Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PEMILIHAN & PENGGUNAAN PPE

Similar presentations


Presentation on theme: "PEMILIHAN & PENGGUNAAN PPE"— Presentation transcript:

1 PEMILIHAN & PENGGUNAAN PPE
Disediakan oleh : Shamsudin bin Abdul Aziz (J36) Unit Kelulusan, Seksyen Peralatan, Bhg. Higien Industri & Ergonimik (BHIE) Jab. Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP)

2 KANDUNGAN: Pengenalan Definasi Penilaian Hazard Jenis PPE
Pemilihan PPE FAQ PPE

3 1. PENGENALAN PPE Kelengkapan Pelindung Diri (KPD) atau Personnal Protective Equipment (PPE) adalah peranti pelindung diri yang dipakai semasa bekerja. Keberkesanan pelindungan PPE bergantung kepada kesesuaian, pemakaian, pengunaan dan penyelenggaran yang betul. Kehendak PPE dalam 29 CFR adalah - PPE disediakan - digunakan - diselenggara kebersihannya - keadaan dapat dipercayai

4 1. PENGENALAN PPE Setiap PPE yang digunakan mestilah dari jenis yang telah diluluskan oleh JKKP Bil Peraturan Jenis 1 SHW, 1970 32(h) Rekabentuk, binaan, penggunaan & penyelenggaraan menurut piawai keselamatan yg boleh diterima oleh Ketua Pemeriksa 2 Timah Hitam, 1984 21(3) Pelindung penafasan 24(c) Pelindung muka, mata atau alat-alat lain 3 Bowec, 1986 15(1) Topi keselamatan 50 Tali pinggang, tali nyawa dan kelengkapan tali nyawa 4 Asbestos, 1986 9(1)(b)

5 1. PENGENALAN PPE Bil Peraturan Jenis 5 Bising, 1989 16 & 17(1)
Pelindung pendengaran 6 Habuk galian, 1989 17 & 18(1)(b) Pelindung penafasan 7 USECHH, 2000 15(h) & 16 Pelindung diri

6 2. DEFINASI PPE Apa-apa kelengkapan yang dimaksudkan untuk dipakai atau dipegang oleh seseorang yang sedang bekerja dan yang melindunginya terhadap satu atau lebih risiko kepada keselamatan atau kesihatannya dan apa-apa aksesori tambahan yang direkabentuk untuk memenuhi matlamat itu(3) (3) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 Peralatan dan pakaian yang dipakai oleh pekerja untuk mencegah atau mengurangkan pendedahan kepada hazard keselamatan dan kesihatan(1) (1) Basics of Industrial Hygiene: Chapter 12-Selection and Use of Personal Protective Equipment by Debra Nims

7 3. Penilaian Hazard Terdapat 3 langkah Penilaian Hazard, iaitu;
1. Dijalankan oleh Penyelia dan pekerja berpengalaman yang mengetahui proses kerja dan hazard. Dimana tinjauan melalui berjalan untuk memerhati proses, perkakasan, peralatan, dan mengenalpasti potensi hazard. Ini termasuklah; - Laluan atau kemasukan pendedahan - Organ sasaran 2. Menentukan hazard sediada memberi risiko kecederaan kepada pekerja disamping menyemak rekod jenis dan lokasi kejadian yang lepas. 3. PPE dipilih menurut tahap keseriusan hazard.

