Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Takrifan dan pengertian “FALSAFAH”

Similar presentations


Presentation on theme: "Takrifan dan pengertian “FALSAFAH”"— Presentation transcript:

1 Takrifan dan pengertian “FALSAFAH”
“falsafah” - istilah Yunani philo dan sophia - “love of wisdom” mencintai hikmah Mencintai hikmah - hikmah berkait rapat dengan ilmu pengetahuan (epistemologi); nilai (aksiologi), kewujudan hakiki (metafizik) dan pemikiran yang rasional, sistematis dan tidak dipengaruhi emosi (logik) dan analitikal. Tumpuan maksud hikmah berbeza mengikut individu, mazhab falsafah (Barat, Timur dan Islam)

2 Perbezaan maksud hikmah:
Tumpuan kepada akal/rasional Tumpuan kepada metafizik Tumpuan kepada nilai Surah Al-Baqarah: 269 “Barang siapa diberi hikmah, maka ia telah diberi kebaikan yang banyak”. Hikmah dari sudut Islam bersifat bersepadu ilmu,iman dan amal; ilmu, akhlak dan ketuhanan tidak berpisah Hikmah dari sudut falsafah timur  ilmu pengetahuan, nilai kerohanian, ikatan kekeluargaan dan elemen mistik.

3 - memerlukan persoalan dan jawapan menyeluruh
Ciri falsafah Sinoptik- menyeluruh/komprehensif/ holistik - Mengemukakan idea dan persoalan asas/umum yang tidak khusus memerlukan persoalan dan jawapan menyeluruh 2. Analitikal - meneliti hujah dari sudut pernyataan; istilah yang digunakan; penghubung kata

4 Memahami maksud ayat yang membina hujah dari
sudut:  Konsep yang dikemukakan di sebalik sesuatu fakta atau data.  Memahami idea yang tersirat; merumus sesuatu persoalan; mengemukakan rasional Mengelak daripada melakukan kontradiksi – punca kekaburan idea; idea yang bercanggah yang menjadikan hujah lemah

5 Bukan displin empirikal kerana tidak menekankan hasil kajian saintifik; ; fakta empiris sbg sokongan hujah BUKANNYA tumpuan utama hujah. Mengutamakan proses menghurai konsep Lebih byk mengemukakan persoalan dpd memberi jawapan. Lebih banyak mengutarakan “Mengapa” drp “Apa”. 6. Reflektif merenung secara mendalam aspek hakikat; nilai; ilmu dan Pencipta.

6 7. Spekulatif - iaitu meramal dan membuat andaian yang munasabah dan sistematis.
8. Preskriptif/normatif - menetapkan nilai tara/”standard” tentang tingkahlaku (etika/moral) dan estetika (seni dan sastra). 9. Menjelaskan idea utama dari segi kemunasabahan hujahan; membuat kritikan; tidak mengutarakan pernyataan yang bersifat laporan. 10. Falsafah tidak boleh disamakan dgn displin sains (walaupun ada falsafah dalam dalam displin sains dan displin lain).

7 11. Falsafah tidak mencipta ilmu atau mengemukakan
11. Falsafah tidak mencipta ilmu atau mengemukakan dapatan saintifik baru. Sebaliknya, menghurai & mengemukakan persoalan sejagat spt. konsep kebenaran, keadilan, keamanan, kemanusiaan. 12. Falsafah meneliti konsep dan persoalan dan seterusnya mengutarakan PEMIKIRAN melalui proses penghujahan. 13. Berfalsafah bermaksud meneliti sesuatu isu dengan kritis. Utamakan proses taakulan. Persoalan falsafah tidak dapat diselesaikan dengan hanya dengan hasil kajian saintifik.

8 Pendekatan dan kaedah berfalsafah
 Sebagai aktiviti, falsafah : a. Menyoal dan menjawab soalan secara menyeluruh holistik. b. Mengemukakan hujah rasional dan munasabah. c. Menetapkan hala tuju/prinsip dan matlamat. d. Membina kerangka pemikiran  panduan kepada pelaksanaan sesuatu perkara.

9 e. Membuat andaian dan spekulasi yang munasabah yang menghala kepada sesuatu wawasan dan misi.
f. Mengemukakan idea dan pemikiran tentang perkara-perkara yang bersifat sejagat; sinoptik atau menyeluruh.

10 Cabang-cabang Falsafah
1. metafizik 2. epistemologi 3. aksiologi 4. logik

11 Metafizik Berasal drp istilah metaphysica. Dua perkara asas dlm metafizik  ontologi atau hakikat kewujudan (manusia) dan kosmologi  kewujudan yang alam jagat. Metaphysics atau things beyond the physical realm  cabang falsafah  tumpuan kepada persoalan muktahir  tidak dapat diselesaikan hanya dengan kaedah saintifik; metafizik roh, keTuhanan, jiwa, tujuan muktahir kehidupan manusia dan alam jagat; konsep dan sebab-akibat; konsep ruang-masa; minda-jasad Metafizik  hujah tentang realiti kehidupan; zat keTuhanan; potensi manusia; hubungan manusia dan alam; manusia & Tuhannya dan manusia dgn manusia.

