Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

Similar presentations


Presentation on theme: "EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN"— Presentation transcript:

1

2 EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

3 EDU5905 PENDIDIKAN DAN PROFESION KEGURUAN KULIAH MINGGU 01:
DASAR DAN PERUNDANGAN PENDIDIKAN Oleh: Dr. Ramli Bin Basri Tel:

4 KANDUNGAN Pengenalan Kepada Dasar Awam Proses Dasar
Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK): Asas, Dasar dan Sistem Pendidikan Kebangsaan Akta Pendidikan 1996

5 1. PENGENALAN KEPADA DASAR AWAM

6 ISU DAN DASAR Dasar digubal berikutan sesuatu isu atau cabaran dalam environment dasar Environment dasar awam adalah masyarakat dan alam sekeliling dalam jajahan dan kedaulatan negara. Sesuatu isu atau cabaran wujud apabila timbulnya sesuatu masalah atau keadaan atau cabaran dalam masyarakat / klien yang merupakan environment kepada dasar. Setiap dasar yang dibentuk mempunyai matlamat dan tujuannya yang tersendiri. Sesuatu dasar bukan dibentuk secara sewenang-wenangnya. Dasar terbentuk akibat munculnya sesuatu isu dalam masyarakat. Sesuatu isu wujud apabila timbulnya sesuatu masalah dalam masyarakat / klien yang merupakan environment kepada dasar. Environment dasar awam adalah masyarakat dan alam sekeliling atau teritory negara.

7 DEFINISI ISU Rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap sesuatu perkara dalam environment negara yang mana ia merupakan masalah dan sering dipersoalkan. Sesuatu perjalanan institusi atau organisasi kerajaan yang tidak berkesan atau telah banyak mendapat kritikan rakyat. Tindakan rakyat untuk mengkritik atau mempersoalkan, aduan-aduan atau complain, sungutan terhadap sebarang tindakan. Tindakan kerajaan bagi sesuatu tujuan atau cabaran seperti meningkatkan kemajuan, kemudahan, keselamatan dan keselesaan. Isu boleh didefinisikan sebagai timbulnya rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap sesuatu perkara dalam environment negara yang mana ia merupakan masalah dan sering dipersoalkan. Isu mungkin timbul disebabkan sesuatu perjalanan isnstitusi atau organisasi kerajaan yang tidak berkesan atau telah banyak mendapat kritikan rakyat.

8 ISU Isu dalam bentuk masalah, sungutan, aduan, kritikan, bangkangan, dan tuntutan atau persoalan atau cabaran yang melibatkan sejumlah besar atau sekelompok besar ahli masyarakat atau negara secara keseluruhan Penyelesaian isu di luar kemampuan mereka Isu yang mendapat perhatian wakil rakyat, menteri dan PM akan menjadi agenda tindakan dasar. Secara keseluruhannya isu juga boleh didefinisikan sebagai tindakan rakyat untuk mengkritik atau mempersoalkan, aduan-aduan atau complain, sungutan terhadap sebarang tindakan. Di peringkat awam, isu dalam bentuk masalah, sungutan, complain, kritikan, bangkangan, persoalan yang melibatkan sejumlah besar atau sekelompok besar ahli masyarakat dan mendapat perhatian wakil rakyat, menteri dan PM akan menjadi agenda tindakan dasar.

9 ISU DAN DASAR Isu akan dikaji sama ada boleh diatasi dengan
menggunakan dasar sedia ada (jika ada), pembaikan dasar sedia ada atau mengadakan dasar baru atau merupakan sesuatu masalah yang tidak memerlukan tindakan memandangkan ianya akan berlalu begitu sahaja. Masalah ini akan dikaji sama ada boleh diatasi dengan menggunakan dasar sedia ada (jika ada), pembaikan dasar sedia ada atau diselesaikan dengan mengadakan dasar baru atau merupakan sesuatu masalah yang tidak memerlukan tindakan memandangkan ianya akan berlalu begitu sahaja.

10 DASAR Dasar dibentuk untuk menangani isu
Setiap dasar yang dibentuk mempunyai matlamat, tujuan dan strategi Dasar mesti selaras dengan dasar-dasar yang lain dan Dasar hendaklah tidak bercanggah dengan dasar-dasar yang lain Ciri-ciri dasar

11 DEFINISI DASAR AWAM Pilihan kerajaan sama ada untuk membuat sesuatu ataupun tidak membuat sesuatu Pilihan kerajaan bagi menjelaskan, menerang, mempertahankan, memimpin atau menggariskan sesuatu tindakan sama ada yang nyata atau bertujuan Sesuatu yang digubal untuk menyatakan atau memperihalkan hasrat, tujuan dan matlamat kerajaan

12 DEFINISI DASAR AWAM Nilai peruntukan pihak berkuasa bagi keseluruhan masyarakat dan persekitaran/ teritori /jajahan Program bagi nilai, amalan dan matlamat yang telah diunjurkan

