Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

GGGCB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1

Similar presentations


Presentation on theme: "GGGCB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1"— Presentation transcript:

1 GGGCB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1
NAMA AHLI KUMPULAN 1: GLORIA ANAK AJIT NO. MATRIKS: GP03694 NAMA AHLI KUMPULAN 2: KATINI MEDIK GP03700 PROGRAM PENGAJIAN: SARJANA PENDIDIKAN (SOSIOLOGI PENDIDIKAN) KUMPULAN: DUA (PUSAT KUCHING) PENSYARAH: PROF. DR. RUHIZAN MOHD. YASSIN

2 REKA BENTUK EKSPERIMEN QUASI (QUASI EXPERIMENT)

3 ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Ciri-ciri reka bentuk eksperimen quasi 3.0 Langkah-langkah 4.0 Kelebihan 5.0 Kelemahan 6.0 Kajian-kajian yang menggunakan reka bentuk eksperimen quasi

4 1.0 PENGENALAN Kajian eksperimen quasi merupakan salah satu reka bentuk kajian eksperimen selain kajian eksperimen tulen, kajian eksperimen makmal, kajian eksperimen lapangan dan eksperimen semula jadi. Pada amnya, kajian eksperimen merupakan sejenis penyelidikan bagi mengenalpasti kesan sesuatu ransangan atau stimulus (Creswell, 2009; Marican, 2005).

5 1.0 PENGENALAN Penyelidik akan secara sengaja dan sistematik menggunakan ransangan untuk melihat perubahan-perubahan yang akan berlaku. Tempoh kajian kuantitatif ini dijalankan adalah berbeza-beza, sama ada dalam jangka masa yang pendek selama sejam ataupun beberapa jam serta boleh dilakukan dalam jangka masa yang panjang, iaitu dalam tempoh beberapa bulan ataupun beberapa tahun.

6 1.0 PENGENALAN Kaedah kajian ini sering kali digunakan untuk kajian jenis deskriptif atau penjelasan (Marican, 2005). Data yang diperoleh dari eksperimen merupakan perubahan-perubahan yang berlaku ke atas pembolehubah bersandar.

7 1.0 PENGENALAN Pembolehubah tidak bersandar pula akan dimanipulasikan untuk melihat perubahan-perubahan data. Oleh itu, kawalan yang tinggi dikatakan dilakukan oleh penyelidik terhadap pembolehubah-pembolehubah dan juga persekitaran yang dikaji.

8 1.0 PENGENALAN Hal ini menyebabkan kaedah eksperimen sukar digunakan dalam penyelidikan sains sosial kerana sukar untuk mengawal perubahan yang berlaku pada persekitaran kajian.

9 2.0 CIRI–CIRI REKA BENTUK EKSPERIMEN QUASI
Kajian eksperimen quasi (quasi-experimental) juga dikenali sebagai kaedah eksperimen separa (semi-experimental) (Bailey, 1994). Reka bentuk kajian eksperimen quasi ialah di mana penyelidik tidak dapat memenuhi mana-mana daripada kesemua syarat dalam kajian eksperimen tulen, iaitu tidak ada sama ada beberapa syarat berikut: Hanya satu sahaja pembolehubah bersandar yang dimanipulasikan pada satu-satu masa tertentu. Kumpulan kawalan. Responden perlu dipilih secara rawak sama ada dalam kumpulan kawalan atau kumpulan eksperimen. Kesemua pembolehubah perlu dikawal sama ada memanipulasi secara fizikal, statistik atau pemilihan secara rawak (Creswell, 2009; Marican, 2005).

10 3.0 LANGKAH-LANGKAH Dalam kaedah eksperimen kuasi, langkah-langkah kerja adalah seperti berikut: Pertama, penyelidik akan membuat hipotesis terhadap pembolehubah bebas yang akan menyebabkan berlakunya perubahan terhadap pembolehubah bersandar. Kedua, pembolehubah bersandar akan diukur.

11 3.0 LANGKAH-LANGKAH Ketiga, pembolehubah bersandar akan diransang oleh pembolehubah tidak bersandar. Akhir sekali, pembolehubah bersandar akan diukur bagi melihat sama ada berlakunya perubahan terhadap pembolehubah bersandar apabila pembolehubah tidak bersandar dimanipulasikan (Creswell, 2009; Marican, 2005).