8 4. JENIS PPE 1. Pelindung Pernafasan (Disposable & Mask respirator)
2. Pelindung Pendengaran (Earmuff & Earplug) 3. Pelindung Mata 4. Pelindung Tangan 5. Pelindung Kaki 6. Pelindung Badan 7. Pelindung Kepala 8. Pelindung Jatuh

9 JENIS PPE: Pelindung Pernafasan
Disposable Mask Half-face Respirator Full-face Respirator Self-Contained Breathing Apparatus (SCBA)

10 JENIS PPE: Pelindung Pernafasan
Walaupun pelindung ini baik dan pilihan yang logik untuk pelindungan pekerja, namun pemakaiannya semasa bekerja menyebabkan pekerja tidak selesa, panas, sukar berkomunikasi, dan menyebabkan kabus atau gangguan penglihatan terutamanya bagi mereka yang memakai cermin mata. Dalam Standard OSHA bagi program Pelindung Pernafasan 29 CFR mengariskan; Peruntukan untuk memilih penggunaan pelindung pernafasan yang sesuai. Penilaian perubatan untuk pekerja yang dikehendaki memakai pelindung pernafasan. Prosedur uji-padan. Prosedur memakai pelindung pernafasan dalam keadaan rutin dan kecemasan. Prosedur dan jadual untuk membersihkan, membasmi kuman, membaiki, menyimpan, memisahkan, dan lain-lain

11 JENIS PPE: Pelindung Pernafasan
Prosedur untuk pastikan kualiti udara secukupnya, kuantiti, dan aliran alat pernafasan bekalan atmosphera (udara). Latihan pekerja dalam hazard pernafasan dimana mereka kemungkinan terdedah semasa situasi normal dan kecemasan. Latihan pekerja berkaitan pelindung pernafasan yang sepatutnya, termasuk memakai, mencabut, had penggunaan, dan penyelenggaraan. Prosedur penilaian berkala keatas keberkesanan program. Pemakaian peruntukan secara sukarela tidak terpakai untuk pelindung habuk (dust mask)

12 JENIS PPE: Pelindung Pernafasan
Terdapat 3 kelas/kategori pelindung pernafasan iaitu; Respirator membersih udara (air-purifying respirator)–menyingkirkan ambien yang tercemar dengan cara penapisan atau penyerapan. Respirator membekal udara (air-supplying respirator)–menyediakan udara bernafas dari luar kawasan kerja yang tercemar. Perkakas Bernafas Swakandung (Self-Contained Breathing Apparatus) –menyediakan udara bernafas dari tangki yang dibawa bersama pekerja

13 JENIS PPE: Respirator membersih udara (tekanan negatif)
Pelindung jenis ini tidak boleh digunakan sekiranya; 1. Kandungan Oksigen <19.5% (19.5<O2<23%) 2. Persekitaran IDLH (Immediately Dangerous to Life and Health) 3. Bahan karsinogen dan sensitif. 4. Amaran kandungan bahan yang tidak jelas/kabur. 5. Memasuki ruang; terkurung atau tidak dialih udarakan dimana keadaan pendedahan tidak dikategorikan 6. Kehadiran kontamina yang tidak dikenali pada paras yang tidak diketahui 7. Kepekatan kontamina melebihi keupayaan maksimum katrij 8. Kelembapan relatif tinggi, hujan.

14 JENIS PPE: Setiap katrij yang diluluskan oleh NIOSH perlu melabelkan kontamina yang dilindungi. Sekiranya ada kewujudan teknologi, katrij gas dan wap perlu dilengkapi dengan perakuan NIOSH untuk End-of-Service-Life Indicator (ESLI). Penunjuk ini akan bertukar warna, sekiranya ia telah mencapai paras maksimum penggunaannya. Sekiranya tiada ESLI ini, perlu ada program yang perlu diikuti untuk penukaran katrij. Setiap kontamina telah dipiawaikan warna seperti Jadual 1. (1) Basics of Industrial Hygiene: Chapter 12-Selection and Use of Personal Protective Equipment by Debra Nims Maximum Use Concentration (MUC) adalah kepekatan paling tinggi untuk penggunaan sesuatu penapis atau kartrij yang diluluskan oleh NIOSH, dimana; MUC = PEL X APF Assigned Protection Factor (APF) adalah paras minimum yang boleh dijangka melindungi pelindung pernafasan sekiranya ia dipadan, dipakai dan berfungsi dengan sempurna seperti Jadual 2 yang ditetapkan oleh NIOSH (1) Basics of Industrial Hygiene: Chapter 12-Selection and Use of Personal Protective Equipment by Debra Nims