13 PEMBENTUKAN DASAR AWAM
PEMUTUSAN DASAR Majlis Raja-Raja Parlimen Kabinet PENGGUBAL DASAR Profesional dan Pentadbir Penggubal bagi setiap dasar di negara ini biasanya adalah terdiri daripada golongan pentadbir dan profesional. Mereka akan mengkaji dan menganalisis sesuatu dasar tersebut di peringkat Kementerian/Jabatan masing-masing. Kertas dasar yang disediakan akan dikemukakan ke pihak Jemaah Menteri atau Kabinet untuk mendapat kelulusan dasar atau kelulusan kabinet. Sebelum dikemukakan untuk pertimbangan kabinet tersebut, pihak Kementerian yang berkenaan akan terlebih dahulu mendapatkan maklum balas daripada pihak Kementerian lain yang berkaitan dengan dasar tersebut. Contoh:

14 PEMBENTUKAN DASAR AWAM
PELAKSANA DASAR Profesional dan Pentadbir SASARAN DASAR Rakyat dan environment (Kumpulan Berkepentingan dan Penanggung Risiko)

15 BENTUK-BENTUK DASAR PERLEMBAGAAN, UNDANG-UNDANG & PERATURAN DASAR
RANCANGAN PROGRAM PROJEK SKIM

16 PELAKSANAAN DASAR PROGRAM PROJEK RANCANGAN AKTIVITI SKIM STRATEGI
INTERVENSI

17 PENJELASAN DASAR PEKELILING SURAT SIARAN MEKANISME GARIS PANDUAN

18 2. PROSES DASAR

19 PROSES DASAR Mengenalpasti masalah, cabaran
Menstrukturkan masalah, cabaran kepada isu, matlamat dasar Mengemukakan alternatif untuk kelulusan Pernyataan Dasar Merancang tindakan dasar: Program, Aktiviti, Mekanisme Pelaksanaan Outcome Dasar Penilaian Dasar: Penambahbaikkan Intervensi Dasar

20 PEMBENTUKAN DASAR Cadangan Dasar Perlu Mengambilkira
Political Expediency/Support Financial Capability Professional Capacity Administrative Operability Mengambilkira Kepentingan Policy Actors/Advocators Policy Stakeholders Policy Risk Groups

21 PEMBENTUKAN DASAR PENDIDIKAN
Kertas Cadangan Dasar Mesyuarat Jabatan/Bahagian Mesyuarat Hal-Hal Profesional KPM Mesyuarat Pengurusan KPM Mesyuarat JK Perancangan Pendidikan Mesyuarat Jemaah Menteri Rang Undang-Undang Majlis Raja-Raja

22 3. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

23 ENVIRONMENT DASAR PELAJARAN
Sek Ren Sek Men Jumlah Sek Murid Rendah Murid Men Jumlah Murid Guru Ren Guru Men Jumlah Guru Bajet

24 PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
Pelbagai jenis atau orientasi sekolah Pelbagai jenis bahasa pengantar Pelbagai bentuk kurikulum Kelayakan guru tidak seragam

25 ASAS DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN SEDIA ADA
PENYATA BARNES 1950 PENYATA FENN-WU 1951 ORDINAN PELAJARAN 1952 PENYATA RAZAK 1956 ORDINAN PELAJARAN 1957 PENYATA RAHMAN TALIB 1960 EDUCATION ACT 1962 LAPORAN JK KABINET 1979

26 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
AKTA PENDIDIKAN 1996 SEBAGAI AKTA IBU KEPADA PENDIDIKAN

27 AKTA PENDIDIKAN 1996 SUATU AKTA UNTUK MENGADAKAN PERUNTUKAN BAGI PENDIDIKAN DAN BAGI PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

28 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
ADALAH BERPAKSIKAN AKTA PENDIDIKAN 1996 & FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN; DAN PELAKSANAAN SEMASA DIGUBAL SELARAS DENGAN DASAR WAWASAN NEGARA

29 PELAKSANAAN DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
RANCANGAN MALAYSIA KE- 9 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

30 PERAKUAN DASAR DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996
ILMU itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa TUJUAN PENDIDIKAN adalah untuk penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

31 PERAKUAN DASAR DI BAWAH AKTA PENDIDIKAN 1996
PERANAN PENDIDIKAN menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik

32 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi idividu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan

33 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

34 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAN
Dilaksanakan melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan yang memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama Kurikulum Kebangsaan Peperiksaan yang sama

35 DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAN
Pendidikan yang komprehensif dan pelbagai skop yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara

36 MISI PENDIDIKAN Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

37 MATLAMAT PENDIDIKAN Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara

38 4. PERUNTUKAN AKTA PENDIDIKAN 1996 (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA)

39 Seksyen 15: Sistem Pendidikan Kebangsaan
Terdiri daripada: pendidikan prasekolah pendidikan rendah pendidikan menengah pendidikan lepas menengah pendidikan tinggi tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat.