12 3.0 LANGKAH-LANGKAH Penyelidik akan merekodkan mana-mana perubahan dan tindak balas yang berlaku sepanjang eksperimen dijalankan. Penyelidik juga akan memerhatikan perkaitan antara ransangan dan pembolehubah bersandar dengan membuat satu lagi ujian yang tidak memberikan ransangan kepada subjek kajian, iaitu kumpulan kawalan.

13 4.0 KELEBIHAN Melalui kaedah eksperimen ini, penyelidik akan lebih yakin bahawa pembolehubah tidak bersandar telah menyebabkan perubahan ke atas pembolehubah bersandar akibat faktor kawalan (Marican, 2005). Selain itu, penyelidik juga dapat menentukan pembolehubah yang akan dikaji dan pembolehubah yang akan diambil kira bagi mengukur perubahan yang berlaku. Seterusnya, kajian eksperimen quasi yang dijalankan dalam jangka masa yang panjang juga memberi peluang kepada penyelidik untuk melihat perubahan-perubahan yang berlaku merentasi masa.

14 5.0 KELEMAHAN Terdapat beberapa kelemahan bagi kaedah eksperimen.
Antaranya, kajian yang dilakukan kemungkinan besar tidak memberi gambaran atau mewakili populasi yang lebih besar kerana rata-rata responden yang terlibat dalam kajian sains sosial menawarkan dirinya secara sukarela (Marican, 2005). Selain itu, responden juga mungkin mengubah tingkah laku mereka kerana mereka diperhatikan.

15 5.0 KELEMAHAN Faktor dalaman yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi

16 5.0 KELEMAHAN Faktor dalaman yang mempengaruhi kaedah eksperimen quasi
Bil. Faktor dalaman yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi Penerangan Tindakan yang harus dilakukan oleh penyelidik 1. Sejarah Masa yang berlalu semasa eksperimen dijalankan mempengaruhi dapatan kajian kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan. Penyelidik boleh melakukan eksperimen terhadap kumpulan kawalan serta kumpulan eksperimen berdasarkan situasi luaran yang berlaku sepenjang tempoh eksperimen. Sumber: Creswell, 2009

17 5.0 KELEMAHAN Faktor dalaman yang mempengaruhi kaedah eksperimen quasi
Bil. Faktor dalaman yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi Penerangan Tindakan yang harus dilakukan oleh penyelidik 2. Kematangan Kematangan peserta eksperimen dalam tempoh kajian mempengaruhi keputusan kajian Penyelidik boleh memilih peserta yang mempunyai umur yang sama. Sumber: Creswell, 2009

18 5.0 KELEMAHAN Faktor dalaman yang mempengaruhi kaedah eksperimen quasi
Bil. Faktor dalaman yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi Penerangan Tindakan yang harus dilakukan oleh penyelidik 3. Regresi Pemilihan peserta eksperimen berdasarkan skor yang tertinggi. Semasa eksperimen dijalankan, responden ini mungkin akan mengalami perubahan skor. Penyelidik memilih peserta yang tidak mendapat skor terlalu ektrim. Sumber: Creswell, 2009

19 5.0 KELEMAHAN Faktor dalaman yang mempengaruhi kaedah eksperimen quasi
Bil. Faktor dalaman yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi Penerangan Tindakan yang harus dilakukan oleh penyelidik 4. Pemilihan Responden yang mempunyai ciri-ciri positif sahaja cenderung dipilih dalam kajian. Pemilihan responden secara rawak. Sumber: Creswell, 2009

20 5.0 KELEMAHAN Faktor dalaman yang mempengaruhi kaedah eksperimen quasi
Bil. Faktor dalaman yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi Penerangan Tindakan yang harus dilakukan oleh penyelidik 5. Mortaliti Dapatan kajian bagi peserta yang menarik diri semasa eksperimen berlangsung tidak akan diketahui. Penyelidik boleh memilih kumpulan sampel yang ramai atau membandingkan keputusan peserta yang menarik diri dengan yang meneruskan eksperimen. Sumber: Creswell, 2009

