Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PENGURUSAN KONFLIK & PERUNDINGAN I HHHN1013

Similar presentations


Presentation on theme: "PENGURUSAN KONFLIK & PERUNDINGAN I HHHN1013"— Presentation transcript:

1 PENGURUSAN KONFLIK & PERUNDINGAN I HHHN1013
Struktur Kursus

2 Maklumat Umum Kursus : PENGURUSAN KONFLIK DAN PERUNDINGAN I
Kod Kursus : HHHN1013 Masa/Tempat : pg. – 2.00 ptg. / BS7.205FEP Pensyarah : En. Zulkefly Othman Telefon : (nota: saya lebih suka berurusan melalui kerana urusan sedemikian dapat direkodkan secara bertulis, namun begitu jika terdapat isu isu yang perlu tindakan segera, anda boleh menghubungi saya melalui telefon) Blog :

3 Sinopsis Kursus Kursus ini merupakan pengenalan kepada pengurusan konflik dan perundingan. Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada asas-asas pengurusan konflik dan perundingan. Pengurusan konflik dan perundingan akan mengambil pendekatan konstruktif dengan menumpukan kepada pemahaman, kreativiti dan produktiviti dalam pengurusan konflik dan perundingan. Di akhir kursus ini pelajar akan diminta membuat suatu simulasi yang bersifat kajian kes tentang pengurusan konflik dan perundingan.

4 Objektif Kursus Memahami pengurusan konflik dan perundingan serta menguasai konsep-konsep penting yang berkaitan dengannya. Menguasai kaedah menangani konflik dan perundingan. Memahami teori dan model pengurusan konflik dan perundingan. Menganalisis dan memperoleh pengetahuan mengenai kajian-kajian pengurusan konflik dan perundingan. Mengalami simulasi penyelesaian konflik dan perundingan melalui kajian kes dan pembentangan.

5 Format Kursus Syarahan (lecture) Diskusi/ perbincangan (discussion)
Latihan berkumpulan (group work) Latihan individu (individual work)

6 Rujukan Brown L. D Managing Conflict at Organizational Interfaces. Reading: Addison-Wesley. Coser L The Functions of Social Conflict. New York: The Free Press. French W. L., Kast F. E. & Rosenzweig J. E Understanding Human Behavior in Organizations. New York: Harper & Row. Quick T.L Managing People at Work. New York: Executive Enterprises Publication. Sherif M Group Conflict and Cooperation. London: Routledge & Kegan Paul.

7 Penilaian Kursus Kehadiran & Penglibatan 10%
Tugasan Individu/ Kuiz % Tugasan Berkumpulan % Peperiksaan Akhir %

8 KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN PELAJAR
10% diperuntukan untuk kehadiran dan juga penglibatan pelajar dalam kursus. Walaupun peratusan yang diperuntukan kecil, namun kehadiran para pelajar amat diharapkan begitu juga dengan penglibatan pelajar dalam perbincangan, diskusi, soal jawab, lontaran pendapat serta pandangan amat diperlukan bagi menjadikan kursus ini suatu kursus yang lebih dinamik. Terdapat juga perkara-perkara yang pelajar tidak mungkin perolehi dari buku-buku rujukan yang mana ianya hasil interaksi para pelajar semasa di dalam kelas. Peperiksaan akan merangkumi pelbagai topik juga idea serta pendapat yang dikemukakan semasa kelas disamping bahan-bahan bacaan yang dicadangkan. Terdapat juga latihan-latihan yang akan diberikan semasa kelas. Diskusi di dalam kelas tentunya sesuatu yang sangat menyeronokkan jika terdapat pelbagai pandangan dan pendapat yang berbeza dilontarkan. Pelajar juga diharapkan melibatkan diri secara aktif semasa diskusi dan juga aktiviti yang disusun semasa kelas. Perkongsian cerita, pengalaman, idea dan soal jawab merupakan komponen yang amat bernilai semasa proses pembelajaran.

9 TUGASAN INDIVIDU DAN BERKUMPULAN
30% diperuntukkan untuk tugasan individu dan 30% lagi untuk tugasan berkumpulan. Pelajar akan diberikan beberapa tugasan individu seperti kuiz, penulisan journal peribadi, pencarian bahan, ulasan artikel dan seupamanya. Tugasan berkumpulan pula melibatkan simulasi, kertas projek, pembinaan bahan pembelajaran, kajian kes dan lain-lain untuk melatih pelajar berkerja dalam pasukan dan mengalami pelbagai proses kerja kumpulan seperti sikap keterbukaan, sumbang saran, penyelesai masalah, pengurusan masa, perundingan dan lain-lain. Tugasan yang diberikan perlu dihantar kepada pensyarah tepat pada masanya dan sebarang kelewatan akan dikenakan pengurangan markah.

10 PEPERIKSAAN Peperiksaan akhir merangkumi 30% daripada markah keseluruhan kursus. Soalan-soalan yang diberikan adalah dalam bentuk objektif dan juga subjektif. Tujuan peperiksaan ini adalah untuk menilai kefahaman para pelajar tentang topic-topik yang telah dibincangkan. Sekiranya anda hadir ke kuliah dan melibatkan diri secara aktif, peperiksaan akan menjadi sesuatu yang amat mudah!