12 Epistemologi Teori ilmu pengetahuan - proses mengetahui - sumber ilmu; - struktur ilmu; - kategori ilmu. Berasal drp istilah Yunani episteme yang bermaksud bermaksud knowledge atau ilmu. Mengemukakan persoalan seperti: - Apakah sumber ilmu? Sejauh manakah sumber itu boleh dipercayai? - Apakah perbezaan antara mengetahui, mempecayai dan mempersepsi? - Bagaimanakah kita mengetahui dan apakah yang mampu kita ketahui?

13 Tumpuan epistemologi :
- penganalisisan konsep ilmu - justifikasi tentang sumber ilmu - kesahihan dan kebenaran ilmu - syarat-syarat ilmu - proses mengetahui dan mempercayai sesuatu yang diiktiraf sbg ilmu. Perkara utama dlm epistemologi ialah memberi JUSTIFIKASI kpd proses mengetahui sesuatu yang diterima sbg ilmu.

14 SUMBER ILMU PENGETAHUAN
Kneller (1971) : Pengetahuan wahyu. Pengetahuan intuitif atau diperoleh melalui gerak hati Pengetahuan rasional/logikal. Pengetahuan yang bersumberkan autoriti dan merujuk kepada sesuatu kepakaran dlm sesuatu bidang ilmu tertentu.

15 Ilmu Wahyu (Revealed knowledge) Ilmu dalam agama Islam dan agama bersumberkan wahyu - sumber mutlak Al-Quran; ilmu bersifat haqq (mutlak) dan tidak bathil (palsu); dijadikan panduan kpd kehidupan manusia Islam. Agama wahyu dan agama bukan wahyu mempunyai konsep berbeza tentang kemutlakan ilmu.

16 Ilmu bukan Wahyu Ilmu pengetahuan yang bersumberkan akal manusia dan melibatkan akal manusia dalam proses berikut: - persepsi - Interpretasi/tafsiran - pengalaman (mental; contextual;) - taakulan (hanya kognitif) - merenung ke dalam diri (Introspection) (Kesemuan ini lahir dari proses interaksi akal manusia dengan persekitaran).

17 Ilmu yang bukan wahyu yang terbit dari akal melahirkan pelbagai pendapat, tafsiran dan pengertian dan tidak bersifat mutlak. Terdapat pelbagai aliran/fahaman tentang ilmu di Barat iaitu: - Rationalist cabang fahaman ini ialah mazhab Analisis Falsafah & Skeptik - Empiricist cabang fahaman ini ialah mazhab Pragmatisme dan Naturalisme

18 Rationalist Berpegang kpd prinsip bahawa kebenaran ilmu bergantung kepada taakulan semata-mata atau pure reasoning. Hanya kognitif dipentingkan; tidak langsung melibatkan perasaan. Tokoh-tokoh Rationalist adalah spt Plato, Bertrand Russell, Israel Scheffler dan Rene Descartes. Sbg. Cth. Plato meletakkan ilmu matematik sebagai ilmu paling benar dan mutlak kerana: - bersifat ‘a priori’  kebenaran ini tidak bersandarkan bukti empiris; kebenaran matematik dan logik diperoleh melalui pemikiran deduktif (logik/akal)dan intellectual intuition.

19 Empiricist Mewakili ilmu sains tulen dan sains sosial; mengkaji fenomena semula jadi melalui ujikaji; pemerhatian melalui deria; menghasilkan sesuatu fakta (sains atau sejarah sbg. contoh. fakta boleh merupakan sesuatu yang tidak berubah seperti fakta sains (dijadikan hukum); fakta sejarah yang mungkin berubah kerana sifatnya yang bergantung kepada kebenaran yang mungkin berubah(contingent) Kedua-dua fakta sains dan sejarah bersifat a posteriori kerana kebenaran kesimpulan ilmu empiris bergantung kpd bukti nyata bukannya melalui proses deduktif. Kebenaran hanya dapat diterima SETELAH dikemukakan bukti.

20 Kebenaran ilmu empiris dibuktikan melalui kaedah induktif (kesimpulan berdasarkan beberapa sampel; pemerhatian; kes yang dikaji). Tidak sama dengan pembuktian deduktif Pragmatist Prinsip asasnya berteraskan fahaman Empiricisme dan Naturalisme - kebenaran ilmu berdasarkan kajian saintifik dan empiris penekanan pragmatist kpd ilmu pengetahuan yang dapat BERFUNGSI dan membantu dalam penyelesaian masalah kehidupan. Ilmu pengetahuan yang bersifat praktis tidak menekankan kerohanian dan elemen metafiziki

21 Istilah Asas Dalam Epistemologi
Epistemologi dapat ditakrif sebagai mengemukakan justifikasi tentang proses mengetahui dan mempercayai sesuatu sumber yang dapat diiktiraf sbg ilmu. Justifikasi ini melalui satu usul/proposi/pernyataan yang mempunyai nilai BENAT atau TIDAK BENAR. Usul atau proposisi ini menjadi hujah seseorang tentang apa yang ia terima sebagai ilmu pengetahuan. Istilah “mengetahui” dan “mempercayai” dari analisis epistemologi mempunyai maksud yang dapat dihuraikan dalam konteks berikut. Mengetahui Keadaan mental atau pun dikaitkan dengan pembuktian procedural (tunjuk cara/demonstrasi)

22 “Mengetahui” dan “mempercayai” dalam keadaan berikut:
- mengetahui dan mempercayai melalui ingatan - mengetahui dan mempercayai melalui proses merenung ke dalam diri (introspective belief) - mengetahui dan mempercayai melalui proses induktif dan deduktif - mengetahui dan mempercayai berdasarkan pembuktian sahih ( testimony)

23 “Mengetahui” dan “mempercayai” dari pengertian epistemologi memerlukan seseorang itu membuktikan sesuatu usul itu benar atau tidak benar Sbg. Contoh: 1. Mengetahui bahawa negeri Selangor akan bercuti pada hari Thaipusam. 2. Mengetahui bahawa UPM sedang berusaha mencapai taraf world class university 3. Mengetahui bagaimana menjahit baju kurung 4. Mengetahui mengenai berita banjir yang melanda negeri Pahang kini.

