Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

PEMERIKSAAN & PENGUJIAN NOTA: PENDAWAIAN ELEKTRIK.

Similar presentations


Presentation on theme: "PEMERIKSAAN & PENGUJIAN NOTA: PENDAWAIAN ELEKTRIK."— Presentation transcript:

1 PEMERIKSAAN & PENGUJIAN NOTA: PENDAWAIAN ELEKTRIK

2 PENGENALAN  Tujuan utama pengujian ini dijalankan adalah untuk mempastikan bahawa sesuatu pemasangan itu dilaksanakan dengan sempurna dan selamat, selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan-peraturan pemasangan elektrik. Undang-undang dan peraturan tersebut antara lain: I. Peraturan Keselamatan II. Peraturan IEE untuk pemasangan elektrik III. Peraturan Suruhanjaya Tenaga IV. Peraturan JKR  Peraturan IEE diterima sebagai peraturan piawaian bagi borang pemasangan elektrik, walaupun dalam beberapa hal di ubah-suai mengikut keperluan-keperluan amalan di Malaysia.  Antara jenis-jenis ujian yang dijalanan adalah: 1. Ujian Penglihatan 2. Ujian Kekutuban 3. Ujian Rintangan Penebatan 4. Ujian Keterusan 5. Ujian Pembumian

3 PENGENALAN PEMERIKSAAN & PENGUJIAN FIZIKAL / PENGLIHATAN FIZIKAL / PENGLIHATAN UJIAN KETERUSAN UJIAN RINTANGAN PENEBATAN UJIAN KEKUTUBAN UJIAN RINTANGAN PENEBATAN BAGI PERKAKAS ELEKTRIK

4 PEMERIKSAAN FIZIKAL Mengikut peraturan, pemeriksaan dan pengujian hendaklah dibuat terhadap pemasangan-pemasangan berikut: i. Pemasangan baru. ii. Pemasangan sedia ada untuk tujuan tambahan dan ubah- suaian. iii. Tambahan pemasangan, khususnya tambahan besar. iv. Pemasangan sedia ada secara berkala mengikut perencanaan untuk tujuan Penyenggaran. v. Ujian atas permintaan pengguna atau arahan. Ini biasanya apabila berlaku kerosakan pada pemasangan. vi. Ujian untuk kemasukan Borang kepada Tenaga Nasional.

5 PEMERIKSAAN FIZIKAL Senarai pemeriksaan penglihatan adalah seperti berikut:  Sambungan pengalir-pengalir kabel.  Tanda pengenalan kabel.  Pemilihan pengalir kabel bagi kapasiti membawa arus dan susutan voltan.  Sambungan suis kutub tunggal ke pengalir fasa sahaja.  Sambungan yang betul ke atas soket alur keluar dan pemegang lampu.  Wujudnya penahan api dan perlindungan daripada kesan haba.  Kaedah perlindungan daripada sentuhan terus: i. Perlindungan dan penebatan ke atas bahagian-bahagian hidup; ii. Perlindungan dengan penahan dan penutup; iii. Perlindungan dengan halangan; iv. Perlindungan dengan mengelak jankauan; v. Perlindungan dengan bahan bukan pengalir.

6 JENIS-JENIS ALAT UJI Antara alat uji yang biasa digunakan ialah :- i. Mega Insulation Tester (penguji rintangan penebatan) ii. Earth Tester (penguji rintangan bumi) iii. Multi Meter – Jangka Ohm, Jangka Volt iv. RCCB Tester v. Clamp Meter vi. Tacho Meter vii. Ring Main Tester viii. AVO Meter ix. Loceng Elektrik x. Test Lamp (lampu penguji)

7 UJIAN KESELANJARAN LITAR AKHIR Sekurang-kurangnya ada 3 ujian keselanjaran litar akhir yang mustahak: i. Keselanjaran litar gelang. ii. Keselanjaran litar fasa & Neutral. iii. Keselanjaran litar pelindung.

8 KESELANJARAN LITAR GELANG Turutan ujian adalah seperti berikut:

9 KESELANJARAN LITAR FASA & NEUTRAL Sebelum ujian dijalankan pastikan: a. Semua fius, suis dan pengasing dihidupkan. b. Pengasing Utama dimatikan dan fius utama dicabut. c. Untuk litar lampu, sebaiknya lakukan ujian sebelum beban terpasang. Jika beban telah terpasang, ujian boleh dilakukan pada penyambung. Nilai bacaan rintangan: a. Nilai yang rendah menunjukkan keselanjarannya baik. Jika nilai rintangan sebaliknya, menunjukkan tidak wujud keselanjaran yang sempurna.

