Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom

Similar presentations


Presentation on theme: "MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom"— Presentation transcript:

1 MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom
Seminar5

2 Kandungan Pelbagai pendekatan dalam pengajaran penulisan
Cara memeriksa dan menilai karangan

3 Pendekatan dalam Pengajaran Penulisan
Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran penulisan. Raimes (1983) telah mencadangkan pendekatan-pendekatan yang berikut: 1. Pendekatan Terkawal 2. Pendekatan Bebas 3. Pendekatan Pola-Perengganan 4. Pendekatan Tatabahasa-Sintaksis-Organisasi 5. Pendekatan Komunikatif 6. Pendekatan Proses 7. Pendekatan Pengalaman Bahasa

4 Pendekatan Terkawal Karangan peringkat asas
Segala isi dan bahasanya terkawal oleh guru Tujuannya untuk mengurangkan kesilapan yang dibuat oleh murid Fokusnya kepada kelancaran dalam penggunaan bahasa Membolehkan murid mengeluarkan fikiran mereka tanpa diganggu oleh soal bahasa Dibahagikan kepada 3 jenis

5 Pendekatan Terkawal 3 jenis:
(i) 100% terkawal atau berpandu – peringkat menyalin semula Contoh: Menulis semula cerita/petikan yang dibaca. Menulis karangan berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk. Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya.

6 Pendekatan Terkawal (ii) separuh terkawal – peringkat menghasilkan semula Disediakan oleh guru tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan. Contoh : Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan perkataan-perkataan lain yang telah disediakan.

7 Pendekatan Terkawal (iii) Hampir terkawal
Karangan ini merupakan satu penulisan karangan yang mendapat sedikit maklumat atau panduan guru. Contoh : Menulis semula cerita yang diperdengarkan. Menyudahkan cerita. Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal. Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan. Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan.

8 Pendekatan Bebas Dapat dijalankan setelah murid sudah boleh menguasai bahasa dengan baik Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Murid-murid menulis karangan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru Murid-murid mencari isi karangan sendiri Murid-murid menyusun isi dan membuat rangka karangan •Guru boleh memberikan beberapa perkataan ataua rangkai kata Bentuk karangan bebas seperti berikut : Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan. Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan. Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan. Kreatif: puisi, cerpen, drama Imaginatif: pengalaman.

9 Pendekatan Pola-Perenggan
Menitikberatkan kepada pembentukan perenggan dan kesepaduan isi. Murid-murid dilatih untuk menyampaikan idea dalam perenggan. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan ialah: mengkaji contoh-contoh perenggan karangan yang baik. menyusun ayat yang dicampuradukkan agar susunan itu membentuk satu perenggan yang kemas dan sepadu. mengenal pasti isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan. mengkaji contoh-contoh perengganan yang baik. latihan meyusun ayat-ayat yang diberi oleh guru supaya membentuk satu perenggan yang kemas yakni perenggan yang mengandungi ayat-ayat yang saling berhubung dan melengkapi bagi membentuk satu kesatuan.

10 Pendekatan Tatabahasa-Sintaksis-Organisasi
Melalui pendekatan ini guru dapat menumpukan perhatian murid mengenai beberapa kemahiran kecil yang harus dikuasai secara sekaligus. Murid-murid harus memberi perhatian terhadap tatabahasa dan sintaksis serta penyusunan perenggan yang perlu digunakan dalam sesuatu penulisan. Guru merancang aktiviti penulisan yang memerlukan murid-murid memberi perhatian terhadap tatabahasa dan sintaksis yang perlu digunakan dalam penulisan tersebut.

11 Pendekatan Tatabahasa-Sintaksis-Organisasi
Murid-murid juga dilatih untuk menyusun idea-idea mereka supaya menjadi satu kesatuan. Menghubungkan idea secara berkesan dengan kata hubung seperti sungguhpun demikian, walau bagaimanpun, namun demikian, oleh kerana itu Kata hubung yang dinyatakan itu dapat menggabungkan idea dengan lebih berkesan.