24 Persoalan sama ada benar atau tidak benar sesuatu usul yang dikemukakan itu bergantung kpd jenis bukti yang dikemukakan. Mempercayai Keadaan yang menunjukkan : 1. seseorang mempercayai sesuatu usul 2. seseorang menolak sesuatu usul atau juga dikatakan menerima penafian usul tersebut (accepting its negation)

25 Mempercayai dari takrifan epistemologi hanya dapat diterima dalam keadaan berikut:
l. Seseorang mempercayai bahawa/mengenai sesuatu usul 2. Apa yang ia percayai adalah jelas dan pasti bagi dirinya 3. Apa yang dipercayai adalah benar Mempercayai dari takrifan epistemologi tidak dikaitkan dengan mempercayai berasaskan harapan dan elemen psikologi/jiwa/ghaib

26 Persepsi Merupakan salah satu sumber ilmu; boleh dikemukakan sebagai sumber justifikasi kpd sesuatu yang diterima sbg ilmu Persepsi mudah: - Menggunakan deria (rasa, lihat, dengar, hidu) dan membina persepsi berdasarkan bahawa apa yang dilihat/rasa/sentuh/dengar adalah begitu sifat atau cirinya (something is the case/something is so). - Sbg cth jika saya melihat bahawa objek di depan saya berbentuk bulat, saya akan melaporkan secara objektif bahawa objek tersebut adalah bulat. Saya tidak membina persepsi lain selain melaporkan bahawa saya mengetahui bahawa objek itu adalah bulat dan tidak berlaku kesilapan dalam menyatakan bahawa sifat objek itu adalah bulat.

27 Kepastian Dalam epistemologi kepastian dinilai melalui sesuatu pernyataan/usul/proposisi yang dikemukakan. Ini bermaksud bahawa seseorang itu tidak akan usul lain yang kurang munasabah drp usul yang diteirmanya sbg pasti

28 Bukti Bukti adalah bahan yang dikemukakan sebagai justifikasi/rasional bagi menyokong atau menolak sesuatu usul/proposisi; menyokong atau tidak apa yang diketahui dan dipercayai seseorang Bukti dalam pelbagai bentuk (fakta/data; ujikaji; hujah rasinal dan logikal) Pernyataan/usul/proposisi Ayat yang mempunyai nilai kebenaran (truth value) iaitu ayat benar atau tidak benar ATAU yang masih boleh dibuktikan benar atau tidak benar

29 Contoh Ayat Benar Negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu pernah dijajah oleh kuasa Siam Turki adalah negara yang mengalami empat musim Mamalia adalah binatang berdarah panas Kampus induk UPM di Serdang Semua bentuk tiga segi ada tiga sudut Terdapat hidupan di planet marikh Semua suami adalah lelaki Di hari kiamat semua semua manusia yang telah mati akan dihidupkan semula

30 Ayat Bukan Usul/Proposisi
Ayat yang berupa seruan, Jangan bising!, Duduk di sini!, Berhati-hati di jalan raya! Ayat tanya Awak hendak ke mana? Ayat Nilai (bukan proposisi kerana tidak ada truth value iaitu tidak boleh diterima sebagai benar atau tidak benar kerana citarasa, perasaan, sistem kepercayaan menentukan benar atau tidak benar sesuatu; subjektif kerana berbeza antara individu)

31 Cth. Wanita Asia lebih cantik daripada wanita Eropah Wanita India paling cantik di dunia Pengajian di UPM lebih berkualiti daripada pengajian di UUM Nasi ayam lebih enak daripada nasi goreng

32 Taakulan Taakulan ialah proses mental ke arah mengetahui dan mempercayai yang tidak dipengaruhi persepsi, emosi dan gerak hati Proses mengetahui yang menjelaskan mengenai perkara yang jelas dan nyata (self-evident); berkaitan dgn ilmu pengetahuan a priori. Cth: - Semua ahli falsafah ialah manusia berbanding kebanyakan ahli falsafah Barat adalah berbangsa Yunani - semua suami adalah lelaki berbanding suami di Malaysia rata-rata tidak rajin menolong isteri di rumah

33 5+5=10 berbanding kanak-kanak itu diberi 5 pensil dan 5 pensel warna oleh ibunya
Taakulan menghasilkan kesimpulan hujah (terdiri drp premis/beberapa proposisi) yang kebenaran kesimpulannya bersifat perlu/mesti (necessary truth) Ilusi/khayalan (hallucination) Proses mengetahui yang dianggap sumber ilmu lemah dlm epistemologi; penglihatan seseorang tentang sesuatu objek yang berbeza drp penglihatan orang lain yang bersetuju bahawa apa yang dilihat itu adalah sama