21 5.0 KELEMAHAN Faktor dalaman yang mempengaruhi kaedah eksperimen quasi
Bil. Faktor dalaman yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi Penerangan Tindakan yang harus dilakukan oleh penyelidik 6. Pemberian rawatan Peserta kumpulan eksperimen dan rawatan yang berkomunikasi antara satu sama lain boleh menjejaskan hasil eksperimen. Penyelidik boleh mengasingkan kedua-dua kumpulan semasa eksperimen berlangsung. Sumber: Creswell, 2009

22 5.0 KELEMAHAN Faktor luaran yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi

23 5.0 KELEMAHAN Faktor luaran yang mempengaruhi kaedah eksperimen quasi
Bil. Faktor luaran yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi Penerangan Tindakan yang harus dilakukan oleh penyelidik 1. Interaksi antara pilihan dengan rawatan Sifat atau ciri peserta yang terhad menyebabkan penyelidik tidak dapat membuat generalisasi terhadap peserta yang tidak memiliki sifat atau ciri yang sama. Penyelidik perlu menjalankan kajian berasingan terhadap peserta yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza dari kumpulan. Sumber: Creswell, 2009

24 5.0 KELEMAHAN Faktor luaran yang mempengaruhi kaedah eksperimen quasi
Bil. Faktor luaran yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi Penerangan Tindakan yang harus dilakukan oleh penyelidik 2. Interaksi antara penetapan tempat dengan rawatan Penyelidik tidak dapat membuat generalisasi terhadap peserta yang ada di tempat yang berbeza. Penyelidik perlu menjalankan kajian di tempat yang berbeza untuk melihat persamaan dalam dapatan kajian. Sumber: Creswell, 2009

25 5.0 KELEMAHAN Faktor luaran yang mempengaruhi kaedah eksperimen quasi
Bil. Faktor luaran yang mempengaruhi kesahan kaedah eksperimen quasi Penerangan Tindakan yang harus dilakukan oleh penyelidik 3. Interaksi antara sejarah dengan rawatan Penyelidik tidak dapat membuat generalisasi terhadap keputusan kajian pada masa lalu atau pada masa akan datang. Penyelidik perlu melakukan kajian replikasi pada masa akan datang untuk mengenalpasti adakah hasil kajian sama seperti kajian sebelumnya. Sumber: Creswell, 2009

26 6.0 KAJIAN-KAJIAN YANG MENGGUNAKAN REKA BENTUK EKSPERIMEN QUASI
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam SALAK DIDIK dengan elemen nyanyian dan elemen pantun’ oleh A. Rahman Haron et al. (2015). Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah di sekolah rendah oleh Yahya Othman dan DK. Suzanawaty PG. Osman (2014).

27 6.0 KAJIAN-KAJIAN YANG MENGGUNAKAN REKA BENTUK EKSPERIMEN QUASI
Keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah sekolah menengah Arab di negara Brunei Darussalam oleh Yahya Othman dan Azmey Hj Othman (2012) Belajar kemahiran mengenal huruf menggunakan aktiviti berbentuk doh oleh Noor Aini Ahmad dan Nur Liyana Abd Latiff (2015)

28 6.1 Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam SALAK DIDIK dengan elemen nyanyian dan elemen pantun’ oleh A. Rahman Haron et al. (2015). Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan pendekatan SALAK DIDIK elemen nyanyian dan elemen pantun terhadap kumpulan eksperimen manakala kumpulan kawalan menggunakan kaedah semasa atau tradisional. Responden bagi kajian ini melibatkan 34 orang murid dalam kumpulan kawalan dan 40 orang murid dalam kumpulan eksperimen. Kesemua responden merupakan murid Tahun 4 yang telah dipilih dari kelas-kelas yang sedia ada.

29 6.1 Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam SALAK DIDIK dengan elemen nyanyian dan elemen pantun’ oleh A. Rahman Haron et al. (2015). Murid-murid yang merupakan subjek kajian dipilih bukan secara rawak atas arahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Hasil kajian ini menunjukkan perubahan yang signifikan terhadap pembolehubah tidak bersandar, iaitu penggunaan pendekatan SALAK DIDIK dalam pengajaran karangan.

