Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PENGANTAR FIQH ISLAM PERKEMBANGAN FIQH MENGIKUT URUTAN ZAMAN PERTAMA : Perkembangan Fiqh di zaman Nabi S.A.W.

Similar presentations


Presentation on theme: "PENGANTAR FIQH ISLAM PERKEMBANGAN FIQH MENGIKUT URUTAN ZAMAN PERTAMA : Perkembangan Fiqh di zaman Nabi S.A.W."— Presentation transcript:

1 PENGANTAR FIQH ISLAM PERKEMBANGAN FIQH MENGIKUT URUTAN ZAMAN PERTAMA : Perkembangan Fiqh di zaman Nabi S.A.W

2 PERINGKAT PERTAMA (ZAMAN NABI S.A.W) - Zaman fiqh paling penting kerana Syariat Islam tamat dengan sempurnanya pada zaman ini. -Merupakan asas kepada fiqh sepanjang zaman. -Fiqh pada zaman ini merupakan FIQH AL WAHYI sahaja,yang mana diturunkan ke atas Nabi dalam bentuk lafaz dan maknanya ( alQuran ) atau dalam bentuk maknanya sahaja iaitu (al Sunnah). -Sumber hukum Syara’ pada zaman tersebut hanyalah wahyu Allah sahaja,adapun ijtihad nabi dan sahabatnya kesemuanya adalah merujuk kepada wahyu sebagai kata pemutus.

3 PEMBINAAN HUKUM DI MAKKAH Selama 13 tahun Rasulullah berdakwah di Makkah sejak Baginda dilantik sebagai Rasul dan sebelum Baginda berhijrah ke Madinah. Wahyu pada masa tersebut ditumpukan pada persoalan aqidah. Aqidah perlu dibersihkan daripada sebarang kebatilan dan pencemaran dan perlu berteraskan kepada kepercayaan dan keimanan kepada Allah,Rasul-Nya dan hari akhirat.

4 PERUNDANGAN SELEPAS HIJRAH Allah Taala mengizinkan Nabi S.A.W berhijrah ke Madinah untuk menjalankan tugas dan kerja-kerja dakwah seterusnya menjadikan Madinah sebagai pusat pusat pemerintahan serta negara Islam yang pertama dalam dunia. Pembinaan hukum ketika itu memberi penumpuan kepada aspek-aspek amali samada berkaitan kehidupan individu serta kehidupan masyarakat. Diperundangkan hukum hakam seperti ibadat,jihad,sistem kekeluargaan,jenayah,muamalat serta lain-lain lagi.

5 CARA-CARA PEMBINAAN HUKUM Pertama : Berlaku peristiwa-peristiwa yang memerlukan hukum dari Syara’ atau orang-orang Islam berhadapan dengan beberapa perkara menuntut mereka bertanya kepada Nabi. Dalam keadaan ini,Rasulullah menunggu wahyu daripada Allah Taala bagi menjawab persoalan tersebut. Contohnya : وَلاَ تَنكِحُواْ الْمُشْرِكَاتِ حَتَّى يُؤْمِنَّ وَلأَمَةٌ مُّؤْمِنَةٌ خَيْرٌ مِّن مُّشْرِكَةٍ وَلَوْ أَعْجَبَتْكُمْ ( al Baqarah ayat 221) Sebab penurunan ayat ini kerana terdpat salah seorang Muslim bercita- cita hendak berkahwin dengan perempuan Musyrikah jika mendapat persetujuan Rasulullah.

6 Menjawab persoalan : وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُواْ النِّسَاء فِي الْمَحِيضِ وَلاَ تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىَ يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ ( al Baqarah : 222) Terjemahan : “Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."

7 Kedua : Kedatangan beberapa hukum tanpa didahulukan dengan sebarang soalan dan peristiwa tertentu tetapi Syara’ berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk diperundangkan hukum-hukum ini bagi keperluan masyarakat. Diantara hukum-hukum jenis ini ialah konsep Syura dalam pemerintahan,kadar zakat,perincian kebanyakan hukun keluarga dan sebagainya.

8 KEISTIMEWAAN PEMBINAAN HUKUM PADA ZAMAN NABI S.A.W i- Tadarruj ( beransur-ansur ) -al Quran tidaklah menurunkan hukum-hukumnya sekali gus sebaliknya hukum Syariat itu turun bagi menjawab soalan atau menyatakan hukum kepada sesuatu perisitiwa yang berlaku. - Juga ia turun yang mana menurut pertimbangan Syara’ bahawa sudah tiba masanya diperundang dan dilaksanakan. -Hikmah bagi pembinaan hukum ini menjadikan manusia lebih ringan dan mudah untuk memahami dan mengamalkan hukum tersebut.

9 ii- Mengangkat kesulitan يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ Terjemahan : Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggumg kesukaran ( al Baqarah : 185) Mengangkat kesulitan merupakan satu prinsip yang diputuskan dalam Syariat Islam. Contoh adalah : a- Sakit,musafir,paksaan,tersakah dan terlupa adalah diangkat sebagai uzur syarie yang membolehkan keringanan hukum atau rukhsah. b- Sedikit bebanan dalam Syariat. Ia tidak mendatangkan bebanan dan kesulitan dalam menjalankan ibadat kepada Allah Taala. Taklif kepada manusia sekadar yang semesti dan mampu dilakukan oleh manusia.

10 iii- Nasakh -Ia bermaksud diangkat hukum yang terdahulu dan digantikan dengan hukum yang baru. -Nasakh dalam perundangn Islan hanya berlaku pada zaman Nabi sahaja. Tujuannya ialah bagi menjaga kepentingan umat manusia dan mengangkat yang sulit atau menyusahkan dari mukallaf. Contohnya : Iddah perempuan yang kematian suami pada mulanya satu tahun.

11 وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجاً وَصِيَّةً لِّأَزْوَاجِهِم مَّتَاعاً إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِي مَا فَعَلْنَ فِيَ أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعْرُوفٍ وَاللّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ( al Baqarah ayat 240 ) Terjemahan : “Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri- isterinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." ٌ

12 Ayat ini dinasakhkan satu tahun beriddah digantikan dengan 4 bulan 10 hari sahaja. Allah berfirman: وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجاً يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْراً فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِير Terjemahan : “Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat."

13 KESIMPULAN 1- Asas kepada fiqh pada zaman Nabi SAW adalah fiqh al Wahyi ( al Quran ). 2- Ijtihad yang dilakukan nabi SAW dan para sahabat dalam beberapa persoalan hukum yang tidak kedapatan nas akhirnya merujuk kepada wahyu. 3- Tidak ada khilaf dikalangan Nabi SAW.


Download ppt "PENGANTAR FIQH ISLAM PERKEMBANGAN FIQH MENGIKUT URUTAN ZAMAN PERTAMA : Perkembangan Fiqh di zaman Nabi S.A.W."

Similar presentations


Ads by Google