34 Tidak diterima menjadi sumber ilmu pengetahuan proposisi
Cth: Seseorang yang mengatakan bahawa ia telah terjumpa hantu sebenarnya dari struktur epistemologi bermaksud, Pada sangkaan/jangkaan/penglihatan orang tersebut ia telah terjumpa hantu

35 SYARAT-SYARAT ILMU PENGETAHUAN
Dari takrifan epistemologi, sesuatu perkara itu hanya dapat diterima sebagai sumber ilmu jika memenuhi ketiga-tiga syarat berikut: 1. kebenaran (truth) 2. kepercayaan (belief) 3. bukti (evidence; warrant; ground) Syarat-syarat ini pelru ada serentak apabila menghuraikan teori ilmu. Syarat-syarat ini diungkapkan seperti berikut:

36 Ali (X) mengetahui bahawa sesuatu usul (Q) jika dan hanya jika (iff):
1. Ali (X) mengetahui dan mempercayai bahawa Q 2. Ali (X) mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa dan menerima kebenaran Q 3. Q adalah usul benar sama ada Ali (X) mengetahui dan mpercayainya atau tidak

37 Jika salah satu daripada syarat ini tidak ada atau dipertikaikan, maka sumber ilmu menjadi lemah; bukti adalah syarat penting untuk mempertahankan kebenaran ilmu) Huraian Syarat Kebenaran dalam ilmu 1. Maksud X mengetahui bahawa Q ialah menerima kebenaran dan kesahihan Q 2. X mungkin tidak mengetahui bahawa Q benar, walaupun ia benar

38 Ketiga-tiga syarat ilmu dapat dilihat dari susunan berikut:
3. X menganggap ia mengetahui bahawa Q benar, tetapi sebenarnya ia tersilap 4. Q yang tidak benar adalah sama dengan Q dinafikan (negasi/negation; ~Q) Ketiga-tiga syarat ilmu dapat dilihat dari susunan berikut: 1. X mempercayai bahawa Q (syarat kepercayaan) 2. X mempunyai justifikasi untuk mempercayai bahawaQ kerana ada bukti (syarat bukti) 3. Q adalah benar (syarat kebenaran yang bersifat pasti) sama ada X mempercayai atau tidak

39 Oleh itu, dari takrifan epistemologi, apabila seseorang mendakwa ia mengetahui bahawa sesuatu usul atau perkara ia dikatakan tidak mungkin tersilap. Bagaimanapun ,antara istilah mengetahui dan mempercayai, mengetahui diterima sebagai istilah kognitif yang lebih kukuh. Lihat cth berikut: 1.Seseorang dapat diterima sebagai tersilap apabila ia mempercayai bahawa tepung beras adalah tepung gandum 2.Seseorang tidak dapat diterima sebagai tersilap apabila ia mengatakan bahawa ia mengetahui bahawa tepung beras adalah bukan tepung gandum

40 Syarat kebenaran dalam epistemologi ditentukan melalui nilai kebenaran sesuatu usul/proposisi
“mengetahui” adalah satu keadaan atau pencapaian kognitif/mental; “mengetahui” dari sudut proposisi adalah bertentangan dgn “mengetahui” dari sudut prosedur atau menunjukkan sesuatu kemahiran

41 Cth: sekiranya seseorang telah mengetahui sesuatu formula matematik, ia tidak perlu melakukan latihan untuk mendapatkan formula tersebut kerana ia tidak mungkin silap. Sebaliknya, sesoerang perlu melakukan latihan beberapa kali untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti berenang

42 ILMU DAN SYARAT KEPERCAYAAN
Sesuatu ilmu diperkukuh lagi dengan kepercayaan bahawa yang dijadikan sumber ilmu itu adalah benar Kepercayaan dalam pengertian epistemologi tidak merangkumi kepercayaan yang berteraskan gerak hati, harapan dan doa atau aspek yang tidak kognitif Kepercayaaan perlu terbit dari kebenaran yang disokong oleh bukti

43 Ilmu dan Syarat Bukti Sesoerang tidak dapat diterima sebagai mengetahui Q walaupun ia mendakwa bahawa ia mengetahui Q dalam keadaan berikut: 1. ia tidak ada bukti bagi Q 2. ia tersilap tentang bukti bagi Q 3. ia gagal untuk mengaitkan bukti untuk menunjukkan bahawa Q itu benar

44 (2) seseorang mungkin tersilap dalam mengemukakan bukti yang digunakan; 3 bukti tidak silap, namun tidak relevan/tepat dari fungsi untuk dijadikan bahan bukti ) Oleh itu, untuk mengetahui, seseorang perlu ada: 1. bukti 2. tepat tentang pemilihan bukti 3. tepat dan berupaya untuk mengaitkan bukti dengan kes yang hendak dibukti kebenarannya

45 Ilmu dan kemahiran “mengetahui bagaimana” berbeza dengan “mengetahui bahawa” “mengetahui bagaimana” tidak dianalisis dalam konteks proposisi (mempunyai nilai benar atau tidak benar dari sudut proposisi) kerana mengetahui bagaimana melibatkan kemahiran dan perlakuan (psikomotor)

