Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

Similar presentations


Presentation on theme: "EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION"— Presentation transcript:

1 EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION
Dr. Ramli Bin Basri Jabatan Asas Pendidikan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia Room G28 Tel: Emel:

2 INSTRUCTIONAL SUPERVISION:
LEGAL PROVISIONS WITHIN THE CONTEXT OF MALAYSIA (Section 6, , 134 Education Act, 1996)

3 BAHAGIAN II PENTADBIRAN (Section 6, Education Act, 1996)

4 6(1) Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Nazir Sekolah
6(1) Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Nazir Sekolah. 6(2) Menteri hendaklah melantik Nazir-Nazir Sekolah lain yang difikirkan perlu bagi maksud Akta ini. 6(3)Semua Nazir Sekolah yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Nazir Sekolah.

5 BAHAGIAN X JEMAAH NAZIR SEKOLAH Bab 1 - Jemaah Nazir (Section 117-122, Education Act, 1996)

6 117. Ketua Nazir hendaklah - (a) bertanggungjawab dengan kerjasama mana-mana pihak berkuasa yang dilantik oleh Menteri, bagi memastikan bahawa taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan; (b) memeriksa institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan di periksa oleh Nazir Sekolah pada lat tempoh yang difikirkannya sesuai;

7 Ketua Nazir hendaklah - (c) apabila diarahkan supaya berbuat sedemikian oleh Menteri, memeriksa suatu institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan itu diperiksa; dan (d) menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubungan dengan pemeriksaan institusi pendidikan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri atau sebagaimana yang ditetapkan.

8 118. Ketua Nazir atau Nazir Sekolah boleh memberikan nasihat kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengerusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara-perkara yang berhubungan dengan pengajaran dan kaedah pengajaran.

9 119. Ketua Nazir atau Nazir Sekolah tidak boleh mengeluarkan apa-apa perintah atau arahan kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan kecuali setakat yang dia diberikuasa oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

10 120(1) Ketua Nazir hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang tiap-tiap institusi pendidikan yang diperiksanya menurut seksyen 117, dan jika laporan itu dibuat oleh Nazir Sekolah, dia hendaklah mengendorskan apa-apa ulasan apa-apa yang disifatkannya sesuai pada laporan itu.

11 120(2) Laporan tentang suatu institusi pendidikan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) adalah dokumen sulit tetapi boleh, menurut budi bicara Menteri, disediakan untuk didapatkan oleh mereka yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran institusi pendidikan itu dan laporan itu yang disediakan untuk didapatkan sedemikian hendaklah disediakan untuk didapatkan secara keseluruhannya.

12 121. Bagi maksud membuat pemeriksaan ke atas institusi pendidikan di bawah seksyen 117 Ketua Nazir atau Nazir Sekolah (dalam seksyen ini disebut “Nazir”) boleh - (a) pada bila-bila masa memasuki sesuatu institusi pendidikan; dan (b) mengkehendaki pengerusi lembaga pengelola atau pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu atau guru atau pekerja atau orang yang ditemui di institusi pendidikan itu -

13 (i) mengemukakan bagi pemeriksaannya mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran atau rekod yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajarkan atau dengan mata pelajaran yang diajarkan atau yang akan diajarkan atau apa-apa buku, bahan, dokumen atau barang yang berhubungan dengan atau yang pada pendapat Nazir itu mungkin ada hubungan dengan pengajaran yang dijalankan di institusi pendidikan itu atau dengan pengurusan institusi pendidikan itu; dan

14 (ii) memberikan kepada Nazir itu apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pengajaran di atau pengelolaan, institusi pendidikan itu yang diminta oleh Nazir itu, dan yang pengerusi, pengelola, atau orang lain yang bertanggungjawab ke atas pengurusan institusi pendidikan itu, guru, pekerja atau orang itu mempunyai kuasa untuk memberikan.

15 122. Ketua Nazir boleh secara bertulis memberikuasa Pegawai Pendidikan yang dilantik di bawah seksyen 4 untuk bertindak bagi pihaknya dalam perjalanan kuasa-kuasanya atau pelaksanaan kewajipan-kewajipannya di bawah Akta ini.

16 BAHAGIAN XIV KESALAHAN DAN PENALTI
(Section 134 Education Act, 1996)

17 134. Seseorang yang - (a)menghalang atau menggendalakan Ketua Nazir atau Nazir Sekolah dalam menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh seksyen 121; (b)enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, bahan, dokumen atau barang, atau enggan memberikan maklumat dengan melanggar subperenggan 121(b)(ii); atau (c)memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam apa-apa perkara yang material atau yang dia tahu adalah palsu atau yang dia tidak percayai adalah benar,

18 adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

19 EDUCATION REGULATIONS
EDUCATION (NATIONAL CURRICULUM) REGULATIONS 1997

20 Section 2: Interpretation
Additional subjects Approved syllabus Approved time-table Compulsory subjects Core subjects Elective subjects Head teacher or principal Subject Syllabus Time-table

21 Co-curricular activities means any planned activity extended from the classroom teaching and learning process that provides pupils with an opportunity to enhance, reinforce and practice the knowledge, skills and values learned in classroom Curriculum materials means all the materials used in the teaching to and learning by pupils

22 Section 3 National Curriculum
3(1) The national curriculum is an educational program that includes curriculum and co-curricular activities which encompasses all the knowledge, skills, norms, values, cultural elements and beliefs to help develop a pupil fully with respect to the physical, spiritual, mental and emotional aspecs as well as to inculcate and developed desirable moral values and to transmit knowledge.

23 3(3) Co-curricular activities in government and government-aided schools will comprise of the following participation in sports and games participation in societies and clubs participation in uniform bodies Such other activities as determined by the Minister.

24 INSPECTION 6. Schedule syllabus and time table
7. Teachers to have available copies of approved syllabus and list of pupils for inspection 8. Teachers record book 9. Schedule, syllabuses etc. in language other than the national language to be translated into the national language 10. Time-table to exhibited 11. Penalties: Teacher max RM5000 or 6 months; Head teacher for reg 6 – 10, RM500

25 Reference: Akta Pendidikan 1996 – can be downloaded from the internet.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3, 1987 – can be downloaded from list of pekeliling ikhtisas on KPM web site. Folder L9A: Kepimpinan Instructional Alimuddin Bin Hj Mohd Dom.(2006). Kepimpinan Instruksional: Peranan Pengetua dan Guru Besar Dalam Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Bilik Darjah. Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Download ppt "EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION"

Similar presentations


Ads by Google