Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA-SEKOLAH

Similar presentations


Presentation on theme: "STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA-SEKOLAH"— Presentation transcript:

1 STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA-SEKOLAH
RANCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH SKPM 3

2 1.PENGENALAN Pada tahun 2001, Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah memperkenalkan mekanisme untuk memastikan kualiti pendidikan di institusi pendidikan meningkat secara berterusan ke tahap yang lebih tinggi.Mekanisme tersebut kini dikenali sebagai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sekolah (SKPM-Sekolah)

3 Pelaksanaan SKPM-Sekolah diperincikan dalam tiga dokumen berikut:
a. SKPM 1: Pernyataan Standard(PS) b. SKPM 2: Instrumen Pemastian Standard(IPS) c. SKPM 3: Rancangan Pemajuan Sekolah(RPS)

4 2.SKPM 3:Rancangan Pemajuan Sekolah
2.1 Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) ialah satu dokumen yang mengandungi garis panduan untuk pihak sekolah menyediakan rancangan atau aktiviti pemajuan sebagai susulan daripada penarafan kendiri sekolah,yang dilaksana dengan menggunakan Instrumen Pemastian Standard(IPS).Melalui dokumen ini, diharap pihak sekolah memperoleh panduan untuk merancang dan bertindak memajukan sekolah dengan mengamalkan prinsip dalam sistem pengupayaan kendiri(self-enabling system).

5 2.2 Dengan melaksanakan RPS,kelompangan yang dikenal pasti dapat ditampung melalui aktiviti penambahbaikan yang dirangka oleh pihak sekolah. Proses penambahbaikan tersebut mungkin memerlukan tindakan yang segera dan ringkas atau memerlukan penyediaan pelan strategik.

6 2.3 Pihak sekolah boleh menentukan sendiri strategi yang spesifik dalam pelaksanaan RPS,sesuai dengan keperluan dan kemampuan sekolah untuk melaksanakannya. Namun begitu, proses ke arah penyediaan dan pelaksanaan RPS perlu melibatkan peringkat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 : Carta Aliran Rancangan Pemajuan Sekolah(RPS).

7 3.Peringkat Penyediaan dan Pelaksanaan Rancangan Pemajuan Sekolah
3.1 Penarafan Kendiri Sekolah(PKS) a. PKS ialah satu proses untuk menentukan TOV (Take-off Value) bagi sesebuah sekolah berdasarkan IPS. Melalui proses ini, sekolah membuat penilaian secara menyeluruh melibatkan semua elemen dalam SKPM-Sekolah.

8 b. Proses PKS dengan menggunakan IPS akan menghasilkan skor keseluruhan yang merupakan TOV sekolah.Skor tersebut ditafsirkan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1:

9 Jadual 1 : Panduan Penarafan Sekolah
Skor Keseluruhan Tahap Taraf Sekolah 90% - 100% 7 Sekolah Gemilang 80% - 89% 6 Sekolah Cemerlang 70% - 79% 5 Sekolah Harapan 50% - 69% 4 Sekolah Sederhana 35% - 49% 3 Sekolah Lemah 25% - 34% 2 0% - 24% 1

10 Jadual 2:TAFSIRAN PENCAPAIAN
Peratus Pencapaian Taraf Pencapaian Cemerlang Baik Harapan 40 -59 Memuaskan 20-39 Lemah 0 - 19 Sangat Lemah

11 c. Berdasarkan skor tersebut, pihak sekolah perlu melakukan analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats) bagi menentukan ETR( Expected Target Result).

12 3.2 Analisis SWOT Analisis SWOT ialah satu proses untuk mengenal pasti kekuatan,kelemahan,peluang dan ancaman sesebuah organisasi. Berdasarkan keputusan analisis, strategi tertentu akan dirangka bagi merancang program pemajuan untuk meningkatkan keberkesanan organisasi.

13 b. Analisis SWOT melibatkan aktiviti berikut: i) Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan persekitaran dalaman sekolah termasuk kelompongan elemen dan subelemen dalam IPS. ii) Mengenal pasti peluang dan ancaman persekitaran luaran sekolah.

