Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

TAWARAN OPSYEN SKIM KWSP DAN PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP

Similar presentations


Presentation on theme: "TAWARAN OPSYEN SKIM KWSP DAN PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP"— Presentation transcript:

1 TAWARAN OPSYEN SKIM KWSP DAN PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP
BAHAGIAN PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

2 OBJEKTIF CERAMAH Di akhir kursus ini peserta akan mendapat pengetahuan mengenai: syarat dan prosedur pemberian opsyen Skim KWSP mengikut peruntukan Seksyen 6A(1) Akta Pencen (Akta 227) dan Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239). perbandingan di antara Skim KWSP dan Skim Pencen.

3 RASIONAL Bayaran faedah persaraan kepada pesara meningkat dari setahun ke setahun. Skim KWSP dalam perkhidmatan awam diperkenalkan bertujuan mengurangkan beban kewangan kerajaan.

4 DEFINISI AGENSI AWAM bermaksud Kementerian atau jabatan (Persekutuan dan negeri), pihak berkuasa berkanun (Persekutuan dan negeri) dan pihak berkuasa tempatan.

5 KETUA JABATAN bermaksud pegawai yang mengetuai sesebuah organisasi sama ada di peringkat ibu pejabat, bahagian, cawangan, seksyen atau unit dalam sesebuah agensi awam, iaitu termasuk ketua perkhidmatan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Jabatan.

6 PEGAWAI bermaksud pegawai atau pekerja yang dilantik secara tetap berkhidmat dengan mana-mana perkhidmatan sektor awam, kecuali Perkhidmatan Angkatan tentera.

7 PELANTIKAN TETAP Pelantikan seseorang oleh Pihak Berkuasa Melantik yang ditawarkan syarat pelantikan tetap untuk berkhidmat dengan agensi awam.

8 PELEPASAN DENGAN IZIN bermaksud kelulusan yang diberi secara bertulis oleh Ketua Jabatan membenarkan pegawainya dilantik ke perkhidmatan lain. Dengan kelulusan tersebut tempoh perkhidmatan lepas pegawai boleh diambil kira bagi tujuan pemberian faedah persaraan.

9 PERKHIDMATAN SEKTOR AWAM
bermaksud semua perkhidmatan yang disenaraikan dalam Perkara 132 (1) Perlembagaan Persekutuan (kecuali Perkhidmatan Angkatan tentera), Perkhidmatan Pihak berkuasa Berkanun (persekutuan dan Negeri) dan Perkhidmatan Pihak Berkuasa tempatan.

10 PIHAK BERKUASA MELANTIK (PBM) bermaksud pihak yang diberi kuasa secara sah untuk melantik seseorang berkhidmat dengan mana-mana agensi awam di bawah bidang kuasa PBM berkenaan.

11 PEGAWAI BERPENCEN bermaksud pegawai yang telah diberi taraf berpencen di bawah Seksyen 7 Akta 227 atau pekerja berpencen di bawah Seksyen 6 Akta 239, atau yang disifatkan sebagai pegawai berpencen di bawah Seksyen 8 Akta 227 atau pekerja berpencen di bawah Seksyen 7 Akta 239.

12 SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (SKIM KWSP)
bermaksud kumpulan wang simpanan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang SImpanan Pekerja 1991.

13 OPSYEN SKIM KWSP Subseksyen (1), Seksyen 6A, Akta 227 dan/ atau Akta 239 menyatakan peluang diberi kepada pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 memilih Skim KWSP sebelum mereka disahkan dalam jawatan. Subsekyen (3), Seksyen 6A, Akta 227 dan/ atau Akta 239 menetapkan bahawa apabila opsyen yang dibuat oleh seseorang pegawai di bawah subseksyen (1) itu berkuatkuasa, maka opsyen tersebut adalah MUKTAMAD.

14 Opsyen tidak boleh dipinda, ditukar, dibatalkan atau dibuat opsyen baru kecuali pegawai telah meletakkan jawatan dan dilantik semula secara tetap sama ada ke jawatan yang sama atau berlainan.

