Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS

Similar presentations


Presentation on theme: "MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS"— Presentation transcript:

1 GKB 1053 KEMAHIRAN BELAJAR KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT & PENYEDIAAN BAHAN BERTULIS
MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL MENTAFSIR DAN MEMBUAT KESIMPULAN MENILAI MAKLUMAT

2 PENGENALAN Mencari maklumat merupakan proses pertama dan mengumpul maklumat adalah proses kedua dalam kemahiran belajar. Kedua-dua kemahiran ini penting untuk dikuasai oleh pelajar. Selesai maklumat dikumpul, pelajar perlu memproses maklumat tersebut untuk digunakan semula dalam menyiapkan tugasan dan menghasilkan satu penulisan yang jelas serta sahih isi kandungannya. You can safely remove this slide. This slide design was provided by SlideModel.com – You can download more templates, shapes and elements for PowerPoint from

3 MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
Terdapat banyak tujuan data dianalisis. Antaranya: Menghubungkan fakta Mensintesis data Membandingkan fakta Mendapatkan maklumat yang tersirat Membuat kesimpulan You can safely remove this slide. This slide design was provided by SlideModel.com – You can download more templates, shapes and elements for PowerPoint from

4 ANALISIS MAKLUMAT Pra Analisis Data
Sebelum analisis data dilakukan, terdapat beberapa langkah pra analisis data yang perlu diberi perhatian oleh pelajar. Pra analisis data ini dapat memastikan bahawa pelajar dapat melaksanakan proses analisis data ini menurut kehendak tugasan yang perlu disiapkan. You can safely remove this slide. This slide design was provided by SlideModel.com – You can download more templates, shapes and elements for PowerPoint from

5 ANALISIS MAKLUMAT Pra Analisis Maklumat Mengenal Pasti Masalah
Mengenal Pasti Tajuk Senaraikan Isi Kandungan Buat Jadual Kerja/Senarai Semak Buat Pengkelasan Bahan/Susun Mengikut Isi Kandungan Mula Analisis Secara Sistematik You can safely remove this slide. This slide design was provided by SlideModel.com – You can download more templates, shapes and elements for PowerPoint from

6 MENGANALISIS MAKLUMAT
Terdapat pelbagai kaedah untuk memproses maklumat yang diperolehi. Maklumat yang dikumpul ini dikenali sebagai data. Terdapat 2 jenis data: a) data kuantitatif b) data kualitatif

7 MENGANALISIS MAKLUMAT
Data Kuantitatif Data ini diperolehi melalui alat-alat pengukuran seperti ujian, soal-selidik dan yang seumpama dengannya. Data Kualitatif Data ini diperolehi melalui temubual dengan responden, atau data yang merupakan dokumen-dokumen yang dianalisis.

8 PROSES MENGANALISIS MAKLUMAT
Membuat pengkelasan Membuat perbandingan Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan

9 1. MEMBUAT PENGKELASAN Tujuan
Mengesan ciri-ciri yang sama dan mengumpul maklumat mengikut persamaannya. Maklumat yang diperolehi tidak tersusun dan bercampur di antara satu sama lain. Maklumat ini perlu dianalisis untuk disusun mengikut kehendak soalan atau kesesuaian yang anda kehendaki.

10 1. MEMBUAT PENGKELASAN Maklumat yang telah dikumpul ini tentunya mempunyai beberapa ciri, sifat dan kualiti yang serupa. Ini akan memudahkan pelajar untuk mengenalpasti maklumat yang akan dianalisis. Terdapat beberapa cara untuk pelajar praktikkan semasa menjalankan proses membuat pengkelasan ini.

11 1. MEMBUAT PENGKELASAN Cara pengkelasan maklumat:
Kenal pasti ciri-ciri umum sesuatu bahan atau item yang diperolehi. Berikan nama kepada bahan atau item tersebut. Kenal pasti ciri-ciri lain yang ada pada bahan atau item itu. Kumpulkan ciri-ciri yang sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil. Ulang langkah di atas sehingga semua item terkumpul dapat disenaraikan dalam satu kumpulan.

