Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan

Similar presentations


Presentation on theme: "FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan"— Presentation transcript:

1 FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan
TAJUK 1 Etika Pembangunan: Perspektif, Konsep dan Prinsip

2 OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini pelajar akan dapat:- membincangkan perspektif, konsep dan prinsip etika pembangunan mengenalpasti unsur-unsur penting dalam perbincangan tentang etika pembangunan Menjelaskan konteks dan relevansi etika dan nilai dalam wacana pembangunan

3 SUB TOPIK PENDAHULUAN ETIKA PEMBANGUNAN VS ETIKA DALAM PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN: BEBERAPA PERSPEKTIF SALAH FAHAM TENTANG KONSEP PEMBANGUNAN BEBERAPA PERSOALAN DALAM ETIKA PEMBANGUNAN

4 PENDAHULUAN Pada asasnya unit ini akan memberikan fokus dan huraian yang lebih meluas tentang etika pembangunan, kaitan dan kepentingannya dalam konteks pembinaan tamadun.    

5 PENDAHULUAN Secara umum etika dan pembangunan adalah dua perbincangan yang berlainan Kedua-dua perkataan ini apabila digabungkan akan membawa kepada perbincangan yang tidak menumpukan kepada pengertian kedua-duanya secara berasingan tetapi tetapi membawa suatu pengertian yang baharu   

6 ETIKA PEMBANGUNAN VS ETIKA DALAM PEMBANGUNAN
Sering digunakan di dalam literatur Jarang digunakan di dalam literatur Perbahasan konseptual Merujuk kepada aspek yg lebih praktikal Falsafah yang seharusnya melandasi sesuatu proses pembangunan Elemen etika yang digunakan sebagai landasan menentukan kewajaran sesuatu perkara yg hendak dilakukan dalam proses pembangunan Apakah yang wajar bg sesuatu proses pembangunan Wajarkah suatu bangunan didirikan disesuatu lokasi Perbahasan bersifat makro Perbahasan bersifat mikro

7 ETIKA PEMBANGUNAN VS ETIKA DALAM PEMBANGUNAN
Walaupun istilah etika pembangunan memberikan maksud yg lebih menyeluruh dan bertepatan dengan maksud untuk memberi suatu orientasi baru kepada amalan dan perspektif pembangunan namun dalam konteks pembelajaran kursus ini kedua-dua istilah digunapakai

8 PEMBANGUNAN: BEBERAPA PERSPEKTIF
Apakah pembangunan? Pada asasnya pembangunan adalah proses perubahan daripada satu tahap yang rendah kepada yang lebih tinggi, dari yang simple kepada yang lebih kompleks.

9 PEMBANGUNAN: BEBERAPA PERSPEKTIF
Pembangunan dalam erti yang luas membabitkan transformasi manusia dan persekitarannya daripada satu tingkat yang rendah kepada tingkat yang lebih tinggi “A progression from a simpler or lower to a more advanced, mature, or complex form or stage” (The American Heritage Dictionary)

10 PEMBANGUNAN: BEBERAPA PERSPEKTIF
Dalam bahasa Inggeris digunakan juga perkataan evolution, progress, advancement dll. Dalam bahasa Arab istilah seperti taqaddum (maju ke hadapan, kemajuan), tanmiyyah (pertumbuhan/ pembesaran), hadharah (kehidupan menetap-perbandaran)dll digunakan seperti taghayyur (Perubahan).

11 PEMBANGUNAN: BEBERAPA PERSPEKTIF
Definisi pembangunan?

12 PEMBANGUNAN: BEBERAPA PERSPEKTIF
Semenjak perang dunia kedua, istilah pembangunan membawa erti yang luas, meliputi segala usaha membangun, memajukan, mengembangkan diri (individu), masyarakat dan alam sekitar

13 PEMBANGUNAN: BEBERAPA PERSPEKTIF
Namun Wan Mohd Nor Wan Daud (2001) mentakrifkan pembangunan sebenar mengisyaratkan suatu kegiatan penting dan terancang yang menghasilkan kebaikan. Dengan kata lain, ia merupakan suatu gerak dari keadaan buruk kepada baik, daripada keadaan baik kepada lebih baik dan yang mengekalkan kebaikan tersebut.

14 PEMBANGUNAN: BEBERAPA PERSPEKTIF
Menurut beliau, mutu sebenar pembangunan sesuatu bangsa bergantung pada mutu pembangunan diri perseorangan dan masyarakat bangsa tersebut serta kesan-kesan dan bekas-bekas yang ditinggalkan pada masyarakat lain dan alam persekitarannya. Kesan-kesan dan bekas-bekas ini bukan sahaja terbatas pada hasil-hasil jasmaniah, jasadiah, dan kesan-kesan pada alam semata-mata, malah lebih utama lagi, harus meliputi perkara-perkara akhlak dan moral manusia seluruhnya.