14 c. Berdasarkan hasil analisis SWOT, sekolah perlu menetapkan ETR. d
c. Berdasarkan hasil analisis SWOT, sekolah perlu menetapkan ETR. d. Setelah selesai melakukan analisis SWOT, langkah seterusnya ialah menyediakan RPS.

15 3.3 Penyediaan Rancangan Pemajuan Sekolah.
a.Rancangan Pemajuan Sekolah(RPS) ialah perancangan yang terdiri daripada pelan strategik,pelan taktikal dan pelan operasi untuk membantu meningkatkan kecemerlangan dalam setiap aspek, elemen dan dimensi SKPM, bagi memastikan ETR yang ditetapkan tercapai.

16 b. Penyediaan RPS melibatkan aktiviti berikut: i
b. Penyediaan RPS melibatkan aktiviti berikut: i. Sekolah mengagihkan aspek,elemen atau dimensi kepada jawatankuasa,unit atau individu di sekolah. ii) Jawatankuasa/unit/individu berkenaan menentukan program/aktiviti penambahbaikan mengikut aspek,elemen atau dimensi yang dikenal pasti. Bagi setiap program/aktiviti penambahbaikan, unsur apa,bagaimana, siapa,bila, di mana dan sebagainya perlu dinyatakan dengan jelas.

17 iii) Jawatankuasa/unit/individu menghasilkan pelan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi. c. Dalam penyediaan pelan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi,sekolah boleh menggunakan idea/program/strategi yang releven,sesuai dan berkesan.

18 d. RPS perlu didokumen secara sistematik dan komprehensif bagi memudahkan pelaksanaan dan pemantauan. e. Setelah selesai menyediakan RPS, langkah seterusnya ialah melaksanakannya.

19 3.4 Pelaksanaan Rancangan Pemajuan Sekolah.
Pelaksanaan RPS merupakan tindakan yang diambil untuk menjayakan program/aktiviti yang telah dirancang. Jawatankuasa/unit/individu yang melaksanakan RPS perlu merekodkan dengan kemas kini program/aktiviti yang dilaksanakan untuk tujuan pemantauan dan penilaian. Kepimpinan sekolah perlu memantau pelaksanaan RPS untuk memastikan program/aktiviti dilaksanakan mengikut perancangan.

20 3.5 Pemantauan Pelaksanaan Rancangan Pemajuan Sekolah
Pemantauan merujuk kepada aktiviti menyelia, mengawal dan memerhati bertujuan untuk memastikan pelaksanaan program berada pada landasan yang betul. Pemantauan terhadap pelaksanaan program perlu dilakukan oleh pihak kepimpinan sekolah secara terancang dan hasilnya direkodkan dengan kemas kini(rujuk Lampiran 1-Rekod Pelaksanaan dan Penilaian Program) Dapatan daripada pemantauan digunakan untuk menilai keberkesanan program/aktiviti yang telah dilaksanakan dalam RPS.

21 3.6 Penilaian Penilaian bertujuan untuk menaksir keberkesanan program/aktiviti yang dilaksanakan. Berdasarkan hasil penilaian, pihak sekolah boleh mengambil tindakan berikut: i. Meneruskan program/aktiviti yang berkesan. ii. Mengkaji semula,memperbaiki atau menggugurkan dan menyediakan alternatif bagi program/aktiviti yang kurang atau tidak berkesan.

22 b. Hasil penilaian hendaklah direkodkan dengan kemas kini untuk digunakan sebagai input dalam proses penambahbaikan berterusan (rujuk Lampiran 1- Rekod Pelaksanaan dan Penilaian Program)

23 4.Kitaran Proses Pemajuan Sekolah
4.1 Selepas melakukan Penarafan Kendiri Sekolah( PKS )bagi sesuatu tahun persekolahan, sekolah perlu pula melakukan PKS bagi tahun persekolahan berikutnya. Hasil daripada PKS yang baru, sekolah dapat mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman/cabaran. 4.2Berdasarkan maklumat tersebut, sekiranya masalah yang dikenal pasti serupa dengan tahun sebelumnya, pihak sekolah boleh menggunakan RPS yang sedia ada dengan penambahbaikan. Bagi menangani masalah yang baru dikenal pasti,sekolah perlu mengubah suai RPS yang sedia ada mengikut keperluan. 4.3 Proses ini akan terus berulang pada tahun berikutnya. Dengan amalan begini, proses pemajuan sekolah akan berlaku secara berterusan.