15 PERATURAN TERPAKAI PP 15/2001 [menjelaskan kaedah pelaksanaan penawaran opsyen skim KWSP (mengikut Akta KWSP 1991) bagi pegawai awam selaras dengan peruntukan Seksyen 6A(1) dalam Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Akta Pencen Pihak-pihak Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)]. Ia turut membatalkan SPP 2/1991.

16 Seksyen 6A, Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Akta Pencen Pihak-pihak Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) mengenai pelaksanaan opsyen. - seseorang pegawai yang dilantik sebelum disahkan dalam jawatannya, berhak memilih Skim KWSP. - dibuat kepada PBM yang berkenaan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh KPPA. - mula berkuat kuasa pada masa pegawai disahkan dalam jawatannya dan hendaklah pada ketika itu menjadi MUKTAMAD. - pegawai yang memilih Skim KWSP hendaklah bersara apabila mencapai umur 55 tahun.

17 SYARAT MEMILIH SKIM KWSP
KELAYAKAN Pegawai yang dilantik kali pertama. Pegawai yang dilantik kali kedua setelah meletakkan jawatan daripada perkhidmatan sebelumnya. Ini termasuklah yang telah diberi pelepasan dengan izin. Pegawai belum pernah membuat opsyen mengikut peruntukan Seksyen 6A(1) Akta 227 atau Akta 239.

18 KESAN OPSYEN Pegawai yang pernah diberi taraf berpencen dan meletak jawatan melalui pelepasan dengan izin serta menjawat jawatan baru, jika terima opsyen-taraf berpencen jawatan lama akan mansuh. Jika pegawai yang di jawatan lamanya memilih Skim Pencen, jika menolak Skim KWSP di jawatan baru, taraf berpencen akan kekal dan tempoh perkhidmatan lama boleh dicantumkan dengan perkhidmatan baru untuk tujuan faedah pencen. Pegawai yang di jawatan lamanya memilih Skim KWSP, jika memilih Skim KWSP di jawatan baru, akan kekal dalam SKIM KWSP.

19 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
Sebelum pegawai disahkan dalam jawatan dan ditawarkan opsyen: Beri penjelasan mengenai implikasi pilihan yang bakal dibuat. Edar borang opsyen dan pastikan ia dipanjangkan ke PBM bersama perakuan pengesahan dalam perkhidmatan. Surat pengesahan dalam jawatan yang dikeluarkan oleh PBM menyatakan pilihan yang dibuat oleh pegawai. Catatkan dalam Kenyataan Perkhidmatan Pegawai.

20 KESAN MENOLAK OPSYEN Pegawai akan dianggap memasuki Skim Pencen jika menolak opsyen, tidak membuat pilihan, membuat pilihan bersyarat atau tidak memulangkan kertas opsyen. Ketua Jabatan perlu perakukan kepada PBM supaya pegawai diberi taraf berpencen apabila memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

21 PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP
PEMAKAIAN Perkhidmatan Awam. Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Hakim. Anggota Pentadbiran dan Ahli Parlimen. Setiausaha Politik. Anggota tentera. 1. PEMAKAIAN Semua anggota sektor awam yang yang memilih Opsyen Skim KWSp dan juga kepada semua pekerja sektor swasta.

22 PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP
OBJEKTIF Hargai perkhidmatan yang taat setia dan dedikasi. Mengadakan bentuk saraan hidup selepas bersara dari perkhidmatan. Mengadakan bentuk saraan hidup kepada tanggungan pesara (jika pesara mati). Mengikat supaya terus berkhidmat dalam sektor awam. 2. OBJEKTIF Mengadakan satu bentuk simpanan wang yang boleh digunakan selepas bersara.

23 PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP
3. CARUMAN Non-contributory di pihak pekerja. Caruman KWSP bagi anggota yang memilih skim pencen iaitu bahagian syer Kerajaan akan dikutip semula dan dibayar kepada KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen). 3. CARUMAN Majikan dan pekerja diwajibkan mencarum kepada KWSP iaitu sebanyak 12 peratus dan 11 peratus masing-masing. Contract for Service dikecualikan untuk mencarum kepada KWSP. (pengambilan dibuat mengikut peraturan perolehan Kerajaan dinyatakan sebagai bayaran atau fee khidmat nasihat di bawah OS29000.)