15 Penandaan Warna Kartrij: Jadual 1
Bil Kontaminan Penandaan Warna 1 Asid Putih 2 Gas Asid Hidrosianik Putih dengan ½” jalur Hijau 3 Gas Klorin Putih dengan ½” jalur Kuning 4 Wap Organik Hitam 5 Gas Amonia Hijau 6 Gas Asid & Gas Amonia Hijau dengan ½”jalur Putih 7 Karbon Monoksida Biru 8 Gas Asid & Wap Organik Kuning 9 Gas Asid Hidosianik dan Wap Kloropikrin Kuning dengan ½” jalur Biru 10 Gas Asid, Wap Organik, dan Gas Amonia Coklat 11 Bahan Radioaktif, kecuali Tritium dan Gas Noble Unggu 12 Particulates – habuk, wasap, kabus, kabut, atau asap – dalam pengabungan dengan mana-mana gas/wap di atas Warna kanister untuk kandungan, seperti yang dijelaskan di atas, dengan ½” jalur Kelabu

16 APF NIOSH: Jadual 2 -Particulate Exposure
Bil Pelindung Pernafasan Faktor Pelindung 1 Single-use or quarter mask respirator 5 2 Half-mask air-purifying respirator 10 3 Supplied-air, half-mask, operated in demand mode 4 Power air-purifying, hood or helmet, equipped with particulate filter 25 Supplied-air, hood or helmet, operated in continuous flow mode 6 Full-face, air-purifying equipped with particulate filter 50 7 Full-face, air-purifying equipped with HEPA filter 8 Power air-purifying tight-fitting facepiece with HEPA filter 9 Supplied-air, full facepiece, operated in demand or continuous flow mode Self-contained breathing apparatus (SCBA), full-face, operated in demand mode 11 Supplied-air, half-mask, operated in pressure demand mode 1,000 12 Supplied-air, full facepiece, operated in pressure demand mode 2,000 13 SCBA, operated in pressure demand mode 10,000 14 Supplied-air respirator, full facepiece operated in pressure demand equipped with an auxiliary emergency escape bottle

17 APF NIOSH: Jadual 2 –Gas/Vapor Exposure
Bil Pelindung Pernafasan Faktor Pelindung 1 Half-mask, air-purifying, with appropriate cartridges 10 2 Supplied-air, half-mask, operated in demand mode 3 Power air-purifying, loose-fitting hood or helmet 25 4 Supplied-air, continuous flow, equipped with hood or helmet 5 Air-purifying, full facepiece, with appropriate cartridges 50 6 Power air-purifying, tight-fitting facepiece, with appropriate cartridges 7 Supplied-air, full facepiece, operated in demand mode 8 Supplied-air, tight-fitting facepiece, operated in continuous flow mode 9 SCBA, operated in demand mode Supplied-air, half-mask, operated in pressure demand mode 1,000 11 Supplied-air, full facepiece, operated in pressure demand mode 2,000 12 SCBA, operated in pressure demand mode 10,000 13 Supplied-air respirator, full facepiece, operated in pressure demand mode with an auxiliary emergency escape bottle

18 JENIS PPE: Contaminants Filter media Dust, Mist, Fumes
Particulates filter: N series: Not for oil R series: Resistant to oil (time restriction of 8 hours when oil are present) P series: Oil Proof Efficiency level: 95%,99%,99.97% eg; N95 means the filter media has at least 95% efficiency tested at 0.3 micrometer and it can only be used in non-oil environment. Gases and vapour Chemical cartridges (type and colour code): Organic vapour (OV) – Black Acid gas (AG) – White OV/AG combination – Yellow Ammonia/Methylamine – Green Formaldehyde – Olive Multi gas and vapour (combination of all the above) – Light brown Mercury/Chlorine - Orange (2) Guidelines on the use of personal protective equipment against chemicals hazards, 2005

