Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

UNIT 4: ETIKA KEWARTAWANAN.

Similar presentations


Presentation on theme: "UNIT 4: ETIKA KEWARTAWANAN."— Presentation transcript:

1 UNIT 4: ETIKA KEWARTAWANAN

2 ETIKA DALAM PENULISAN BERITA

3 A. CIRI-CIRI BERITA 1. Penting Konsep penting pada berita diukur melalui:- a. disampaikan melalui sidang akhbar, wawancara, seminar dan wartawan berusaha mendapat maklumat daripada peristiwa tersebut.

4 b. Memerlukan masa untuk mengolahnya, yang memerlukan wartawan mengumpul bahan melalui penyelidikan dan sebagainya.

5 2. Benar Berita itu dianggap benar apabila:- a. Berdasarkan fakta bukan rekaan b. Kejadian itu disaksikan sendiri c. Terdapat keterangan sumber yang dipercayai.

6 3. Cepat Berita itu dianggap cepat apabila:-
wartawan mendapatkan berita dan dengan segera disampaikan kepada pembaca.

7 Who, What, Where, When, Why, How
4. Lengkap Berita itu dianggap lengkap apabila mengguna kaedah 5W1H. Who, What, Where, When, Why, How

8 B. NILAI BERITA Terdapat dua elemen yang memberi nilai kepada sesebuah berita iaitu:- 1. Penentu berita 2. Komponen berita

9 d. Lingkungan kesesuaian e. Impak.
1. Penentu Berita Menurut Kepplinger & Ehmig (2006), terdapat lima penentu berita yang memberi nilai kepada sesebuah berita:- a. Proksimiti b. Kontroversi, c. Pengaruh peribadi, d. Lingkungan kesesuaian e. Impak.

10 Berita tanah runtuh atau banjir kilat yang berlaku di Serdang.
A. Proksimiti Merujuk kepada jarak di antara tempat peristiwa yang dilaporkan dengan tempat berita disebarkan. Semakin hampir jarak tersebut maka semakin bernilai berita itu kepada pembaca. Contoh:- Berita tanah runtuh atau banjir kilat yang berlaku di Serdang.

11 B. Kontroversi Merujuk kepada berita yang boleh menjejaskan kepentingan sosial, ekonomi dan politik. Semakin ia menjejaskan sosial semakin bernilai beria itu. Contoh:- Isu MH370.Ia bernilai kerana menjejaskan kepentingan sosial, politik dan ekonomi negara.

12 Perdana menteri, selebriti, tokoh negarawan
C. Pengaruh Peribadi Merujuk kepada tahap pengaruh individu yang terlibat dalam pemberitaan. Semakin kuat dan luas pengaruh individu tersebut, maka semakin bernilai berita yang disiarkan. Contoh:- Perdana menteri, selebriti, tokoh negarawan

13 Ramai yang terkorban dalam nahas, 1 juta belia berhimpun di Putrajaya
D. Lingkungan Kesesuaian Merujuk kepada jumlah khalayak yang terlibat dalam pemberitaan. Semakin ramai yang terlibat semakin tinggi nilai berita yang disiarkan. Contoh:- Ramai yang terkorban dalam nahas, 1 juta belia berhimpun di Putrajaya

14 Apabila berita laporkan kenaikan harga barang (kuasa beli berkurang)
E. Impak Merujuk kepada kesan fizikal pemberitaan kepada khalayak. Contoh:- Apabila berita laporkan kenaikan harga barang (kuasa beli berkurang)

15 2. Komponen Berita Komponen berita adalah elemen yang mempengaruhi nilai berita. Semakin banyak komponen berita dalam sesebuah penulisan, semakin tinggi nilai berita tersebut.

16 Terdapat 8 komponen berita iaitu:-
Umur Haiwan Jantina Konflik Wang Kanak-kanak Kecantikan Unsur kemanusiaan

17 KOD ETIKA KEWARTAWAN

18 Profesion kewartawanan di negara ini dikawal oleh kod etika
Profesion kewartawanan di negara ini dikawal oleh kod etika. Kod etika itu ialah:- A. Kod Perilaku Profesional Ahli Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (National Union Journalist Malaysia/NUJM). B. Kontrak: sosial kemasyarakatan dan kontrak perundang-undangan

19 A. Kod Perilaku Profesional Ahli Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (National Union Journalist Malaysia) (NUJM). Elemen kod etika ini ialah:-