10 KESELANJARAN KONDUKTOR PELINDUNG Konduktor pelindung ialah: i. Litar gelang. ii. Litar lampu. iii. Terminal bumi (walaupun bertebat sepenuhnya). iv. Suis. v. Litar pelindung dalam pendawaian bersalut. vi. Perkakas tetap. vii. Litar pelindungan. viii. Terminal bumi. ix. Konduktor bumi. x. Konduktor pelindungan dalam tali kord melentor. xi. Konduit. xii. Salutan logam. xiii. Sambungan bumi. xiv. Kepada pepasangan luar.

11 ALAT UJI KETERUSAN LITAR GELANG

12 UJIAN RINTANGAN PENEBATAN Ujian rintangan penebatan dilakukan bagi mengukur ketahanan penebatan kabel, litar dan kelengkapan elektrik agar berupaya mengelakkan kebocoran arus dari litar. Nilai bacaan ujian rintangan penebatan yang rendah akan menunjukkan kemungkinan berlakunya arus bocor, litar pintas dan menyebabkan arus yang diterima oleh beban akan berkurangan dan membahayakan pengguna. Semasa melakukan ujian rintangan penebatan, pendawaian mestilah tidak disambungkan disambungkan bekalan (litar mati). Jika bekalan telah disambungkan, putuskan bekalan dengan membuka suis utama.

13 UJIAN KERINTANGAN PENEBATAN Alat Uji Pengujian Dua kaedah bagi melakukan ujian rintangan penebatan iaitu :- i. ujian setiap litar akhir secara berasingan ii. ujian secara keseluruhan litar akhir.

14 UJIAN KERINTANGAN PENEBATAN a) Ujian Setiap Litar Akhir Secara Berasingan Satu fius atau pemutus litar miniatur yang mengawal satu litar akhir sahaja ditutup (ON). Fius atau pemutus litar miniatur yang lain dibuka (OFF). Selepas litar akhir tersebut telah diuji, litar akhir seterusnya diuji satu persatu. b) Ujian Keseluruhan Litar Akhir Semua fius atau pemutus litar miniatur hendaklah dalam keadaan ditutup. Ujian dilakukan keseluruhan litar akhir. Ujian Rintangan Penebatan dibahagikan kepada dua bahagian a) Ujian rintangan penebatan di antara pengalir-pengalir. b) Ujian rintangan penebatan di antara pengalir-pengalir dengan pengalir pelindung (bumi).

15 UJIAN KERINTANGAN PENEBATAN (a) Langkah-langkah Pengujian Penebatan di antara Pengalir-pengalir  Ujian penebatan mesti dilakukan tanpa voltan bekalan pada pendawaian, jika bekalan telah disambungkan, putuskan bekalan pada suis utama dan pastikan tiada bekalan pada litar akhir.  Semua beban yang disambungkan pada punca beban atau alatambah hendaklah ditanggalkan dan semua suis ditutup (ON). Jika beban tidak boleh ditanggalkan, suis yang mengawalnya hendaklah dibuka (OFF).  Klipkan salah satu punca penguji (dawai kuar penguji) pada punca hidup selepas suis utama dan satu lagi punca penguji pada punca pengalir neutral. Pusingkan pemutar dinamo pada jangka penguji penebatan megge dan bacaannya mestilah tidak kurang (lebih) dari 1 megaOhm (1 M Ω ). Jika bacaannya kurang dari 1 megaOhm, kemungkinan terdapatnya kebocoran penebatan atau litar pintas pada pendawaian tersebut.

16 UJIAN KERINTANGAN PENEBATAN

17

18

19 UJIAN KERINTANGAN PENEBATAN BAGI ALAT-ALAT ELEKTRIK Alat-alat elektrik yang telah ditanggalkan dari pendawaian semasa hendak melakukan ujian rintangan penebatan perlu diuji penebatannya.

20 UJIAN KERINTANGAN PENEBATAN BAGI ALAT-ALAT ELEKTRIK Ujian dilakukan di antara pengalir dengan pengalir dan pengalir dengan bumi. Bacaannya mestilah tidak kurang (lebih) dari 0.5 MegaOhm.

21 UJIAN KEKUTUBAN 1 FASA Ujian kekutuban adalah ujian yang dilakukan bagi menentukan kekutuban peranti kawalan satu kutub seperti suis, fius, soket alur keluar, alatambah seperti pemegang lampu Edison disambung mengikut kekutuban yang betul dan dapat melindungi litar dari salah sambungan serta mengelakkan bahaya. Sebelum melakukan ujian, semua beban yang disambungkan pada alatambah atau punca penyambungannya hendaklah ditanggalkan. Ujian kekutuban ini boleh dijalankan dengan dua cara iaitu ujian litar mati dan ujian litar hidup.

