Presentation is loading. Please wait.

Presentation is loading. Please wait.

Kuliah Strategi Tenaga Negara Dr.Mohd Zin Kandar

Similar presentations


Presentation on theme: "Kuliah Strategi Tenaga Negara Dr.Mohd Zin Kandar"— Presentation transcript:

1 Kuliah Strategi Tenaga Negara Dr.Mohd Zin Kandar

2 Strategi Tenaga Negara
Pengenalan. Takrif Pengubal dasar dan badan pelaksana. Projek-projek.

3 Polisi Tenaga Di Malaysia.
Pengaruh Global: Menepati Protokol Kyoto Malaysia bersama Negara-negara maju menyetujui Protokol Kyoto mengenai kewalan alam sekitar global. Tenaga fosil difahami sebagai komoditi dagangan antarabangsa dan kesan dari pembakarannya tidak mengenal batasan negara. Malaysia akan terpaksa akur dengan persepakatan antarabangsa dan ini akan mempengaruhi bagaimana kita mengubal polisi dan strategi tenaga negara. Polisi

4 Dasar-dasar negara …. Dasar Tenaga Negara 1979
Dasar Susutan Tenaga Negara Dasar Pelbagaian BahanApi 1981 Polisi

5 Objektif Terhadap Polisi Tenaga Negara.
Dalam rancangan ke 8 (dan dasar tenaga sebelumnya), kerajaan telah menjelaskan tentang objektif terhadap polisi tenaga Negara. Terdapat tiga objektif utama:- Objektif Bekalan: Bekalan tenaga yang terjamin, mencukupi, berkualiti dan cost-efektif. Sehubungan dengan ini juga untuk tidak terlalu bergantung kepada satu-satu jenis tenaga, malahan mempromosikan Tenaga Diperbaharui. Objektif Penggunaan: Penggunaan tenaga yang cekap, produktif serta tiada pembaziran. Objektif Alam Sekitar: Meminimakan kesan nagatif terhadap alam sekitar. Polisi

6 Strategi Tenaga Kelima
Tenaga kelima ialah tenaga bentuk baru (selain tenaga fosil atau elektrik). Kerajaan mempunyai polisi dan strategi untuk memperkenal dan membangunkan serta meningkatkan keupayaan penghasilan Tenaga Kelima. Ia adalah tenaga diperbaharui (TD). Namun Kecekapan Tenaga (KT) juga tergolong dalam pengertian tenaga kelima. Polisi

7 Kecekapan Tenaga (KT) Penggunaan tenaga yang cekap yang biasanya dinamakan Kecekapan Tenaga (KT) bermakna menggunakan tenaga dengan bijak dan secara produktif bagi menyempurnakan tugas yang sama. Strategi tenaga ke-5 ialah dengan mempromosikan kecekapan penggunaan tenaga terutama dalam sektor perniagaan/perdagangan dan perindustrian. Polisi

8 RENEWABLE ENERGY ENERGY EFFICIENCY
Malaysia’s Energy Demand and Supply SUSTAINABLE ENERGY SOLUTIONS RENEWABLE ENERGY ENERGY EFFICIENCY

9 KT dalam perindutrian & perdagangan
Sektor Perindustrian dan Perdagangan menggunakan kira-kira 80% tenaga elektrik yang dijanakan oleh negara. Di samping itu, sektor Perindustrian juga menggunakan kira-kira 30% tenaga primer yang lain di Malaysia. KT dalam sektor ini menjadi faktor penting bagi negara agar dapat berdaya saing dalam perdagangan antarabangsa.

10 Tenaga Diperbaharui (TD)
Strategi TD di Malaysia ialah:- Merancakkan penggunaan TD sebagai tenaga ke-5. Menggalakkan biomass sebagai asas dalam sistem penjanaan bersama tenaga yang dapat disambung kepada sistem grid. Polisi

11 “Green Energy” di Malaysia.
Sasaran TD di Malaysia Menghasilkan 5% TD dari jumlah penjanaan elektrik negara pada 2005 (fokus biomas). “Green Energy” di Malaysia. Promosi TD adalah satu cara untuk memastikan pembangunan “green energy” di Malaysia. Promosi EE akan menurunkan peningkatan keperluan tenaga fosil. Kedua-dua TD & KT adalah dilihat sebagai usaha Mesra Alam Sekitar atau Mesra “climate change”. Polisi

