Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

SALURAN PERNAFASAN DAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI

Similar presentations


Presentation on theme: "SALURAN PERNAFASAN DAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI"— Presentation transcript:

1 SALURAN PERNAFASAN DAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI
MUHAMAD AMIRUL IQMAL BIN MOHAMMAD FADILL MUHAMMAD SAFUAN BIN SENAWI NOR SAL SABILA BINTI MANSOR AHMAD KHAN PISMP 8.12

2 RESUSITASI KARDIOPULMONARI (CPR)
CPR atau Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary resuscitation) adalah teknik pertolongan cemas yang boleh digunakan sekiranya seseorang tidak bernafas dengan baik atau degupan jantung mereka telah terhenti. Mampatan dada dan pernafasan penyelamatan memastikan darah dan oksigen beredar dalam tubuh mangsa. Jika seseorang tidak bernafas, degupan jantungnya akan terhenti.  Lakukan CPR (mampatan dada dan pernafasan penyelematan) untuk membantu peredaran darah dan oksigen kepada tubuh mangsa.  Penggunaan awal mesin AED (automated external defibrillator) boleh memulakan semula degupan jantung yang beritma tidak normal.

3 Langkah-langkah Pertolongan Cemas Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)
POSISIKAN TANGAN ANDA.  Pastikan mangsa berbaring pada permukaan yang kukuh.  Duduk bersimpuh di sisi mangsa dan letakkan tapak tangan anda pada tengah-tengah dada mangsa. SELANG-SELIKAN JARI.  Dengan memastikan lengan anda lurus, tekup tangan anda tadi dengan tangan tapak tangan anda yang sebelah lagi dan selang-selikan genggaman jari. BUAT MAMPATAN DADA.  Bangun dan condong sedikit ke depan dengan bahu anda berada tegak dengan dada mangsa dan tekan  ke bawah lebih kurang 4 hingga 5 cm.  Lepaskan tekanan (tangan masih pada dada mangsa) dan biar dadanya kembali naik ke atas.  Ulang sebanyak 30 kali dengan kadar 100 kali seminit. BUKA LALUAN UDARA.  Bergerak sedikit kepada kepala mangsa.  Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagunya untuk membuka laluan udara semula.  Biarkan mulut mangsa ternganga sedikit. BERI PERNAFASAN PENYELAMATAN.  Picit hidung mangsa agar lubang hidungnya tertutup dengan yang pada dahi mangsa dan  pegang dagu mangsa dengan tangan anda sebelah lagi.  Tarik nafas seperti biasa, letakkan mulut anda pada mulut mangsa dan hembuskan sehingga anda nampak dadanya ternaik. LIHAT DADA MANGSA TURUN.  Alihkan mulut anda dari mulut mangsa dan lihat dada mangsa turun.  Ulang pernafasan penyelamatan ini (iaitu langkah 5 dan 6) sebanyak 2 kali. ULANG MAMPATAN DADA DAN PERNAFASAN PENYELAMATAN.  Letakkan tangan anda pada dada semula dan ulang buat mampatan dada.  Buat 30 mampatan dada diikuti 2 pernafasan penyelamatan.  Ulang kitar ini sehingga bantuan tiba.

4 Sistem Pernafasan Manusia
Organ Pernafasan Manusia

5 Pernafasan Manusia

6 CARA MEMERIKSA NADI Nadi Radial (pergelangan tangan)
Nadi Brakial (bahagian lengan atas) Nadi karotid (leher)

7 BILANGAN NADI SESEORANG
PERINGKAT BILANGAN SEMINIT Dewasa Kanak-kanak Bayi 70-80 kali kali kali

8 Pernafasan Dianggap Tidak Mencukupi
Kadar pernafasan kurang dari 10 kali seminit. Pernafasan mangsa sangat laju. Kadar pernafasan tidak menentu. (iiregular) Tanda-tanda kekurangan oksigen :- Gelisah (agitation) Rengsa (irritability) Mengantuk (drowsiness) Sakit kepala (headache) Tahap kesedaran yang menurun (decreased level of consciousness) Denyutan nadi laju (rapid pulse) Kulit kebiruan (bluish discolouration) Denyutan nadi tidak menentu (irregular pulse)

9 Prinsip Pemulihan Pernafasan
Untuk menyelamatkan nyawa, bekalan oksigen yang terus menerus kepada otak hendaklah dipelihara. Oksigen dihantar kepada tisu-tisu melalui peredaran darah. ‘Pam’ yang mengawal bekalan ini adalah jantung. Jika jantung berhenti berfungsi, kematian akan terjadi kecuali sesuatu tindakan dilakukan serta merta. Oleh itu, untuk memastikan peredaran oksigen terus berlaku, EAR dan CPR mungkin boleh digunakan.

10 Resusitasi Udara Keluar / Expired Air Resuscitation (EAR)

11 Resusitasi Udara Keluar (AER)
EAR adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. Sebab utama EAR dilakukan :- ada nadi tiada pernafasan Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi.

12 3 Teknik Digunakan Dalam AER
Mulut Ke Mulut Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut Mulut Ke Hidung Dilakukan apabila mangsa mengalami kecederaan muka yang menghalang penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu semasa menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas keluar. Mulut Ke Hidung Dan Mulut Ini adalah kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut.

13 Prosedur EAR Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher.
Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran (contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu) Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah tapak tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin. Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa, kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut dipaksa memasuki paru- paru.