12 Apakah pengurusan grafik yang sesuai untuk membuat pengkelasan?

13 2. MEMBUAT PERBANDINGAN Tujuan
Membantu pelajar membuat keputusan, membuat pengkelasan dan sesuatu generalisasi. Kebanyakan maklumat yang diperolehi kelihatan sama sahaja. Pelajar sukar membuat pilihan dalam situasi ini. Salah satu cara terbaik untuk memilih bahan yang dikehendaki ialah dengan membuat perbandingan. Perbandingan dibuat berdasarkan persamaan dan perbezaan sesuatu yang terdapat pada maklumat tersebut.

14 Apakah pengurusan grafik yang sesuai untuk membuat perbandingan?

15 3. MEMBUAT TURUTAN Tujuan
Membolehkan pelajar memilih perkara/maklumat mengikut keutamaan dan kepentingannya. Maklumat yang diperolehi perlu disusun mengikut tertib tertentu berdasarkan kepentingan, kriteria atau pun lain-lain. Susunan yang sistematik membolehkan pelajar menyimpannnya dengan teratur, mudah untuk dicapai semula dan juga untuk memahami maklumat yang terdapat pada bahan tersebut.

16 3. MEMBUAT TURUTAN Di antara susunan mengikut turutan:
Menyusun maklumat mengikut abjad seperti maklumat peribadi, jenis barangan, entri perkataan ke dalam kamus dan lain-lain. Menyusun maklumat mengikut kronologi seperti turutan peristiwa dalam sejarah, tahun penerbitan, persidangan dan seumpamanya. Menyusun maklumat mengikut saiz seperti peralatan pejabat, alat bantu mengajar dan lain-lain.

17 3. MEMBUAT TURUTAN Sambungan:
Menyusun dan menyediakan jadual kerja mengikut kepentingan seperti menyediakan senarai kerja yang perlu disiapkan, senarai tugasan mengikut tarikh penghantaran dan lain-lain. Menyusun mengikut nilai seperti menyusun hadiah mengikut penerima dan seumpamanya. Menyusun sesuatu mengikut isi kandungan seperti senarai makanan – buah, sayur dan lain-lain.

18 Apakah pengurusan grafik yang sesuai untuk membuat turutan?

19 4. MENYUSUN MENGIKUT KEUTAMAAN
Tujuan Membolehkan pelajar memberi penekanan kepada perkara yang lebih penting dan menentukan tindakan yang perlu diambil dan dilaksanakan. Maklumat dan bahan yang diperolehi perlu disusun mengikut keutamaan tertentu berdasarkan kepentingan dan kesegeraan sesuatu tugasan itu perlu disiapkan.

20 4. MENYUSUN MENGIKUT KEUTAMAAN
Perkara yang boleh dilakukan untuk membuat susunan ini ialah: Tentukan matlamat Pilih item dan bandingkan dengan item lain yang ada untuk melihat kepentingannya berdasarkan matlamat (hampir atau tidak). Ulangi langkah-langkah di atas sehingga satu rantaian maklumat atau bahan mengikut kepentingan telah disusun.

21 Apakah pengurusan grafik yang sesuai untuk menyusun maklumat berdasarkan kepentingan?

22 MENTAFSIR DAN MEMBUAT KESIMPULAN
Mentafsir maklumat memerlukan pelajar untuk memiliki kebolehan dalam memberi penjelasan yang rasional terhadap objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang telah dikumpul. Mentafsir maklumat juga boleh dibuat berdasarkan data-data yang telah dikumpulkan melalui pencarian maklumat yang telah dilaksanakan sebelum itu.

23 TUJUAN MENTAFSIR MAKLUMAT
Untuk mengesan pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperolehi. Untuk menyatakan hubungan di antara maklumat yang dikumpul. Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan. Untuk mencari maksud tersurat dan tersirat di sebalik maklumat.

24 TINDAKAN SEBELUM ATAU SEMASA MENTAFSIR DATA
Sebelum tafsiran dibuat, pastikan latar belakang isu yang sedang dikaji telah dikenal pasti, seperti masalah semasa isu tersebut. Dapatkan penjelasan, maksud dan ulasan terhadap data yang telah diproses Pastikan bahan rujukan yang sesuai sebelum data ditafsir dan boleh dibuat rujukan semula. Cari sumber dan bahan berkaitan yang dapat menyokong data yang telah ditafsir. Hasil tafsiran tersebut dapat memberi manfaat kepada isu yang sedang dikaji atau mampu memberi makna baru kepada sesuatu kajian itu.