20 ii) kebebasan mengumpul dan menerbitkan berita dengan jujur
i) Menghormati kebenaran serta hak publik untuk mengetahui kebenaran ii) kebebasan mengumpul dan menerbitkan berita dengan jujur iii) Wartawan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat atau memalsukan sebarang dokumen; iv) Wartawan akan menggunakan kaedah yang adil untuk memperolehi berita, gambar dan dokumen;

21 v) Sebarang maklumat yang diterbitkan jika didapati tidak tepat, maka wartawan harus berusaha untuk memperbetulkannya; vi) Wartawan akan menghormati rahsia profesional berhubung dengan sumber maklumat;

22 vii) Wartawan akan menganggap perbuatan-perbuatan berikut sebagai kesalahan profesional yang paling besar; (a) Plagiat, fitnah lisan (slander), fitnah bertulis (libel) dan tuduhan tuduhan yang tidak berasas; (b) Penerimaan sogokan dalam apa bentuk sekalipun sebagai saguhati untuk penerbitan atau menyembunyikan maklumat;

23 viii) Wartawan mengiktiraf hak rakan-rakan sekerja berhubung dengan soal-soal profesionalism dan kewartawanan dan menolak sebarang bentuk campur tangan daripada pihak kerajaan atau pihak-pihak lain.

24 B. Tertakluk pada Kontrak i. SOSIAL ii. PERUNDANG-UNDANGAN

25 i. Kontrak sosial adalah kontrak yang mengandungi prinsip-prinsip yang telah dipersetujui untuk dipatuhi oleh sesebuah syarikat media yang meliputi:- 1. Hak wartawan:- Etika absolutist. Menilai berita hanya daripada sudut nilai berita, tanpa mengambil kira kesannya pada pembaca. Etika antinomian. Melaksanakan tugas berdasarkan apa-apa yang dirasakan baik oleh wartawan. Mereka tidak memiliki prinsip etika sebaliknya hanya berpandukan naluri diri sendiri. Etika situationist. Menurut etika ini, wartawan memaparkan laporan berita dengan mengambil kira impak laporan tersebut terhadap masyarakat dan negara dan mengikut garis panduanyang ditetapkan.

26 2. Hak sumber terhadap wartawan
THE RIGHT... To say ’NO!’ to an interview To select time and location for interview To request a specific reporter To refuse an interview if you disagree with the reporter To know in advance the direction of the news

27 ii. KONTRAK PERUNDANG-UNDANGAN
Wartawan juga terikat kepada kontrak perundang-undangan. Kontrak perundangan bermakna sebuah kontrak yang mengandungi peraturan undang-undang yang diwartakan oleh kerajaan seperti:-

28 1. AKTA RAHSIA RASMI 1972, (PINDAAN)1986
Pada amnya, undang-undang ini melarang orang yang tidak dibenarkan (unauthorised person) untuk memiliki, menyimpan, mengedar atau memaklumkan kepada orang ramai sebarang rahsia kerajaan. Mereka yang berbuat demikian adalah melanggar peruntukan undang-undang ini dan boleh dihukum.

29 Rahsia rasmi dikategorikan kepada empat kategori iaitu:-
a. “rahsia besar”, b. “rahsia”, c. “sulit”, d. “terhad”.

30 Di bawah undang-undang ini orang-orang tertentu diberi kuasa untuk mengkelaskan sesuatu dokumen sebagai rahsia. Mereka ialah:- a. Menteri, b. Menteri Besar, c. Ketua Menteri, atau d. mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 2B undang-undang itu

31 2. AKTA FITNAH 1957 Sebarang tuduhan yang:-
merendahkan plaintif di dalam fikiran anggota masyarakat umum yang berfikiran waras. menyingkirkan daripada masyarakat mendedahkannya kepada kebencian, kehinaan atau kebodohan (Gatley)

32 JENIS-JENIS FITNAH

33 1. LIBEL (fitnah dalam bentuk tetap spt gambar, tulisan) 2. SLANDER (fitnah yang disampaikan melalui suara atau isyarat)

34 3. AKTA HASUTAN 1948 (SEMAKAN1969)
Ia adalah kecenderungan:- Membangkitkan perasaan benci atau tidak suka suka kepada mana-mana raja atau kerajaan Mengembangkan permusuhan anata kaum Menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat Menyoal peruntukan tertentu dalam perlembangaan persekutuan

35 4. UNDANG-UNDANG HAK CIPTA & HARTA INTELEK
Harta Intelek (Intellectual property atau IP), penciptaan atau hasil karya yang melibatkan daya pemikiran atau keintelektualan seseorang. Contoh: reka cipta, hasil karya, reka bentuk dan penggunaan imej atau simbol.