19 JENIS PPE: OSHA berkehendakan setiap pengguna respirator menjalankan uji-padan sebelum menggunakannya iaitu uji-padan kualitatif dan kuantitatif. Pemakai dikehendaki melakukan aktiviti fizikal dan bacaan rainbow passage. Uji-padan kualitatif – sekiranya pemakai tidak memberi tindakbalas terhadap agen ujian, maka jenama dan saiz respirator tersebut sesuai dipakai. Agen ujian seperti 1. minyak pisang (isoamyl acetate) hanya untuk respirator dilengkapi dengan katrij wap organik. 2. agen pemanis (saccharin) & bitrex untuk respirator habuk zarah 3. asap perengsa hanya untuk penapis kecekapan tinggi seperti P100 Uji-padan kuantitatif –

20 JENIS PPE: 2. Pelindung pernafasan membekal udara (tekanan positif)
Powered air purifying respirators (PAPR) ini mengunakan kuasa bateri untuk aliran udara yang melalui kartrij atau penapis. Kuasa bateri mesti bertahan untuk tempoh 8 jam pengunaan. Namun disarankan untuk menukar bateri setiap 4 jam pengunaan untuk mengekalkan aliran udara yang sempurna. Aliran udara sekurang-kurangnya; i L/min – jenis lekap muka ii. 170L/min – jenis helmet atau hood Dalam keadaan kerja berat, pekerja akan lebih bernafas dan menyebabkan kedua-dua jenis ini menjadi tekanan negatif. Oleh itu, jenis helmet atau hood dilarang pengunaannya untuk keadaan tertentu.

21 JENIS PPE: 3. Perkakas Bernafas Swakandung
Kebanyakan pelindung ini digunakan untuk kerja menyelamat, kecemasan, dan melawan kebakaran Tangki udara mengandungi tekanan udara mampat serta penggunanya haruslah terlatih

22 JENIS PPE: Pelindung Pendengaran
Earmuff Ear Plug sd Setiap pelindung telinga haruslah mempunyai Noise Reduction Rate (NRR) dimana ; * Tahap pelindungan = Tahap bising sediada – (NNR-7) = xx dB(A)

23 JENIS PPE 1. Ear Muff – boleh mengurangkan tahap kebisingan dengan NRR sehingga 36 dB(A). Pekerja haruslah memakai earplug semasa mengunakanya sebagai pelindung tambahan. 2. Ear Plug – boleh mengurangkan tahap kebisingan dengan NRR dari dB(A)

24 JENIS PPE: Pelindung Mata
Safety Glass Face Shield

25 JENIS PPE 1. Pelindung Mata: Safety Glass
- Melindungi mata dari percikan objek atau cecair. Pengunaan cermin berwarna kuning haruslah dielakan semasa hari siang, dimana ianya lebih sesuai dipakai pada waktu malam. 2. Pelindung Mata: Face Shield - hanya bergantung kepadanya sendiri tidak mencukupi, pekerja haruslah memakai kacamata keselamatan bersama. - Ianya melindungi muka dan leher dari hazard percikan

26 JENIS PPE: Pelindung Tangan
Cotton Glove Chemical Glove Wire mesh Glove

27 JENIS PPE Jangan gunakan sarung tangan jenis kapas untuk memanjat tangga jenis monkey ladder kerana licin kecuali sarung tangan tersebut disalut getah pada bahagian tapak tangan Lipatkan hujung sarung tangan getah semasa mengendali cecair atau bahan kimia Jangan gunakan sarung tangan semasa mengunakan mesin berputar seperti mesin gerudi dsbnya (sarung tangan keluli biasa digunakan utk kerja-kerja pemotongan berputar)

28 JENIS PPE: Pelindung Kaki
Gumboot Safety Shoes

29 JENIS PPE Gumboots/Wellington boots – diperbuat dari getah, polyurethane (PU) atau polyvinylchloride (PVC). Kasut keselamatan - Ianya boleh mendatangkan bahaya sekiranya tali tidak diikat kemas.