11 MARKAH & GRED GRED PERATUS A 85 100 A- 80 84 B+ 75 79 B 70 74 B- 65 69
C+ 60 64 C 55 59 C- 50 54 D+ 45 49 D 40 44 E 00 39

12 MARKAH BONUS Dalam usaha meningkatkan motivasi pelajar mempelajari kursus ini diluar waktu kuliah, markah bonus boleh diperoleh disepanjang semester kursus ini sehingga seminggu sebelum tarikh peperiksaan akhir semester. Terdapat dua cara untuk pelajar memperoleh bonus:

13 MARKAH BONUS: CARA 1 Cari rencana atau topik dalam buku yang TERKINI yang ada kaitan dengan apa yang sedang anda pelajari yang boleh dijadikan bahan bacaan. Hantarkan salinan bahan tersebut dan secara ringkas nyatakan apakah kepentingan bahan tersebut bagi anda dimasa hadapan. (satu atau dua muka surat bertaip)

14 MARKAH BONUS: CARA 2 Sertai sebarang seminar atau kursus yang berkaitan dengan subjek yang sedang anda pelajari serta hantarkan ringkasan pendek (1 atau 2 mukasurat bertaip) serta ulasan mengenai program tersebut. Sertakan juga brochure/ tentatif program/ salinan sijil penyertaan sebagai bukti kehadiran.

15 CARA PEMBERIAN BONUS Bagi setiap kerja yang dihantar anda akan memperoleh 3 markah bonus dan anda boleh menghantar sehingga 3 bahan sepanjang kursus ini. (Dengan kata lain anda boleh mendapat sehingga 9 markah bonus!)

16 TATACARA SEMASA KULIAH
Kuliah boleh menjadi medan untuk menimba ilmu pengetahuan dan menyeronokkan apabila kita bekerjasama dalam menjayakan serta mewujudkan suasana tersebut. Salah satu cara menjadikan kuliah produktif dan menyeronokkan ialah dengan memikirkan impak tingkahlaku kita terhadap individu lain, menghormati satu sama lain dan memberikan layanan mesra terhadap rakan-rakan sekuliah.

17 TATACARA KULIAH Mematuhi etika berpakaian
Hadir ke kelas tepat pada waktunya serta kekal berada di dalam kelas sehingga tamat sesi pembelajaran Membuat persediaan awal sebelum ke kuliah serta bersedia untuk mengambil bahagian secara aktif di dalam kelas Mengurangkan aksi serta bunyi-bunyi atau suara yang menggangu kuliah Mendengar serta memberikan perhatian apabila seseorang bercakap Menyertai perbincangan tentang sesuatu isu yang dikemukakan secara sihat tanpa terjadinya serangan peribadi Menggunakan jenaka yang bersesuaian Membantu rakan-rakan sekuliah yang memerlukan pertolongan dan bimbingan Cuba mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu yang dibangkitkan Meletakkan mode telefon kepada ‘silent’ atau mematikannya

18 JADUAL PELAKSANAAN KURSUS (Lecture)
Minggu Tarikh Topik/ Gerak Kerja/ Arahan 1 12 Julai PENGENALAN KURSUS UNIT 1: MEMAHAMI KONFLIK 2 19 Julai Hantar Journal Mingguan 1 UNIT 2 : TEORI DAN MODEL PENGURUSAN KONFLIK 3 26 Julai Due Journal Mingguan 2 GAYA PENGURUSAN KONFLIK 4 2 Ogos Due Journal Mingguan 3 MEMAHAMI PERUNDINGAN 5 9 Ogos Due Journal Mingguan 4 TEORI DAN MODEL PERUNDINGAN 6 16 Ogos Due Journal Mingguan 5 PROSES PERUNDINGAN 7 23 Ogos Due Journal Mingguan 6 PENYELESAIAN KONFLIK DAN PERUNDINGAN

19 JADUAL PELAKSANAAN KURSUS (Pembentangan Kajian Kes)
Minggu Tarikh Topik/ Gerak Kerja/ Arahan 8 12 Julai Hantar Journal Mingguan 7 KAJIAN KES & PEMBENTANGAN I (K1 & K2) 9 19 Julai Hantar Journal Mingguan 8 KAJIAN KES & PEMBENTANGAN II (K3 & K4) 10 26 Julai Due Journal Mingguan 9 KAJIAN KES & PEMBENTANGAN II (K5 & K6) 11 2 Ogos Due Journal Mingguan 10 KAJIAN KES & PEMBENTANGAN II (K7 & K8) 12 9 Ogos Due Journal Mingguan 11 KAJIAN KES & PEMBENTANGAN II (K9 & K10) 13 16 Ogos Due Journal Mingguan 12 KAJIAN KES & PEMBENTANGAN II (K11 & K12) 14 23 Ogos Due Journal Mingguan 13 KAJIAN KES & PEMBENTANGAN II (K13 & K14)


Download ppt "PENGURUSAN KONFLIK & PERUNDINGAN I HHHN1013"

Similar presentations


Ads by Google