36 JENIS-JENIS HARTA INTELEK

37 1. Hak cipta 2. Paten (Ciptaan Baru atau Inovasi Produk) 3. Cap dagangan 4. Reka bentuk Industri

38 HAK CIPTA Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka di Malaysia dan ia diperuntukan di bawah Akta Hakcipta 1987”.

39 Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik melalui Akta Hak Cipta 1987 jika ia memenuhi syarat-syarat berikut:­ - karya itu bersifat asli; - karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan; - penciptanya adalah orang yang berkelayakan; - karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia.

40 Karya yang Layak Mendapat Perlindungan Hak Cipta

41 Karya Sastera Novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lainnya; ii) lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya koreografi dan pantomin Karya Muzik Apa-apa karya muzik dan termasuklah karya yang digubah untuk iringan muzik. Karya seni Karya grafik, fotograf, seni ukir atau kolaj, tanpa mengira kualiti seni; ii) karya seni bina dalam bentuk bangunan atau model bagi bangunan; atau iii) karya pertukangan seni, Filem ditunjukkan sebagai gambar bergerak; atau ii) dirakamkan pada bahan-bahan lain, sama ada lutcahaya atau tidak supaya dengan menggunakan bahan itu ianya boleh ditunjukkan sedemikian, dan termasuklah bunyi yang terkandung dalam sesuatu alur bunyi yang berkaitan dengan suatu filem

42 Rakaman Bunyi Apa-apa penetapan siri bunyi yang boleh didengar dan boleh dikeluarkan semula dengan apa-apa cara, tetapi tidak termasuk suatu alur bunyi yang berkaitan dengan suatu filem. Siaran Pemancaran bunyi atau gambaran atau kedua-duanya melalui wayarless atau wayar untuk penerimaan orang awam. Karya terbitan terjemahan, penyesuaian, susunan dan perubahan lain karyakarya yang layak bagi hakcipta

43 TEMPOH PERLINDUNGAN HAK CIPTA
Karya Sastera, Karya Muzik atau Karya Seni Hak Cipta mengenai mana-mana karya sastera, muzik atau seni wujud semasa hayat pencipta dan hendaklah terus wujud sehingga habis tempoh lima puluh tahun selepas kematiannya. Filem, Rakaman Bunyi Hak cipta hendaklah wujud selama 50 tahun dari karya itu diterbitkan, dibuat penetapan untuk karya filem dan rakaman bunyi. Siaran Hakcipta dalam siaran, perlindungan berlaku dalam cara transmisi sama ada melalui cara wayar atau tanpa wayar (wireless),tempoh selama lima puluh tahun hendaklah dikira dari mana siaran pertama kali dibuat.

44 1. Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2004
memantau penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan di dalam Akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah  MSC Malaysia Bill of Guarantees, kerajaan Malaysia berikrar tidak akan menapis Internet.

45 2. Akta Tandatangan Digital 1997
Akta ini digubal untuk membolehkan diterima secara sah segala urusan melalui online. Tujuan utamanya ialah untuk melicinkan dagangan secara elektronik, sebagai usaha meningkatkan e-dagang.

46 3. Akta Jenayah Komputer Jenayah komputer boleh berlaku dalam bentuk:-
penipuan atau mencuri wang dari akaun pelanggan kepada akaun penjenayah, pengubahsuaian kandungan atau data dalam komputer tanpa izin, pemalsuan kata laluan, mencerobohi sistem komputer orang lain tanpa izin.

47 4. Akta Teleperubatan 1997 Akta ini membolehkan para doktor dan pengamal perubatan lain menggunakan jaringan internet untuk menjalankan operasi perubatan dari jarak jauh. Ia memperuntukkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh pengamal perubatan.

48 Amalan perubatan yang menggunakan audio, visual dan komunikasi data dan tidak menghadkan kepada masa sebenar (real time) atau tindak balas spontan, tetapi bukan bermaksud amalan yang menggunakan mesin, faks atau telefon.” Sebelum mengamalkan teleperubatan, pengamal perubatan perlu mendapat persetujuan bertulis daripada pesakit.


Download ppt "UNIT 4: ETIKA KEWARTAWANAN."

Similar presentations


Ads by Google