12 Kebaikkan KT & TD Polisi Memperoleh manfaat kewangan
Perlaksanaan KT secara berkesan akan memberikan Negara memperolehi Penjimatan kewangan secara langsung bagi kos berkaitan dengan tenaga untuk pengguna yang beranggar RM 1 bilion; dan Penjimatan secara tidak langsung dengan cara mengelak pelaburan dalam prasarana untuk pelbagai kegunaan yang bernilai lebih daripada RM 5 bilion dalam tempoh yang sama. Menjimatkan bahan api fosil Dengan menggunakan tenaga dengan cekap, bukan sahaja keseluruhan penggunaan bahan api dapat dipulihara tetapi hayat lebihan bahan api fosil yang mudah pupus dapat dilanjutkan. Kesemua tindakan ini akan menyebabkan penjimatan kos bahan api dan tenaga negara untuk para pengguna tenaga. Polisi

13 Kebaikkan KT & TD Polisi Memelihara alam persekitaran
Jumlah karbon dioksida (CO2) yang banyak, gas rumah-hijau, dilepaskan ke atmosfera daripada bahan api fosil yang dibakar untuk penjanaan kuasa elektrik. Memandangkan tidak semua gas ini dapat diserap oleh tumbuh-tumbuhan dan organisma lain, peningkatan jumlah CO2 yang berlaku dalam atmosfera memerangkap haba daripada matahari dan menyumbang kepada pemanasan di seluruh dunia. Pembakaran bahan api fosil juga mengeluarkan sulfur oksida (SOx) dan nitrogen oksida (NOx) ke atmosfera, dan kedua-dua bahan cemar ini didapati boleh menyebabkan pelbagai risiko penyakit. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan, pengeluaran CO2 dianggarkan dapat dikurangkan sebanyak dengan mengamalkan strategi KT bagi memperbaiki kecekapan penggunaan tenaga sebanyak kira-kira 10%. Usaha ini memerlukan pelaksanaan KT dengan lebih berkesan yang meliputi usaha-usaha kawalan yang rapi terutama di sektor industri, perniagaan dan premis pentadbiran. Pengurusan Tenaga secara berkesan seumpama menjalankan program audit tenaga, dan pengimplementasian program penjimatan tenaga (energy saving measures) secara menyeluruh. Polisi

14 Kebaikkan KT & TD Memperbaiki rizab mata wang asing bagi negara kita
Apabila KT berjaya diamalkan, tidaklah banyak wang yang akan dibelanjakan ke atas bahan api import dan dengan ini mengurangkan jumlah wang yang mengalir keluar daripada negara. Segala usaha untuk memperoleh sumber-sumber tempatan seperti gas asli boleh diteliti dan hasilnya boleh dieksport bagi mendapatkan pertukaran mata wang asing.

15 Pelaksanaan polisi Bagi memastikan objektif tenaga dicapai, pelaksanaan strategi dapat jelaskan seperti berikut. Pentadbiran dan pembentukkan institusi pelaksana. Peraturan dan undang-undang. Projek-projek. Geran-geran. Inisiatif pengurangan cukai. PelaksanaanPolisi

16 Institusi pelaksana CETREE CETREE ditubuhkan pada 2 Oktober 2000 di USM yang berstatus projek. CETREE sedang dirancang untuk menjadi sebuah pusat pendidikan dan latihan kebangsaan selepas Mac 2003. Penubuhan CETREE benar-benar tepat pada masa. Sebelum ini aktiviti-aktiviti KT dan TD tidak benar-benar mendapat perhatian sewajarnya, baik di peringkat penggubal polisi mahupun dalam pendidikan dan orang awam. CETREE memfokus kepada Pendidikan dan Latihan. Bagi menjayakan misi tersebut, kumpulan sasaran meliputi segenap lapisan masyarakat. PelaksanaanPolisi CETREE

17 CETREE: Skop dan aktiviti
1. Sekolah Bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam pengemaskinian kurikulum dan ko-kurikulum sekolah yang melibatkan KT & TD. Menganjurkan bengkel seminar dan latihan kepada pegawai-pegawai pendidikan, guru dan murid-murid. Membuat kajian, menulis dan menerbitkan bahan-bahan berkaitan dengan tenaga, KT & TD sebagai bahan sokongan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menghasilkan kit demonstrasi dalam KT &TD. Menganjurkan projek-projek seperti pertandingan karangan, melukis dan merekabentuk projek KT & TD. PelaksanaanPolisi

18 SELAMAT MAJU JAYA TERIMA KASIH


Download ppt "Kuliah Strategi Tenaga Negara Dr.Mohd Zin Kandar"

Similar presentations


Ads by Google