penilaian kendiri dan maklum balas rakan sebaya merupakan satu kemahiran yang harus dipelajari dan melibatkan Iaitu melengkapkan pelajar dengan kemahiran untuk menilai prestasi sendiri. Iaitu mempersiapkan pelajar lebih bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri. Latihan Teknikal Latihan Psikologi

54 Latihan Teknikal - Berkaitan dengan mereka bentuk kriteria penilaian dan rubrik Membantu pelajar untuk mengenal pasti dan menggunakan kriteria penilaian dengan memberikan pelbagai contoh-contoh tugasan penilaian dan demonstrasi Memberikan panduan dan galakan kepada pelajar bagaimana melaksanakan penilaian kendiri dan maklum balas rakan sebaya. Latihan Psikologi Latihan yang agak sukar bagi guru melaksanakannya kerana guru harus mempersiapkan pelajar atau mencari cara untuk pelajar mengubah cara pembelajarannya dan memberikan pemahaman konsep penilaian kendiri dan rakan sebaya yang dilaksanakan oleh guru dan rakan-rakan.

55 Perbezaan ‘Peer Assessment’ dan ‘Peer Feedback’
menyatakan : 1. ‘Peer feedback’ tidak sama dengan ‘peer assessment’. 2. ‘Peer feedback’ terjadi jika pelajar memberikan pendapat atau buah fikiran kepada rakan mereka mengenai: a) Perkara yang ‘baik’ yang telah dilakukan oleh rakan berdasarkankriteria penilaian. b) Perkara yang perlu diperbaiki atau perlu dilakukan untuk mencapai kriteria penilaian. c) Nasihat untuk rakan memperbaiki tugasan yang diberikan. 3. ‘Peer assessment’ terjadi ketika pelajar mengukur kerja rakan secara sumatif iaitu berdasarkan tahap atau gred.

56 PENEKANAN DALAM MAKLUM BALAS RAKAN SEBAYA
1. Pelajar tidak memberikan komen mengenai gred rakan. 2. Pelajar dapat memberikan pendapat atau buah fikiran kepada rakan mereka mengenai: a) perkara yang ‘baik’ yang telah dilakukan berdasarkan kriteria penilaian. b) perkara yang perlu diperbaki atau perlu dilakukan untuk mencapai kriteria penilaian. c) nasihat untk memperbaiki tugasan yang diberikan. 3. DAN setelah rakan yang diberikan komen tadi mendapat maklum balas dan dia bertindak untuk memperbaiki tugasan yang telah disarankan, maka penilaian secara formatif dipraktikkan.

57 Maklum balas rakan sebaya…. -
Maklum balas rakan sebaya… Akan berkesan bukan sahaja pembelajaran pelajar tetapi juga motavasi, harga diri dan keyakinan. - Membantu pelajar mengetahui apa yang telah mereka pelajari. - Memberikan pelajar gambaran sejauh mana mereka mencapai sasaran/matlamat (rubrik) - “bridge(s) the gap” pelajar akan mengetahui kedudukan mereka pada masa itu dengan apa yang indin mereka capai. (Cowie, 2005)

58 Dengan maklum balas rakan sebaya kita akan melihat; -. kekurangan -
Dengan maklum balas rakan sebaya kita akan melihat; - kekurangan - bekerjasama dan meningkatkan pengetahuan - penglibatan pelajar, rasa bertanggungjawab & autonomi - peka dengan kekurangan - kemahiran untuk membuat pembaikan dapat diperolehi - maklum balas diri meningkat dan tepat - menyerlahkan keyakinan diri - meningkatkan kesedaran tentang pembelajaran

59 Strategi / Teknik Memberikan Maklum Balas Rakan Sebaya
1. Dua komen positif dan satu soalan (Two Wish One Star) - Ketika memberikan komen, cara ini lebih ideal dan ‘lembut”. - Contoh: Pelajar boleh memulakan dengan ‘perkara yang saya suka ialah…………tetapi……….’ ‘pada masa akan datang, kalau boleh…………..’ 2. Maklum balas rakan sebaya menggunakan rubrik. 3. Maklum balas rakan sebaya menggunakan senarai semak 4. Maklum balas secara lisan dan bertulis daripada rakan

60 Cara mengendalikan maklum balas rakan sebaya
Membenarkan pelajar untuk memilih rakan yang mereka rasa selesa bagi melaksanakan maklum balas tersebut. Maklum balas yang diberikan kepada rakan mereka haruslah berbentuk objektif dan bukan subjektif. Guru perlu mencelah (intervene) bagi memastikan pelajar dapat bekerjasama melaksanakan maklum balas rakan sebaya.

