Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Kerjaya dan Pembangunan Kerjaya

Similar presentations


Presentation on theme: "Kerjaya dan Pembangunan Kerjaya"— Presentation transcript:

1 Kerjaya dan Pembangunan Kerjaya
KERJAYA DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DCE 3117 Kerjaya dan Pembangunan Kerjaya Pengenalan DR. NOR WAHIZA BT.ABDUL WAHAT

2 Kerjaya Tradisional Kontemporari Kerja profesional (Parsons, 1909). Turutan posisi utama yang dipegang oleh individu sepanjang tempoh prapekerjaan, pekerjaan dan pospekerjaan berserta peranan tambahan berkaitan aspek vokasional, kekeluargaan dan sivil The (Super, 1980) -Contoh: pelajar, pekerja, pesara dan sebagainya,

3 Kerjaya Kontemporari Pelbagai peranan yang dipegang oleh individu sepanjang kehidupannya. Ini termasuklah pekerjaan (bekerja sendiri atau bekerja untuk majikan); pekerjaan yang dipegang selama bertahun-tahun ataupun tempoh pengangguran; bahkan pekerjaan tidak bergaji seperti sukarelawan dan sebagainya (Jabatan Pendidikan dan Sains, 1989)

4 Kerjaya Perubahan pengalaman kerja individu mengikut masa (Arthur, Hall and Lawrence, 1989). Kehidupan-kerjaya sebagai konsep yang menggabungkan kerjaya dan aspek kehidupan individu yang lain (Miller-Tiedeman and Tiedman, 1990).

5 Pembangunan Kerjaya (PK)
Dari aspek pembangunan organisasi, PK adalah ‘bagaimana individu menguruskan kerjaya mereka di dalam dan di antara organisasi, dan bagaimana organisasi menstruktur kemajuan kerjaya ahli mereka. Ia berkait rapat dengan perancangan pewarisan dalam kebanyakan organisasi. Dari aspek pembangunan diri, PK adalah ‘kombinasi faktor psikologi, sosiologi, pendidikan, fizikal, ekonomi dan peluang yang mempengaruhi orientasi dan kepentingan kerja dalam jangka hayat seseorang individu’ (Career Development: A Policy Statement of the National Career Development Association Board of Directors , 1993).

6 Pembangunan Kerjaya (PK)
Evolusi atau pembangunan suatu kerjaya dikenalpasti berdasarkan: Pengalaman dalam bidang (kerjaya, pekerjaan atau kemahiran tertentu) (2) Kejayaan dalam setiap tahap pembangunan (3) Peningkatan ilmu yang seiring dengan peningkatan kerjaya (4) Komunikasi (5) Pemahaman bahawa pembangunan kerjaya adalah proses yang boleh dibentuk.

7 Pembangunan Kerjaya (PK)
Proses psikologi dan tingkahlaku sepanjang hayat, dan juga pengaruh latar belakang (kontekstual) yang membentuk kerjaya seseorang sepanjang hidupnya. Ia melibatkan pembentukan corak kerjaya, gaya pembuatan keputusan, integrasi peranan dalam kehidupan, pernyataan nilai dan konsep kendiri berkaitan peranan dalam kehidupan (Herr, & Cramer, 1996).

8 Pembangunan Kerjaya McDanieals dan Gysbers (1992) mendefinisikan pembangunan kerjaya sebagai rangkuman faktor psikologi, sosiologi, pengetahuan, fizikal, ekonomi dan keinginan untuk berubah membentuk arah tuju kerjaya individu tersebut bagi kesejahteraan kehidupannya.

9 Rujukan Career Development: A Policy Statement of the National Career Development Association Board of Directors (Adopted March 16, 1993; revised 2003). Herr, E.L., & Cramer, S. H. (1996). Career guidance and counseling through the lifespan: Systematic approaches. New York: HarperCollins) (Niles, S. G. & Harris-Bowlsbey, J (2002) Career Development Interventions in the 21st Century. Columbus, OH: Merrill Prentice Hall., p7


Download ppt "Kerjaya dan Pembangunan Kerjaya"

Similar presentations


Ads by Google