15 PEMBANGUNAN: BEBERAPA PERSPEKTIF
Beberapa ‘key word’ berkaitan perspektif ttg pembangunan * Proses perubahan dan transformasi * Menghasilkan kebaikan * Melibatkan diri perseorangan, masyarakat dan alam persekitarannya.

16 PEMBANGUNAN: BEBERAPA PERSPEKTIF
Bertitik tolak drpd pengertian tersebut maka beberapa perkara dan persoalan asas dalam pemikiran pembangunan Pembangunan adalah sifat tabii manusia Manusia dibekalkan dengan keupayaan akal budi bagi menentukan survival Alam diciptakan untuk manfaat manusia Pembangunan tidak beradab akan menyebabkan mudarat kpd manusia

17 PEMBANGUNAN: BEBERAPA PERSPEKTIF
Adakah semua pembangunan membawa kebaikan kpd manusia Sekiranya pembangunan bermaksud suatu perubahan yang membawa kebaikan kepada manusia, maka adakah apabila perubahan itu membawa mudarat, maka ia tidak lagi dinamakan pembangunan

18 SALAH FAHAM TENTANG KONSEP PEMBANGUNAN
Walaupun dalam perbendaharaan kata Melayu perkataan pembangunan bersumberkan kata dasar “bangun” namun persepsi umum sering melihat pembangunan sebagai suatu yang dikaitkan secara langsung dengan “bangunan”.

19 SALAH FAHAM TENTANG KONSEP PEMBANGUNAN
Hasilnya, setiap kali bercakap tentang pembangunan, maka yang terakam dalam pemikiran dan persepsi umum adalah bangunan-bangunan yang bersifat fizikal dan nampak “visible”. Ini adalah fahaman yang silap kerana pembangunan yang dimaksudkan tidak terhad kepada yang bersifat fizikal sahaja tetapi termasuk juga yang bersifat spiritual.

20 SALAH FAHAM TENTANG KONSEP PEMBANGUNAN
Perbincangan tentang konsep pembangunan juga sering memisahkan antara pembangunan fizikal dan non fizikal Walaupun perbincangan melibatkan konsep pembangunan ini bolehlah dibahagikan kepada dua iaitu:-

21 SALAH FAHAM TENTANG KONSEP PEMBANGUNAN
P’gunan fizikal/material Ekonomi Alam sekitar Industrialisasi Urbanisasi P’gunan non-fizikal Manusia Pendidikan Spiritual Psikologi Sosial Budaya

22 SALAH FAHAM TENTANG KONSEP PEMBANGUNAN
Namun perbincangan berkaitan ttgnya tidak boleh dibahaskan secara terpisah dan berasingan kerana kedua-dua elemen ini saling lengkap melengkapi

23 BEBERAPA PERSOALAN DALAM ETIKA PEMBANGUNAN
Sekurang-kurangnya terdapat 2 persoalan asas/ fundamental dalam etika pembangunan yang memerlukan jawapan moral Persoalan pertama:- Apakah yg dimaksudkan dengan pembangunan yang baik ? (apabila membicarakan ttg baik dan buruk, maka perbincangan pembangunan telah melibatkan perbincangan etika) Ini kerana terdapat pembangunan yang gagal memenuhi tujuan/matlamat asal pembangunan iaitu memberi kesejahteraan dan ketenangan kepada manusia

24 BEBERAPA PERSOALAN DALAM ETIKA PEMBANGUNAN
Persoalan kedua:- Apakah yang dimaksudkan dengan kesejahteraan? (konsep kesejahteraan dan kebahagiaan juga merupakan perbincangan etika) Kerana apa jua proses dan strategi pembangunan harus memberi pertimbangan kepada matlamat akhir pembangunan, kerangka nilai yang digunakan dalam perancangan strategi dan dasar, bagaimana meletakkan keutamaan dan bagaimana menangani masalah sekiranya timbul masalah.

25 BEBERAPA PERSOALAN DALAM ETIKA PEMBANGUNAN
Daripada persoalan asas pembangunan ini maka dapat difahami mengapa etika, nilai, adab, akhlak merupakan aspek yang tidak boleh ditinggalkan dalam proses pembangunan dan merasionalkan kenapa etika pembangunan merupakan wacana penting dalam era modernisasi dan globalisasi


Download ppt "FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan"

Similar presentations


Ads by Google