12 Pendekatan Tatabahasa-Sintaksis-Organisasi
Aspek penyusunan dalam apa jua bentuk karangan (surat, laporan, rencana, dan sebagainya) dianggap penting Selain kejelasan bahasa, teknik menyusun isi karangan dan aspek perengganan memudahkan penulis menyampaikan idea secara teratur dan berkesan.

13 Pendekatan Komunikatif
Mengutamakan tujuan menulis sesuatu bentuk penulisan dan khalayak yang membaca penulisan tersebut. Murid-murid digalakkan untuk menulis dalam situasi yang sama seperti yang terdapat dalam kehidupan seharian. Penekanan diberikan kepada penggunaan bahasa yang berkesan dalam mengungkapkan isi cerita dan kurang kepada aspek penstrukturan karangan

14 Pendekatan Komunikatif
Murid-murid diberikan latihan mengemukakan pendapat mereka tentang sesuatu idea Murid-murid diminta bercerita tentang sesuatu dalam konteks perbincangan yang autentik Bentuk penulisan murid-murid lebih mirip kepada melaporkan sesuatu kejadian dalam konteks dan suasana kejadian sebenar. Penggunaan bahan rangsangan seperti bahan multi media dapat membantu murid-murid dalam mengemukakan penceritaan.

15 Pendekatan Komunikatif
Contoh: Sebagai contoh, Satu kemalangan jalan raya telah berlaku di Lorong Chuan pagi ini antara sebuah motosikal dengan sebuah kereta. Dalam kemalangan itu, tiga orang penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandunya cedera parah. Ketua pengarah sebuah syarikat akhbar tempat anda bekerja mengarahkan anda pergi menyaksikan kejadian tersebut dan meminta anda menulis satu laporan untuk disiarkan esoknya.

16 Pendekatan Proses Mengutamakan proses penulisan untuk menghasilkan sesuatu karangan Latihan melalui beberapa peringkat menulis sebelum menghasilkan karangan dianggap lebih penting Guru memulakan pengajaran dengan aktiviti prapenulisan iaitu murid-murid mengkaji sesuatu tajuk karangan secara mendalam melalui pembacaan, perbincangan, sumbang saran dan perbahasan, untuk mendapatkan isi

17 Pendekatan Proses Berdasarkan isi karangan yang telah diperoleh, murid-murid membuat rangka dan menulis draf karangan Draf itu disemak dan diperkemaskan untuk memperbaiki karangan tersebut. Perkara-perkara berikut boleh dilakukan: (i) Menukar atau menambah isi serta susunannya. (ii) Membaiki ayat atau perenggan. (iii)Membaiki ejaan dan tanda baca. (iv)Membaiki pilihan kata dan tatabahasa (v) Membaiki ekspresi dan gaya bahasa. Guru memberi masa serta maklum balas kepada idea-idea yang dihasilkan oleh murid-murid sebelum mereka menghasilkan sesuatu karangan

18 Pendekatan Proses Draf yang telah diperkemaskan diberikan kepada rakan atau guru untuk mendapatkan maklum balas tentang penulisan tersebut. Setelah karangan itu disemak, murid menyalin semula draf dengan mengambil kira pandangan atau idea-idea baru yang diberi oleh guru atau pembaca yang lain.

19 Pendekatan Proses Mengambil masa yang agak panjang dan tidak dapat diselesesaikan dalam jangka waktu yang terbatas. Namun demikian pendekatan ini dapat membantu pelajar lebih bertanggungjawab ke atas kerja penulisan mereka serta dapat meningkatkan penguasaan kemahiran penulisan mereka. Hasil karangan yang baik bolehlah dipamerkan di dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar yang lain membacanya yang ditukar dari semasa ke semasa

20 Pendekatan Pengalaman Bahasa
Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawa kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan, seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Pendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan struktur bahasa yang bermakna, yang boleh dituturkan dan dituliskan. Mengeksploitasi pengalaman bahasa yang bermakna dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangan dalam proses penulisan karangan.