24 5.Kandungan Rancangan Pemajuan Sekolah
RPS terdiri daripada pelan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi. 5.1 Pelan strategik ialah dokumen perancangan yang dirangka hasil daripada proses menilai keadaan semasa bagi menentukan strategi untuk mencapai visi organisasi.Ia merupakan hasil perancangan peringkat pengurusan tertinggi, berjangka panjang dan menyeluruh.Pelan ini perlu mengambil kira status semasa, matlamat dan penilaian keberkesanan(rujuk Lampiran 2-Contoh Pelan Strategik).

25 5.2 Pelan taktikal merupakan program/aktiviti bagi memastikan pelan strategik dilaksanakan. Ia disediakan dengan menentukan keutamaan dan mengambil kira sumber dalaman dan luaran yang sedia ada. Ia merupakan perancangan pengurusan peringkat pertengahan dalam sesebuah organisasi, berjangka pendek dan dalam skop yang lebih khusus. Pelan ini perlu mengambil kira matlamat dan strategi yang telah dinyatakan dalam pelan strategik (rujuk Lampiran 3- Contoh Pelan Taktikal)

26 5.3 Pelan operasi merujuk kepada aktiviti bagi memastikan program yang dirancang dalam pelan taktikal dilaksanakan. Ia merupakan hasil perancangan peringkat pelaksana dalam sesebuah organisasi. Pelan ini bercorak semasa bagi menyelesaikan masalah yang lebih spesifik. Pelan ini perlu mengambil kira apa, di mana, bagaimana, bila dan siapa(rujuk Lampiran 4- Contoh Pelan Operasi).

27 6. Contoh Penyediaan Rancangan Sekolah
6.1 Sekiranya sebuah sekolah telah melaksanakan PKS dan skor yang diperoleh ialah 55%, ini bermaksud terdapat 45% lagi kelompangan berasaskan IPS.Dengan skor sedemikian, sekolah berada pada tahap 4 dan bertaraf Sekolah Sederhana. Skor ini merupakan TOV sekolah berkenaan. 6.2 Susulan itu, pihak sekolah melakukan analisis SWOT bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman/cabaran yang wujud untuk menentukan ETR dan menyediakan RPS.

28 6.3 Beberapa kelemahan kemudian telah dikenal pasti dalam pengurusan bidang kurikulum,hal ehwal murid dan kokurikulum sekolah. Bagi menangani kelemahan yang dikenal pasti dalam setiap bidang pengurusan tersebut, pihak sekolah menyediakan RPS yang terdiri daripada Pelan Strategik,Pelan Taktikal dan Pelan Operasi.

29 7.Penutup Dokumen ini diharap dapat membantu dan mengupayakan sekolah dalam menyediakan program untuk menambah baik kelompangan yang dikenal pasti selepas melakukan Penarafan Kendiri Sekolah(PKS). Dalam pada itu, sekolah juga perlu berusaha memperoleh idea dan contoh daripada sumber-sumber lain sebagai rujukan dalam penyediaan program berkenaan. Dalam hal ini, pihak sekolah perlu mengambil kira realiti yang wujud di sekolah seperti kemudahan fizikal,kewangan,sumber manusia,latar belakang murid dan komuniti setempat.

30 Dalam usaha sekolah mengguna pakai sumber-sumber luar dalam program penambahbaikan, pihak sekolah perlu kreatif, kritis dan inovatif. Kejayaan dan keberkesanan dalam sesuatu program bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian berterusan.

31 TERIMA KASIH


Download ppt "STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA-SEKOLAH"

Similar presentations


Ads by Google