30 JENIS PPE 1. Berikut beberapa asas speksifikasi safety shoes menurut MS 1599:1998 Bil Perihal Spesifikasi Catatan 1 Toe protection Perlu mampu menampung beban hentaman 200J Beban hentaman 20kg pada ketinggian 1m 2 Tapak kasut Perlu mampu menampung ujian flexing sebanyak ; getah 125,000 kali polymeric (polyurethane-PU, polyvinylchloride-PVC, thermoplastic rubber-TPR) 150,000 kali (crack <6mm serta 30k pertama <4mm) Daya tahan PU 18bulan-tiada study dari SIRIM 3 Outsole (tapak) resistance to fuel oil Peningkatan volume/isipadu semasa ujian <12%

31 JENIS PPE 2. Beberapa optional/additional safety shoes menurut MS 1599:1998 Bil Perihal Spesifikasi Catatan 1 Penetration resistance (steel midsole) Perlu mampu menampung beban tusukan 1100N Simbol: P 2 Electrical resistance Perlu mampu menampung ujian flexing sebanyak ; -conductive -Perlu mampu menampung <100kΩ Simbol: C -antistatic Perlu mampu menampung >100kΩ dan <1000MΩ Simbol: A 3 Upper Water penetration and water absorption Penyerapan air <30% selepas 60min dan penembusan air <2g selepas 30min. Simbol: WRU 4 Outsole (tapak) resistance to hot contact Perlu mampu menampung haba 4000C dengan peningkatan suhu semasa ujian diatas insole <220C Simbol: HRO

32 JENIS PPE safety shoes spec.doc, outsole property.doc
3. Kategori safety shoes menurut MS 1599:1998 Bil Kategori Asas* Optional/Additional 1 SB I atau II - 2 SI I closed seat region, antistatic property & energy absorption of seat region 3 S2 As S1, water penetration and water absorption 4 S3 As S2, penetration resistance, cleated outsole I-leather & others material II-all rubber or polymeric safety shoes spec.doc, outsole property.doc

33 JENIS PPE: Pelindung Badan
Coverall Fire prove wear

34 JENIS PPE 1. Pelindung Badan: Pakaian Pelindung Kimia
- Setiap Pakaian Pelindung menjalani ujian Penelapan (Permeation), Perendahan (Degradation), dan Penembusan (Penetration). Data ujian ini tidak boleh dibuat perbandingan diantara pembuat. Ini adalah kerana; 1. Hanya 1 jenis bahan kimia sahaja semasa ujian, bukannya campuran kimia dan bukannya setiap bahan kimia diuji oleh pembuat 2. Ujian dijalankan pada suhu bilik. Penggunaannya di kawasan panas akan mempengaruhi keupayaan pelindung tersebut. 3. Kesempurnaan penggunaannya dari segi kekemasan, kesesuaian penggunaannya dsbnya.

35 JENIS PPE 2. Pelindung Badan: NOMEX IIIA
- Benang dibuat dari bahan Flash Resistant oleh Du Pont, Taiwan. Diuji pada 8000C (2-5 saat)/6000C (8 saat) - Kain dijahit (costume made oleh Kawalan Api Engr. Sdn. Bhd., Sg. Buloh, Selangor, Malaysia. - Tidak boleh dicuci dengan bahan peluntur (bleach) atau dijemur dengan sinaran terus cahaya matahari.