14 Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan mulutnya dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan kepada orang dewasa. Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama. Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat. Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit) sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah tiba. Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan (lihat CPR) Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang dan ketiadaan pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan kekalkan keadaan saluran udara.

15 Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan atau mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan lagi kecederaan pada leher. Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan dada jika pernafasan dan nadi masih tidak ada. Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan resusitasi dijalankan, anda perlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan ibu jari kaki berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada kepala. EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

16 Tanda-tanda EAR dan simptom EAR berjaya
Kehilangan sianosis (kebiruan) Mangsa cuba bernafas sendiri Anak mata mula bernafas melalui cahaya Tindak balas kepada mangsa Denyutan nadi kuat

17 Resusitasi Kardiopulmonari / Cardio Pulmonary Resuscitation (CPR)

18 RESUSITASI KARDIOPULIMONARI (CPR)
Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas Merupakan kombinasi terknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan dada Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh anggota badan Dua sebab utama CPR dilakukan: terhenti pernafasan tiada nadi

19 Kemahiran Menyelamat Asas CPR
CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: Saluran Udara, Pernafasan dan Edaran Darah (ataupun disebutkan ABC’s of CPR: Saluran Udara (Airway), Pernafasan (Breathing) dan Edaran Darah(Circulation) ). A (air way) B (breathing) C (circulation)

20

21 A membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa (donggakkan kepala mangsa). Perlu diingati bahawa bahagian belakang lidah dan epiglottis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri. Oleh kerana lidah dan epliglotis tercantum di bahagian bawah rahang, dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu dapat membuka saluran pernafasan mangsa.  B Apabila pernafasan terhenti, badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam peparu dan darah. Oleh sebab itu, apabila pernafasan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan dari mulut ke mulut adalah cara tercepat untuk menyampaikan oksigen ke peparu mangsa. Udara yang anda hembus mengandungi oksigen yang cukup untuk membantu sekurang-kurangnya menampung sebahagian daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga bantuan rawatan tiba. C Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke peparu, otak, arteri koronari dan organ-organ penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan, bantuan pernafasan dari mulut ke mulut patut dilakukan bersama.

22 Langkah-langkah Melakukan CPR
D: Danger (Bahaya). - Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian. - Alihkan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada andadan mangsa. - Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan R: Response (Tindakbalas). - Periksa tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepukbahu dan tanya “ awak ok ke?”. -  Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas permukaan yang padat. - Jika tiada tindakbalas, hubungi ambulans (999 atau 991

23 A: Airway (Saluran pernafasan).
Lakukan teknik ‘angkat dagu dan dongak kepala’. Buka salur nafas pesakit secara mendongakkan kepala dengan satu tangan sementara dagunya diangkat dengan tangan yang satu lagi. Periksa kalau lidah mangsa mengganggu laluan pernafasan mangsa. Alihkan lidah tersebut kalau menghalang pernafasan.

24 B: Breathing (Pernafasan).
Posisikan pipi dekat dengan hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit. Lihat, dengar dan rasa pernafasan selama5 hingga 10 saat. Jika tiada pernafasan, picit hidung pesakit sehingga tertutup dan beri 2 hembusan penuh ke dalam mulutnya selama 2 saat setiap hembusan

25 C: Circulation (Peredaran darah).
- Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal,batuk atau sebarang pergerakan pada pesakit, mulakan tekanan di dada. - Letakkan tangan di tengah dada /sternum Bone (ulu hati) dan tekan ke dalam 1 ½ ke 2inci sebanyak 15 kali pada kadar 80 – 100kali seminit. Dengan kiraan  Satu, Dan Dua, Dan Tiga sehingga Dan Lima Belas. - Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tib

26 Posisi Pemulihan Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas resusitasi, anda perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan. Prosedur mengalihkan mangsa kepada posisi pemulihan: Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas. Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan diletakkan ke bawah pipinya. Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke arah anda dalam kedudukan bersudut tepat untuk mengelak mangsa tergolek ke hadapan. Condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara sentiasa terbuka

27 Posisi Pemulihan

28 CPR Untuk Kanak-Kanak 1-8 Tahun
- CPR untuk kanak-kanak sama seperti melakukan CPR untuk dewasa kecuali 3 langkah di bawah ini yang berbeza. - Jika anda bersendirian dengan kanak-kanak tersebut lakukan CPR selama 2minit sebelum menghubungi ambulans. - Gunakan sama ada sebelah tangan atau dua tangan untuk melakukan tekanan di dada. - Berikan tekanan 1 ke 11/2 inci dalam Langkah asas melakukan CPR untuk kanak-kanak(Umur 1-8) - Pastikan tindakbalas pesakit .- Dongakkan kepala dan lihat,dengar dan rasa pernafasan. Jika tidak bernafas beri bantuan 2 pernafasan dengan setiap pernafasan selama 1saat .- Jika tiada tanda-tanda pesakit bernafas,batuk atau bergerak mulakan tekanan di dada 1 ½ ke 2 inci 30 kali ditengah dada/sternum Bone (ulu hati)nya. Tekan pada kadar 100 kali seminit. - Teruskan dengan 2 hembusan pernafasan dan 15 tekanan di dada sehingga bantuan tiba.


Download ppt "SALURAN PERNAFASAN DAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI"

Similar presentations


Ads by Google