46 Aksiologi Teori Nilai Etika Estetika Baik atau buruk Betul atau salah
Patut atau tidak patut dsb

47 LOGIK Salah satu cabang falsafah
Sains penaakulan (science of reasoning) logik deduktif dan logik induktif pemikiran kritis fungsi utama logik - menilai hujah dari sudut: - kesahihan (validity) - kebenaran (truth) - kemunasaban dan kebernasan (sound) F

48 berkaitrapat dengan fungsi analitikal falsafah
iaitu : - a priori, necessary truth (depend purely upon the analysis of the meanings of the terms involved, not upon anything that lies outside of language) Membina hujah rasional yang a priori dan mempunyai nilai kebenaran bersifat mesti (necessary truth). Cth. 2+2 semestinya 4

49 Logik peraturan yang membolehkan seseorang mengemukakan usul/proposisi yang yang dinilai dari sudut truth value atau nilai kebenaran ( sama ada proposisi adalah BENAR atau TIDAK BENAR) Logik mengikut struktur tertentu iaitu: - ada premis (mukadim) dan kesimpulan - Logik terbahagi kpd 2: Logik deduktif Logik induktif

50 Hukum logik mengikut struktur tertentu iaitu:
(i) ada premis (mukadim) dan (ii) kesimpulan Logik tidak dapat membuktikan perkara yang berkait dengan: - nilai - keimanan/keagamaan - perasaan dalaman atau emosi - intuisi - citarasa

51 Logik deduktif/deduksi
Penaakulan yang bermula drp pernyataan umum/am yang mengarah kepada kesimpulan yang merupakan pernyataan khusus Logik deduktif digunakan utk membezakan hujah yang baik dan hujah yang berfalasi (lemah). Logik menentukan hujah yang sahih (valid) dan hujah yang tidak sahih (invalid reasoning/argument) Penaakulan diperlukan dalam falsafah untuk berhujah secara sistematis

52 HUJAH Hujah adalah rangkaian proposisi yang kebenaran kesimpulannya bergantung kepada kebenaran premisnya. Premis atau premis-premis dalam hujah mengarah, menyokong, meyakinkan dan menentukan kebenaran kesimpulan hujah tersebut. Oleh itu, pemikiran kritis diperlukan untuk menilai sama ada sesuatu hujah itu baik atau pun mempunyai falasi (fallacy)

53 Fungsi logik dalam hujah ialah menentukan benar atau tidak benarnya sesuatu proposisi yang BUKAN bergantung kepada fikiran, perasaan atau kepercayaan seseorang yang bersifat subjektif. Kebenaran logik deduktif hanya dari sudut analisis makna istilah dan proposisi dari aspek a priori (Benar atau Tidak Benar)

54 Logik tidak dapat menilai kebenaran sesuatu dakwaan (claim) hujah yang berasaskan pernyataan moral dan etika kerana tidak dapat dianalisis dari segi truth value a priori. Hujah moral bersifat subjektif Ciri hujah baik atau sahih dari sudut logik - tidak kabur - tidak ada falasi - definisi tepat dari segi semantik dan sintak - sahih dari sudut deduktif ( sekiranya premis benar, kesimpulan mesti benar)

55 Ciri hujah lemah - berfalasi - berkemungkinan bagi premisnya untuk benar tetapi kesimpulannya salah (pada masa yang sama) Yang membezakan hujah yang rasional drp hujah yang tidak rasional atau berfalasi ialah alasan yang munasabah (ground,warrant) dikemukakan untuk menyokong atau menolak hujah tersebut

56 Oleh itu, logik merupakan peraturan yang membolehkan seseorang membuat usul/dakwaan atau cadangan serta hujah perbincangan munasabah mengikut cara dan kaedah/struktur betul. Ciri utama logik ialah meneliti ayat/pernyataan/proposisi yang merupakan bahan dalam proses taakulan deduktif

57 P1: Semua ahli falsafah ialah manusia
P2: Socrates ialah ahli falsafah K: Oleh itu/maka/jadi, Socrates ialah manusia (Kebenaran kesimpulan hanya melalui taakulan bukan pengesahan secara empiris; hujah di atas dikenali sbg silogisme 2 premis dan 1 kesimpulan) Sekiranya premis atau premis-premis dalam sesuatu hujah adalah benar, maka kesimpulannya semestinya benar (necessarily true)

58 P3: Ali mengatakan bahawa kucingnya tidak membunuh anak ayam itu
Cth hujah sahih kedua: P1: Seekor kucing telah membunuh anak ayam yang selalu berada di padang itu P2: kucing itu mungkin kucing Si Ali atau pun kucing jiran sebelah atau pun kucing liar P3: Ali mengatakan bahawa kucingnya tidak membunuh anak ayam itu P4: Ali mengatakan demikian kerana kucingnya tidak keluar sepanjang hari daripada rumah P5: JIran sebelah juga mengatakan bahawa kucingnya tidak pernah dikeluarkan daripada rumah

59 K:. Jadi/maka/oleh itu, kucing yang membunuh. anak ayam itu
K: Jadi/maka/oleh itu, kucing yang membunuh anak ayam itu mestilah kucing liar (Drp P3 dan P4 kucing Ali tidak membunuh anak ayam itu (a) (Drp. P5 kucing jiran sebelah tidak membunuh anak ayam itu (b) Peraturan/struktur betul dari segi logik P1: Semua ahli falsafah ialah manusia P2: Socrates ialah manusia K: Maka/jadi/oleh itu, Socrates ialah ahli falsafah Fungsi utama logik dalam falsafah ialah membina hujah sahih dan bernas serta tidak bercanggah