36 JENIS PPE: Pelindung Kepala
Topi keselamatan

37 JENIS PPE 1. Topi keselamatan – melindungi kepala dari objek maupun percikan cecair. Ia mempunyai tarikh dibuat, headband, head net & safety latch/chin straps. Ianya jangan dicat atau ditembok, kerana akan mengurangkan ketahanan topi itu sendiri Ia boleh mendatangkan bahaya (objek jatuh) sekiranya safety latch/chin straps tidak dipasang kemas.

38 JENIS PPE: Pelindung Jatuh
Tali pinggang keselamatan (safety belt) -bhg. anchor perlu dicangkukkan pada tali nyawa (life line) atau struktur yang 2. Abah-abah keselamatan (safety harness) -penggunaannya adalah lebih selamat jika dibandingkan dengan talipinggang keselamatan (pilihan:fall absorber/arrestor) * Kedudukan semasa tergantung

39 5. PEMILIHAN PPE Antaranya adalah (3) ;
1. Sesuai dengan jenis kerja yang mereka diambil kerja 2. Padan dengan pekerja 3. Tidak memudaratkan keadaan kesihatan atau perubatan pekerja 4. Mencukupi bekalannya dan mudah didapati oleh pekerja yang menghendakinya (3) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 Antaranya adalah (1) ; 1. Sesuai dengan keadaan fizikal dan persekitaran dimana ia akan digunakan 2. Ia mestilah memberi pelindungan yang mencukupi kepada pekerja dari hazard 3. Pekerja mesti memahami keupayaan dan had pendedahan termasuk bagaimana menguna dan menyelenggara PPE (1) Basics of Industrial Hygiene: Chapter 12-Selection and Use of Personal Protective Equipment by Debra Nims

40 6. FAQ PPE: 1. Mengapakah PPE perlu mendapatkan kelulusan dari JKKP?
Sebagai mematuhi Akta Kilang & Jentera 1967, Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya, walaupun PPE berkenaan telah menjalani ujian/pemeriksaan dari Badan Memeriksa/Menguji Tempatan maupun Luar Negara 2. Siapakah yang harus memohon kelulusan PPE? Pihak pembuat atau pengedar dilantik sesuatu PPE berkenaan 3. Bagaimanakah seseorang pengguna ingin mengetahui samada sesebuah PPE itu telah diluluskan oleh pihak JKKP? Pengguna boleh menyemak jenis PPE tersebut didalam laman web JKKP di PPE yang tersenarai merupakan PPE yang telah mendapat kelulusan JKKP 4. Adakah majikan boleh mengenakan levi/caj PPE yang diberi kepada pekerja mereka? Tidak. Menurut seksyen 26, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994

41 6. FAQ PPE: 5. Perlukah majikan merekodkan PPE yang dibekalkan kepada pekerja mereka? Ya 6. Adakah JKKP boleh/akan dipersalahkan sekiranya berlaku kemalangan/kejadian yang melibatkan PPE yang telah diluluskan? Tidak. Kelulusan PPE yang diberikan adalah terhad kepada aspek keselamatan PPE itu sendiri berdasarkan spesifikasi pembuat. Keselamatan dan kesesuaian penggunaan PPE adalah menjadi tanggungjawab pengguna kerana ianya adalah diluar pengetahuan dan kawalan JKKP 7. Adakah pihak JKKP mengeluarkan sebarang garispanduan berkaitan PPE? Ada. Pihak JKKP ada mengeluarkan “Guidelines On The Use Of Personal Protective Equipment Against Chemicals Hazards – Under The Occupational Safety And Health (Use And Standard Of Exposure Of Chemicals Hazardous Health) Regulation 2000“(JKKP:GP(I)7/2005)

42 Rujukan: Basics of Industrial Hygiene by Debra K.Nims, 1999
Guidelines on The Use of Personal Protective Equipment Againt Chemicals Hazards by DOSH, 2005 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 Lamanweb Karyanet-penerbitan dalam talian (


Download ppt "PEMILIHAN & PENGGUNAAN PPE"

Similar presentations


Ads by Google