21 Pendekatan Pengalaman Bahasa
Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk yang dipilih Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk membina cerita Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan berdasarkan idea yang mereka berikan Setelah selesai, guru membimbing murid memberi tajuk cerita

22 Pendekatan Pengalaman Bahasa
Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis Setelah cerita selesai… • Guru membaca secara nyaring, murid mendengar • Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru • Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu • Guru meminta murid-murid menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi

23 Memeriksa dan Menilai Karangan
Tujuan utama guru memeriksa dan menilai karangan murid-murid ialah untuk memberitahu mereka kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan untuk membolehkan mereka mempelajari aspek-aspek bahasa dan perkara-perkara lain bagi membantu mereka meningkatkan kemahiran menulis.

24 Memeriksa dan Menilai Karangan
Ketika memeriksa karangan, guru tidak seharusnya menandakan semua kesalahan murid malah memadailah kalau guru menggunakan sistem lambang sendiri bagi menandakan kesalahan seperti ejaan, struktur ayat tatabahasa dan sebagainya. Bagi karangan murid di sekolah rendah, guru boleh membetulkan kesalahan-kesalahan mereka.

25 Memeriksa dan Menilai Karangan
Pemberian markah diasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang harus diketahui oleh murid Ada dua cara menilai karangan murid iaitu dengan menggunakan teknik perincian (atau teknik analisis) dan teknik tanggapan menyeluruh (atau teknik global).

26 Memeriksa dan Menilai Karangan
Aspek yang dinilai: Isi Ejaan Bahasa Kosa kata Kelancaran Pengolahan isi Ketepatan dengan tajuk Format (sekiranya karangan berformat)

27 Memeriksa dan Menilai Karangan
Isi : Setiap isi harus diperkembangkan atau diulas. Tatabahasa: Setiap kesalahan tatabahasa dan ejaan dipotong markah.Markah maksimum ditentukan. Gaya bahasa: Cara penyampaian denga menggunakan bahasa yang menarik. Pengolahan: Kelicinan pengolahan dan kesesuaian pemerganan. Keseluruhan: Peruntukan markah berdasarkan pemarkahan secara global terhadap keseluruhan penghasilan karangan.

28 Memeriksa dan Menilai Karangan
PENILAIAN SECARA HOLISTIK ATAU GLOBAL Karangan dibaca dengan menanda kesalahan-kesalahan ejaan, tanda baca, ayat, fakta, kelancaran dan kepesongan Berikan kedudukan markah berdasarkan gred secara keseluruhan Tolak sejumlah markah yang dibenarkan bagi kesalahan format Berikan markah akhir

29 Memeriksa dan Menilai Karangan
Pemeriksaan dengan cara holistik adalah berdasarkan kepada andaian bahawa keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian. SKEMA PEMARKAHAN YANG MENGGUNAKAN TEKNIK GLOBAL.doc

30 TMAO2 Raimes (1983) telah mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh digunakan dalam pengajaran penulisan. Pilih tiga jenis pendekatan dan jelaskan dengan contoh-contoh tertentu.

31 Soalan Perbincangan 1 a) Membaca melibatkan interaksi antara bahan bertulis dengan pembaca. Terangkan proses membaca yang melibatkan factor pemahaman dan pentafsiran. b) Terangkan TIGA tujuan membaca.

32 Soalan Perbincangan 2. Bincangkan sebab-sebab mengapa terdapat sebahagian murid sekolah rendah menghadapi masalah kesukaran membaca. 3. Peringkat pemahaman membaca bermula daripada peringkat paling asas hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Huraikan.

33 Soalan Perbincangan 4. Huraikan kemahiran membaca yang berikut:
a) Kemahiran membaca aktif b) Kemahiran membaca kritikal 5. Kemahiran menulis hanya dapat dicapai selepas murid-murid menguasai kemahiran mendengar, bertutur dan membaca. Bincangkan.

34 6. Dalam pengajaran penulisan di sekolah, murid didedahkan dengan pelbagai jenis penulisan. Terangkan jenis-jenis penulisan yang berikut: i. Penulisan terkawal ii Penulisan separa terkawal iii. Penulisan berpandu iv. Penulisan bebas

35 Terima Kasih!


Download ppt "MLL 205 Teaching Reading and Writing in the Malay Language Classroom"

Similar presentations


Ads by Google