30 6.2 Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah di sekolah rendah oleh Yahya Othman dan DK. Suzanawaty PG. Osman (2014). Kajian yang seterusnya menggunakan hanya satu kumpulan responden yang sama bagi ujian pra dan ujian pasca, tidak seperti kaedah eksperimen tulen yang mempunyai kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Sebelum faktor pembolehubah tidak bersandar diuji dan dimanipulasikan, kumpulan responden yang terdiri dari 39 orang murid Tahun 5 diberi ujian pra.

31 6.2 Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah di sekolah rendah oleh Yahya Othman dan DK. Suzanawaty PG. Osman (2014). Selepas itu, rawatan diberi kepada kumpulan responden tersebut sebelum ujian pasca dijalankan. Keputusan kajian ini menunjukkan perubahan yang signifikan terhadap pembolehubah tidak bersandar, iaitu kaedah pembelajaran penulisan berbentuk risalah.

32 3) Keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah sekolah menengah Arab di negara Brunei Darussalam oleh Yahya Othman dan Azmey Hj Othman (2012) Populasi kajian terdiri daripada murid-murid Tahun 10 dari dua buah kelas, iaitu 10 B dan 10 C. Kesemua sampel kajian merupakan 43 orang murid lelaki dalam kelas yang sedia ada. Sampel kajian tidak dipilih secara rawak.

33 3) Keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah sekolah menengah Arab di negara Brunei Darussalam oleh Yahya Othman dan Azmey Hj Othman (2012) Kesemua murid dibahagikan kepada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kumpulan eksperimen diajar dengan kaedah peta minda manakala kumpulan kawalan diajar dengan kaedah tanpa peta minda. Seterusnya, penyelidik menjalankan ujian pra.

34 3) Keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah sekolah menengah Arab di negara Brunei Darussalam oleh Yahya Othman dan Azmey Hj Othman (2012) Selepas itu, kedua-dua kumpulan diajar mengenai karangan jenis argumentatif di mana kumpulan eksperimen menggunakan kaedah peta minda. Selepas 6 kali sesi pengajaran dan pembelajaran, ujian pasca dijalankan. Kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan prestasi pelajar yang mempelajari penulisan karangan argumentatif menggunakan kaedah peta minda.

35 4) Belajar kemahiran mengenal huruf menggunakan aktiviti berbentuk doh oleh Noor Aini Ahmad dan Nur Liyana Abd Latiff (2015) Kajian ini dijalankan terhadap emam orang murid bermasalah pembelajaran di tiga buah sekolah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi. Peserta kajian ini tidak dipilih secara rawak. Aktiviti membentuk doh dijalankan selama tiga bulan di sekolah B dan C.

36 4) Belajar kemahiran mengenal huruf menggunakan aktiviti berbentuk doh oleh Noor Aini Ahmad dan Nur Liyana Abd Latiff (2015) Peserta dari Sekolah A merupakan kumpulan kawalan. Analisis kajian ini mendapati terdapat peningkatan pencapaian murid dalam kemahiran mengenal huruf bagi murid bermasalah pembelajaran yang menerima rawatan menggunakan aktiviti membentuk doh dan percikan berbanding murid yang tidak menerima rawatan.

37 7.0 SENARAI RUJUKAN A.Rahman Haron, Jamuludin Badusah dan Zamri Mahamod Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam SALAK DIDIK dengan elemen nyanyian dan elemen pantun. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 5(1): 53 – 60 Bailey, K.D Methods of Social Research. Fourth Edition. New York: The Free Press Creswell, J.W Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches. Third Edition. California: Sage Publications, Inc. Marican, S Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor Darul Ehsan: Pearson Prentice Hall

38 7.0 SENARAI RUJUKAN Noor Aini Ahmad dan Nur Liyana Abd Latiff Belajar kemahiran mengenal huruf menggunakan aktiviti berbentuk doh. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 5(1): 71 – 80 Yahya Othman dan Azmey Hj Othman Keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah sekolah menengah Arab di negara Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 2(2): 32 – 45 Yahya Othman dan DK. Suzanawaty PG. Osman Keupayaan menguasai kemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan berbentuk risalah di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 4(1): 19 – 29

39 SEKIAN, TERIMA KASIH THANK YOU


Download ppt "GGGCB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1"

Similar presentations


Ads by Google