61 SESI 2: Melaksanakan Penilaian Kendiri dalam SBAfL Isu-isu dalam melaksanakan Penilaian Kendiri & Penilaian Rakan Sebaya

62 Melaksanakan Penilaian Kendiri dalam SBAfL
Perkara penting dalam mengendalikan penilaian kendiri, Pelajar mengendalikan pembelajaran dengan baik dan dilakukan secara berdiri sendiri (independent). a) Setting learning targets strategi untuk ‘setting learning targets’ ialah 1. SMART 2. Time bound 3. Frequency of target setting 4. Time management b) Work towards achieving targets c) Evaluate progress dengan menggunakan salah satu strategi penilaian kendiri.

63 Melaksanakan Penilaian Kendiri dalam SBAfL
Ia merupakan perkara paling kompleks kerana Pelajar perlu menyatakan objektif pembelajaran (setting learning targets) mereka yang boleh dicapai atau praktikal. Mengendalikan masa dengan baik. Mencari atau menyelidik sumber untuk tugasan penilaian. Dalam penilaian kendiri guru perlu memberikan panduan dan menggunakan/memberikan contoh-contoh yang sesuai.

64 Strategi Penilaian Kendiri dalam SBAfL (Evaluate Progress)
Traffic lights Prompts I-search Porformas Graphic organisers a) Flow charts b) Fishbone maps c) Cluster mapping KWL and KWHL grids Student-led conference a) Portfolios and student-led conference

65 Cabaran-cabaran dalam melaksanakan penilaiankendiri dan maklum balas rakan sebaya
Memakan masa. Sukar untuk melaksanakan dalam jumlah pelajar yang ramai. Tidak mudah mengenalpasti kesalahan bahasa seseorang – bergantung pada bidang contoh sebutan/ strategi komunikasi vs perbendaharaan kata/ kosa kata. Pencapaian individu bergantung kepada kumpulan. Sukar untuk menyelesaikan konflik.

66 MODUL 5 Menghasilkan Keputusan Penilaian yang Sahih dan Boleh Dipercayai (Trustworthy)

67 Langkah Menghasilkan keputusan Penilaian yang sahih dan boleh dipercayai
Pastikan pelajar memahami bagaimana dan bila mereka akan dinilai. Pastikan kriteria penilaian dan proses yang dibuat adalah jelas dan telus kepada pelajar (dan ibubapa)

68 3. Pastikan pelajar mempunyai peluang untuk melihat dan menilai
3. Pastikan pelajar mempunyai peluang untuk melihat dan menilai pelbagai contoh sebagai panduan kepada pelajar Pastikan pelajar mempunyai peluang untuk menunjukkan yang terbaik (contoh: kurangkan stres dan rasa cemas pada tahap yang minimum, memberikan panduan dan sokongan yang sesuai bagi mencapai tujuan yang diharapkan dan lain-lain) Pastikan guru berkongsi dengan pelajar mengenai cara guru membuat penilaian Sampel-sampel tugasan pelajar dalam kelas yang dijadikan sebagai garis pandu guru ketika melakukan penilaian Pastikan guru menyimpan rekod untuk tujuan akuntabiliti.

69 SEKIAN TERIMA KASIH JUMPA LAGI!


Download ppt "PROGRAM PERKEMBANGAN PROFESSIONAL PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH UNTUK PEMBELAJARAN (SBAfL) BAGI GURU-GURU BAHASA MELAYU TAHUN 7 17- 20 JANUARI 2011."

Similar presentations


Ads by Google