60 Istilah -istilah asas dalam logik
- hujah - konjungsi (^) - premis - disjungsi (v) - kesimpulan - taakulan - pernyataan/proposisi - negasi (~)

61 Istilah –istilah dalam logik Atau (disjungsi; v): 1. inclusive
2. exclusive Bentuk inclusive - bermaksud boleh memilih salah satu daripada dua pilihan Cth. Anda boleh memancing sama ada di Tasik Kenyir ATAU di Tasik Merah jika di Malaysia (either one or the other of both)

62 Cth. Bentuk exclusive Mereka yang dikehendaki polis disyaki berada sama ada di kawasan tapak perumahan itu atau di tepi sungai (either one or the other but not both)

63 Cth lain bentuk exclusive
Mengambil EDU 3004 akan menaikkan atau menurunkan CGPA saya Negasi (Penafian; negation;~) Adalah tidak benar bahawa Q ; it is not the case that Q; it is not true that Q

64 Cth: Kucing suka makan ikan Adalah tidak benar bahawa kucing suka makan ikan Adalah tidak benar bahawa kucing tidak suka makan ikan Pernyataan Bersyarat (Conditional) Satu pernyataan di mana kebenaran kesimpulannya bergantung kepada kebenaran premisnya

65 Jika anda lulus dengan cemerlang dalam Peperiksaan Akhir kursus EDU3004, maka anda akan diberi gred A bagi kursus ini Pernyataan di atas TIDAK bermaksud: Anda akan lulus dengan cemerlang Anda akan diberi gred A Kebenaran dalam 2 ditentukan oleh kebenaran dalam 1. (Jika…….maka….; if………then….)

66 Cth hujah yang menggunakan pernyataan bersyarat:
P1: Jika jam loceng berbunyi (A), maka Siti akan dijagakan dari tidurnya P2: Jam loceng berbunyi K: Jadi, Siti dijagakan dari tidurnya (Hujah sahih) Jika jam loceng berbunyi, A Jika A, maka B maka Siti akan dijagakan dari tidurnya A B Jadi, B Jam loceng berbunyi A Jadi, Siti dijagakan dari tidurnya B

67 Hujah yang sahih w/pun tidak semestinya baik kerana premisnya mungkin tidak benar
Hujah di atas dikenali sbg modus ponens (dlm Latin method of putting; affirming the antecedent; mengesahkan anteseden; hujah yang direct) Hujah di atas yang berbentuk indirect yang sahih.

68 P1:. Jika jam loceng berbunyi (A), maka Siti akan
P1: Jika jam loceng berbunyi (A), maka Siti akan dijagakan dari tidurnya (B) P2: Siti tidak dijagakan dari tidurnya (~B) K: Jadi, jam loceng tidak berbunyi (~A) Jika A, maka B (~B) Jadi, (~A) Hujah di atas dalam bentuk modus tollens yang bermaksud dalam Latin method of taking away; denying the consequent; menafikan konsekuen

69 HUJAH BERFALASI Hujah yang mengesahkan konsekuen (affirming the consequent) Hujah lemah/tidak sahih P1: Jika jam loceng berbunyi (A), maka Siti akan dijagakan dari tidurnya (B) P2: Siti dijagakan dari tidurnya (B) K: Jadi, jam loceng berbunyi (A) Jika A, maka B B Jadi, A Mengapa lemah?

70 1. Banyak cara yang menyebabkan Siti boleh dijagakan.
2. Jika ia tidak jaga, maka dapat diandaikan bahawa jam loceng tidak berbunyi atau sebab-sebab lain yang tidak berlaku 3. Tetapi, adalah SALAH untuk membuat andaian/menaakul bahawa jika Siti terjaga (mengesahkan konsekuen), maka jam loceng telah berbunyi. Mungkin ada sebab lain seperti panggilan talipon dari kawan yang menybbkan Siti terjaga

71 Hujah yang tidak sahih  yang menafikan anteseden (denying the antecedent
Cth. P1: Jika jam loceng berbunyi (A), maka Siti akan dijagakan dari tidurnya (B) P2: Jam loceng tidak berbunyi (~A) K: Jadi, Siti tidak dijagakan dari tidurnya (~B) Jika A, maka B (~A) Jadi, (~B) Mengapa hujah lemah? Siti mungkin terjaga jika ada panggilan dari kawannya atau disebabkan oleh perkara lain

72 Syarat Perlu dan syarat mencukupi (necessary and sufficient conditions)
Cth: Prof. M: Anda akan lulus peperiksaan ini jika anda hadir setiap kuliah Amin: Baiklah Amin: (kemudian) macam mana ni Prof. M? Saya hadir setiap kuliah tetapi mendapat F dalam peperiksaan? Prof. M: Saya katakan bahawa anda akan lulus jika anda hadir setiap kuliah. Tetapi, kehadiran anda ke kuliah sekadar mencukupi syarat untuk anda lulus tetapi tidak semestinya anda akan lulus. Anda perlu mendapat markah 40% ke atas untuk lulus di samping hadir kuliah.

