Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

BINAAN AYAT.

Similar presentations


Presentation on theme: "BINAAN AYAT."— Presentation transcript:

1 BINAAN AYAT

2 Dalam binaan ayat, kata adjektif boleh berfungsi sebagai:
b) Pelengkap a) Predikat c) Penerang d) Kata Keterangan e) subjek

3 PREDIKAT Kata adjektif yang berfungsi sebagai predikat membentuk pola ayat dasar Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) Contohnya: Meja itu bulat Ibrahim amat gelisah

4 Mereka yang melakukan perbuatan itu adalah kurang waras.
Jika predikat terdiri daripada kata adjektif yang panjang, kata pemeri ialah / adalah sering digunakan bagi membatasi subjek dan predikat tersebut. Contohnya: Mereka yang melakukan perbuatan itu adalah kurang waras.

5 Lelaki itu bertubuh sasa.
PELENGKAP Kata adjektif boleh menjadi unsur yang melengkapkan kata kerja tak transitif . Contohnya: Lelaki itu bertubuh sasa. Nenek bertambah sihat.

6 PENERANG Kehadiran kata adjektif sebagai penerang berada di belakang ( di sebelah kanan) kata nama. Kata adjektif berfungsi memberikan keterangan yang lebih khusus tentang sesuatu frasa nama dalam ayat.

7 Baju biru itu amat cantik. Kereta abang saya kereta baru.
Contohnya: Baju biru itu amat cantik. Kereta abang saya kereta baru.

8 Kereta lama yang cantik Bangunan tinggi yang buruk
Jika terdapat dua kata adjektif selepas kata nama, kata hubung yang digunakan antara dua adjektif tersebut. Contohnya: Kereta lama yang cantik Bangunan tinggi yang buruk

9 KATA KETERANGAN Kata adjektif dapat berfungsi sebagai
kata keterangan (adverba) iaitu selepas frasa kerja. Contohnya: Bayi itu tidur lena Ravi berjalan cepat

10 SUBJEK Kata adjektif dapat menjadi subjek dalam ayat.
Tetapi, kata adjektif tersebut mengambil tugas kata nama. Contohnya: Kaya belum tentu bahagia. Hitam itu menawan.


Download ppt "BINAAN AYAT."

Similar presentations


Ads by Google