25 Ciri-ciri pentafsiran yang boleh digunakan
Bersifat holistik Berasaskan elemen Merujuk kriteria Panca instrumen Berpusatkan bahan dan tugasan Pelbagai bentuk On-line berterusan Ciri-ciri pentafsiran yang boleh digunakan

26 MENILAI MAKLUMAT Berdasarkan tajuk tugasan yang diterima, maklumat atau bahan yang telah diperolehi perlu dinilai kesesuaiannya. Beri pertimbangan yang sewajarnya terhadap maklumat tersebut dari aspek: Kebaikan dan keburukannya Menarik atau pun tidak Benar atau salah Kesimpulan

27 Teknik Menilai Maklumat
Bandingkan fakta dengan pendapat Fakta ialah sesuatu yang diketahui umum sebagai benar, wujud dan sahih. Ianya tidak dapat dipertikaikan. Pendapat ialah pandangan seseorang terhadap sesuatu isu . Pendapat tidak semestinya benar, betul atau sahih. Tahun penerbitan dan autoriti Semak tarikh penerbitan bahan untuk memastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah yang terkini. Autoriti pula memastikan bahawa sumber maklumat yang diperolehi boleh dipercayai atau pun sebaliknya. Kumpulan sasaran dan penerbit Penting untuk menyemak sama ada maklumat yang diperolehi itu sesuai atau tidak. Maklumat yang disasarkan untuk pelajar universiti mungkin kurang sesuai untuk pelajar sekolah menengah. Bahan popular dan akademik Bahan-bahan popular biasanya banyak memaparkan pendapat dan kurang fakta berbanding bahan akademik. Bahan maklumat akademik telah mempunyai rujukan bahan maklumat yang lain yang dirujuk oleh penulis tersebut.

28 Kemahiran menilai yang diperolehi boleh membantu pelajar:
Mencari penyelesaian melalui ciri-ciri spiritual, moral, nilai dan estetika Mengubah tingkahlaku kepada yang positif dan bermakna. Memberi peluang untuk pelajar membuat transformasi dan penilaian kendiri terhadap apa yang dilakukan. Membolehkan pelajar sentiasa mempelajari sesuatu melalui apa yang dialaminya. Membuat penilaian kendiri terhadap pembelajaran Berfikir secara kritis, kreatif dan analitik dalam menangani sesuatu isu Menganalisis perkara-perkara penting dalam proses bekerja dan hasil kerja. Melihat alternatif yang ada apabila membuat kesimpulan.

29 Apakah pengurusan grafik yang sesuai untuk menilai maklumat?

30 MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS
Mensintesis adalah peringkat untuk menjadikan data dalam bentuk baru dan bersepadu. Elemen yang penting semasa proses ini ialah gabungan idea, menyusun semula, menukar ganti, mengaitkan dan mengubah suai. Sesuatu yang unik dan asli dapat dihasilkan dalam pelbagai bentuk sama ada fizikal atau lisan.

31 MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS
Perkataan yang biasa digunakan dalam proses sintesis ini ialah merumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, menggabungkan, mengintegrasikan, secara keseluruhan. Sintesis dapat memberi gambaran tentang keseluruhan maklumat dan pemahaman yang diperolehi melalui gabungan pelbagai maklumat.

32 PROSES SINTESIS Menyatukan idea Menggubal Idea Menggabungkan Idea

33 Contoh persoalan semasa sintesis dibuat…
Apakah yang anda ramalkan setelah meneliti maklumat dan bukti yang diperolehi… Apakah idea yang boleh ditambah untuk melengkapkan… Bagaimanakah anda mencipta sesuatu dari idea… Apakah yang akan terjadi sekiranya anda mengaitkan/menambahkan/menyusun semula/mengeluarkan… Apakah penyelesaian yang boleh dilakukan apabila situasi….

34 Contoh aktiviti semasa sintesis dibuat…
Menghasilkan suatu karangan yang bermutu berdasarkan suatu pengalaman yang dilalui. Membuat ucapan yang baik. Menghasilkan suatu perancangan untuk sesuatu kajian. Mengintegrasikan maklumat atau pembelajaran untuk menyelesaikan sesuatu masalah Merangka formula/skema baru untuk menghuraikan sesuatu idea, bahan atau gagasan.

35 Terima kasih atas perhatian anda…..


Download ppt "MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS"

Similar presentations


Ads by Google