22 KAEDAH PENGUJIAN Suis utama dalam kedudukan litar terbuka ( switch off ) Semua beban ditanggalkan Suis kawalan litar pada kedudukan litar tertutup ( switch on ) Menguji suis dan alat kawalan kutub pada konduktor fasa Nilai bacaan hendaklah kurang dari 1 ohm

23 UJIAN KEKUTUBAN

24 UJIAN LITAR MATI Ujian yang dijalankan sebelum litar pendawaian diberikan bekalan atau ujian tanpa bekalan. Jika bekalan telah disambungkan, matikan suis utama supaya tiada arus elektrik pada litar yang hendak diuji. Alat-alat Penguji yang digunakan bagi ujian litar mati: i. Jangka pelbagai atau Penguji pelbagai (multimeter or multitester) yang dilaras pada kedudukan “0”. ii. Lampu Penguji, loceng atau pembaz (buzzer) yang menggunakan bateri.

25 UJIAN LITAR MATI Langkah-langkah ujian litar mati i. Tanggalkan semua beban dari alatambah atau pada punca penyambungannya. Pastikan punca hidup selepas (punca keluar) suis utama. Salah satu punca dawai kuar (probe wire) alat penguji hendaklah diklipkan pada punca hidup tersebut ii. Manakala satu lagi punca dawai kuar hendaklah disentuhkan pada semua bahagian punca hidup pada suis satu kutub, fius, pemegang lampu Edison, punca hidup soket alur keluar dan punca beban lain. iii. Alat penguji akan menunjukkan bacaan yang paling rendah (kurang dari 1  ), manakala alat penguji seperti loceng, buzzer akan berbunyi. Jika menggunakan lampu penguji ia akan menyala. iv. Jika alat penguji menunjukkan bacaan yang tinggi (penunjuk alat penguji tidak bergerak) atau alat penguji lain tidak berbunyi atau menyala. Ia menunjukkan sambungan kekutuban adalah salah. Lakukan pembetulan. Setelah siap, lakukan ujian semula. v. Selepas melakukan ujian, semua punca dawai kuar atau punca alat penguji hendaklah ditanggalkan.

26 UJIAN LITAR MATI

27 UJIAN LITAR HIDUP Ujian litar hidup dilakukan apabila bekalan elektrik telah disambungkan pada litar pemasangan. Alat-alat Penguji yang digunakan bagi ujian litar hidup: i. Jangka pelbagai atau penguji pelbagai yang dilaraskan pada kedudukan “V.A.U.” (AC) 0 – 250V. ii. Lampu penguji, loceng atau pembaz yang menggunakan bekalan 240V A.U.

28 UJIAN LITAR HIDUP Langkah-langkah pengujian Semua beban hendaklah ditanggalkan dari punca penyambungannya terlebih dahulu. Laraskan jangka penguji atau jangka voltan pada kedudukan julat 250V (A.U.). Salah satu punca dawai keluar alat penguji hendaklah disambungkan pada punca neutral pada suis utama, dan satu lagi punca hendaklah disentuhkan pada punca hidup pada semua suis satu kutub, fius, pemegang lampu Edison, punca hidup soket alur keluar, dan punca hidup pada beban lain. Jangka pelbagai atau penguji mestilah menunjukkan bacaan lebih kurang 240V, jika menggunakan lampu penguji, ia akan menyala dan loceng atau pembaz akan berbunyi. Sekiranya nilai voltan terlalu rendah atau tiada langsung, lampu tidak menyala dan loceng atau pembaz tidak berbunyi, ia menunjukkan kekutuban adalah salah. Bagaimana pun pastikan dahulu semua penyambungan diikat dengan kemas. Jika pasti sambungan punca hidup adalah salah, matikan bekalan pada suis utama dan lakukan pembetulan. Setelah siap pembetulan, sambungkan bekalan dan lakukan ujian semula. Setelah selesai melakukan ujian, pastikan semua sambungan sementara yang dilakukan semasa ujian ditanggalkan bagi mengelakkan sebarang bahaya.

29 UJIAN LITAR HIDUP

30

31


Download ppt "PEMERIKSAAN & PENGUJIAN NOTA: PENDAWAIAN ELEKTRIK."

Similar presentations


Ads by Google