73 Syarat perlu untuk mendapatkan lesen memandu 1. lulus ujian memandu
Jika anda tidak hadir, anda tidak akan lulus. Bagaimanapun, anda perlu juga mendapat 40% dalam peperiksaan untuk lulus. Cth. Syarat perlu untuk mendapatkan lesen memandu 1. lulus ujian memandu ATAU 2. Anda tidak akan dapat lesen memandu jika anda tidak lulus ujian memandu

74 3. Anda hanya akan dapat lesen memandu jika anda lulus ujian memandu
Cth. Syarat mencukupi untuk mendapatkan wang dari bank 1. Pengeluaran wang melalui ATM 2. Pengeluaran wang melalui menunaikan cek

75 Cth. Lain: Jika hujan turun, maka jalan raya menjadi basah Jika binatang itu serangga, maka ia ada 6 kaki

76 Jadual Kebenaran (Truth Table)
Dan (^) Atau (v) Tidak (~) Jika……A, maka…. B (AB) Melihat Benar atau Tidak Benar dalam pernyataan yang menggunakan simbol-simbol ini. Cth. 1. Bush ialah monyet (A) dan Saddam ialah harimau (B) (A ^B)

77 Bilakah pernyataan ini menjadi benar
Bilakah pernyataan ini menjadi benar? Bila kedua-dua pernyataan “Bush ialah monyet” benar dan “Saddam ialah harimau” benar. Hanya dengan cara ini sahaja pernyataan “Bush ialah monyet dan Saddam ialah harimau” menjadi benar A B A^B TB

78 Konjungsi (^) usul adalah benar (B) jika kedua-dua bahagian dalam pernyataan “Bush ialah monyet dan Saddam ialah harimau ” adalah benar. Jika tidak, pernyataan ini adalah tidak benar.

79 A ~A B TB Negasi (~) “Bush bukan monyet” ( ~A)
Adalah TIDAK BENAR jika Bush bukan monyet “tidak benar”, dan adalah BENAR jika “Bush adalah monyet” adalah benar.

80 Disjungsi (v) Adalah TIDAK BENAR jika kedua-dua bahagian sesuatu pernyataan adalah TIDAK BENAR. Jika sebaliknya, ia adalah BENAR Cth. Amin atau Aziz akan hadir di mesyuarat itu Amin akan hadir di mesyuarat itu (P) (Benar) Aziz akan hadir di mesyuarat itu (Q) (TB)

81 P Q P v Q B TB

82 Pernyataan yang menggunakan “Jika…..maka…….”
Adalah TIDAK BENAR sekiranya antesedennya benar dan konsekuennya tidak benar. Jika tidak, pernyataan ini adalah BENAR Baris pertama: Jika P maka Q, P, jadi, Q Jika P Q benar, dan P benar, maka Q benar Baris kedua: Andaikan P benar dan Q tidak benar. Dari struktur kesahihan, kesimpulan yang tidak benar tidak boleh berikutan premis yang benar. Oleh kerana hanya ada 2 premis, semestinya P Q adalah tidak benar P Q PQ B TB

83 Cth. Mengapa P Q BENAR dalam baris ketiga dan keempat?
Cth. Sekiranya Salmah mewarisi harta pusaka itu (P), maka dia akan belikan sahabatnya sebuah kereta (Q) Dapatkah dikatakan bahawa Salmah memungkiri janjinya (tidak membelikan kereta utk sahabatnya) sekiranya dia tidak mewarisi harta pusaka? Jawapan ialah “Tidak”. Jadi, pernyataan ini masih BENAR, walaupun antesedennya TIDAK BENAR dan konsekuennya juga TIDAK BENAR

84 LOGIK KELAS/KATEGORI Hujah sahih disebabkan kaitan formal antara bahagian-bahagian dalam pernyataan Hujah juga adalah sahih kerana perkaitan antara istilah yang terdapat dalam sesuatu pernyataan atau proposisi yang membentuk hujah. Logik kelas/kategori berdiri pada konsep: - semua - beberapa - ada - tiada

85 A: “Semua A ialah B” (universal affirmative proposition) bermaksud proposisi yang meletakkan ahli/benda/elemen dalam kategori/kelas yang sama. Cth. Semua professor bijak; Semua kerapu adalah ikan; Semua lelaki jujur. Cth. Semua professor bijak menunjukkan semua ahli yang dikategorikan/kelaskan sebagai professor juga termasuk di dalam kategori bijak

86 E: “Tiada A yang B” ( universal negative proposition) Cth. Tiada professor yang bijak; Tiada kucing yang reptilia; Tiada professor yang bijak menunjukkan pengasingan setiap ahli dari kategori/kelas professor daripada kelas/kategori bijak I: Ada A yang B ( particular affirmative proposition; khusus) Cth. Sesetengah nombor adalah genap; Comel ialah kucing; Beberapa wanita merokok; Sesetengah nombor adalah genap bermaksud sesetengah ahli dari kategori nombor juga ahli kategori/kelas genap

87 Dalam logik, sesetengah/ada/sebahagian/beberapa bermaksud sekurang-kurangnya satu. Cth. dalam logik, pernyataan berikut adalah BENAR dalam keadaan: Jika seorang atau, beberapa orang atau semua daripada 500 orang pelajar lulus dalam peperiksaan. Pernyataan menjadi TIDAK BENAR hanya jika tidak ada seorang pun pelajar daripada 500 orang yang lulus O: “Ada A yang bukan B” (particular negative proposition) Cth. Ada professor yang tidak bijak; Sesetengah binatang bukan mamalia; sesetengah lelaki tidak jujur