40 Bahasa Kebangsaan (ms 15) Guru (ms 15) Ibu bapa (ms 15)
Seksyen 2: TAKRIFAN Bahasa Kebangsaan (ms 15) Guru (ms 15) Ibu bapa (ms 15) Institusi pendidikan (ms 15) Murid (ms 16) Premis (ms 18)

41 Pendidikan Prasekolah
Pendidikan prasekolah ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun

42 Pendidikan Rendah Pendidikan rendah ertinya kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima hingga tujuh tahun

43 Pendidikan Menengah Rendah
Pendidikan menengah rendah ertinya kursus tiga tahun yang sesuai bagi seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan rendah

44 Pendidikan Menengah Atas
Pendidikan menengah atas ertinya pendidikan yang sesuai dengan kebolehan dan bakat seseorang murid yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah rendah

45 Pendidikan Lepas Menengah
Pendidikan lepas menengah ertinya pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikuti pendidikan menengah atas, tetapi tidak termasuk pendidikan tinggi.

46 Pendidikan Tinggi Pendidikan tinggi ertinya pendidikan yang disediakan oleh institusi pendidikan tinggi (diploma & ijazah)

47 Sekolah Sekolah ertinya tempat di mana 10 orang atau lebih lazimnya diajar sama ada di dalam satu kelas atau lebih.

48 Seksyen 16: Sekolah Sekolah kerajaan Sekolah bantuan kerajaan; dan
Tiga kategori institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan iaitu: Sekolah kerajaan Sekolah bantuan kerajaan; dan Sekolah swasta.

49 Sekolah Kerajaan Sekolah kerajaan ertinya sekolah yang ditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh Menteri

50 Sekolah Bantuan Kerajaan
Sekolah bantuan kerajaan ertinya sekolah yang menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh

51 Sumbangan (Grant) Sumbangan modal
Bayaran daripada wang awam kepada sesebuah institusi pendidikan bagi mengadakan bangunan, Ubahsuai dan tambah premis, Perabot dan kelengkapan, atau Maksud lain yang ditetapkan.

52 Sumbangan 2. Sumbangan Bantuan
Apa-apa bayaran daripada wang awam selain daripada sumbangan modal kepada sesebuah institusi pendidikan

53 Sekolah Kebangsaan SK ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun yang menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib; dan

54 Sekolah Kebangsaan d) di mana kemudahan bagi pengajaran
Bahasa Cina atau Bahasa Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya Bahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya

55 Sekolah Jenis Kebangsaan
SJK ertinya sekolah rendah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun yang menggunakan Bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar utama; dan yang menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib

56 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan- yang menyediakan kursus pendidikan menengah selama lima tahun yang sesuai bagi murid yang baru sahaja tamat mengikuti pendidikan rendah; yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama; yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib;

57 d) di mana kemudahan bagi pengajaran –
bahasa Cina atau Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang orang murid di sekolah itu memintanya; dan bahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian dan jika ibu bapa bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya;

58 bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasa asing lain boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian; dan yang menyediakan murid bagi apa-apa peperiksaan yang ditetapkan.

59 Seksyen 41: Pendidikan Khas
Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah atau menengah Kurikulum yang ditetapkan hendaklah mematuhi kehendak kurikulum kebangsaan setakat yang semunasabahnya praktik

60 Seksyen 50: Pengajaran Agama Islam
Jika terdapat dalam satu-satu institusi pendidikan terdapat lima orang murid atau lebih yang menganut agama Islam maka murid-murid itu hendaklah diberikan pengajaran agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri

61 Seksyen 51: Pengajaran Agama Selain Dari Agama Islam
Pengelola institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan peruntukan bagi pengajaran agama selain daripada agama Islam untuk murid institusi pendidikan itu atau mana-mana daripada mereka tetapi - peruntukan sedemikian tidak boleh dibiayai dengan wang yang diperuntukkan oleh parlimen; dan tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan bertulis ibu bapanya

62 Seksyen 17: Bahasa Kebangsaan
Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan

63 Seksyen 17: Bahasa Kebangsaan
Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib

64 Seksyen 18: Kurikulum Kebangsaan
Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah dalam sistem pendidikan kebangsaan.

65 Seksyen 18: Kurikulum Kebangsaan
Dalam hal sekolah swasta - hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika mata pelajaran teras Kurikulum Kebangsaan - diajarkan di sekolah itu.

66 Seksyen 19: Peperiksaan Tiap-tiap sekolah hendaklah menyediakan murid-muridnya bagi peperiksaan yang ditetapkan oleh atau dibawah akta ini.

67 SEKSYEN 29A: PEND RENDAH WAJIB (Mulai 2003)
Tiap-tiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia yang tinggal di Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.

68 SEKSYEN 64: BANTUAN MURID
Menteri boleh memberikan sama ada bantuan kewangan atau selainnya berkenaan dengan murid atau mana-mana golongan murid di institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan dan bantuan itu boleh termasuk – pemberian dermasiswa, biasiswa, pinjaman atau bantuan lain; dan penyediaan - tempat tinggal; pengangkutan; buku; dan perkhidmatan perubatan dan pergigian,

69 11 JENIS BANTUAN MURID DI SEDIAKAN
bagi maksud membolehkan murid itu menggunakan sepenuhnya kemudahan yang tersedia bagi mereka atau bagi maksud memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka.

70 Thank You…


Download ppt "EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN"

Similar presentations


Ads by Google