24 PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP
4. FAEDAH PERSARAAN Merupakan Skim Pencen Keluarga. Pegawai berpencen yang bersara atau dibersarakan di bawah undang-undang pencen layak: -Ganjaran Perkhidmatan [7.5 % x Tph. Perk. x Gaji Akhir] -Pencen Perkhidmatan [1/600 x Tph. Perk. X Gaji Akhir] Skim Simpanan Wang Pekerja. Pegawai yang memilih skim KWSP yang bersara atau dibersarakan layak: -mendapat simpanan: bahagian syer Kerajaan atau Majikan dan bahagian syer pekerja serta dividen.

25 PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP
Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat [Maksimum 120 hari] * * [1/30 x Cuti Rehat Terkumpul X Gaji Akhir] Tidak layak sekiranya pegawai meletakkan jawatan atau dibuang kerja. Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat

26 PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP
Faedah Perubatan semasa dalam perkhidmatan untuk suami/ isteri, anak kurang  upaya, anak bawah 18 tahun atau masih dalam institusi pendidikan dan ibubapa*.      * Ibubapa hanya semasa pegawai dalam perkhidmatan. Faedah Perubatan semasa dalam perkhidmatan untuk suami/ isteri, anak kurang  upaya, anak bawah 18 tahun atau masih dalam institusi pendidikan dan ibubapa.   Hilang faedah perubatan apabila bersara. Tiada bayaran pencen bulanan. Terpaksa membayar pinjaman perumahan sekaligus apabila bersara.

27 PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP
5. FAEDAH KEMATIAN Boleh diberi kepada tanggungan pegawai yang meninggal dunia. Pencen Terbitan. Ganjaran Terbitan. Layak mendapat RM 2,000 dan simpanan akan dibayar kepada waris terdekat/ penama.

28 PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP
6. FAEDAH HILANG UPAYA Pencen Hilang Upaya/ Pencen Tanggungan akibat bencana, kemalangan dan penyakit dalam tugasnya (Pencen tambahan). -Tercacat sedikit 1/8 drp gaji akhir. -Tercacat ¼ drp gaji akhir. -Tercacat pada matannya 3/8 drp gaji akhir. -Musnah sama sekali ½ drp gaji akhir. Layak mendapat RM 2,000.

29 PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP
6. PENYELARASAN PENCEN Layak menerima penyelarasan pencen berikutan semakan gaji kakitangan awam dengan syarat bermastautin di Malaysia. 6. PENYELARASAN KWSP Tiada.

30 PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP
7. KEMUDAHAN RAWATAN/ PERUBATAN Pesara dan keluarga layak mendapat kemudahan rawatan/perubatan percuma di hospital-hospital Kerajaan. 7. KEMUDAHAN RAWATAN/ PERUBATAN Tidak layak untuk mendapat rawatan/perubatan percuma di hospital kerajaan.

31 PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP
8. KELAYAKAN PENCEN Layak bagi pegawai berpencen yang bersara: -Wajib. -Atas Pilihan Sendiri. -Atas Sebab Kesihatan. -Atas Sebab Penghapusan Jawatan. -Atas Sebab Penyusunan Semula Organisasi. -Demi Kepentingan Awam. -Demi Kehendak Kerajaan. -Dilantik Berkhidmat dgn. Pertubuhan. 8. KELAYAKAN KWSP Layak menerima KWSP walaupun meletakkan jawatan pada bila-bila masa. Layak Dividen KWSP.

32 PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP
9. PELEPASAN DRPD. CUKAI Ganjaran dan GCR tidak dikenakan cukai pendapatan. Pencen yang diterima oleh pesara sebelum mencapai umur 55 tahun dikenakan cukai pendapatan. Pelepasan cukai pendapatan bagi caruman KWSP terhad kepada RM5,000 setahun atau mengikut peraturan semasa.

33 Sebarang pertanyaan mengenai: Urusan persaraan dan pencen, sila hubungi Bahagian Pencen atau Urusan Opsyen KWSP, sila hubungi Bahagian Perkhidmatan No. Tel: Portal Laman Web:


Download ppt "TAWARAN OPSYEN SKIM KWSP DAN PERBANDINGAN SKIM PENCEN DENGAN SKIM KWSP"

Similar presentations


Ads by Google