88 AEIO Cara paling mudah untuk menunjukkan kesahihan atau ketidaksahihan dalam penaakulan/logik kelas ialah melalui gambarajah VENN (dicipta oleh ahli falsafah British, JOHN VENN ) Cth. Pernyataan semua kerapu ialah ikan diwakili oleh gambarajah berikut:

89 K= kerapu M=ikan M Bulatan mewakili kerapu ialah ikan Bulatan mewakili ikan Kerapu ialah ikan kerapu adalah ahli khusus bagi mewakili kelas ikan dalam set semesta

90 Gambarajah mewakili pernyataan: kerapu bukan ikan
k=kerapu Gambarajah mewakili pernyataan: kerapu bukan ikan

91 Untuk menunjukkan pertalian antara kerapu dan ikan, kedua-dua bulatan perlu dikaitkan
1 2 3 1= kawasan yang mewakili kerapu tetapi tidak mewakili ikan= meliputi semua benda yang dikelaskan sebagai kerapu tetapi bukan ikan(benda-benda k yang bukan M)

92 3= kawasan yang mewakili ikan sahaja =meliputi semua benda yang dikelaskan sebagai ikan tetapi bukan kerapu (benda M yang bukan K) 2=kawasan yang meliputi hanya semua benda yang mewakili kedua-dua benda kerapu dan benda ikan (benda-benda yang sekaligus K dan M)

93 M M k k= kerapu M= ikan M k Kerapu bukan ikan

94 M M * M = ikan Tidak ada ikan= tidak ada ahli untuk mewakili kelas ini M = ikan * = sekurang-kurangnya satu

95 Pernyataan, Semua kerapu adalah ikan
A: Semua K ialah M K M K M E: Tiada K yang M Semua kerapu bukan ikan; tiada kerapu yang ikan

96 K M K M * * I: Ada M yang K; ada K yang M O: Ada K yang bukan M Beberapa ahli dari kelas kerapu tidak mewakili kelas ikan

97 LOGIK INDUKTIF Analisis dan penilaian hujah dari sudut kekuatan induktif menghasilkan satu kesimpulan umum dari pemerhatian khusus (sampel yang mewakili populasi) Kesimpulan logik induktif berasaskan pemerhatian dan penyelidikan dan tidak bersifat perlu (necessary) Kaedah induktif banyak dalam sains fizikal dan sosial yang bersifat empiris; data.fakta dijadikan hukum atau teori

98 Dalam hujah induktif maklumat/fakta diperoleh mempengaruhi kesimpulan; berdasarkan faktor kemungkinan/keberangkalian (chance factor) Soal selidik penting sebagai instrumen kajian utama Pemerhatian bahawa wanita Jepun 1 lemah lembut wanita Jepun 2 lemah lembut wanita Jepun 3 lemah lembut wanita Jepun 4 lemah lembut wanita Jepun 5 lemah lembut wanita Jepun n lemah lembut Jadi, semua wanita Jepun lemah lembut

99 Kesimpulan “semua wanita Jepun lemah lembut” mempunyai maksud yang melebihi premis hujah (pemerhatian hanya wanita Jepun yang sedia ada tetapi kesimpulan merujuk kepada semua wanita Jepun yang sedia ada; yang akan wujud dan yang telah wujud Tahap kebenaran kesimpulan bergantung kepada bilangan sampel yang wajar dikaji untuk mewakili populasi

100 Bentuk logik induktif Silogisme Statistik
Kesimpulan hujah menggunakan kebanyakan daripada……; hampir semua….. (persampelan; populasi, alpha error) Hujah melalui analogi A adalah sama dengan B kerana memiliki ciri-ciri persamaan1, 2, 3 …..

101 Tetapi, A juga memiliki ciri N
Jadi, B juga dianggap memeliki ciri N Analogi hujah moral Digunakan dalam hujah moral yang preskriptif; berasaskan prinisp moral seperti keadilan dan kesaksamaan Cth. A dan B memiliki ciri 1, 2 ,3,4 A mendapat layanan T Tetapi, B tidak mendapat layanan T B sepatutunya mendapat juga layanan T

102 Penaakulan berasaskan analogi diwakili bentuk model yang mewakili hujah subjektif; pengertian dan tafsiran berbeza mengikut individu Bentuk model (1) model formal model teori sains tulen; (2) model bersifat material- kesan dadah ke atas binatang

103 Masalah logik induktif
kesimpulan yang lebih luas daripada premis/premis-premis (kesimpulan sesuatu hujah induktif boleh menjadi benar atau tidak benar walaupun premis-premisnya tidak benar). Cth: P1: Pemuda itu berdiri di sisi mayat wanita itu dengan memegang pisau berdarah K: Jadi, pemuda itulah yang membunuh wanita itu Pendapat berbeza tentang sumber maklumat atau data kajian (latar belakang; pengalaman; kepakaran) Sampel kajian mesti mewakili populasi

104 MASALAH LOGIK DEDUKTIF
Hanya meneliti kebenaran dari sudut STRUKTUR logik (proposisi yang mempunyai nilai kebenaran) Tidak menambah maklumat/fakta; tidak merujuk kepada dunia fizikal; konsep diaplikasi dalam pelbagai ilmu pengetahuan


Download ppt "Takrifan dan pengertian “FALSAFAH”"

Similar presentations


Ads by Google